Sunday, May 29, 2011

ceritera di gombak (season 2 ; part 3 ); home loan

salam 'alaik



akhirnya, saya berjaya membuat loan dengan Bank Muamalat untuk beli rumah. yeay! guna bank muamalat sebab UIA pun guna Bank Muamalat. boleh percaya, insya-Allah. hehehe.

oh sebenarnya yang di atas itu rekaan semata-mata. ianya adalah sebuah tugasan yang harus disiapkan. hehehe.
dell berdarah ni pun orang sponsor, ni kan pulak nak beli rumah. mimpilah. hahaha.
nak beli rumah. kena "buat masjid" dulu. eheh.

tapi sebelum tu kita beli keta dulu. hehehe.

ni adalah subjek Financial Management. menarik jugak subjek ni. bila dah ada kira-kira ni suka lah, tak ngantuk sikit. hehehe

dah nak hampir sebulan short sem 2011/2012. kejap je. hujung bulan 6 dah final exam. kalau ikut jadual 3hb 7 dah habis. tak sampai 2 bulan pun sebenarnya. tapi kalau final exam subjek yang saya amik tu lagi awal, lagi cepat saya boleh balik.

nak pusing 1 malaysia before puasa dengan bunda. hehehe.

untuk subjek Strategic Management, macam biasa. aktiviti giat akan dijalankan. hehehe.

oh ya, satu yang saya suka di UIA GOMBAK, perkhidmatan wi-fi registration sangat teratur. sangat berpuas hati. layanan 1st class gitu, tak perlu tunggu hari yang sesuai la nak g register wi-fi. tetiap hari je boleh.

10hb 6 mid term exam. doakan saya.



>>>> to be continued.....


p/s : tahniah untuk sahabat saya yang baru mendapat cahaya mata sulung nun jauh kat Jepun sana. tahniah Iluni dan suami. dulu2 masa kat sekolah, sekarang dah jadi ummi baby girl. cumel sangat macam ummi dia. semoga mujahidah kecil ini menjadi anak yang solehah buat ummi dan abinya. insya-Allah.

anak sudara sulung batch kami 5trez 0206. mabruk aunty2 sekalian. uncles takde ye .hehehe.

p/s 2: ini n3 yang ke- 300. dan n3 yang pertama di tulis dengan dell berdarah. hehehe. apa nama nak bagi ni. nanti la fikir.(^_*)




wassalam

Friday, May 27, 2011

24/7 bersama ALLAH

salam 'alaik


suka saya untuk berkongsi ini.

menarik kata-katanya.

hebat perekanya.

kreatif penciptanya.
Without GOD our week would be
SINDAY
MOURNDAY
TEARSDAY
WASTEDAY
...THIRSTDAY
FIGHTDAY
SHATTERDAY
7 days without GOD makes ONE WEAK.
you had such a great words.
well done.
i like.
hehehe.


kita imbas kembali, 24/7 atau lagi detail 86400 saat dalam masa satu hari berapa banyak kita ingat Allah kalau nak dibanding dengan menonton tv, berapa banyak masa kita ingat Allah berbanding dengan masa kita melayari internet
(aduih, kena atas kepala sendiri). berapa banyak masa kita ingat Allah berbanding dengan kerja kita yang lain.

ingat Allah masa susah je ke, masa senang rujuk sapa?

ingat Allah masa sedih ja ke, masa gumbira kat mana?

ingat Allah masa kena musibah je ke, masa senang lenang dok ingat sapa?
Astaghfirullah.


"dengan mengingati Allah, hatikan menjadi tenang."
betulkan?
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar.

berapa banyak kita sebut dalam satu hari?


FASTABIQUL KHOIRAT ~berlumba-lumbalah kamu dalam membuat kebaikan.
sedikit tapi istiqamah.

Allah suka, dari kita tak buat langsung.

dari Muaz ra, ketika beliau berpisah dengan Rasulullah SAW, Muaz bertanya apakah amalan yang paling disukai Allah. Rasulullah SAW menjawab, basahi lidahmu dengan zikir.


sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan pergantian siang dan malam terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi orang yang berakal, iaitu orang2 yang mengingati Allah dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi dengan berkata "ya Allah, tidak engkau menciptakan ini dengan sia-sia. mahasuci Allah melindungi kami dari azab api neraka." (Surah Ali-Imran:190-191)


ya Allah, limpahkan rahmatmu ke atas kami.
jadikan kami hamba yang sentiasa mengingati-MU dalam apa jua keadaan kami.
jauhi kami dari sifat sombong dan takabbur.
jadikan kami sentiasa mensyukuri nimat yang Engkau kurniakan.
maha suci Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.





wassalam.

Saturday, May 21, 2011

a special thank you to.......

salam 'alaik



..... my beloved brothers and sisters for your cares, for your support, and for always be by my side for every single time.

thank you so much for all things that you've given to me, especially this one.
may your life be blessed, my beloved brothers and sisters.
may Allah grant all of you the best rewards.


That if I fall, stumble down
They'll pick me up off the ground
If I lose faith in me
They’ll give me strength to pull through
Tell them I won't give up cause they’ll be waiting if I fall
Oh I know they’ll be there for me...


and lastly, i don't say this often, but i love you my beloved brothers and sisters.
i love you for Allah's sake.
thank you Allah for giving me a special family members.
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

thank you so much.
syukran jazilan.
arigatou.






welcome miss reddy (^_*)


Kasih sayang yang paling rendah adalah berlapang dada dan yang paling tinggi ialah martabat 'ithar' (melebihkan saudaranya dari dirinya sendiri).





wassalam

Berhenti mengeluh

assalamu'alaikum wbt



“alah, tak dapat A la”

“hujan lagi. Bila nak kering baju”

“asyik aku je dapat rendah”

“dapat result tinggi dah, tapi boleh matrik je. Orang nak UPU”

“alahai kenapa aku tak lepas interview tu”

Kita manusia. Manusia yang Allah ciptakan dengan sebaik-baik ciptaan, tapi bukan bererti kita sempurna dalam setiap perkara. Allah kurniakan kita akal fikiran bukan bererti kita tak ada cacat celanya. Tiada manusia yang sempurna. Kita bukan malaikat.

Tiada manusia yang terlepas dari mengeluh. Sikit2 mengeluh.

Kita dicipta bukan untuk buruk sangka dengan Allah. Tapi kita dicipta untuk beribadah kepada Allah. “Tidak aku ciptakan manusia dan jin melainkan untuk beribadah kepada-KU”.

Kita mengeluh ni macam kita tak bersyukur kan sahabat-sahabat? Seperti kita tak redha apa yang terjadi. Seperti kita berputus asa dengan Allah. Seperti kita tak menghargai setiap apa yang kita dapat.

Tapi yang sebenarnya apa yang terjadi tu yang terbaik buat kita. Allah dan merancang segala-galanya buat kita.DIA perancang yang terbaik. DIA tahu apa yang terbaik buat kita, tapi kenapa kita lebih2 nak meneluh tak puas hati.

Allah dah sebut dalam surah Al-Baqarah ayat 216 ‘boleh jadi kamu membenci sesuatu ,padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu ;Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.’ Segala benda yang terjadi tu tarbiah dan didikan daripada Allah untuk kita jadi lebih baik, untuk dijadikan sempadan dan pengajaran.


Kita tak dapat cemerlang seperti yang kita nak. Ada hikmah disebalik yang terjadi. Mungkin kalau kita cemerlang kita lupa diri. Mungkin kalau kita cemerlang kita jadi takabbur ; na’uzubillah. Dan Allah tak nak semua tu berlaku ke atas diri kita. DIA nak kita muhasabah diri balik, apa yang lemah diperbaiki, apa yang kurang dipertingkatkan. Usaha dan tawakkal yang lagi double triple kalau boleh. BUKAN mengeluh, putus asa tak tentu pasal. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. Pegang yang ni.


Jadi untuk semua dan untuk diri sendiri yang kadang2 tak boleh nak handle sabar ni, jangan sesekali mengeluh.

JANGAN mengeluh tapi UCAPLAH Subhanallah, glory be to Allah. Allah maha besar. Alhamdulillah, praise be to Allah. Segala puji bagi Allah. Allah akbar, Allah is great. Allah maha besar. Astaghfirullah azhim, tiada siapa yang mengampunkan dosa, melainkan engkau.

“setiap kesusahan ada kesenangan”

Dua kali Allah ulang dalam surah Al-Insyirah.

“Allah tak akan membebankan hamba-hamba-NYA dengan sesuatu yang tak dapat dipikul oleh mereka.”

Stop...

..Halt...

.. BERHENTI…

.. Mengeluh!

Basahkan lidah dengan Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar.

“dengan mengingati Allah hatikan menjadi tenang.”

Hapuskan ah, alah, kenapalah dan segala “lah” yang bakal terlintas dibibir.

Hadapi segala yang terjadi dengan tenang dan sabar.

Jadi orang yang bersyukur. Bukan orang yang kufur.

Sentiasa bermuhasabah diri.

~ setiap hari sebelum memulakan hari baru, kita niat dan sentiasa berdoa demi kebaikan sepanjang hari pada hari tersebut, bermula pada langkah pertama.~



wallahua'lam

wassalam

certera di Gombak (season 2 ; part 2 ) : skyscraper

salam a'laik




18th may 2011

"may i have 3 volunteers over there?"
"yes, thank you."

several minutes after.....

"we gonna have our first activity today. please form 6 groups, and me as CEO of one company needs to hire one of all companies here for this project. what are you going to do is please take one brick, one newspaper and sellotape for each group."
"any question?"
"question going one, going twice. ok you can start now."

yes, strategic management class. we divided into 6 groups, that means 6 companies. each companies must build one building with strong stability by using newspaper. the good one ( high building with strong stability ) will be hired.

so, what is the strategy that we need to have? develop and implement new strategy? develop operational excellence? how we are going to achieve competitive advantage? that's were the point for that day's activity.

"what is your company's name?
"Eiffel "
"quickly tell your names."
"Ajeerah, Hasni, Hawa, Hidayah, Shaireen, Ramizah, Nadhirah, Maisarah."
"okey."

we produced one 'building' and then put the brick on top of it to know the stability for 30 seconds. and we (Eiffel) did, but the shorter one. huhuhu. meaning that, we failed for the first challenge. rugi satu project. hehehe.

2 of the 6 groups failed for this project ( langsung tak stabil). we are very lucky, that we are still in forth rank. more strategy, more operational excellence for the next.

interesting class, interesting subject. interesting activity. i like.
"we want to be hired next."

nampak kan betapa susah untuk satu project. itu baru guna surat khabar. reality tak tau la.
for us as a maths students, the first challenge for every single thing. mathematics is a tool for any problems.




to be continued......

Friday, May 20, 2011

Nur Kasih The Movie : Pada pandangan saya......

salam a'laik...



Nur Kasih The Movie (NKTM) dah keluar semalam. Oleh itu saya menjadi peminat yang tegar sudah keluar menonton NKTM semalam. Hehehe.

..... sebuah filem yang begitu menyentuh hati. Start dari awal memang dah sedih. Nasib tak leleh dalam panggung tu. Hahaha.

Mula2 start dah tunjuk Aidil yang baru sebulan kematian isteri tercinta. Bapa tunggal dua anak, Maryam dan Ilyas. Maryam (Mia Sara) sangat cumel. Pandai dia berlakon. Lepas tu berbalik pulak pada Adam dan Nur Amina. Kalau sapa ikuti Nur Kasih kat tv , banyak rintangan dan halangan Nur dan Adam kan? Dan ianya masih lagi bersambung ke NKTM.

Sedih, cukup menyentuh hati. Macam mana Adam tak nak kehilangan Nur, begitu juga Nur yang tak nak kehilangan Adam. Sampai berhari2 Nur cari Adam hilang masa kat Jordan. Lepas tu Adam sanggup cari cincin yang jatuh kat padang pasir tu. Mimpi Adam yang Nur ditembak seakan2 petanda mereka berdua bakal berpisah.

Siapa sangka kuasa Allah kepada hamba-hamba-Nya tak kira tua dan muda. Adam sakit jantung. Aduh, sangat sedih. Part yang paling touching masa mak Adam melawat dia kat hospital. Watak Mat juga menarik perhatian. Seorang remaja yang berusaha untuk lebih mendekati Allah. Dan Mat juga yang derma jantung untuk Adam saat2 adam yang hampir nazak.

Watak Aidil yang banyak berkorban untuk adik sendiri. Siapa yang sanggup buat gitu kan? Sentiasa disamping Nur dan Adam walau apa jua keadaan.

Satu part yang takde sedih, masa Adam kembali sihat, dapat tengok anak dia Saif. Satu family yang bahagia. Nur dan Adam tetap bersama sehingga Adam menemui penciptanya.

NKTM sebuah filem yang sangat menarik. Saya bagi 5/5 walaupun start dari awal sampai akhir memang sedih. Hehehe. Oh saya suka Nur Kasih, tak tau nak cakap macam mana. Nur and Adam is sweet.

Untuk lebih lanjut silalah menonton NKTM di cinema2 yang berdekatan. Hehehe. Saya di sini menggunakan cara yang paling sopan untuk menggalakkan anda menonton NKTM. Tak rugi, malah berbaloi. satu panggung penuh. tapi semalm takde pulak dengar sok sek sok sek orang menangis. hahaha. cover la tu. nasib baik gelap, orang tak nampak.
Suka Adam dan Nur. ^_^

Syabas buat krew2 pembikinan filem NKTM. Syabas juga buat Aidil, Nur dan Adam. Anda mampu buat penonton sebak. (^_*)

SELAMAT MENONTON.
Nak langgan kat ASTRO FIRST pun boleh. Hehehe.







tq...

Monday, May 16, 2011

~selamat hari cikgu~

salam a'laik...



16 May setiap tahun, sapa yang tak lupakan? tiada yang lupa melainkan memang betul2 lupa. hehehe. tanya anak sedare saya yang tadika tu pun tau 16 may tu hari apa. tak caya try tanya, hehehe.

oh ya, family saya majority cikgu, sama ada kakak2 dan abang serta ipar duai. arwah ayah dulu pun cikgu. ayah saya dulu ajar maths. dan kakak2 saya ( yang jadi cikgu) semua ajar maths.
"ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi". kan??? hehehe.

dan kalau tengok, adik beradik saya takde yang amik jurusan ke arah kesihatan termasuklah saya sendiri. tak maths, fizik. no biology, hehehe.

ok tanpa membuang masa.



selamat hari guru untuk cikgu-cikgu saya :-

  • sekolah yang mula2 saya pergi :- Teratak We Berangan (^_*)
  • Pasti An-Nas (1993-1995)
  • Sekolah Kebangsaan Kampung Berangan (1996-2001)
  • Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh (2002-2006)
  • CFS IIUM (2007-2009)
  • IIUM Kuantan Campus (2009-2013, Insya-Allah)
(you are the best teacher that I've ever met. thank you so much for your advices. may Allah bless )


tak lupa buat kakak2 dan abang2,
dan semua guru di Malaysia,
May your life be blessed,
semoga tak jemu untuk mendidik anak-anak bangsa (^_*)




wassalam




Thursday, May 12, 2011

hamba-MU

assalamu'alaikum wbt...


~ Hamba-MU ~


ke arah satu perjalanan
dalam sebuah
kehidupan
demi untuk mengecapi
hasrat murni di dalam
hati

usaha dengan doa
masanya akan tiba
dengan restu ilahi
kelak pasti akan
ditemui

suluhkan cahaya di hati
terang
tunjukkan jalan
seandainya hilang

dekatkan perjalanan
yang bakal ditempuh
tegakkan semangat bila
runtuh

setibanya disisi -MU ku
berserah
terimalah aku hamba-MU
Allah

sekiranya takdir
menguji...cekalkanlah
hasrat di hati

semoga kesusahan bisa
mengejar erti terus asa


ni lagu tema IMAM MUDA sebenarnya...
rancangan reality tv Islamic yang sepatutnya anda tengok, jangan tengok AF je .. hehehe.
dalam maksud lirik dia kan?
saya suka.. i like.. ^_^

saya suka sebenarnya rancangan IMAM MUDA ni..hehehe
kawan saya cakap
"takyah tengok takpe, ko tgk "imam muda " kat UIA berlambak"
hehehe. taknak la.
nak tengok live. hahaha.

I'm suggesting all of you to like these
click here, here, here, here,
tak pon tengok je IMAM MUDA di ASTRO OASIS 9pm setiap Jumaat..
jangan lupa juga tengok MIMBAR IMAM MUDA, KAPSUL IMAM MUDA.
saya disini menyokong penuh realiti tv islamic IMAM MUDA 2 2011..
saya juga mengajak anda untuk terus menonoton IMAM MUDA..
kerana ianya adalah terbaik!
thumbs up! (^_*)


~ all the best to IMAM-IMAM MUDA.~





wassalam

Wednesday, May 11, 2011

ceritera di Gombak (season 2 ) : terOwong

salam a'laik...


sambungan dari sini

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah,
kali kedua saya melangkah ke UIA GOMBAK untuk short semester yang kedua dan mungkin juga the last short semester here. hehehe.

tahun ni duduk di "rumah Sumaiyah"

dalam diri selembut sutera kau miliki iman yang teguh,
kau nyalakan obor agama dirimu bak lantera,
dibelenggu jahiliyah kau tempuh dengan berani,
......

Sumayyah, kau lah lambang wanita solehah,
kau lah wanita terbaik sebaik manusia,
namamu tetap menjadi sejarah.

lagu Sumayyah terngiang-ngiang di kepala. hehehe

hari ni first class di Kuliyyah of Economics.
Sumayyah ke Econs, aduih, jauh bangat.
Lagi seronok masa kat Safiyah dulu.
naik turun tangga yang agak2 tangga kat Batu caves tu.huhuhu
boleh kurus . hahaha.
lalu terowong yang segala bagai tu,
lalu AIKOL dulu baru sampai ke Econs,
takper, i like. ganti yang dok makan kat rumah dulu tu. hehehe.
tapi nasib baik kelas 2 kali je seminggu, hari lain kita enjoy. yippee!

first class, Strategic Management.
kusangka Bro.Suhaimi yang masuk, tapi rupa-rupanya "abang" foreigner.
hahaha
tidak lah. lecturer foreigner.
nama beliau En Ridhwan Fortein. kalau tak nsilap. hehehe

anyway, i think i like your style.
i think i like your lecture. hehehe.
i did it!

class kedua, Financial Management.
scary oooo. takut i. huhuhu
calculator saja dah RM130. DIULANG TULIS. RM130
habis duit ma bagi.huhuhu.

ke bilik lecturer, mencari bro.Asrul.
seronok beliau main nyorok2 ngan kami. tanya punya tanya nak jumpa bro Asrul, tengok2 memang brother tu pun tgh cakap ngan kitaorang.
tak ke kantoi namanya tu., hehehe
mentang2 kami budak Kuantan yang sememang sesat di bumi Gombak neh. hohoho. tak kenal2 sapa2.
tapi kami kenal HOD kami. hehehe. kami suka beliau :)

dah habis pasal terowong. hehehe.
i enjoyed my class,
i enjoyed my day,
ALHAMDULILLAH.
thank you ALLAH
i made my day at least today.(^_*)




wassalam

Sunday, May 8, 2011

selamat hari ibu

salam a'laik....
mother,
the one who cares the family

mother,
the one who feeds her beloved children

mother,
the one who teaches us numbers

mother,
the one who teaches us words

mother,
the one who trains us to become a good people

mother,
the one who educates us to become a better Muslim

mother,
the one that always sacrifices herself to us

mother,
the one that always love us

mother,
the one and only one person that i loved


hugs and big kisses for my beloved ma.
i love you for the sake of Allah.
i will always love you for the rest of my life.


ummi wa abi (^_*)


happy mother's day to all gorgeous mother in the world.(^_*)
special wishes to my beloved ma, my nieces and nephews' mother.

you are the best mother in the universe.
thank you so much!

we love you forever and ever.

being a mother is the best thing in the world. (even saya single lagi.hahaha)
congratulations mothers! you did it :))






wassalam

---- cuti -----

salam a'laik....


sepatutnya n3 ini sudah lama dipublishkan tapi, disebabkan kesibukan saya sebagai "bibik terhormat" dirumah menghalang untuk update blog. hehehe.

cuti yang hampir sebulan yakni 27 hari sudah tamat. masa saya 648 jam di rumah dah berakhir. huhuhu. merindui life di rumah. ke rumah Allah bersama bonda. merindui slot IMAM MUDA. merindui csi-Miami, merindui Life Unexpected, merindui Dirty Jobs, i like your style Mike. hehehe. you are such a brave man. cuba macam2. hahaha. merindui replay Oprah Winfrey Show.

siapa sangka, replay Oprah bersama Hugh Jackman hari tu 2 kali haku tengok. hahaha. Hugh Jackman punya pasal. adeh!

tak lupa merindui channel2 kegemaran saya. hohoho.



* perenggan ini hanya untuk menjeleskan kak long sahaja*
hehehe. jangan marah dear.

ya, saya berkesempatan ke PBAKL 2011 bersama kakak2 dan Ema. dah dua2 cuti, so saya ajak la Ema, walaupun orang yang beribu-ribu juhnya kat sana dah jeles. hehehe. 3 hari berturut2 saya dan Ema "tawaf" di PWTC. hehehe. buku2 yang kami beli tak terkira banyaknya. hahaha. i like.

dan tak lupa juga ke Excess bookstore di Amcorp PJ. fuh, tengok english novels kat sana buat kamu jadi rambang mata. banyak dowh, murah pulak. i like again. hehehe.

Rabu lepas, result keluar.
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, saya puas hati. hehehe.
dapat result tu, hati dah melonjak-lonjak nak amik pure mathematics. no turning back. i hope so. my wish. insya-Allah.

hari ni kembai semula ke UIA Gombak untuk meneruskan short sem minor business, dan saya kira ini short sem terakhir. kerana tahun depan dah nak kena practical. insya-allah.

eh, lupa plak. saya dapar present dari orang jauh nun disana yang diposkan ke Malaysia. hehehe. thank you so much Kak Long. i love it. dah rasmi semalam. hehehe. miss u. (^_*)




okeylah, cukup sudah untuk aktiviti saya di rumah, yang terasa agak la lagha. huhuhu.


pulihkan kembali semangat anda. teruskan usaha dan doa serta tawakkal kepada allah.
kita merancang, DIA juga merancang. tetapi hanya ALLAH perancang yang terbaik. jangan sesekali mengeluh, kerana ia buat kita tak bersyukur.

jangan bandingkan orang yang lebih dari kita kerana ia buat kita tak bersyukur dengan apa yang kita dapat. tetapi bandingkan dengan orang yang kurang dari kita kerana ia buat kita rasa bersyukur.



wassalam

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

Cheeky Quotes

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH