Monday, June 18, 2012

USM vs UIA

salam 'alaik




Alhamdulillah, Khamis lepas saya dan register untuk internship. tapi disebalik tu ada kisahnya. biasalah kat tempat baru, sememangnya buah ‘langsat’  begitu murah. hehehe.

hari pertama sesat itu sudah normal, jangans esat selama-lamanya.

"tunjukkan  kami jalan yang lurus" :)


hari pertama sapatutnya mendaftar di kompleks pendaftar. cari punya cari, akhirnya jumpa. jauh berjalan. tugas seterusnya. kami ke department Biostatistik dan Metodologi Penyelidikan di USM Kubang Kerian untuk berjumpa dengan HOD iaitu Prof Dr Syed Hatim.

kami tunggu prof, semangat la kan. biasalah first day. tapi prof tak masuk. beliau tersangat busy. kami hany mendengar cerita daripada students kat sana sahaja yang katanya prof syed ni baik. saya dalam haati "alhamdulillah kalau gitu"

"Prof orang Burma. so kena speaking la ngan dia. dia buleh ja cakap melayu, tapi tak expert sangat."

 dush!

takpe, practice. menyedapkan hati. hehehe. practice makes perfect ;)

maka kami pulang dengan hampa dihari pertama intern. :(

dan semalam Alhamdulillah prof masuk. dapat jugak jumpa prof saya. hehehe. told you,prof memang baik. cakap punya la laju. tapi explanation beliau so goooood. dibaginya pinjam buku untuk dibaca. buku apa?

mestilah buku statistic

maka bermula tugasan pertama kami.

"you find the topic for research. how many day you want? okay, you tell me on Wednesday"

"baik profku" :")

 disebabkan kami dibawah pusat pengajian kesihatan, maka research juga kena berkaitan medical jugak. data yang harus diambil daripada medical data ataupun questionnaire daripada patients.

bermula tugasan pertama. semoga ALLAH memudahkan :)
senyum dan berlapang dada, Insha-ALLAH, ALLAH sentiasa ada untuk membantu.



USM vs UIA:

besar jugak USM ni. sampai boleh sesat :)
 sememangnya terus lain daripada UIA. kat USM kami jumpa pelajar Cina. kat UIA semua muslim. lecturer sahaja mungkin ada yang non-muslim.
papan tanda di USM banyak in Malay.
kami masuk library, tempat duduk tidak diasingkan. agak la pelik. tapi okey je.

lain belalang lain padangnya.
dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung :)

senyum :))))




nota 1 : my daddy that always be my hero forever :)
Al-Fatihah untukmu.semoga sentiasa tenang di sana :)

to all daddies with love, happy father's day. 
kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah membawa bahagia. :)


nota 2 :
PR mesir dimenangi oleh calon ikhwanul muslimin. senyum lebar:)
bak kata kawan saya yang dengar talk dr hafidzi,  dr kata "doalah biar ikhwanul muslimin menang. mana tau nantt ada air-asia boleh terus masuk Palestine :)












Wednesday, June 13, 2012

Family Day 2012

assalamu'alaikum wbt




Alhamdulillah, semester saya dah berakhir. sekarang tunggu hari nak practical je. agak la cuak, nak jumpa supervisor hari Khamis ni. Insha-ALLAH.

sebenarnya nak cerita pasal family day keluarga besar saya Wan’s Family (anakanda almarhum Wan Omar dan cucu2 tersayang) yang berjumlah 71 orang. 41 orang adalah cucu. ramai kan? Alhamdulillah, one big family ^^

Kami decide untuk buat 2 tahun sekali. And for this year, De Rhu Resort was our destination. The awesome place that I’ve ever went. semua orang berpuas hati. daripada kondisi bilik tidur, makanan sampai lah games yang semuanya diuruskan oleh pihak resort. kami dating goyang kaki je. hehehe. ini bermakna urusetia juga boleh tumpang sekaki.
 
hari pertama kami plan nak buat pertandingan istana pasir macam 2 tahun lepas, tapi tak jadi sebab hujan. kita merancang tapi ALLAH yang menentukan. maka, petang tu kami berehat sahaja. malam tu pulak ada solat maghrib dan isyak berjemaah. dan imamnya adalah, anak buah saya. Alhamdulillah!

malam tu juga ada sesi tukar hadiah. setiap daripada saya dan adik beradik kena bawak 1 hadiah yang kami setuju  dengan range harga yang dicadangkan dan tukar. sapa yang dapat hadiah saya untung besar dia. hehehe. dan saya? 

erm, saya dapat yang spesel ,nak pakai kena tunggu ada “si dia”. ehem. apa benda tu. saya dapat satu kain pasang dan satu kain pelikat. apa makna dia ye. hehehe :P

untuk lebih ringkas, saya serta gambar2nya. banyak sangat. ni je yang terlarat nak pilih ^^





 pengerusi aka abang sulung saya ^^



 masa makan2..


















 budal zaman loni. apa boleh buat :)





ada orang mintak nak buat anniversary celebration

 






 ini ler pasangannya. semoga kekal bahagia selama-lamanya




 

 kali ni anak2 kecil boleh cabut lucky draw :)





sebahagian gambar hari pertama.


hari kedua diteruskan dengan games yang dikendalikan oleh pihak resort. ada empat kumpulan (makcik, pakcik, dan sepupu) digabungkan. ada 10 games semua. nak tergelak ada bila tengok gambar2 masa main games. semua orang sporting masa main games. semua nak main. hehehe. 







 breakfast
















 amal dhiya ^^




















































 
















 



petanh tu kami buat jugak pertandingan istana pasir...^^


mereka dan istana mereka :)



istana bakti :)


istana tak ada nama bak kata abelong ^^

 bangi mutiara


 istana messy yang memang nampak messy. hehe^^


 kluang boys with the daddy. mummy


penang girl :)


 orang JB kita ^^


 bukit subang ^^


  and the winner is Harith and family. the silence castle. 
pengadil tanya pun dia bantai senyap je. hehe ^^




the red night ^^


 anak saudara lelaki. dah besar rupanya. hihi
yang paling kecik yusuf ^^


 yang perempuan dah ramai tidur masa ni.
told you, rupa-rupanya ank saudara saya ramai lelaki ^^



dok kira markah.
saya tewas lagi kali dengan mak ngah
oh rupanya ramai peminat mak ngah.
sukila have to do something. hahaha










 ayah2 nak g mengeteh


last day. saya kena balik awak sebab petang tu exam. fuh rasa tak ready je nak jawab exam. tawakkal je :)
 


urusetia dok berdiskusi sebelum hantar saya balik.




mintak maaf mintak ampun n3 kali banyak gambar. harap sudi la menengoknya. 

Alhamdulillah, berjaya jugak family gathering kami. semua puas hati, kalau boleh nak buat lagi tahu depan. tapi insya-ALLAH 2014.

last but not least, saya menyayangi anda semua kerana ALLAH.
semoga kita berukhuwah sampai ke syurga. INSYA-ALLAH ^^
jazakumullahu khoiral jaza'




nota: esok 1st day untuk ID TRAINING. doakan saya. :)















Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

Cheeky Quotes

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH