Saturday, June 2, 2012

dalam susah ALLAH bagi senang ^^

salam 'alaik



seminggu sebelum study week, saya balik rumah. terasa sangat2 nak balik, tak boleh tahan. ingatkan boleh stay sampai habis exam. tapi ternyata saya tidak kuat :(

cakap pasal kena tinggal bus, saya sudah biasa. dan masa nak balik hari tu insiden tersebut terjadi lagi. bus jam 3 petang, saya sampai 5 minit lambat. bila Tanya di kaunter katanya bus dah lama pergi. memang tak logic di akal. And I would say, Transnasional Kuantan-Kelantan is the worst public transport that I’ve ever used. 

dan ALLAH mentakdirkan ada seorang lelaki (sebaya saya rasa)juga tertinggal bus yang sama. jadi beliau dan kawan2 nak kejar bus tersebut dan ajak saya naik dengan mereka. sampai hayat tak akan. sorry!

sahabat saya yang hantar hari tu usahakan jugak ikut bus tu, walaupun sebenarnya dah jauh tertinggal. dan sampai dekat Kemaman, terpaksa tahan bus lain yang mana bus tu hanya sampai Kuala Terengganu. ok itu sudah cukup. Nampak kan, susah2 kena tinggal bus, ALLAH gantikan sedikit kesusahan tu dengan benda lain.
 berbalik kepada lelaki tadi, kami janji dekat stesen bus Kuala Terengganu. mungkin bus yang kami naik sepatutnya akan berhenti jugak kat situ.
saya sampai kuala Terengganu dalam 7 lebih. pastu jumpa budak lelaki tu. kalau bus tu dah lepas, kami decide beli tiket lain. dan sebenarnya bus tu tak sampai lagi. 

bila bus tu sampai, saya terus naik dan cakap. "pak cik, nak naik. tapi nak tunggu kawan saya. sekejap ye."

lepas tu saya call budak lelaki tu, dia tak angkat. dan nampak-nampak bus tu dah bergerak. saya kena tinggal lagi :(
dan masuk mesej." aku kat toilet tadi. nak naik bus ni."

nampak, saya rasa nak baling je handset masa tu Allahu ALLAH. sabar je la. 

dengan masa tu dah dekat pukul 8 malam, sorang2 dekat situ, saya dah gelabah. mata dah berair. antara geram dan takut takde bus balik. nak tidur mana malam tu. 

 dan Alhamdulillah, ALLAH hantarkan saya seorang pak cik dan abang (or i should call him pak cik too) datang dan tanya saya. beliau ambil tiket saya, dan tunggu the next bus datang. lepas tu beliau negotiate dengan  driver bus yang baru sampai, cerita daripada A sampai Z apa masalah saya. dan last sekali beliau tunggu sampai saya naik bus, siap tolong angkat beg bawak naik dan carikan seat

Alhamdulillah, perjalanan okey, dan saya sampai 10.30 malam masa tu. 

the guy that i told just now mesej mintak maaf. saya rasa "tawar hati" (ada aku kesah) nak reply. nasib baik saya "terkenal" je dia, bukan memang kenal. kalau "terjumpa" lagi pun tak pelik kalau rasa nak baling kasut!


ALLAH, cantik sangat susunan ALLAH. malu dengan kelalaian diri sendiri. kalau susah sikit dah putus asa. nak menangis la, ini la , itu la. 
tapi bila yakin yang ALLAH akan bantu, ALLAH sentiasa ada, DIA akan sentiasa mudahkan urusan kita tanpa kita sangka-sangka. 




“Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”




ALLAH kan maha pemurah, maha penyayang, DIA tak pernah biarkan hamba-NYA dalam kesusahan. walau sesuasah manapun akan diberikan jalan keluar oleh-NYA. subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar!

"Setiap keusahan ada kesenangan"
dua kali ALLAH sebut dalam Surah Al-Insyirah.  

nak bagitahunya, ALLAH kalau boleh taknak kita dalam kesusahan. nak kita senang sentiasa. ujian yang dianugerahkan bukan untuk buat kita sengsara, tetapi ALLAH nak tengok sejauh mana kita bersabar dalam setiap ujian yang diberikan. 

oleh itu, senyum dan berlapang dada. bersangka baik dengan ALLAH. Tidak ALLAH jadikan sesuatu melainkan ada sebabnya. Masakan ALLAH ciptakan Adam untuk disia-siakan. begitu jualah kita, ujian ALLAH bukan untuk kita jadi sedih tetapi buat kita lagi kuat dan sabar.




ujian ALLAH pelbagai rupa, 
untuk hamba-NYA pelbagai usia,
sabar dan tabah menjadi ubatnya,
untuk mereka yang benar-benar merasainya :)










nota 1: Alhamdulillah, hari ni kami sekeluarga besar berkumpul di De Rhu Resort untuk family gathering dengan bertemakan "the red warrior". hehehe, taklah, ambil nama merah sahaja.


berkumpul ramai-ramai bila lama dah tak jumpa ni buat rasa terharu. Subhanallah, memang benar,
ukhuwah itu manis semanis coklat cadbury. begitu juga semanis gula-gula kapas, yang mana nikmat yang benar2 terasa bila memakannya. 


terima kasih YA ALLAH atas kurniaan-MU ini. jadikan kami golongan yang mendapat limpah dah rahmat daripada-MU dan sentiasa menjaga ukhuwah kami. 


"sesungguhnya orang2 beriman yang mengerjakan kebaikan, ALLAH yang maha penyayang menanamkan rasa kasih sayang dalam hati mereka" [19:96]








3 comments:

Nadzipah said...

Pengalaman itu mendewasakan kan?
ALLAH nak ajar sesuatu dari setiap apa yang berlaku...Senyum. Tak perlu kata apa-apa. :')

Selamat berhurrey-hurrey bersama keluarga^^

Bittaufiq wannajah fil imtihan. Moga ALLAH permudahkan. Rabbi yassir wala tu'assir. Insya-ALLAH.

hasnisyakila said...

tu la...

kalau tak rasa tak tahu macam mana.huhuu..:(

dilla nazri said...

Emmmm terbolas tu nama nyer!!!hikhikhik

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

Cheeky Quotes

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH