Wednesday, October 31, 2012

Tomato second version



Assalamua'laikum wbt




Sudahkan anda menonton vedio pendek Tomato 2.0, sambungan Tomato 1.0?

Kalau sudah apa reaksi anda? Menusuk di kalbu bukan?Sememangnya itu video osem yang patut anda saksi kan.


 official poster;terbaik daripada ikhwah China :)


Yang jelasnya di sini, hidayah itu milik ALLAH yang mutlak. Tanpa hidayah ALLAH, manusia itu masih lagi terumbang-ambing dengan keseronokan dan keasyikan. Kalau kita lihat, kematian Nabil membuatkan Mazlan berubah 360 darjah. Jadi benarlah, kematian sentiasa mengekori kita di mana sahaja kita berada. Jadi apa tunggu lagi. Be ready to be called!

Masih ingat ayat-ayat cinta yang diucapkan Mazlan?


Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia) -

"Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang  ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat). 
[Surah Al-Mu'minuun : 99-100] 


Masa yang telah lalu tidak akan kembali walupun sesaat. Sama lah juga dengan janji ALLAH untuk tidak mengembalikan hamba-NYA semula ke dunia untuk menggantikan amalan-amalan yang telah lalu. Time is more precious than a million ringgit of diamond. Begitu juga dengan janji ALLAH kepada kita untuk tidak melewatkan atau mempercepatkan ajal walaupun sesaat. 


" Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan) maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka tundakan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka dahulukan."
[Al-A'raf:34]


Manusia itu mampu untuk berubah bukan? Tiada siapa yang mampu untuk merubah diri mereka sendiri melainkan diri sendiri yang melakukan anjakan paradigm itu. Itu lah yang disebut ALLAH dalam surah Ar-Ra’d ayat 11 yang bermaksud nasib sesuatu kaum itu tidak akan berubah melainkan mereka sendiri yang mengubahnya.
ALLAH ALLAH!

Kerana itulah maratib amal kita bermula dengan individu muslim. Inilah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW yang membentuk peribadi-peribadi yang bakal mendokong dakwah Islam yang panjang dan berliku-liku ini. Berapa tahun diambil baginda untuk membentuk keimanan dalam diri sahabat supaya yang boleh membentuk kekuatan dan pengorbanan yang tinggi. Subhanallah!

Maratib amal? Ketertiban amal yang menjelaskan kepada kita akan keutamaan dalam melaksanakan amal.



Individu muslim. Satu tugas yang sangat berat untuk dipikul. Kerana segala-galanya bermula daripada seorang individu lalu berkembang dengan terbinanya baitul muslim dengan bertunjangkan sakinah, mawaddah dan rahmah. Dengan terbinanya baitul muslim, maka lahirlah masyarakat muslim yang terus berkembang menjadi kerajaan Islam, seterusnya negara Islam, khalifah Islam dan yang terakhir membentuk ustaziatul alam (yang mangamalkan Islam keseluruhan) untuk terus memimpin dengan Sistem Islam ke arah mendapatkan Syurga dan keredhaan Allah. 


Itulah dia 7 maratib amal yang sangat penting untuk kita semua. Apa yang dapat saya simpulkan di sini adalah tarbiyah (didikan) itu sendiri. Tarbiyah bukan segala-galanya, tapi segalanya bermula dengan tarbyah. Dengan tarbiyah manusia itu mampu untuk berubah .Dengan tarbiyah manusia itu mampu untuk mentarbiyah. Dengan tarbiyah manusia itu mampu untuk ditarbiyahkan, dengan tarbiyah juga manusia itu mampu untuk menimbulkan rasa yang mendorong  untuk melakukan sesuatu kebaikan. 

Akhir kata, untuk diri sendiri dan semua, ayuh semak kembali tarbiyah dzatiyyah (self tarbiyah) dalam diri kita. Bersama-sama kita bermuhasabah dan bermujahadah di university tarbiyah ini yang memerlukan pengorbanan dan kesabaran yang tinggi

Berkata Ibrahim bin Abi Ablah:

"Kita pulang dari jihad yang kecil (menghadapi musuh lahir) untuk menuju jihad yang besar (menghadapi musuh batin)"

 akhir kata : bermujahadah itu pahit kerana yakinlah syurga itu manis :)


Apabila seseorang dikehendaki ALLAH untuk menjadi baik, ALLAH akan memberi rezeki kepadanya berupa sahabat yang baik. Jika ia lupa, maka sahabat itu akan mengingatkan, dan jika ia ingat, maka sahabat itu akan menolongnya





Kehidupan ini adalah suatu perjuangan, 
yang tidak mungkin berpeluang walau sesaat untuk berpangku tangan 
kerana 'semaian' yang sempurna 
mampu membuahkan 'hasil' yang lumayan  :)


 Hanya kanak-kanak sahaja yang cuba menepis tangan kita yang membantunya, sedang dia masih bertatih. Tepuk dada tanya Iman :)







Nota 1: Habis satu paper hari ni.Alhamdulillah. Esok menyusul lagi satu, kemudian Khamis minggu depan pula. Insya-ALLAH. Doakan saya ;)
 

Nota 2: Selamat menonton Tomato 2.0 bagi yang belum menonntonnya.  Tomato 2.0, buat pertama kalinya saya menyentuh mengenai maratib amal, walaupun sering "diulang siar" dalam usrah :)



Wallahua'lam






Monday, October 29, 2012

Ummatan Wahidah

Salam 'Alaik



Alhamdulillah, masih bertemu dengan suasana Aidiladha semalam. Tak semua kakak-kakak dan abang-abang saya yang balik. Hanya yang giliran di Kelantan sahaja, dan semestinya anak-anak dara Ma:)
Dan tak lupa jugak kami semua menerima kunjungan tetamu dari jauh. mertua saya  kakak saya. :P

Teringat kembali isi khutbah di masjid semalam selepas solat sunat Aidilahda, yang disampaikan oleh khatib (imam) 'kegemaran' saya. eheh :D


Ummatan Wahidah; ummat yang satu.

Siapa?
Yakni umat yang sentiasa bersatu padu, tidak berpecah belah.  Yang sangat bertepatan dengan firman ALLAh dalam surah Al-Anbiya' ayat 92;

"Sesungguhnya ini adalah umat kamu; umat yang satu; dan Aku (Allah) adalah Rabmu, maka abdikan dirimu kepada-Ku (Allah)"



fikir dan renungkan. kerja yang mana selesai terlebih dahulu? secara bergotong royong atau pun secara individu? mesti lah yang berjemaah kan?juga bayangkan bangunan yang kukuh terbina daripada apa? maka begitu juga ummatan wahidah yang dimaksudkan.



Sesungguhnya Allah akan membeli orang-orang mukmin, dirinya dan hartanya dengan syurga, iaitu mereka yang berjihad pada jalan Allah, lalu mereka membunuh dan terbunuh, sebagai satu perjanjian yang benar di tentang itu (yang tersebut) dalam Taurat dan Injil dan Quran; kerana bukankah tidak ada yang sempurnakan janjinya lebih daripada Allah? Lantaran itu bergembiralah dengan perjanjian kamu yang kamu janjikan kepada-Nya, kerana yang demikian adalah kebahagiaan yang besar. ( Ayat 111 : Surah at-Taubah )


Wallahu a'lam



nota 1: Alhamdulillah, baru tiba di Kuantan. menyambung kembali saki baki perjalanan. Minggu ni dan minggu depan mid term exam. Doakan saya :)

All the best Sukila :)

missing both of  you little young men


Thursday, October 25, 2012

9 Zulhijjah; selamat berpuasa :)

Assalamu'alaikum wbt





Alhamdulillah, hari ni 25 Oktober, 9 Zulhijjah atau lebih dikenali dengan hari Arafah yang mana hari Jemaah haji melakukan wukuf di Arafah. Pada hari tersebut kita digalakkan untuk berpuasa sunat seperti mana sabda nabi SAW 

“ Puasa pada hari arafah aku mengharapkan supaya dihapuskan dosa pada tahun sebelumnya dan selepasnya” [Riwayat Muslim]

Disunatkan untuk berpuasa bagi mereka yang tidak mengerjakan haji.  Bagi mereka yang sedang berwukuf  di Arafah tidak disunatkan berpuasa.

Rasulullah SAW juga bersabda 

“Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi ALLAH selain daripada hari-hari yang sepuluh ini. Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil, bertakbir dan bertahmid’
[Riwayat Ahmad]

Akhir kata, mari menambah amal sebagai bekalan untk dibawa kelak. Mari mempertingkatkan semaian di dunia supaya tuaian kita di sana tidak mengecewakan. Semoga ALLAH menerima segala amalan-amalan baik yang kita lakukan di dunia ini. 

“Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada ALLAH dan carilah wasilah untuk mendekatkan diri kepada-NYA. Dan berjihadlah di jalan-NYA agar kamu beruntung”[Al-Maidah;35]



 pengorbanan Nabi Ibrahim dijadikan teladan,
kesanggupan Nabi Ismail bukan paksaan, 
menerima perintah Allah dengan yakin,
menjadikan si buah hati sebagai korban.






nota 1: Selamat menyambut hari raya Aidiladha untuk seluruh umat Islam di mana sahaja berada. semoga pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail menjadi pengajaran untuk kita selama-lamnya

nota 2 :  Menonton Adam dan Hawa scene di Mekah membuatkan hati membuak-buak untuk menjejakkan kaki ke sana. ALLAH. Tengok cerita pun sudah tergambar ketenangan tempat suci itu, apatah lagi kalau diri sendiri yang melangkah ke sana. 

Semoga ALLAH memberi peluang untuk menjejakkan kaki ke sana. my wish in my life !





Sunday, October 14, 2012

Agama adalah segala-galanya

salam 'alaik







Apakah ubat paling mujarab untuk segala permasalahan kita? Berkongsi adalah yang terbaik. Tetapi berkongsi dengan manusia tidak sama dengan kita berkongsi yakni mengadu pada ALLAH. Maka, ubat yang paling mujarab untuk kita adalah kembali kepada agama ALLAH iaitu agama Islam, agama fitrah.

Maka benarlah ungkapan "Islam is the way of life"

Apa sahaja yang berkaitan dengan kehidupan kita di dunia, sudah dijelaskan dalam Al-quran. Daripada yang ringan mahupun yang berat. Daripada bangun tidur sampai lah ke tandas sekalipun, semuanya sudah dijelaskan. Tinggal sahaja si umat untuk mempercayainya dan melakukan apa yang diperintahkan dan meninggal apa yang dilarang. Allahu Akbar!

 Malah, dalam memilih bakal isteri pun Rasulullah SAW sendiri yang bersabda yang bermaksud, 

"dinikahi wanita itu dengan 4 perkara. Kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama nescaya kamu akan selamat." 
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis yang sangat famous untuk diperkatakan.

Pilihlah yang beragama, nescaya kamu akan beruntung. Kenapa beruntung? Kerana kecantikan, keturunan dan harta tidak menjamin kebahagiaan kalau hal-hal agamanya tiada. Begitu juga untuk para lelaki. Dengan agama, dia mampu untuk jadi ketua keluarga yang hebat! Insha-ALLAH :)


Firman ALLAH dalam surah Al-Ma'idah ayat 3:

"Pada hari ini Aku sempurnakan agamamu untukmu, Aku cukupkan nikmat-Ku kepadamu dan Aku redha Islam sebagai agamamu."


Maka, apa sahaja yang berlaku, kembalilah kepada ALLAH, kembalilah kepada agama Islam yang didalamnya terkandung segala penyelesaian untuk segala permasalahan kita. Berlapang dada dan serahlah segalanya pada DIA, disamping memperbaiki diri kita ke arah kebaikan. ALLAH tidak akan mengubah nasib kita melainkan diri kita sendiri yang mengubahnya.

Dan berdoa. "berdoalah, nescaya akan Kuperkenankan."
Ya Muqollibal Qulub, Thabbitqulubana 'Ala Deenik! Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, balikkan hati kami ke atas agama. 




Rumah yang cantik dan tersergam indah bergantung kepada tiangnya yang kuat dan kukuh. Begitu juga individu muslim itu. Keluarga yang sakinah, mawaddah dan rahmah juga bergantung kepada tapaknya yang kuat dan kukuh iaitu individu muslim yang berjaya.

Inilah tiga lapangan: individu, rumahtangga dan masyarakat yakni bidang kerja yang sangat penting diusahakan sekarang.

Oleh itu, apa sahaja, kembalilah kepada Islam, yang sentiasa terbaik untuk kita :)


"Sesiapa yang beramal soleh lelaki dan perempuan, sedang ia beriman, kami akan menghidupkan kehidupan yang terbaik. Dan sesungguhnya kami akan membalas mereka dengan memberi pahala yang berlipat ganda dari apa yang mereka kerjakan."
[An-Nahl:97]






Nota 1 : Kata saya, ke'hensem'an itu tidak menjamin kebahagiaan kalau 'dia' tak ikut ajaran agama, especially bab solat. Anda bagaimana?

Nota 2 : Ternyata procedure perkahwinan itu sangat susah. Tapi mungkin tidak susah untuk sesiapa yang sudah  bersedia :)














Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

Cheeky Quotes

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH