Wednesday, March 31, 2010

Analogi segelas air…

assalamualaikum wbt....

Cuba kita bayangkan antara 2 gelas air teh yang berbeza…satu yang sangat2 pahit dan satu lagi sedap dan kaw2 punye….hehhee…yang mana satu kita nak minum?dan yang mana satu bila dah minum rasa nak lagi dan nak lagi…

Kenapa nak kaitkan dengan air teh plak..mesti lah nak yang sedap tu…kalau yang pahit tu rasa cam nak baling gelas je…begitu juga lah status ibadah kita terhadap Allah…
kalau kita beribadah dengan seikhllas hati dan yakin Allah pasti akan memberi ganjaran,sudah tentu kemanisan nak beribadah tu ada…rasa nak terus beristiqamah dan seronok dalam beribadah kepada Allah…macam kita minum air teh tadi la..kalau yang sedap tu sekali minum mesti nak lagi…..

sama la dengan akhlak kita seharian..berakhlak mulia dalam kehidupan mendorong kita untuk terus berbuat baik dan menjauhi maksiat…benda baik mesti lah nak terus buat kan…

dari konteks seorang pelajar pulak,bila dah faham sesuatu subjek, kita mesti lah rsa nak terus buat latihan dan mahir dalam subjek tersebut..akan terus berusaha bersungguh2 sehingga benar2 mahir dalam subjek tersebut….begitu juga dengan seorang pekerja, jika seOrang majikan amat berpuas hati dengan kerja anak buahnya,sudah tentu si anak buah ni sangat suka dan akan terus buat yang terbaik…

berbalik plak jika kita minum air teh yang pahit tadi…ape rase???ada rasa nak tambah lagi tak??rasa nak buang air tu ada lah…begitu juga kalau kita rasa beribadah kepada Allah ni suatu yang tak ada faedahnya,memang konfem la kita tak buat terus apa yang Allah suruh…malah makin mendekati maksiat kerana tak ada satu perasaan seronok dalam melakukan ibadah…hanya ada rasa satu paksaan dalam beribadah…

kalau dari sudut belajar plak,cuba bayangkan kita tak minat subjek tu…rasa tak nak amik subjek tu,tak nak belajar dan tak nak memahami subjek tu…tak pon,kita belajar tapi tak faham…dah tentu akan rasa give up dan tak nak go on dah…

di sini boleh lah kita kaitkan dengan sifat beristiqamah…iaitu sentiasa berada dalam landasan yang benar…istiqamah dalam melakukan kebaikan memang penting terutamanya beristiqamah dalam melakukan ibadah kepada Allah…dengan minum segelas air teh yang sedap kita akan rasa nak beristiqamah nak minum lagi..

fikir-fikirkanlah…apa yang baik kita teruskan dan apa yang tidak baik kita tinggalkan…carilah sesuatu yang terbaik yang tidak bertentangan dengan islam dan mendatangkan faedah buat diri kita....jadi nak minum air teh yang pahit ke yang kaw2 punya..????
saya nak milo….^-^


wassalam…

Sunday, March 28, 2010

Akhir perjalanan seorang ibu..

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..

kisah ni dipetik dari majalah SOLUSI edisi 16…sebuah kisah yang banyak memberi pengajaran kepada kita semua…lets have a look…do enjoy yourselves…

Seorang ibu muda yang baru ingin menjejakkan kaki ke alam yang baru bertanya.”Adakah perjalanan ini jauh?”

Kedengaran suara yang menjawab.”Ya,dan ia satu perjalanan yang berliku,tetapi hujung perjalanan inilah yang paling bermakna berbanding permulaannya.”

Ibu muda tersebut memulakan perjalanannya.Kasih sayang terhadap anak yang masih kecil tidak berbelah bahagi.Bermain bersama2,memetik buah disepanjang perjalanan,memandikan anaknya apabila melalui air terjun dan sebagainya.Ibu muda tersebut berasa sangat bahagia.Dia menangis sambil berkata “tiada yang lebih indah dan membahagiakan selain ini.”

Apabila menjelang malam,hujan dan rebut melanda.Lorong yang mereka lalui gelap.Ank2 menangis dan ketakutan.Si ibu membalut anaknya dengan gebar dan memeluk.Si anak memberitahu ibu.”Ibu,kami tidak takut lagi sebab ibu ada bersama kami.”

Menjelang pagi,si ibu bangkit dari lena.Tiada lagi rebut semalam.Di hadapan mereka ada sebuah bukit dan mereka mendaki hingga ke puncaknya.Si ibu dan anak kepenatan.Tetapi ibu berpesan .“Bersabar ya sikit sayang,nanti kita akn sampai ke puncak.”Anak2 tidak berputus asa dan terus mendaki.Apabila tiba di puncak,anak berkata. “Kami takkan sampai ke sini tanpa ibu.”

Si ibu berbaring memandang kerlipan bintang sambil berkata .“Hari ni lebih bermakna berbanding semalam dan aku rasa amat bahagia.Anak2ku telah beljar untuk bersabar ketika berdepan dengan kesusahan.Semalam aku telah berikan mereka keberanian dan hari ini aku telah beri mereka kekuatan.”

Hari berikutnya awan gelap menyulubungi alam semesta.Anak2 teraba2 dalam kegelapan dan terjelepuk jatuh ke tanah.Si ibu berkata.”Anak2ku,jadilah seorang yang berani.Allah akan sentiasa bersama kita.”

Anak2 mula sedar dan kembali tenang.Kata2 itu menjadikan mereka terpandu dalam kegelapan.Pada waktu malam,si ibu bermonolog sendirian.”Hari ini adalah hari yang terbaik dalam hidupku.Aku telah tunjukkan mereka jalan yang benar.”

Hari berganti hari,minggu berganti minggu,si ibu semakin tua dan lemah.Anak2 pula semakin besar dan menjadi insan yang mampu berdiri di atas kaki sendiri.

Kini tibalah masa seorang ibu kembali ke dunia yang abadi.dia berkata. “Aku telah sampai ke hujung pengembaraanku.Kini aku sedar penghujung perjalanan ini lebih bermakna bagiku berbanding permulaannya.Kini anak2ku telah kuat.Tidak selemah dulu diwaktu mereka masih setahun jagung.Mereka mampu berhadapan dengan dugaan hidup dan terbimbing ke jalan yang lurus.Kini aku boleh pergi dengan tenang kerana doa2 mereka akan menemaniku.

begitu besar pengorbanan seorang ibu untuk anak2 tercinta...terima kasih ibu...

semoga bermanfaat...IInsyaALLAH...

illalliqak...

Friday, March 26, 2010

welcome Wan Nur Zarifah Amani...~

salam alaik...

alhamdulillah bertambah lagi cucu arwah we(ayah) dan ma....hehe...dan bertambah juga anak buahku...eh,excited la plak...

agak la excited....tak tengok lagi Wan Nur Zarifah Amani ni..next week dia dah nak balik KL dah...takpe nanti boleh pegi Bangi....nak panggil ape ye...panggil Amani la..cun tak...hhaha..

eh lupa nak inform...Amani ni lahir pada 19 Mac hari tu kat Hospital Kota Bharu...wahidah dah jadi kakak....tak boleh manja ngan mama la dia..hehe..jaga baby baik2 ye....tak boleh takut2 ngan orang lagi ye....takde sapa nak makan awak lah...

gambar new lil mujahidah takde la....tengok kat facebook la...hehe...tapi buat masa ni saya MC berfacebook...tapi blog update plak..hoho...

ok la...nak study BM..ahad ni exam BM...takut la...lama dah tak buat esei BM..huhu..apa2 pon doakan saya dapat jawab BM dengan jayanya..INSYAALAH..

wassalam..

Monday, March 22, 2010

bahagia..~

assalamualaikum wbt...

Bahagiakah seorang ibu jika tanpa perhatian seorang anak?
Bahagiakah seorang ibu tanpa satu pun panggilan telefon untuk bertanyakan khabar?
Bahagiakah seorang ibu jika seorang anak tidak pulang menjenguk?
Bahagiakah seorang ibu jika perbuatan seorang anak yang menyakitkan hati?
Bahagiakah seorang ibu seandainya orang lain lebih diutamakan oleh anak sendiri?
Bahagiakah seorang ibu sekiranya seorang anak melupainya?
Bahagiakah seorang ibu jika seorang anak tidak pernah menghargainya?
Bahagiakah???????????

Buat renungan semua dan juga untuk diri sendiri….Na’uzubillah kita minta dijauhkan dari golongan2 yang diatas…siapakah kita tanpa seorang ibu..jangan ingat kita tu hebat…..tak ada redha Allah tanpa redha ibu…sesungguhnya syurga itu dibawah telapak kaki ibu….

Selagi seorang ibu masih bernyawa,hormatilah,sayangi dan lindungilah ibu kita semua…jangan kita menyesal setelah semuanya ditarik Allah…jangan hanya menyesal setelah perginya seorang ibu…yang juga hilangnya doa yang bermanfaat…hilangnya gah seorang anak tanpa pengampunan seorang ibu..

Tiada yang terbaik melainkan kasih sayang dan doa seorang ibu buat anak tersayang…tapi mampukah kita sebagai seorang anak berbuat sedemikian…fikir-fikirkan….

YA ALLAH,Kau ampuni segala dosa ku terhadap ibuku..rahmatilah hidup ibuku,dan berilah nikmat kesihatan untuknya untuk terus beristiqamah dalam beribadah kepadaMu..
amin...

sayang mak saya forever...

wassalam...

Sunday, March 21, 2010

selamat pergi sahabat-sahabat...~

assalamualiakum wbt...

Ahamdulillah saya berpeluang mengantar kawan2 sekolah dulu yang nak fly ke negara matahari terbit,Jepun...sempat juga pergi KLIA tadi...tapi ,mase saudara saya pergi ke korea tahun lepas,saya tak berpeluang nak hantar...harap2 beliau tak kecik hati..

tapi kan mase kat KLIA tadi sebenarnya tak sempat pon jumpa diaorang...nampak dari jauh je turun escelator...huhu..sedey gak...sampai dah awal tadi..tapi masa sampai tu diaorang tengah briefing...lepas tu terus ke tempat nak depart..

so,tak sempat la jumpa ngan kawan2 saya especially Fauziah Aziz..sorry ye kawan2..walau apa pun good luck to all of you...all the best kat jepun ye....panjang umur kita jumpa lagi..InsyaAllah...

semoga kalian semua tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan dan cabaran hidup di negara orang...jaga diri baik2 ya....sentiasa ingat Allah...pesanan dari penaja...hehee..Uhibbukum Fillahi Abadan Abada...

wassalam...

pesta buku antarabangsa..~

Salam Alaik...

Alhamdulillah dapat gak pegi Pesta Buku Antarabangsa di PWTC petang tadi...hehe...best2...sangat2 suka..tapi tahun ni cam tak ramai orang je...tak macam tahun lepas...

Penat jalan kaki tapi enjoy sebab dapat beli buku..murah pulak tu...discount je....author pon ramai...amik tanda tangan,amik gambar...tu yang jadik best...

tadi saya beli banyak buku..hehe...ye ke????mestilah..kan hantu buku...sampai tak tau nak pilih mana satu..jadi rambang mata la...uhuk...dan tadi beli dua chicken soup...best33....hahaha....

tak sabar nak baca..tapi kena tunggu habis exam la...baru boleh baca buku..pergi pesta buku time exam ni..apalah syakila...takpe yang penting puas hati..mak saya siap bagi duit suh beli buku....hehee...sayang ma....terima kasih....

ok la..sapa yang berpeluang boleh pegi bookfair kat PWTC ye...saya yakin anda pasti tak nak balik punya...haha...

doakan saya untuk menghadapi final exam dengan jayanya..InsyaAllah..

wassalam...

Thursday, March 18, 2010

exam oh exam...~

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang...

alhamdulillah,hari ni last lecture untuk second sem 2009/2010...kejap je masa berlalu...masuk kelas,keluar kelas,naik bus,turun bus,buat assignment ,hantar assingment...tup-tup dah nak final exam dah...huhu..

dah la subjek sem ni agak susah....carry mark pon cukup2 makan je...so ,final ni kena work hard la...

InsyaAllah first paper on 24th march....permulaan ngan LINEAR ALGEBRA...kos yang agak susah la bagi saya..all about the matrices...mencabar kan????

dan last paper ngan ALGEBRA..juga kos yang susah...huhu...pastu balik umah...oyehh...tu yang best..ehhe...

semoga saya diberi kekuatan dan kemudahan untuk menjawab soalan exam...kita hanya mampu berusaha,hanya allah yang menentukan...takutnya nak final exam ni...soalan mesti double2 susah dari mid term...

mungkin ni last n3 before exam...hehe..kalau sempat saya update...kalau tak tunggu after exam la jawab dia...kepada kawan2 CTS 1st year 09/10 good luck and all the best..

kepada bonda tercinta,doakan kejayaan anakmu ini...

~DONT LETS FEAR STAND IN THE WAY OF SUCCESS~

Saturday, March 13, 2010

jangan mudah mengaku kalah...~

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang....


~redha...~

Usah di salahkan takdir yang melanda
Renung kembali sejarah silam
Dengan membiarkan ku sendiri
Ku terumbang ambing mengenal diri

Mujurlah Allah itu mengasihi
Aku diberi arah petunjuk
Berlindung dengan Allah
Menerus kehidupan
Ku mengenal makna
Dosa dan pahala

Dengan kehendakNya
Kau datang semula menghampiriku
Dan aku terpaku
Hingga ku hilang tiap bicara

Bukan ku menjauhi
Tetapi amat sukar sekali
Bila kenang kembali
Aku disisih dan dibuang ke tepi
Malah aku tidak dipeduli

Allah Maha Mengetahui
Yang ada dihati
Biar Dia menentukannya

Usah disalahkan takdir yang melanda
Renung kembali sejarah silam
Ku redha dan sedia. terima
Yang tertulis dalam kehendakNya


bila dengar lagu ni..hayati betul,saya rasa tak perlu untuk mudah mengaku kalah..mengaku kalah bererti seperti saya tidak redha dengan Qada' dan Qadar Allah..Na'uzubillah...

Allah knows everything for His servants....He will gives the best to His khalifah...no one can say that he or she is the best because we are all same in front of Allah...no body is higher than the other...

Ya Allah..kau ampuni segala dosa2 ku sama ada dengan sngaja atau tidak sengaja..bersihkanlah hatiku dari sifat2 buruk dan penuhilah dadaku dengan sifat2 mahmudah....beriku kekuatan untuk menempuh segala dugaan Mu Ya Allah...janganlah ku mudah mengaku kalah...bantulah hambaMu ini untuk terus beristiqamah dalam melakukan ibadah kepadaMu..Amin..

~JANGAN MUDAH MENGAKU KALAH WAHAI HAMBA ALLAH YANG BERNAMA WAN HASNI SYAKILA....YOU CAN DO BETTER THAN THE OTHER....INNALLAHA MA'ANA..~

wassalam...

jenazah management course....~

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah dapat juga menghadiri Jenazah Management Course di Lecture Hall Kuliyyah of Pharmacy....salah satu co-curricullar untuk semua UIA students...wajib bagi kami kena amik subjek ni...sebenarnya salah satu aktiviti di bawah Study Circle yang dihandle oleh Chief Faci....

walaupon hanya 0.5 credit hour,tapi benda tu tak penting..yang pentingnya ilmu yang disampaikan yang mana memang berkait rapat dengan dunia sebagai seorang khalifah Allah...itulah istimewanya UIA...saya tak tahu bagaimana dengan uni lain....islamization yang menjadi vision kami..

InsyaAllah sem 2 ni akan habis halaqah...dan terus sambung family management plak...itulah yang kami kena habiskan sepanjang 4 atau 5 tahun di UIA...selain dari university requirement lain seperti Islam and Science dan juga UNGS..

bukan golongan ustaz2,ustazah2 orang2 kuat agama je yang patut tahu benda ni...kita pon at least kena tahu serba sedikit...memang lah pengurusan jenazah kalau mengikut klasikifasi knowledge oleh Imam Al-Ghazali ialah fardhu kifayah yang hanya wajib ke ats sebahagian umat islam..cuba bayangkan,bagaimana jika tidak ada seorang pon yang tahu ape yang patut buat semasa tengok mayat....

itulah pentingnya jika kita tahu serba sedikit pasal pengurusan jenazah..alangkah eloknya jika kita boleh tampil ke hadapan bila mana tiada seorang pon yang boleh handle benda ni..

bila start jenazah workshop tadi,teringat kat arwah ayah..teringat kembali detik2 sakit arwah....teringat kembali bagaimana detik2 sakaratulmaut arwah ayah walaupon saya tak berada dekat dengan beliau pada masa tu...teringat kembali semasa arwah dikafankan...

Ya Allah takutnya nak menghadapi kematian...kita tengok sekujur tubuh yang dibalut kain putih,tak kan takde sedikit pon rasa takut....itulah yang buat kita lebih mengingati mati...mati itu pasti...cepat atau lambat sahaja penentuannya...

semasa pengebumian arwah ayah dulu,saya tak ikut serta....jadi tak tau camana mayat dikebumikan..tapi bila dengar workshop tadi,takutnya rasa...pada fikiran saya mayat dimasukkan ke liang lahad dan ditutup begitu je....tapi rupa2nya ikatan kat muka dibuka dan mayat dipalingkan ke arah kiblat dengan hidung mencecah tanah....MasyaAllah..takutnya...

cuba bayangkan kita yang hidup ni nak cium tanah....berapa lama boleh tahan..nikan pulak buat selama-lamanya...itulah persediaan si mati untuk bertemu Tuhan pencipta sekalian alam...

sesungguhnya jenazah workshop tu memang banyak memberi maanfaat pada semua...bukan 0.5 credit hour yang kami nak kejar...kalau nak 0.5 tu,perjumpaan migguan untuk halaqah dah memadai...begitu juga dengan tasmik hadis dan surah2...tapi pengisian tu yang penting dan smestinya menjadi satu ilmu yang paling bermakna buat saya...

semoga dengan mengikuti Jenazah Management Course tadi,saya dapat mengamalkan ilmu2 yang diperolehi tadi dan berkongsi dengan orang lain....nanti bolehlah praktis...InsyaAllah..

wassalam...

Thursday, March 11, 2010

saya malu...saya segan..saya tergugat...~

salam alaik....

pernah tak anda2 sekalian rase camtu...semsetinya ade kan....rasenye n3 ni tak penting pon..tapi sebagai saya punya luahan hati..ceewah...huhu...

saya ade kenalan yang agak rapat...tapi rasenye kami cam satu family plak....lebih dari seorang kakak dan adik....bila birthday bagi hadiah...kadang2 mesej..kadang2 ym..kadang2 skype...agak selalu tanya khabar..

tapi kadang2 saya malu ngan mereka sebab mereka semua pandai2...semua exam score....saya apelah yang ade..study pon locally je...result pon cukup2 makan je...mereka hebat..study kat oversea..amik kos hebat2....tapi saya bangga gak ngan mereka sebab mereka terer...puji ni...

bukan nak berbanding...tapi perasaan malu,segan tu ade...segannya nak jumpa...huhu...rasa macam tak layak je nak jumpa...saya rasa tergugat...tapi mak saya cakap,"takpe la rezeki...mungkin Allah nak beri yang terbaik untuk La"...

saya pernah menangis malu,segan,tergugat...sampai mak saya naik runsing...mase tu nak final exam di UIA PJ...fikiran jadi kacau...study tak berape nak masuk...asal kol umah mesti menangis...tapi Alhamdulillah,mak terus memberi peransang kat anak perempuan dia ni...begitu juga kakak2 dan abang2 saya..."jangan fikir orang lain La...La pon hebat jugak"..kata2 nak menyedapkan hati saya...

tapi semua tu rezeki Allah...Allah dah menetapkan untuk semua..tak perlu rasa malu...segan...kita semua sama di sisi Allah...amalan yang membezakan kita semua...saya tak mahu digolong dalam golongan yang kufur nikmat..Na'uzubillah..

walau ape pon..saya tetap bangga menjadi seorang Wan Hasni Syakila..walaupon tak belajar jauh,tapi saya bangga menjadi IIUM student yang sememangnya universiti yang terbaik..yang menjadikan islam as way of life...tak semua same ngan universiti lain...Alhamdulillah..Allah beri saya peluang untuk belajar di UIA..

last but not least,saya bangga menjadi anak arwah we(ayah) dan ma...

wassalam....

Wednesday, March 10, 2010

the game was over..~

lets focus on our studies...the final exam is around the corner...

assalamualaikum wbt.....

Alhamdulillah,segala jenis aktiviti batch 091 dah tamat..hari ahad hari tu family day Sciencess 1st year students....sori la..lambat update...sibuk ooooo.....tadi baru hantar esei bm...penat karang ayat...hehee..dan esok kena hantar assingment calculus dan juga algebra....

family day hari tu agak best la...mula2 tu tak nak pegi gak..tapi ubah fikiran balik...nanti bila lagi nak gather ramai2 kan???mase ni la nak merapatkan silaturrahim...ceewah...saya ahli rumah biru...yang menjadi juara bagi family day sciencess 2010..ehhee....dengan diketuai oleh don...

kalau nak tau,ahli rumah biru la paling ramai berbanding rumah lain..bagos kan ahli rumah biru ni..ahli rumah lain,ade yang tak datang,yang jadi committee pon ramai gak...patut la rumah biru menang..hehe..
teringat mase kejohanan olahraga tahunan sekolah dulu plak...yang kat sekolah dulu lagi best...ade maskot,ade perbarisan dan macm2 lagi la...


sebahagian ahli rumah biru....~


biru itu jitu..??~




berehat sebentar....penat..panas plak tu...tapi enjoy..~


hah..tarik22...tapi CTS kalah ngan biomed..huhu..~


kanak2 ribena melompat..korang umor bape weh???~

yang pastinya rumah biru memang best..ehhe...banyak lagi gambar...tapi tak kan nak letak semua kut....ratus2 ade ni..ehhe...


yang ni gambar mase kami pegi main bowling hari tu...tapi tak semua ade ni...~


mase intergrative science challenged hari tu...


sebahagian committee.....

ok la...dah banyak dah tu gambar..ehehe....tu la sedikit sebanyak gambar aktiviti mggu lepas...weekend yang busy....sampai tak sempat nak study...muka pon aci burn dah..huhu...
dan insyaallah berakhirlah aktiviti CTS 091 bagi sem 2 2009/2010...kami pon dah nak final exam dah..huhu...first paper on 24th March...

all the best friends....lepas tu cuti panjang ye....dan sapa yang amik short sem same saya kita jumpa di Gombak ye...hehee..excited nak g Gombak nih...

last but not least.semoga banyak lagi aktiviti menarik untuk batch kita ye...InsyaAllah akn ade summer camp plak bulan 6 ni....kita same2 join ye..

wassalam..

Saturday, March 6, 2010

integrative science challenge~

assalamualaikum wbt...

weekend ni weekend yang paling banyak aktiviti...semalam bowling tournament...yang CTS batch 091...agak la best...enjoy je...bia la baling bola banyak masuk longkang pon..yang pasti bukan juara longkang...hehe..tq kepada programme coordinator Ghaffar and Zutiqah..tak lupa jugak buat kawan2..

dan pagi tadi ade integrative science challenge...under training and education bureau...main game yang banyak pakai otak..hehee...nasib baik ade mirul dan nizam...korang memang hebat la..
tak pasal2 kita dapat no 2...bagos2..hehee..

sepatutnya jadi committee untuk catering...tapi dah programme manager kata committee pon boleh join,so ape lagi kami join la...memang enjoy...penat pon penat...tapi dapat la gak nombor...


hamper yang disediakan..


group kami..ivory cost...hamper pinjam tu..kami pnye no 2..ehhee...


sky scrapper kami...kukuh tu..hehe...


mantap2..

ok..setakat tu je..esok ade family day sciencess plak...for 1st year students..

wassalam..

Thursday, March 4, 2010

Allah is the only one.

in the name of Allah the most gracious the most merciful...


Allah is the only one.
Oh…friends Allah is only one
He has no partner or son
He has made us and everything
All beast all fowls
All birds that sing

The sun the moon the lovely sky
The land the hills
And the mountain high
He knows whatever we think or act
Because Allah sees the real fact

And only He does what He wills
And He makes He saves He keeps
Forever the same no age no youth
He is perfection and he is truth

Almighty Allah and He is wise
He has no place no shape no size
Forever the great is our god
And always to be adored

Hadith rasulullah saw
“barangsiapa yang mengenal dirinya maka dia akan mengenal allah”..

Awwalu al-din,ma’rifatullah….

wassalam...

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

Cheeky Quotes

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH