Thursday, July 28, 2011

matematik yang universal

salam 'alaik



suka saya untuk berkongsi ini dengan sahabat-sahabat sekalian, pencinta matematik terutama. hehehe. nampaknya, tidak sia-sia kita belajar ilmu hisab. Subhanallah!

nak tahu kena baca. have nice reading ^^


Mencari kebenaran al-quran, bahawa the absolute truth itu ada padanya, mungkin memerlukan ke arah ada pendekatan yang lebih universal.Bahasa sejagat yang boleh di guna pakai oleh sesiapa sahaja, berbekalkan akal pembeza manusia daripada binatang.

Gunakan matematik dan teori kebarangkalain(TOP) yang kita semua tahu. Kita semua sedia maklum bahawa antara keistimewaan al-qurani alah pada kewujudan fakta-fakta sains yang mengagumkan.Begitu banyak penemuan sains yang hanya ditemui pada era moden in, telah tercatat dengan jelas di dalam al-quran, teks yang telah wujud sejak lebih 1000 tahun yang lalu, era yang masih jauh daripada upaya manusia menganalis alam dengan disiplin sains.

Dari mana datangnya fakta-fakta yang betul itu?

“arg, mungkin hanya lucky guess!” jawab segelintir yang tidak atau belum mengimani al-quran.

Baiklah, kita terima alasannya bahawa fakta sains di dalam al-quran hanya lucky guess, oleh ‘penulisnya’ bernama Muhammad.

Dengan menggunakan TOP, mampukah nabi Muhammad SAW membuat lucky guess di dalam al-quran?

Dengan sebiji dadu, berapakah kebarangkalian kita untuk mendapat nombor 3 dengan satu balingan?Jawapannya adalah 1/6.Berapa pula untuk kita mendapat nombor 3 dengan2 balingan(rolling 2 dices)? Jawapannya adalah 1/36.

Gunakan teori yang sama untuk menganalis fakta sains di dalam al-quran.

Misalnya, di dalam al-quran, ada keterangan tentang bulan dan matahari.Jika nabi Muhammad SAW mahu membuat sesuatu tekaan apakah bulan itu mengeluarkan cahayanya sendiri, atau memberikan reflek kepada cahaya yang datang daripada sumber lain, maka kebarangkalin untuk nabi Muhammad SAW membuat tekaan yang betul?

Pasti, kebarangkaliannya adalah ½.Sama ada cahaya sendiri, atau cahaya daripada sumber lain. (imagine flip a coin. whether we will get a tail or head)

Itu fakta sains.

Bagaimana pula dengan isu lain di dalam al-quran? Misalnya fakta apakah bumi mengelilingi matahari, atau matahari mengelilingi bumi.Atau fakta tentang komponen tubuh manusia ini terbentuk daripada apa….. jika setiap satu fakta sains di dalam al-quran ini mahu disampaikan secara lucky guess oleh seorag manusia bernama Muhammad, maka berapa kebarangkalian nabi Muhammad SAW untuk membuat tekaan yang betul?

½ x 1/6 x 1/15 x 1/78…… ada seribu fakta sains di dalam al-quran, maka kebarangkalinnnya ialah 0.00 000 000 007 686 443 547 637…… dan angka berterusan…. Atau dalam erti kata yang lain, MUSTAHIL!

Namun, kesemua fakta sains di dalam al-quran itu adalah TEPAT dan BETUL.

Maknanya, yang bercakap di dalam al-quran itu mestilah satu pihak yang sangat tahu tentang mansuia dan alam.Tidak lain dan tidaka bukan, pihak yang bercakap di dalam al-quran itu adalah pencipta alam dan manusia.Itulah tuhan, itulah ALLAH….ALLAHU AKBAR!

TOP boleh digunakan untuk mencari keyakinan terhadap al-quran.

Petikan daripada buku “transformasi Ramadan” oleh Ustaz Hasrizal.

wallahua'lam


wassalam

my first award from Nomi chan~



salam 'alaik




sekolah rendah dulu selalu dapat award. hehehe.
sekolah menengah tak kut. saya bukan budak pandai ;p

kali ni dapat award dari sahabat blogger yakni classmate saya mase form 5, nomi chan. hehehe.
thank you ye.



jadi dengan ini, saya perlu tag 8 blogger lain.
terimalah (^_*)



p/s: Ramadan is coming. lets presenting and preparing ourselves to raise the best in ours during this month of training, enhancing ibadah and nurturing iman.





wassalam ^^

Tuesday, July 26, 2011

sedetik menjelang Ramadan : menanti kedatanganmu

assalamu'alaikum wbt




apa khabar sahabat-sahabat sekalian? apa khabar iman kita hari ni? sejauh mana persiapan kita untuk mengunjungi madrasah Ramadan yang tinggal lagi beberapa hari? Ramadan yang kita tak tahu, mungkin adalah yang terakhir bagi kita.

bulan yang sering2 ditunggu dengan gandaan pahala yang berlipat ganda. Subhanallah. kalau ditanya, tak ada siapa yang tidak suka dengan kedatangan bulan Ramadan. semua tak sabar nak puasa. tapi adakah kita menyambut Ramadan ni hanya untuk syarat menyambut hari raya atau pun sebagai bulan tarbiyah yang boleh mendidik jiwa kita untuk menambahkan amal ibadah kepada Allah dan seterusnya untuk dipraktikkan dalam sebelas bulan selain bulan Ramadan?

tepuk dada tanya iman. kita berpuasa untuk apa. Rasulullah SAW pernah menyebut "apabila tibanya Ramadan, pintu syurga akan dibuka seluas-luasnya, pintu neraka akan ditutup serapat-rapatnya dan syaitan2 akan dibelenggu."
tiada siapa yang tidak inginkan pahala yang berlipat ganda.

sya'ban bakal meninggalkan kita. bulan yang penuh barakah bakal menemui kita. semoga Allah menjaga hati kita. dan semoga Allah menerima segala amal perbuatan kita. INSYA-ALLAH.

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa". (Al-Baqarah ayat:183)


"Setiap hamba yang berpuasa dijalan Allah, Allah akan menjauhkannya dari api neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun".
(Bukhari-Muslim)


dipetik dari iluvislam:-

Ramadhan kembali menjelma lagi,
Terubat rindu di hati ini,

Rinduku pada solat Sunat Terawih,
Rasullullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:
"Sesiapa yang mendirikan sembahyang (Terawih) dalam bulan ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu".

Rinduku pada taddarus Al-Quran,
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:
"Tidak berkumpul suatu kaum pada mana-mana rumah Allah, mereka membaca
dan bertadarus Al-Qur'an, melainkan diturunkan kepada mereka ketenangan
(sakinah), diliputi rahmat, dikelilingi malaikat dan Allah menyebut mereka pada
para malaikat"

Rinduku pada malam Lailatul-Qadar,
"Sesiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rinduku pada segala-galanya di bulan ini..
Masih sempatkahku untuk menyempurnakan rindu itu,
Penuhilah hari-harinya dengan beribadat,
Kejarlah syurga dan jauhilah neraka,
Moga bahagia sepanjang hayat.

BERBUAT IBADAH DENGAN PENUH PENGHAYATAN,
AMALAN DIPERTINGKATKAN PAHALA DI GANDAKAN,
SINAR HIDAYAH SEPANJANG ZAMAN,
NERAKA DIJAUHI, SYURGA DIKEJARKAN.



wallahua'lam

wassalam

Wednesday, July 20, 2011

5terz0206

salam 'alaik




Alhamdulillah, 15dan 16hb hari tu ade reunion sekolah dulu, 5terz0206. Seronoknya. Lama tak jumpa dengan semua orang, walaupun tak semua yang Berjaya menghadirkan diri. Tahun ni tahun ke-9 kami kenal. Alhamdulillah.Tahun depan dah 10th year’s anniversary. Hehehe.Dah lama rupanya <!--[if gte mso 9]> Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE berkawan. ^^

Destinasi kami kali ni adalah pantai melawi bachok, 2 hari satu malam. Mula2 jumpa, masya-allah, banyaknye nak cerita.Biasalah, lama tak jumpa.Siap kena buat round table balik nak tahu semua orang belajar kat mana, kos ape, bila grad dan macam2 lagi. Kalau ikutkan umur kami sekarang 22, ramai yang ada yang dah habis belajar dan konvo hujung tahun ni. Tahniah ye kawan2.Cuma, saya dan sahabat2 UIA lambat sket.Huhuhu.

Sampaikan malam tu tak rela nak tidur, sebab banyak lagi yang tak cerit ni. Hahaha.Dengan gelak ketawa dan pelbagai cerita, pengalaman practical, pengalaman cucuk orang, pengalaman round patient kat ward, pengalaman tidur di stesenkereta api, pengalaman pegi disneyland kat Hong Kong yang membuatkan orang lain rasa nak pergi jugak, pengalaman jadik orang Russia, dan macam2 pengalaman lagi. Tu pun ada yang tak sempat bercerita.Banyak sangat, hehehe.

Tak lupa juga mengimbas kembali masa katsekolah dulu, 5 tahun bersama-sama, suka dan duka, pahit manis, payau semua ade. Hehehe.Sampaikan bila Tanya kelas f1 dulu boleh tak ingat.Hahaha.Ingat2 lupa.

Salah seorang sahabatsaya, subhanallah, terkejut, banyak perubahan dia. Jauh beza masa kat sekolah dulu.Berubah kearah kebaikan.Seronok tengok.Mulut nak bertanya, tapi tak Tanya pun. Walaubagaimanapun, saya seronok tengok keadaan dirinya.Semoga trus berada di jalan tarbiyahnya.

Sahabat-sahabatsekalian, saya seronok jumpa kalian, walaupun mula2 tu agak kekok untuk berbicara.Bila ingat balik perbualan “warongkita” malam tu, memang aku gelak sorang2.Hahaha.Banyak perkataan baru yang kita dapat, bak kata raimi.Hehehe. Dan doc sempoi dari rusia, sebagai pencerita terbaik malam tu.Aku rindu nak dengar cito mu lagi che 10.Hahaha.Tq untuk gambar2 tu.Dan sememangnya kamera pink tu banyak berjasa.Hehehe.

ni gambar2 dari fb kawan2. saya tak bwak kamera.T____T


mula2 sampai...^^


makan2...

amboih, sakan gelak..hehehe...


lihat dr kita, gaya navy...hehehe...







PM kita...thanks a lot sarah...jasamu dikenang...^^



p/s: boleh tgk lagi kat sini


jumpa lagi sahabat2. sekarangkan cuti semua sama. hehehe. terima kaih semua. maaf kalau ada salah silap.
tha best moment that i've ever had. thank you so much. may allah bless all of you. ukhuwah fillah abadan abada (^_*)




wassalam

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

Cheeky Quotes

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH