.... Dunia ini satu persinggahan. Setiap yang ada akan diambil kembali apabila tiba waktunya ....
Tuesday, July 12, 2011
sa'ad bin abi waqas
assalamu'alaikum wbt
jom sahabat-sahabat sekalian, kita mengenali Sa'ad bin Abi Waqas ^^
Sa'ad bin Abi Waqas adalah salah seorang daripada 10 sahabat yang dijanjikan syurga. Subhanallah. beruntungnya mereka. sudah dijanjikan syurga oleh Allah.
pengislaman Sa'ad bin Abi Waqas:
Sa'ad bin Abi Waqas juga merupakan orang yang ke-4 memeluk Islam selepas Abu Bakar As-Siddiq, Zaid bin Harithah dan Ali bin Abu Talib. beberapa hari sebelum pengislaman Sa'ad, beliau bermimpi tenggelam dalam kegelapan. kemudian, bulan memancarkan cahaya penuh lalu beliau mengikuti cahaya tersebut. beliau melihat 3 orang terlebih dahulu berada di hadapan, seperti yang disebutkan di atas.
berbakti kepada ibu bapa
Sa'ad sangat menghormai ibubapanya. penerimaan beliau terhadap Islam mendapat tentangan hebat daripada ibunda sendiri, sehinggakan ibunya tidak mahu makan dan minum sehinggalah Sa'ad meninggalkan islam semula.
tapi, Sa'ad bin Abi Waqas bukan lah seorang yang mudah goyah imannya, walaupun mendapat tentangan ibunda sendiri. beliau sendiri yang mengatakan; "Demi Allah! Seandainya ibu memiliki seribu jiwa, lalu jiwa itu keluar dari tubuh ibu satu per satu (untuk memaksaku keluar dari agamaku) sungguh aku tidak meninggalkan agamaku kerananya.”
kehebatan Sa'ad bin Abi Waqas
semasa memeluk Islam saad masih lagi muda belia. akan tetapi, beliau memiliki daya fikiran yang matang dan tidak tertarik dengan segala macam perkara yang melalaikan yang digemari oleh pemuda-pemuda yang sebayanya. beliau hebat dalam membuat panah dan juga memanah. beliau juga menunjukkan terdapat ciri-ciri kecerdasan dan kepahlawanan yang menggembirakan.
kepahlwanan Sa'ad bin Abi Waqas
semasa Perang Badar, Sa'ad sama2 berperang dengan adiknya Umair, yang mati shahid semasa peperangan tersebut.
Ketika tentara kaum muslimin lari kucar-kacir dalam perang Uhud, Rasulullah SAW tinggal di medan tempur dengan kelompok kecil tentera kaum muslimin, tidak lebih dari sepuluh orang, yang salah seorannya ialah Sa'ad bin Abi Waqas. Sa’ad berdiri melindungi Rasulullah SAW dengan panahnya. Tidak satupun anak panah yang dilepaskan Saad dari busur melainkan mengenai sasaran dengan jitu, dan orang musyrik yang terkena, tewas .
Tatkala dilihat Rasulullah SAW Sa’ad seorang pemanah jitu, beliau berkata memberinya semangat “Panahlah, hai Sa'ad! Panahlah…! Bapak dan ibuku menjadi tebusanmu!”
puncak kejayaan Sa'ad bin Abi Waqas
semasa pemerintahan Umar Al-Faruk yang bertekad untuk menyerang kerajaan Persia, beliau memerintahkan semua gabenor untuk menghantar setiap yang mempunyai senjata atau kuda, keberanian dan kekuatan yang membantu untuk memenangkan peperangan. Sa'ad bin Abi Waqas terpilih untuk menjadi panglima angkatan tentera.
amanat dan nasihat daripada Umar Al-Faruq untuk Sa'ad selaku ketua angkatan perang :
Janganlah terpesona, sekalipun merupakan bapa saudara Rasulullah dan sahabat beliau. Sesungguhnya Allah tidak menghapus suatu kejahatan dengan kejahatan. Tetapi Allah menghapus kejahatan dengan kebaikan. Sesungguhnya tidak ada hubungan kekeluargaan antara Allah dengan seseorang melainkan dengan mentaati-Nya.
Segenap manusia sama di sisi Allah, sama ada dia bangsawan atau rakyat jelata. Allah adalah Tuhan mereka dan mereka semuanya adalah hamba-hambaNya. Mereka berlebih berkurang karena taqwa, dan memperoleh kurnia dari Allah kerana taat. Perhatikanlah cara Rasulullah, yang telah mengetahuinya, maka tetaplah mengikuti cara beliau itu.
dalam peperangan tersebut, tentera Persia dapat dikalahkan.
Sa'ad bin Abi Waqas dikurniakan Allah usia lanjut. Dia dicukupi kekayaan yang lumayan. Tetapi ketika wafat telah mendekatinya, beliau hanya meminta sehelai jubah usang. Katanya, “Kafani aku dengan jubah ini. Dia kudapatkan dari seorang musyrik dalam perang badar. Aku ingin menemui Allah dengan jubah itu.
renungan:
“Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik,”
"janganlah kamu takut, sesungguhnya aku ada bersama-sama kamu. aku mendengar dan melihat segala-galanya." (taha:46)
"Tidaklah aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku". (surah az-Zariyat: 56)
wallahua'lam
wassalam
Labels:family,diary,tazkirah,santai,
al-qissah,
perkongsian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blogger templates
About this blog
"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....
peringatan...~
sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH
sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH
sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH
sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH
No comments:
Post a Comment