Tuesday, February 28, 2012

It’s hard to imagine an abstract...

salam 'alaik




What is your understanding of an abstract?

Can you describe what an abstract all about?

Can you see beyond the abstract?

Can you see the elements in set A, B etc.?

Is an abstract painting beauty?

you have 1 second to answer all the questions given :D


It depends on everybody’s view.


and one more question :

do you have any interest in mathematical abstract ?

Ouch!

Seriously speaking, mathematical abstract is hard FOR ME. i repeat, hard FOR ME!

I can‘t even use my calculator to prove. how to show element a is subset of set A. logically, a scientific calculator does not really help. but, a great mind will help :) Dr Farrukh surely can answer *_^

*ha, baru tau macam mana rasa bila kalkulator takleh guna*


there was a difference opinion over how much we love abstract.

abstract hold no interest for me. * i opened the notes, i read, tiba2, eh camana nak buat ni . then i kept the notes and started facebooking :)*


Penghujung pengajian menjanjikan subjek yang susah. Apa pandangan anda?

"sesungguhnya ALLAH menyukai seseorang kamu apabila ia melakukan sesuatu kerja ia sentiasa MENEKUNI DAN MEMPERKEMAS."


don't lose interest now, please!




note : English? eheh, I'm doing my minor research right now. so, please, use English as many you can. hehe^^




wassalam

Saturday, February 25, 2012

PJ vs GOMBAK vs KUANTAN....what would you say?

salam 'alaik





5 tahun bergelar student UIA (2 tahun di CENFOS PJ dan dah masuk tahun 3 di Kuantan), lama nya saya belajar. orang lain dah habis, kita tak habis2.

eh2, jangan mengeluh, senyum, berlapang dada, istighfar :)



what would i say?

PJ and GOMBAK is awesome. saya tak nak bandingkan dari segi kemudahan.

tapi, saya nak kata, semasa di UIA PJ( 2 tahun) dan UIA GOMBAK ( hanya 2 bulan untuk 2 tahun berturut-turut), saya rasa dimanjakan. betul. sungguh!

tapi di UIA KUANTAN, tak terasa seperti itu.


untuk kakak2 saya yang baca ini, i know you will understand what I'm try to say. T____T



i missed that time.. thank you for spending your time with me....




ALLAH is never leave you alone. thank you ALLAH for always be by my side ^^







sincerely > me :(

Friday, February 24, 2012

Al-Fatihah untuk adik Faris

salam 'alaik




semalam ALLAH mentakdirkan saya membaca mengenai allayarham Adik Faris yang menghembuskan nafas terakhir akibat Hemophagocytic Lymphohistiocytosis (HLH) atau barah darah. arwah baru je berusia 6 tahun. kalau diikutkan tidak tertanggung sakit yang dihadapinya. sekecil itu dengan wayar penuh berselirat, siapa yang sanggup untuk melihat.

saya kira ini n3 pertama mengenai arwah Faris dalam blog En Mazidul. segalanya ditulis dalam blog beliau. anak kecil yang comel dan ceria semasa hayatnya itu akhirnya pergi buat selama-lamanya. hilanglah derita yang ditanggungnya yang tidak sesiapa tahu betapa sakitnya saat2 yang dilaluinya.

cebisan ucapan daripada kakak dan abang faris. sekali lagi air mata saya tumpah.

bila saya tengok gambar2 arwah dalam fb ayahnya macam tak percaya arwah Faris kemudiannya yang terlantar tidak berdaya sehinggalah menemui ajalnya.

kehendak ALLAH, tak siapa boleh halang. walaupun insan sekecil itu.

birai mata tersa hangat. saya dah mengalaminya. kehilangan orang tersayang yang begitu berat untuk diterima. tidak sanggup untuk melihat kesakitan yang dirasa. tidak sanggup untuk melihat jasad yang tidak bernyawa itu, yang akhirnya diambil oleh penciptanya untuk pergi buat selama-lamanya.

saat2 yang tidak mungkin untuk saya lupakan. siapa dengan mudah melupakan orang tersayang yang sebelum ni ada dengan kita, tiba2 pergi buat selamanya. ALLAH, kematian itu pasti. tak ada siapa pun yang dipercepatkan atau ditangguh melainkan yang sudah termaktub dalam luh mahfuz.

semoga keluarga allayarham Faris tabah dan redha denagan pemergian arwah. ALLAH lebih menyayanginya. semoga itu menjadi tabungan kalian di akhirat kelak.

semoga syurga buatmu wahai anak kecil!



AL-FATIHAH!

will you marry me^^

salam 'alaik




Hari tu sebelum habis berbulatan gembira di masjid (usrah terakhir untuk sem lepas), kakak naqibah saya cakap “ dah masuk tahun baru ni, kite semua pun dh makin bertambah umur, boleh la nak fikir pasal benda tu. Kita sama2 berubah ke arah kebaikan.”


Fikir pasal benda apa tu. Ye, tak lain tak bukan soal jodoh. Saya pun segan nak cakap pasal jodoh, bukannya dah kahwin. Calon pun takde lagi. Hehehe. Memang keluarga kami tak ada yang kawin masa belajar. *mungkin saya boleh pecahkan tradisi*. Ehehe. Tak la, calon pon tak pernah ada.


betul jugak kata kak naqibah saya tu. Ye, memang benar jodoh itu di tangan ALLAH, tapi tak salah untuk kita berusaha ke arah itu. Jodoh itu tak datang bergolek, melainkan memang sudah ditakdirkan oleh DIA.


Tapi memikirkan soal itu tak salah kan? Siapa yang tak nak jumpa dengan orang yang memilik sebelah tulang rusuknya, bagi yang perempuan. Kan? Kalau saya, saya nak. siapa tak nak kawin, sila goyang kaki. Hahaha. Konfem tak ada yang buat.


Kalau dah memang ada calon, bolehlah teruskan cepat2. Kalau saya ada yang betul2 nak, terus jadi. Hehehe. Yang penting dari segi agamanya “handsome” sekali. Apa gunanya handsome di wajah kalau solat subuh pun sekali sekala. Jadi, rupa itu tak penting, yang penting hatinya baik. Agamanya juga mesti yang terbaik :)


Macam dalam ceramah ustaz Azhar Idrus. Ustaz kata nak kawin dengan seseorang kita kena kenal dia dulu. Paling tidak jumpa orang tua nya.ALLAH, bagusnya kalau ada yang bgitu. Saya terus nak nak ^^


Cakap pasal kita semua nak baik kan. Sebagai contoh ustaz bagitau, kita Tanya “abang semayang subuh dok?” tak kan la orang tu nak jawab “abang dok penoh Smayang subuh.” Bohong kalau ada orang yang begitu. Jadi ustaz kata kita kena tahu pasal pasangan kita daripada orang lain jugak.


Membaca kisah cinta orang popular sangat awesome. Sebagai contoh bagaimana Ustaz Ridha menemui bakal isterinya dahulu, bagaimana Ustazah Fatimah Syarha menemui Dr Farhan Hadi sewaktu dulu, tak lupa juga senior saya Ummi dan Abu ‘Ukasyah. ALLAH, kisah mereka hebat. Sangat hebat. Bagaimana indahnya bercinta selepas kahwin bak kata mereka. Menjadikan Islam sebagai pegangan yang kukuh menjadikan kisah cinta mereka begitu telus dan suci. SUBHANALLAH! Siapa yang tak nak pasangan yang sedemikian rupa.


Jadi apa tunggu lagi. Pergi ke masjid sekarang. Lelaki bersolat Jemaah di masjid sangat cool bukan? Hahaha. Tidak lah, jangan ada yang berbuat sedemikian. Lelaki baik itu ada di mana-mana bukan sahaja di masjid. ^^


Jadi, saya ulang balik word tadi, jangan gundah gulana, kerana perihal jodoh itu adalah hak ALLAH. DIA dah tentukan siapa dan bila yang terbaik untuk kita. Jangan risau. Saya juga ada perasaan sedemikian :D


Yang penting kita usahakan diri kita menjadi sesolehah yang mungkin yang mana kreditnya pasangan yang soleh. INSHA-ALLAH, ALLAHUMMA AMEEN, BIIDZNILLAH!


Siapa yang tidak mahu pasangannya yang bisa menjadi imam yang baik untuk keluarga.


Ingat sahaja firman ALLAH “lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik dan sebaliknya.”


“boleh jadi apa yang kamu tidak suka disukai ALLAH, dan apa yang kamu suka tidak disukai ALLAH, DIA maha mengetahui apa yang kamu tidak ketahui.”


Boleh jadi orang kita tak suka tup2 jadi suami/isteri kita kelak. Dan juga boleh jadi orang yang kita sukai tidak terjadi jodohnya dengan kita. Siapa yang mnentukan? Siapa yang merancang? Siapa yang mengurniakan pasangan kita? Tidak lain tidak bukan, DIA yang menciptakan kita dan pasangan, yang mengurniakan perasaan kasih sayang. ALLAH. ALLAH. ALLAH!


Adakah kita dah cukup baik untuk menunggu si dia yang begitu juga baik? Sama-sama kita renungkan.


Semoga ALLAH mengurniakan kita pasangan yang soleh/ah dan mengurniakan kita dan pasangan kelak cinta yang berakhir sehingga ke syurga . INSHA-ALLAH


“Berdoalah nescaya akan kumakbulkan.”


Jangan lupa doa banyak2. INSHA-ALLAH suatu masa nanti akan dimakbulkan ALLAH.


He’s the one who knows you best
He knows what’s in your heart
You’ll find your peace at last
If you just have faith in Him



P/S : nak makan nasi minyak jangan lupa jemput. hehehe.^^





wallahua'lam...:)

Tuesday, February 21, 2012

motivasi diri ~

salam 'alaik




segembira mana pun manusia tu, tetap akan ada rasa sedih, down dan segala macam perasaan yang sampai terkeluar air mata. tak tau nak cakap apa dah :(

ye, itulah perlunya motivasi diri untuk seseorang. dari segi apa terpulanglah. tapi kalau baca salah satu ayat2 ALLAH yang sangat sweet itu, dah rasa tenang dan tenteram.


ingat sahaja

"dengan mengingati ALLAH hatikan menjadi tenang."

yakin sahaja

"setiap kesusahan pasti ada kesenangan."

"ALLAH tak akan membebankan dengan apa yang kita tidak mampu."


"sesiapa yang berserah bulat2 kepada ALLAH iaitu yakin hanya ALLAH yang mampu menolong dan menyelamatkannya."

"bertawakkal lah kepada ALLAH. sesungguhnya tidak bertawakkal seseorang itu melainkan orang kafir."



ayat2 ALLAH tersangatlah sweet, dan anda bagaimana?

sweet tak lepas baca dan hayati ayat2 tersebut. sweet kan? rasa tenang je. menitis air mata kalau baca betul2.


"tempat penamatnya harum semerbak kasturi (syurga). bagi memperoleh kesenangan itu, mereka yang ingin merebut kelebihan dan kesenangan hendaklah berlumba-lumba mendapatkannya."
(surah Al-Mutaffifin:26)



nak sesuatu kenalah berusaha, jangan seperti menunggu bulan jatuh ke riba. setiap sesuatu itu dibalas dengan kadar usaha yang dilakukan. ALLAH tak tengok keputusan kita tetapi ALLAH tengok sejauh mana kita berusaha.

what you give you get back.
man jadda wa jada.

semoga ALLAH beri kekuatan untuk menghadapi hari2 yang mendatang.



belajar itu susahkan?

Alhamdulillah, mabruk untuk sahabat2 di bumi sakura yang dah tamat bealajar. balik Malaysia bukan sahaja dengan sijil degree from japan tetapi juga dengan DnT sepanjang di sana. ALLAH sejujurnya saya kagum dan "jeles" dengan tarbiyah anda di sana.

semoga ALLAH memberkati usaha2 kita di mana sahaja kita berada :)





sekian.

Thursday, February 16, 2012

awak nampak free, tapi busy la.....

salam 'alaik



minggu ke-2 di semester baru. masih lagi bersemangat :P
walaupun tugasan sudah mula memenuhi dinding bilik. T___T


semester ni saya hanya amik 4 subjek berjumlah 12 jam. oh lupa, tambah lagi o.5 jam untuk skill ii. walaupun hanya 4 tapi. emmm, mengeluh panjang. huhu


Advanced Analysis - nampak saja dah advanced, dan memang sangat advanced. abstract habis. proving takes place. and then, I'm noticed that I'm sick of proving, instead of calculating. anybody wants to give a hand?
lecturernya- pertama kali belajar dengan beliau. pengajaran yang begitu cepat, berserta kerja rumah (dibaca homework) yang begitu banyak sekali.

English for academic writing- buat pertama kalinya subjek bahasa inggeris di ambil setelah EPT (english placement test) di UIA PJ dulu. English sudah berkarat.
dan kali ini memerlukan effort yang lebih untuk research paper. i got the topic ^^

Probability and Statistical Inference- subjek major yang pertama. lagi detail daripada yang dah belajar.

Operational Research- ape tu? OR ni sebenarnya kita nak create mathematical model for solving any problem.


secara peribadinya memang subjek tu nampak sikit. sampai sahabat saya kata "jeles tengok jadual syakila." i can't say anything. hehehe. that's the fact^^
tapi sebenarnya "pengisian" itu sangatlah berat. seharusnya saya risau. dan memang dah risau.




"ALLAH tidak mengubah nasib sesuatu kaum itu
melainkan mereka sendiri yang mengubahnya."
(13:11)



ayat2 ni begitu sweet sekali. berkali-kali saya baca. ALLAH, indahnya


"sesiapa yang bertaqwa kepada ALLAH (dengan mengerjakan suruhannya dan meninggalkan larangannya) pasti ALLAH akan mengadakannya jalan keluar (daripada perkara yang menyusahkan) serta memberinya rezeki daripada jalan yang tidak terlintas di hatinya. dan ingatlah sesiapa yang berserah bulat2 kepada ALLAH, cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). sesungguhnya ALLAH melakukan segala perkara yang dikehendakinya. ALLAH telah pun menentukankadar dan masa bagi belakunya tiap2 sesuatu."

(surah Ath-Thalaq:2-3)
(atau ayat seribu dinar)


sweetkan. ALHAMDULILLAH ^^





book marathon - sedang mengusahakan diri sedaya upaya untuk menghabiskan segala buku yang ada (beli tapi tak sempat baca) sebelum tibanya international book fair bulan 4 ni. hehehe ^^


sebelum berundur, kena tak dengan tajuk kat atas tu? ^^





wassalam....

Sunday, February 12, 2012

3 idiots : a symbol of true friendship ^^

salam 'alaik





"hidup adalah satu perlumbaan, kalau tak berlari pantas orang akan memijak kita untuk maju ke hadapan."


anda pernah menonton 3 idiots? maafkan saya, jangan gelak sebab saya baru tengok. cerita tu dah basi agaknya. tapi kalau kat Zee channel tu ade je sokmo. hehehe. so, masih tak basi la. boleh lagi ditonton. ^^

macam mana agaknya penilaian anda? sebagai mana saya menilai Delisa, mahu jugak share cerita ini. hehehe. sebab ade value, tak rugi untuk berkongsi setakat yang mampu. moga tak jadi "sharing is boring."

3 idiots nampak saja begitu, tapi otak2 mereka agak bergeliga. dan yang paling saya suka dan terlalu kagum, bagaimana persahabatan mereka bertiga. ALLAH, susahkan nak cari sahabat macam Rancho tu. sanggup buat apa sahaja untuk kawan2 dia 2 orang. dari dalam uni sampai la ke masalah keluarga.

sikit pun dia tak berkira. sampailah ke satu tahap,semasa keputusan exam diumumkan dia berjaya menewasi 2 lagi sahabatnya. ye memang la suka, tapi tak sanggup nak tengok kawan2 dia tercorot dalam pelajaran.

tapi all in all, semua dia lakukan untuk 2 orang sahabat2 tu walaupun dia sendiri yang terancam. dari kata2 semangat sampailah ke sesuatu benda yang nampak bodoh dilakukan tapi bermanfaat dan berpuas hati buat mereka. thumbs up!


dan ini post di FB Ustaz Ridha :
tak pernah menonton cerita 3 idiots... namun malam ini baharu 'khatam' cerita itu.. pengisian minda yang sangat menarik untuk menjentik orang yang berqana'ah dengan ponter 2.1 dan tak rajin baca buku.
qana'ah: bersederhana dan berasa cukup.

(sapa yang tengok, dia paham apa yang ustaz nak bagitau)


tapi saya paling suka part mereka bertiga, yang mana kalau sorang tu menangis, yang lagi dua pun turut menangis. dan masa mereka lama tak jumpa, dan bertemu kembali. seronok!

Dan siapa sangka, walaupun digelar 3 idiots tapi salah sorang tu ahli Sains. hehehe.


gembira sama-sama sedih pun sama-sama. itulah nilai sebuah persahabatan.
sahabat yang baik, bertanggugjawab,melebihkan orang lain berbanding diri sendiri adalah sukar untuk dicari.
diri ini juga bukanlah seorang sahabat yang baik, masih banyak yang perlu diperbaiki.
untuk menjadi best friend till Jannah.


"sungguh, orang2 beriman dan yang mengerjakan kebajikan, kelak ALLAH yang maha pengasih akan membenamkan rasa kasih dan sayang antara mereka."
(surah Maryam:96)






nota: bermarathon movie di hujung minggu. terukkan? minggu ni boleh lagi, tengoklah minggu depan. huhu.

selamat menonton/ulang tonton 3 idiots. :D

Saturday, February 11, 2012

alhijrah; segalanya bermula di sini

assalamu'laikum wbt




hidup di rumah begitu dekat dengan tv, sampai laptop pun di"anaktiri"kan. apa boleh buat :P

dan cuti hari tu saya terjatuh hati dengan tv Alhijrah, segalanya bermula di sini. siarannya bagus.
bagus tv Alhijrah, saya mesti pilih. hahaha.

of course lah rancangannya semua berunsurkan islamic. cerita, tv show semuanya osem di mata seorang saya.

zon aulad, oh begitu cumel sekali. "pada zaman dahulu, my three daughters, dll." sungguh, tak tipu, cute sangat. hehehe.

Kupinang Kau Dengan Bismillah. eh? ye, salah satu cerita kat tv Alhijrah. tapi cite Indon biasa lah, episode berjela-jela. hahaha. tapi orang tu dok tengok jugak.


"LAKI-laki itu lebih kuat daripada batu dan lebih kokoh daripada baja. Tetapi laki-laki itu lebih rapuh dari setangkai bunga mawar."


adakah ini benar? *angkat bahu*

dan my mum's favorite tv show, 30 minit Ustaz Don. ustaz yang begitu sempoi dalam penyampaian, tapi begitu masuk sekali. tanpa bahasa baku, anak kelahiran Penang ni guna je loghat sana. dan sesekali terkeluar English. dan memang speaking.

tapi 30 minit u begitu singkat, tolong tambah lagi 30 minit. itu kata mak saya. okey jugak. hehehe. peminat cilik Ustaz Don pun ramai jugak.

dan banyak lagi tv show yang begitu Islamik dan memberi input yang berguna untuk para penonton. setiap iklan diserikan lagi dengan hadis2 dan ayat2 AL-Quran. Alhamdulillah!
teruskan usaha itu!^^

ulang tulis:

"bagus tv Alhijrah, saya mesti pilih." ^_*







nota: seminggu sudah di sem baru. masih di mode suka2. eheh. !
dan tolong lah berada di mode serius! :P

"Hafalan Shalat Delisa" begitu menarik untuk ditonton. dan filem yang sedih juga. kehilangan Ummi dan 3 orang kakak semasa tsunami di Acheh 2004. masa tsunami tu Delisa sedang amali hafalan solat. Betapa khusyuknya membaca sampai dia tak sedar masa tu bumi bergoncang, air mangalir laju.

kehilangan sebelah kaki dikatakan dibawa arus oleh Delisa. kedatangan Dr Sophie dan Omm (pak cik) Smith menggembirakan hati Delisa. apatah lagi kepulangan Abinya, salah satu waris yang tinggal.

apa perasaan Delisa? jiwa raga kanak2. dari riak muka dia sedikit pun tak tau mendalam apa yang terjadi. tapi akhirnya tembok kerinduan itu roboh jua. hampir saja dirinya rebah mengenangkan semua orang meninggalkannya.

oh, sangat tersentuh. sebak, birai mata terasa hangat. jangan lupa menonton.


komen:

filem indon yang islami sangatlah bagus sebenarnya. dan saya suka. ^^
contohnya lihat saja KCB, bagus bukan?

sampai mak saya kata comelnya ustaz dan ustazah (Abdullah Khairul Azzam dan Anna) hehehe. gara2 saya kat rumah, banyak cerita Ma tengok. hee.(rasa macam nak pesan kat Ma, nanti sambung tengok, buleh La tanya). melampau betul. ^^



okey, selamat berusaha untuk diri sendiri. gambatte!

Thursday, February 9, 2012

seketika di kedai buku....

salam 'alaik




hari kedua semester baru sudah berkunjung ke kedai buku. mencari keperluan, atau dengan kata lain nak tebus bb1M. hehehe. bijak bukan?

namun lain jadinya. tak pernah dilihat kedai buku sebegini rupa. ibaratnya macam baru lepas kena samun. amboih, kasar nampak. tidak lah, buku2 banyak tak ada kat shelf, berselerak bagai, dan stok banyak kehabisan.

and why?

kerana bb1M. ek? ye, gara2 boucer buku 1 malaysia untuk semua pelajar universiti yang boleh ditebus di mana2 kedai buku, buku begitu hangat dijual. begitu memberangsangkan. tak pernah dilihat kedai buku serupa itu. ulangan, tak pernah!

so, it's the right time to thank Malaysian government. ^^

untungkan jadi rakyat malaysia? tapi sebelum tu, rukun negara ingat tak? hahaha :P

dan saya teringat masa menonton 30 minit Ustaz Don, seorang pemanggil mengajukan soalan apa ciri2 pemerintahan yang ada pada pemimpin kita yang sama macam Rasulullah SAW.

dan jawab ustaz salah satu yang nampak sekarang adalah pemimpin nak bantu rakyat. gitulah lebih kurang.

pada zaman Rasulullah SAW dahulu, ada seorang sahabat datang ke rumah baginda dan minta sedikit bantuan. Rasulullah SAW pun tak mencukupi untuk baginda sekeluarga sendiri, dan baginda menyuruh sahabat tadi ke kedai minta barang yang dia nak dan bagitau Baginda Rasul yang akan bayar.

kalau salah tolong betul kan ye.

dan itulah situasi pemimpin kita sekarang. INSHA-ALLAH berkekalan ^^







nota : bb1M saya tak habis lagi ^^




untuk dia, sorry for everything. may your life be blessed.

Tuesday, February 7, 2012

the journey is begin...

assalamu'laikum wbt




semester baru bermula hari ini. siri kedua musim ke-3 sudah bermula. atau dengan kata lain semester 2 tahun 3. hehehe. sekejap je masa berlalu. result semester lepas, saya boleh kata Alhamdulillah, Thummalhamdulillah, Wasyukurillah.

Dan semalam, Alhamdulillah, dapat surat daripada Prof. Dr Hatim aka bakal penyelia saya masa id training nanti, kelulusan untuk buat practical di Biostatistics Departement di USM Kubang Kerian. lepas satu keriasauan. tak payah fikir lagi kalau tak dapat:)

practical dalam dua bulan lebih, Kemudian memasuki tahun empat, kalau dapat kelulusan untuk 2 subjek major masa sem tu, INSHA- ALLAH, itu adalah semester terakhir untuk saya di UIA KUANTAN. AllAhumma ameen!

semester ni INSHA-ALLAH amik 4 subjek semua major tanpa minor. subjek minor Alhamdulillah, ada lagi satu untuk sem depan.

azam baru? oh saya bukan lah yang jenis berazam. hahaha. biasa2 saja. study pun banyak last minute. buat yang terbaik dan bertawakkal. INSHA-ALLAH ada habuan dia. ^^

Akhir kata, selamat menjalani semester baru untuk semua sahabat2 seperjuangan, tak lupa juga adik2 yang baru masuk minggu lepas. all the best!


"...kemudian apabila engkau telah membulatkan tekad,maka bertawakkallah kpd Allah.Sungguh, Allah mencintai orang yang bertawakkal."
(3:159)




doakan kejayaan saya. ^^






nota dari hati : dear you, what happened? sejujurnya. honestly speaking, i'm dissapointed upon you :(

Friday, February 3, 2012

di ruang itu......

salam 'alaik




di ruang itu,
pertama kali aku melihat,
melihat jasadmu yang lemah,
lemah lagi tidak berdaya.


di ruang itu,
buat pertama kalinya,
air mataku tumpah,
melihat kesakitan yang kau alami.


di ruang itu,
banyak ragam setiap insan,
keluar dan masuk,
namun,
tidak untuk dirimu,
masih tetap di ruang itu.


di ruang itu,
kau menghembuskan nafas yang terakhir,
di ruang itu,
juga,
menjadi saksi di saat malaikat Izrail datang bertamu,
mencabut nyawamu,
untuk menghadap DIA yang maha esa.


di ruang itu,
ku melihat jasadmu yang sudah tidak bernyawa,
perlahan-lahan aku melangkah,
melihat wajahmu,
tanpa hembusan nafas,
menjadikan air mataku laju mengalir.


di ruang itu,
aku menyaksikan jasadmu dikafan,
ditutup kain putih hingga ke kepala,
di ruang itu,
kucium dahimu,
untuk kali terkahirnya,
sejuk,
tenang,
damai.


di ruang itu,
jasadmu dikebumikan,
meninggalkan segala-galanya,
seakan tidak percaya,
seakan tidak kuduga,
dan hari ini,
kukembali lagi,
menziarahi "ruang" itu,
tanpa tidak disangka.
air mataku tumpah jua.


janji kami buatmu,
tidak akan ada satu pun dedaun di pusaramu,
tidak akan dibiarkan suram pusaramu,
selagi kami dipanjangkan umur,
ingatan kami terhadapmu,
tidak pernah padam,
tidak pernah luput,
di hati kecil ini.





Al-Fatihah untuk ayahanda tercinta,
semoga di tempatkan dala kalangan orang-orang beriman.


di ruang itu- Wad Teratai, ICU, Wad Panglima, ruang menunggu ICU HRPZ2,

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

Cheeky Quotes

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH