salam 'alaik
semalam ALLAH mentakdirkan saya membaca mengenai allayarham Adik Faris yang menghembuskan nafas terakhir akibat Hemophagocytic Lymphohistiocytosis (HLH) atau barah darah. arwah baru je berusia 6 tahun. kalau diikutkan tidak tertanggung sakit yang dihadapinya. sekecil itu dengan wayar penuh berselirat, siapa yang sanggup untuk melihat.
saya kira ini n3 pertama mengenai arwah Faris dalam blog En Mazidul. segalanya ditulis dalam blog beliau. anak kecil yang comel dan ceria semasa hayatnya itu akhirnya pergi buat selama-lamanya. hilanglah derita yang ditanggungnya yang tidak sesiapa tahu betapa sakitnya saat2 yang dilaluinya.
cebisan ucapan daripada kakak dan abang faris. sekali lagi air mata saya tumpah.
bila saya tengok gambar2 arwah dalam fb ayahnya macam tak percaya arwah Faris kemudiannya yang terlantar tidak berdaya sehinggalah menemui ajalnya.
kehendak ALLAH, tak siapa boleh halang. walaupun insan sekecil itu.
birai mata tersa hangat. saya dah mengalaminya. kehilangan orang tersayang yang begitu berat untuk diterima. tidak sanggup untuk melihat kesakitan yang dirasa. tidak sanggup untuk melihat jasad yang tidak bernyawa itu, yang akhirnya diambil oleh penciptanya untuk pergi buat selama-lamanya.
saat2 yang tidak mungkin untuk saya lupakan. siapa dengan mudah melupakan orang tersayang yang sebelum ni ada dengan kita, tiba2 pergi buat selamanya. ALLAH, kematian itu pasti. tak ada siapa pun yang dipercepatkan atau ditangguh melainkan yang sudah termaktub dalam luh mahfuz.
semoga keluarga allayarham Faris tabah dan redha denagan pemergian arwah. ALLAH lebih menyayanginya. semoga itu menjadi tabungan kalian di akhirat kelak.
semoga syurga buatmu wahai anak kecil!
AL-FATIHAH!
.... Dunia ini satu persinggahan. Setiap yang ada akan diambil kembali apabila tiba waktunya ....
Friday, February 24, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blogger templates
About this blog
"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....
peringatan...~
sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH
sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH
sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH
sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH
No comments:
Post a Comment