Thursday, September 27, 2012

apabila lutut sama lutut bertemu

assalamu'alaikum wbt



Alhamdulillah, minggu ke-3 di tahun 4. sudah rasa kepayahannya. semoga ALLAH mempermudahkan.
Report mini project sudah dihantar dan the presentation will be on the coming Wednesday. may everything goes well :)

Alhamdulillah, hari ini juga bertemu mata ke mata, duduk bersama-sama, lutut bertemu lutut dengan akhawat-akhawat tercinta. Subhanallah, rindu untuk berceloteh. setelah sekian lama membawa haluan masing-masing selama 2 bulan lebih bercuti.

tahniah juga untuk naqibah saya Kak Aini. dah dapat posting. semoga menjadi pharmacist yang berdedikasi, bekerja demi agama dan bangsa. Insha-ALLAH :)
rindu nak dengar suara Kak Aini. 



Apabila seseorang dikehendaki ALLAH untuk menjadi baik, ALLAH akan memberi rezeki kepadanya berupa sahabat yang baik. Jika ia lupa, maka sahabat itu akan mengingatkan, dan jika ia ingat, maka sahabat itu akan menolongnya :)



sahabat semua, menjadi baik adalah sukar bukan? malah saya sendiri mengaku untuk istiqamah itu sesuatu yang sangat sukar.  tetapi jika semuanya dibuat hanya kerana ALLAH, insha-ALLAH , Dia akan mempermudahkan segalanya untuk hamba-NYA yang tercinta. Subhanallah!

ingat sahaja ayat-ayat cinta-NYA yang sweet itu


"ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri yang mengubahnya"
[Ar-Ra'd:11]

lalu, apa tugas kita? menuyuruh orang lain berubah untuk kita? tidak mungkin sama sekali!
mari bersama-sama muhasabah diri. untuk diri sendiri dan juga semua.

kasih sayang ALLAH untuk hamba-NYA tidak pernah berbelah bahagi. apa sahaja kebaikan yang dibuat akan dibalas dengan pahala yang berlipat ganda. apa sahaja keburukan yang dibuat akan dibalas setimpal dengan apa yang telah dibuat.

tepuk dada tanya iman. apa tugas kita sekarang? :)



Thursday, September 20, 2012

Ukhuwah itu manis, macam coklat Cadbury ^^

Assalamu'laikum wbt



Saya terbaca n3 di blog BroHamzah. Tersenyum sendirian. Kerana saya juga situasi sedemikian. malah lebih daripada beliau. Alhamdulillah, one big family.

Nak pergi mana-mana setakat ini depermudahkan. Kerana boleh dikatakan setiap negeri ada abang-abang dan kakak-kakak saya. Kecuali ke arah utara ^^
Semestinya berpusat di KL. 7 of us were there. :)

segembiranya saya di KL sama la gembiranya saya di rumah, bersama bonda :)

Minggu lepas ke KL lagi. Bersuka-ria, jumpa semua, si kecil dan si ibu ayah mereka. Seronok!







 kami di Sungai Buluh. lunch bersama-sama :)


  
 Imani dan Ridhwan. Berebut nak main angry bird

 Yusuf of the day :)


Birthday Aisyah ke-8 :)


"Katakanlah, Aku tidak meminta imbalan pun atas seruanku kecuali KASIH SAYANG DALAM KEKELUARGAAN" 
[Asy-Syura:23]


"Sungguh, orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, kelak ALLAH akan MENANAMKAN KASIH SAYANG dalam hati mereka"
[Maryam:96]




saya menyayangi kalian hanya kerana ALLAH:)
semoga kita bertemu kembali di lain masa terutamanya di syurga-NYA kelak.
Ameen. Insha-ALLAH :)


Mempunyai adik beradik yang ramai, seronokkah?
YA, SANGAT SERONOK.
tiada kata yang dapat diungkapkan apabila bersama :)
Hanya senyuman dan gelak ketawa sebagai bukti
Allahu Akbar
Alhamdulillah :)



masa bersama indah sekali,
bukan mudah untuk bertaut kembali,
gelak ketawa dan senyuman menjadi bukti,
menjadi ikatan yang kekal abadi.
Insya-ALLAH




p/s: gambar sendiri tiada atas sebab-sebab tertentu. :P



Wednesday, September 12, 2012

Dari ALLAH kita datang kepada ALLAH kita kembali

salam 'alaik



jam 6.30, mendapat panggilan daripada Ma, mengatakan guru mengajar mengaji saya kembali ke rahmatullah selepas asar tadi. Jam sebegitu jarang mendapat panggilan daripada Ma melainkan saya yang missed call.

Innalillahi wainna ilaihi raji'uun. 
Dari ALLAH kita datang kepada ALLAH kita kembali.

Pertama kali tahu beliau sakit, saya berpeluang melawatnya di rumah untuk pertama kalinya. Tangan yang lesu saya salami dan pipi yang hampir cengkung saya cium. Nampak perubahan berbanding sebelum ni.

Raya kedua baru-baru ini, saya sekali lagi melawat beliau. Masa puasa langsung tak pergi. Agak terkilan. Alhamdulillah, nampak lebih sihat daripada sebelum ni. 

"rasa sedih puasa baru ni, tak dapat buat apa-apa seperti puasa lepas".
Itu yang diberitahu. Sehinggakan beliau menangis di pagi hari, saat terdengar azan subuh di masjid. ALLAHU ALLAH. Saya speechless. Beliau orang hebat, yang saya kagumi. 
Mungkin kalau kita berada di situasi sedemikian, akan ada perasaan begitu. Tatkala nikmat sihat ditarik DIA untuk diuji sejauh mana hamba-NYA itu redha. 

semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah!


“Dan Allah tidak akan menunda kematian seseorang apabila waktu kematiannya telah datang. Dan Allah maha teliti terhadap apa yang kamu kerjakan.”
[Surah Al-Munafiquun:11]


" Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan) maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka tundakan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka dahulukan."
[al-Araf:34]


Mari bersama-sama bermuhasabah diri. seandainya hidup kita tidak lama, apa bekalan yang kita ada untuk di"present"kan dihadapan Raja sekalian alam kelak. 
Tepuk dada tanya iman.

Monday, September 10, 2012

ehem ehem akak SS ^^

Assalamu'laikum wbt....




Untuk menjadi 'super saiya' adalah terlalu sukar bukan? Untuk tahap saya dan anda juga boleh menjadi 'super senior'. Hehehe. :D


Bismillah.
Alhamdulillah, Thummalhamdulillah,
officially a fourth year/ final year student of Mathematical Science (Majoring Statistics) :)

Untuk hari ni, tiada kelas yang berlangsung. Dekat department tadi pun sunyi.

Junior masih ramai yang tidak dikenali. Mungkin tertukar mana satu 1st year, 2nd year and 3rd year. classmate sendiri mungkin tak tertukar :P

Semester ni pun macam last semester, 4 subjek bakal di hadapi. Insha-ALLAH :)

Semoga diberi kekuatan untuk menghadapi hari yang mendatang. Insha-ALLAH, Ameen!






" Bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan sekiranya kamu tidak mengetahui"
[AL-Nahl;43]

Thursday, September 6, 2012

Alhamdulillah ^^

Salam 'alaik



Alhamdulillah, Alhamdulillah, Thummalhamdulillah.
report IT sudah dihantar. berserta CD untuk soft copy. Evaluation form dan log book juga sudah ditandatangan oleh supervisor. Allahu Akbar! lega, rasa macam submit FYP plak. hehehe.

yes, officially graduated form University Science Malaysia! hehehe.

Intern paling lama saya kira. kebanyakan sahabat-sahabat dah habis minggu lepas. kami berdua sampai hari ini, kerana selagi report tidak dihantar, SV tak akan tandatangan.


that's the output. Alhamdulillah ^^


A special appreciation goes to my supervisor and co-supervisor for helping me a lot. Not too forget my my course-mates and other friends who helped me to collect the data, especially you :) A special thank you goes to my beloved mother, who always ask "bila nak habis practical?".
Also, to all respondents for your cooperatives. Thank you so much. may ALLAH bless you.^^

Minggu depan dah start semester baru. Fourth year, atau lebih dikenali dengan final year. Insha-ALLAH. mohon doa semua :)



"jika ALLAH menolong kamu, maka tidak ada siapa yang dapat mengalahkanmu. jikan DIA tidak menolong kamu, maka siapa akan menolongmu setelah itu. Maka, kepada ALLAH jua lah orang-orang mukmin bertawakkal"
[Ali 'Imran:160]





meneruskan misi di UIAK....
Insha-ALLAH..:)





Tuesday, September 4, 2012

Gagal dijejaki di KLIA 2010, akhirnya…..


Assalamu’alaikum wbt




Alhamdulillah, LI sudah tamat, tapi report masih belum submit.


Tahun 2002, saya mendaftarkan diri di SMSPP, tingkatan 1. Masa tu 1 Balqis.Salah satu kelas yang mengambil Arabic Language. Tingkatan 2 Fatimah, pertama kali saya satu kelas dengan sahabat ni, Fauziah namanya taya nama “glamour” Gee :)
 
Naik 3 Aisyah, saya masih lagi satu kelas dengan Gee, my desk mate. Naik form 4, kami dah tak sekelas, tapi kat hostel kami rapat je, pegi makan bersama-sama. 2006, kami satu kelas kembali. 5 Hajar, bersama guru kelas yang sempoi, Cikgu Nadzeri :) 

Kali terakhir jumpa di Graduation Day SMSPP, 2007. Lepas tu tak jumpa langsung. Tahun 2010, sebelum Gee fly ke Jepun, saya dengan bersemangt sekali ke KL dari Kuantan, dan awal-awal lagi “booking” Abe Ja untuk ke KLIA. Tapi malangnya rezeki untuk kami bertemu bukan di situ. Saya pulang dengan hampa. 

Then, contact hanya di FB. sampailah 1 September, 2 hari lepas, tengok-tengok Gee dah ada kat luar rumah. How excited I am. hehehe. sempat bermalam di rumah selama 2 malam sahaja. sempat jugak bawak pergi ke Bazar Tok Guru dan date di KB Mall. 


seharian ber"dating" di KB ^^
Thank you so much:)
 
 

 kami dengan Cikgu Nora :)
sama tema la dengan cikgu. heee~


Dan kami sempat ke sekolah. ALLAH, rindu sangat kat cikgu-cikgu. Walaupun kena jawab seratus kali ini batch mana. Saya tak kisah. Jumpa Cikgu Aziz di pejabat, masih tak berubah. Senyuman yang sama. Alhamdulillah, nama saya masih diingat. Hehehe. 

Kemudian, melangkah ke bilik guru, juga soalan yang sama diajukan. “batch mana, siapa, yang ni ingat muka tapi tak tahu nama.”
sekali lagi, saya tidak kisah!

melangkah ke bilik guru lelaki, borak-borak dengan Cikgu Nadzeri. Masih sempoi macam dulu bErsama si kembarnya. Sekarang sudah ke assembly. heee~.



 sekolahku yang dirindui. 
sentiasa di hati :)
 dah lain sekarang..
pokok-pokok pun dah banyak. tak macam dulu 






Lepas, tu Cikgu Hu Lai Mi ajak minum air kat kantin. Kami ikut je cikgu dari belakang. Bila junior lalu, cikgu kata “gewe lama cikgu.” Hehehe. Sama macam dulu. Suka mengusik pelajar-pelajar.
kat kantin jumpa ramai lagi. sambil-sambil minum, borak-borak dengan cikgu. “Abah” saya, Cikgu Mat Sulaiman dengan selamba membahasakan dirinya “pak cik" :)
 
 soalan famous daripada cikgu-cikgu yang saya kira tiada dalam skema jawapan. "dah ada calon belum?" "dah bertunang ke?" 
dan disambung cikgu-cikgu lain "cikgu 3 lagi kosong" dengan nada bergurau. hehehe. takpo cikgu, sampai masa, saya bawak kad jemputan g sekolah. hehehe. :)
 
sebelum balik, kami jumpa lagi cikgu-cikgu yang tak sempat jumpa tadi. kemudian, ke rumah Cikgu Nora, solat dan cikgu hantar ke Pasir Puteh. tapi sebelum tu, cikgu belanja makan dulu, dan bagi something untuk kami berdua. Terima kasih cikgu.

saya tunggu Gee naik bus. Alhamdulillah, sempat bagi jugak. lama dah saya beli. Sorry Gee.




 thank you for coming. Jazakillahu khoiran kathira :)
semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. 
till we meet again. Insha-ALLAH ^^
bertemu berpisah kerana ALLAH :)
lots of love <3 i="i"> 


nota 1: counting days to left home :(
counting days to become a super senior :P

nota 2: welcome to all new students. :)




Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

Cheeky Quotes

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH