Showing posts with label Pengajaran. Show all posts
Showing posts with label Pengajaran. Show all posts

Saturday, July 27, 2013

Ramadan 1434H

Assalamu'laikum wbt






Alhamdulillah, Alhamdulillah, Thummalhamdulillah.
ALLAH masih lagi beri kita peluang untuk bertemu Ramadan tahun ni.
Hari ni dah masuk 18 Ramadan.
Sebentar sahja masa berlalu.
Tapi bagaimana dengan status ibadah saya dan anda semua.
Takut sangat!
Takut kita berpuasa ni hanya sekadar mendapat lapar dan dahaga.
Tak mendapat pahala di sisi ALLAH.
Wana'uzubillah.

Takut juga.
Andaikata ini Ramadan terakhir.
Belum tentu bakal bertemu Ramadan yang mendatang.
Astghfirullah!


Hadis nabi ada menyebut.
Setiap amalan anak Adam adalah untuk dirinya sendiri.
Kecuali PUASA.
Puasa untuk diri-Ku.
Aku langsung membalasnya.


Wa awwaluhu rahmah.
Permulaan Ramadan dengan Rahmat ALLAH.
Tapi berjayakah kita meraih rahmat ALLAH.


Wa ausatuhu Maghfirah.
Pertengahannya Ramadan dengan keampunan.
Terampunkah dosa-dosa kita.
Tidak terkira ibarat pepasir di lautan.
Tingginya ibarat tinggi sebuah gunung.


Wakhiruhu itqan minannar.
Dan pengakhirannya pembebasan daripada api neraka.
Layakkah kita untuk ke syurga ALLAH?
YA ALLAH.

Masukkan kami ke syurga-MU.
Jauhkan kami dari neraka-MU.


Ramadan bulan tarbiyah.
30 hari ALLAH jadikan diantara 365 hari dalam setahun.
30 hari masa yang lama.
Melatih kita untuk memperbaiki diri.
Apa yang dilakukan dalam 30 hari.
Bakal dilaksanakan juga dalam 335 hari berbaki itu.
Insha-ALLAH.


Secebis masa yang ada ini.
Mari bersama bermuhasabah.
Ramadan bakal ke penghujung.
Berjayakah kita menggapai "ijazah Taqwa" di akhirnya?
Sebagaimana firman ALLAH.
.....supaya kamu mendapat Taqwa (2:183)
T__T










Masihkan ada Ramadan untuk kita?
Ya Muqollibal Qulub.
Thabbit Qulubana 'Ala Deenik!












Thursday, March 28, 2013

Medan di hatiku

Assalamu'alaikum wbt






Alhamdulillah, Alhamdulillah, Thummalhamdulillah.
ALLAH memberi kesempatan untuk melihat dengan mata kepala sendiri kebesaran-NYA yang tiada bandingan.

23-27 Mac, saya bersama Ma dan 4 orang kakak akhirnya berjaya menghabiskan cuti kami di Medan, Indonesia. Hampir setahun kami plan, akhirnya ALLAH makbulkan juga doa kami untuk ke Medan. Sebaik-baik perancang, hanya ALLAH perancang yang terbaik.

Indonesia, apa yang ada dalam fikiran anda. seperti yang dilihat di sinetron TV Malaysia, begitu jugalah kehidupan mereka di sana. Bagi kita rakyat Malaysia yang saya kira masih mengikut peraturan agak sukar untuk mengadaptasikan diri dengan suasana di Indonesia.

Kalau kita di Malaysia contohnya, lampu merah berhenti. Tetapi di Indonesia belum tentu berhenti. Jalan raya sentiasa sibuk, berbalas-balas hon sesama mereka dan dengan selambanya memotong kereta di hadapan walau apa keadaan sekalipun. Saya nak lintas jalan pun tak yakin takut! walapun sedemikian, di Medan, jumlah kemalangan boleh dikatakan amat sedikit. Hebat bukan?

Ya, kerana di Indonesia, kereta-kereta tidak mempunyai insurans seperi mana kita di Malaysia. Maka, harusnya mereka berhati-hati daripada duit habis untuk membaiki kereta. Majority penduduk di Medan menggunakan Toyota Innova atau Avanja (baca Avanza). Tiada kereta Proton di sana.  Hehehe.

Melihat kepada cara hidup penduduk Indonesia khususnya di Medan, amat jauh bezanya dengan kita di Malaysia. Berhenti sahaja kereta untuk lampu isyarat, ramai menyerbu untuk menjual barang-barang seperti air, permainan, dan sebagainya. Kita di Malaysia tiada kan? Begitu juga di masjid, ramainya meminta-minta. Sehinggakan kasut pun harus ada yang jaga untuk memastikan tidak hilang dan juga demi sesuap nasi untuk penduduk di sana. Rp 1000 sebanyak mana sangat.

Betul la  apa yang dikatakan Mas Joko, Rp 10 000, kalau 10 000 di Malaysia bisa nikah kan?

Bisa Mas. Kamu mau? Hahaha





23 Mac, kami semua menaiki pesawat AK 1345 dari KL ke Medan yang hanya mengambil masa selama 1 jam sahaja. Tak sempat panas punggung pun atas pesawat. Hehehe.

Sampai sahaja di Lapangan Terbang Antarabangsa Polonia, Medan, kami disambut oleh tourist guide kami yang membahasakan dirinya Pak Ibrahim. Setelah itu, kami dibawa ke Madani Hotel Medan untuk check - in sebelum keluar untuk makan malam.

Makan malam nya di Rumah Makan Family, tidak jauh dari Madani Hotel. Malam tu, makan nasi padang originally from Indonesia. Okeylah, boleh diterima anak tekak. Hehehe.




 Pak Ibrahim. Lucu sekali beliau. Lawak bersahaja dan pantang mengenakan orang. Hahaha.

"Ini buk, mall nya ngak bisa pakai kasut"

kami: "bagusnya, jaga kebersihan"

Pak Ibrahim : Harusnya pakai duit buk bukan kasut.

Hahahah :")

Itu belum masuk lawak Mas Joko lagi.













di photokan oleh mas ganteng..Hahaha :P






Itulah dia sedikit permulaan masa sampai Medan hari tu. Lepas makan, pusing-pusing bandar Medan dan terus pulang ke hotel untuk beradu. Esoknya perlu melalui perjalanan panjang untuk ke Danau Toba bersama Sahril aka Mas Joko.






To be continued...........







Note: Ganteng nngak Pak Ibrahim. Hahahah. Bagus tu :")

Tuesday, March 12, 2013

Nikmat

Salam 'alaik






Alhamdulillah, masih lagi diberi nikmat iman, islam, dan ihsan. Subhanallah, maha suci ALLAH, Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH, Allahu Akbar, ALLAH maha besar.

Kalau diberi peluang malah kalau berkesempatan untuk menghitung nikmat ALLAH, nesaya tidak terhitung dek jari, tidak tertulis dek pena, tidak termuat dek lembaran.

Seminggu dua yang lepas saya dan Ma berulang alik ke hospital melawat pak cik (abang kepada Ma). Pak cik saya yang lebih mesra dipanggil Ayah Lan (atau ayah) menghidap tonsil. Dari segi medical nya saya kurang pasti nak sebut apa. Disebabkan tak dapat bernafas, doktor 'tebuk' di bahagian leher untuk memudahkan pernafasan. Sehingga ke hari ini beliau masih tidak boleh bersuara dan hanya minum susu melalui salur di hidung.

Masuk sahaja ke wad ENT, saya melihat sekeliling pesakit lain. Majority nya terlantar. Pesakit di hadapan katil pak cik yang saya tengok namanya Rosnani berumur dalam lingkungan 30 tahun juga menghidap tonsil. Kata nurse, dia baru sahaja selesai menjalani pembedahan dan baru boleh senyum dan bercakap. Kalau sebelum ni diam saja. Dan kata nurse juga, orang sakit tonsil paling seronok kerana dapat makan ais krim malah digalakkan untuk meminum/makan sesuatu yang sejuk.

Nikmat sihat yang jarang kita appreciate kan? Sehinggakan saya terdiam tanpa dapat memberi jawapan mahupun komen tatkala kakak ipar bersuara " walau sakit sikit pun ALLAH dah tarik nikmat kan?"

Ye, tak akan pernah salah dengan statement itu. ALLAH!

Kadang-kadang kita sebagai manusia lupa akan nikmat ALLAH sehinggalah kita ditarik nikmat itu. Kata orang sudah terlanjur baru terngadah.

Ingat kan lagu Raihan ingat lima perkara sebelum lima perkara yang juga sepotong hadis. Sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, hidup sebelum mati. 


"Dan ingatlah ketika tuhanmu memaklumkan, sesungguhnya jika kamu bersyukur akan AKU tambah nikmat kepadamu, tetapi jika kamu ingkar maka pasti azab-KU sangat berat.
 Dan Musa berkata: “Jika kamu dan orang-orang yang ada di muka bumi semuanya mengingkari (ni’mat Allah) maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji”."
[Surah Ibrahim;7 dan 8]

Saya teringat satu hadis yang berbunyi "antara nikmat yang sering dilupakan manusia adalah nikmat sihat dan nikmat masa lapang".


Mari bersama-sama kita muhasabah diri untuk menjadi hamba yang bersyukur malah jauh sekali untuk menjadi hamba yang ingkar. Na'uzubillah.
Apa sahaja di dunia ini sudah terbukti bukan milik kita yang mutlak, melainkan hanya milik DIA yang sah. Kerana tanpa DIA, nikmat itu tidak bermakna untuk kita sebagai seorang hamba yang serba dhaif ini.

Terima kasih YA ALLAH atas segala nikmat-MU yang tidak terkira banyaknya untuk setiap hamba-MU. Jadikanlah kami hamba yang sentiasa bersyukur kepada-MU dan jauhilah kami daripada menjadi hamba yang ingkar dan tidak bersyukur dengan nikmat-MU.


 "Maka ingatlah kepada KU, nescaya AKU ingat kepada mu. 
Bersyukurlah kepada KU, dan jangan kamu ingkar kepada KU"
[Surah Al-Baqarah; 152]



Waamma bini'mati Rabbika Fahaddith; dan kepada nikmat tuhanmu hendaklah kamu nyatakan kesyukuran










Nota 1: Alhamdulillah akhIrnya dapat jugak baucer buku walaupun hari tu admin kata anda dah dikira grad. Mana ada grad, kami habis hari tu pun bulan 1 tahun 2013, diulang 2013 ;")

Nota 2: Tahniah untuk Kak Nadiah atas kelahiran cahaya mata yang ke-3. Hmm, from Nebraska lagi nampaknya. Datang bertiga pulang berlima ye kak, Insha-ALLAH :")
Syakir is officially a little brother to his baby girl. 
Harapannya boleh lah jumpa Kak Nadiah dan anak-anak balik Malaysia nanti ye kak, Insha-ALLAH :)








Saturday, January 12, 2013

Bulatan Kita untuk DIA

Assalamu'alaikum wbt





Kaki melangkah dengan bersemangat. Salam diberi tangan dihulur. Lutut dirapatkan menandakan liqa' bakal bermula. Alhamdulillah :")


Alhamdulillah, ALLAH menggagahkan hati dan jasad untuk berusrah pada hari ini. Semoga apa yang dilakukan ini mendapat redha ALLAH.

Al-quran dibuka dan dibaca berserta Tadabbur Al-Quran.
Pemahaman kita yang berbeza tetapi kita tetap melagukan ayat-ayat cinta-NYA yang sama, menuju ke satu destinasi yang sama.






Sirah Rasulullah dan sahabat-sahabat diimbas kembali.
Impian kita tetap sama. Ingin menjadi seperti mereka serikandi-serikandi Islam terdahulu. Agar ada sedikit sifat mereka dalam diri.

Akhbar islami
Peka dan cakna isu semasa. Kita bukan keseorangan, kerana kita ada saudara untuk dipedulikan

Hadis

Mutabaah amal
Kita punyai impian untuk sampai ke tangga teratas yakni ustaziatul alam. Kita punyai cita-cita untuk cemerlang di tangga pertama sebagai individu muslim. Keinginan dan cita-cita itulah yang melengkapkan mutabaah amal kita. Dengan satu tujuan iaitu melangkah ke tangga seterusnya dengan bergaya dan berani :")


"ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu 
melainkan mereka sendiri yang mengubahnya"
[Ar-Ra'd:11]
 "Tarbiyah bukan segala-galanya tetapi segalanya bermula dengan tarbiyah"
 [Mustafa Masyhur]



Sesungguhnya setiap pertemuan ada perpisahan. Setiap yang datang akan pergi apabila tiba waktu. Setiap yang keseorangan akan berteman bila tiba ketikanya. Kerana sudah ALLAH perjelaskan jodoh pertemuan hanya di tangan DIA. Tiada siapa yang berhak untuk menafikan itu.



Akhawatku,
Walaupun hanya sebentar kita bersua,
Walaupun hanya seketika kita berjumpa,
Walaupun hanya sekejap kita bersama,
Memori itu,
Ukhuwah itu,
Kata-kata semangatmu itu,
Tetap teguh dihatiku,
Sebagai peneman di kala hati merindui,
Sebagai penegur di kala hati sedang sakit,
Sebagai penguat di kala jasad sedang lesu.

Akhawatku,
Jalan tarbiyah kita masih jauh untuk dipandu,
Jalan tarbiyah kita masih panjang dan berliku-liku,
Jalan tarbiyah kita masih banyak mehnah menunggu.

Akhawatku,
Semoga kita terus thabat di gerabak ini,
Semoga ALLAH teguhkan hati ini,
Semoga ALLAH perkuatkan diri ini,
Semoga ALLAH meredhai diri ini,
Semoga engkau dan aku tetap di sini,
Di gerabak tarbiyah ini,
Untuk menyusul menuju ke syurga abadi.





Ukhuwah Fillah Abadan Abada.
Jazakumullahu Khoiral Jaza'.
Mohon maaf atas kesalahan sepanjang kita liqa' bersama.
Semoga ALLAH pertemukan kita suatu hari nanti. Insha-ALLAH :")


P/S: Walimah antunna semua nanti jangan lupa jemput ya :") 




"Aku pastikan kemaafan diucapkan diakhir pertemuan kerana mungkin itu adalah pertemuan terakhir bagiku"





Wednesday, November 21, 2012

November 2012

Salam 'Alaik




Lama sudah tidak menulis. Hmm, minggu ni minggu busy setelah seminggu duduk tak buat apa. :(
Bila tiba banyak kerja, terus masa jadi tak cukup. Ini lah manusia. Waktu lapang disia-siakan. Sabda Rasulullah SAW 
"Terdapat 2 daripada nikmat ALLAH yang dilupakan ramai orang yakni nikmat kesihatan dan nikmat waktu lapang."

Sekejap je masa berlalu. Sudah hampir ke penghujung November. Kemudian December. Kemudian 2013. Final exam. Dan berakhir. In Shaa ALLAH :)



Untuk kesayangan saya yang menyambut ulang tahun pada bulan November :)




10.11.12 ; the best date ever :")
Kak Long

17.11.12
Syuhadah. Syuhadah Natasha. Natasha adalah nama yang arwah we yang suggest kan dulu :")

18.11.12
Zarif aka Bobby. Nama diberi Wan Zarif Fakri Haqeef. Nak penuh kotak surat beranak kata ayah dia. Hehe ><

20.11.12
Kak Ti aka Mama Maisarah :D

21.11.12; cantik jugak tarikh ni
Kak Rah


~Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Semoga sentiasa dibawah rahmat dah redha ALLAH. Semoga sentiasa diberkati oleh ALLAH. Semoga tabah menghadapi ujian dan dugaan ALLAH. Sayang kamu, kamu, kamu, kamu dan kamu hanya kerana ALLAH :) ~


Hmm, bila lama tak jumpa rindu mula bertamu. Itulah hakikat kasih sayang :)

In Shaa ALLAH bulan 12 kami ada family gathering. Boleh jumpa semua orang :)




***************

Sudah seminggu melangkah ke tahun baru. Alhamdulillah. Semoga terus thabat untuk ke arah kebaikan. Gunakan sebaik-baik masa yang ada untuk membuat kebaikan. Masa yang sudah berlalu tidak mungkin akan kembali. Dan kita jugak tidak akan dikembalikan ke dunia hanya untuk menggantikan kehidupan dunia kita yang lampau. ALLAH!

"ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri yang mengubahnya"
[Ar-Ra'd;11]



Jangan lupa bait-bait doa kita untuk saudara-saudara kita di Gaza. Sesungguhnya ujian mereka begitu berat sekali. Hanya orang-orang yang terpilih diberi peluang untuk syahid di jalan ALLAH. Dan sesungguhnya mereka itulah golongan-golongan yang dipilih ALLAH. Subhanallah!




Bumi Gaza berdarah kembali,
Muharram 1434H telah menjadi saksi,
Rakyatnya terbunuh disana-sini,  
Hasil kekejaman zionis telah terbukti,
Tanpa belas dan kasihan tertanam dihati!


Namun usah bimbang, usah ragu,
ALLAH  sentiasa ada bersamamu,
Syurga-NYA sudah tersedia untukmu!




Bukan niatku untuk kaku membisu,
Bukan juga untuk tidak membantu,
Tetapi aku bimbang dan ragu,
Apakah diri ini bisa membantu?
Namun usah gundah saudaraku,
Bait-bait doaku untukmu,
Tidak pernah padam saban waktu,
Semoga ALLAH memberi ganjaran  untukmu,
Saudaraku!










Friday, November 9, 2012

Perjalanan Sebuah Kehidupan

salam 'alaik



Alhamdulillah, Thummalhamdulillah.
Berakhir sudah mid term examination tadi. Habis la busy fasa pertama yakni persediaan untuk mid term exam. Tapi sebenarnya tak akan habis perkataan 'busy' itu. Kerana sudah ternanti assignment, presentation dan seterusnya final examination yang tak sampai pun dua bulan lagi. Begitu pantas masa berlalu sepantas pusingan roda di highway. hee !


Itulah sebenarnya realiti sebagai seorang manusia. Siapa sahaja kita tidak terlepas daripada masa sibuk dan lapangnya. Mungkin juga tiada masa untuk melepaskan lelah walau hanya sebentar. Seperti kehidupan di dunia ini yang diibaratkan sebagai pengembara yang berehat sekejap dibawah bayangan pokok dan meneruskan semula perjalanan.


“Dan sungguh Kami ciptakan manusia dari tanah. Kemudian Kami menjadikan air mani yanga disimpan di dalam Rahim. Kemudian air mani itu Kami jadikan sesuatu yang melekat, lalu sesuatu yang melekat itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkuskan dengan daging. Kemudian, Kami menjadikan makhluk yang berbentuk lain. Mahasuci allah, pencipta yang paling baik.
Kemudian selepas itu kamu pasti mati."
[Surah Al-Mukminun;12-15]


Hakikat kejadian manusia, yang ALLAH ciptakan dengan sebaik-baik kejadian untuk mentadbir Bumi ALLAH dengan sebaiknya.

" Dan kemudian selepas itu kamu PASTI mati."

Kerana dunia ini hanya pinjaman ALLAH untuk kita. Hanya tempat sementara sebelum diri dipanggil untuk menetap disana untuk selama-lamanya.

Dunia itu ibarat tempat menanam. Tanaman yang sempurna dan terbaik mampu menghasilkan pulangan yang lumayan. Kalau dijual pun pasti untung.
Itulah, berniaga dengan ALLAH tidak rugi walaupun satu sen.


"You still got a lot of life ahead of you, man. Don't waste it doing the wrong things. And what's worse is ended up doing wrong thing"
[Petikan Contengan Jalanan; Hlovate]

Teringat dekat Chad; The man who decided to change on 12th hour dies on the 11th hour.



Saya tinggalkan anda dengan lirik lagu di bawah. Semoga terhibur :)



Rimbun Keampunan (HIJJAZ)


Ku mengintai ketenangan di antara kekalutan
Kerana keinginan tidak pernah kesampaian
Ku kutip sisa-sisa dari segala keruntuhan
Bangkit semula meneruskan baki perjalanan


Ku menghimpun kekuatan ku memohon ketabahan
Meredah gelombang hidup dan dugaan mencabar
Ku anggap kegagalan bukan suatu kekalahan
Tapi suatu kejayaan yang masih tertunda

Ku meminta diberikan sejenak kesempatan
Untuk ku ulangi kembali langkah pertama
Keperitan yang ku rasa mengajar erti kesabaran
Menyedarkan ku insan memerlukan Mu Oh Tuhan

Di rimbun keampunan ku mencari keredhaan
Melerai segala kusut dan kecamuk dihati
Ku cari kejernihan di segenap ruang maya
Masih ku sedar ku sedang diperhatikan Mu Oh Tuhan






Nota 1: Salji Malaysia di luar sana. Subhanallah!
"Allahumma Soyyiban Nafi'a"

Nota 2: Menghampiri ke 10.11.12. :D



Wednesday, October 31, 2012

Tomato second version



Assalamua'laikum wbt




Sudahkan anda menonton vedio pendek Tomato 2.0, sambungan Tomato 1.0?

Kalau sudah apa reaksi anda? Menusuk di kalbu bukan?Sememangnya itu video osem yang patut anda saksi kan.


 official poster;terbaik daripada ikhwah China :)


Yang jelasnya di sini, hidayah itu milik ALLAH yang mutlak. Tanpa hidayah ALLAH, manusia itu masih lagi terumbang-ambing dengan keseronokan dan keasyikan. Kalau kita lihat, kematian Nabil membuatkan Mazlan berubah 360 darjah. Jadi benarlah, kematian sentiasa mengekori kita di mana sahaja kita berada. Jadi apa tunggu lagi. Be ready to be called!

Masih ingat ayat-ayat cinta yang diucapkan Mazlan?


Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia) -

"Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang  ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat). 
[Surah Al-Mu'minuun : 99-100] 


Masa yang telah lalu tidak akan kembali walupun sesaat. Sama lah juga dengan janji ALLAH untuk tidak mengembalikan hamba-NYA semula ke dunia untuk menggantikan amalan-amalan yang telah lalu. Time is more precious than a million ringgit of diamond. Begitu juga dengan janji ALLAH kepada kita untuk tidak melewatkan atau mempercepatkan ajal walaupun sesaat. 


" Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan) maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka tundakan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka dahulukan."
[Al-A'raf:34]


Manusia itu mampu untuk berubah bukan? Tiada siapa yang mampu untuk merubah diri mereka sendiri melainkan diri sendiri yang melakukan anjakan paradigm itu. Itu lah yang disebut ALLAH dalam surah Ar-Ra’d ayat 11 yang bermaksud nasib sesuatu kaum itu tidak akan berubah melainkan mereka sendiri yang mengubahnya.
ALLAH ALLAH!

Kerana itulah maratib amal kita bermula dengan individu muslim. Inilah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW yang membentuk peribadi-peribadi yang bakal mendokong dakwah Islam yang panjang dan berliku-liku ini. Berapa tahun diambil baginda untuk membentuk keimanan dalam diri sahabat supaya yang boleh membentuk kekuatan dan pengorbanan yang tinggi. Subhanallah!

Maratib amal? Ketertiban amal yang menjelaskan kepada kita akan keutamaan dalam melaksanakan amal.



Individu muslim. Satu tugas yang sangat berat untuk dipikul. Kerana segala-galanya bermula daripada seorang individu lalu berkembang dengan terbinanya baitul muslim dengan bertunjangkan sakinah, mawaddah dan rahmah. Dengan terbinanya baitul muslim, maka lahirlah masyarakat muslim yang terus berkembang menjadi kerajaan Islam, seterusnya negara Islam, khalifah Islam dan yang terakhir membentuk ustaziatul alam (yang mangamalkan Islam keseluruhan) untuk terus memimpin dengan Sistem Islam ke arah mendapatkan Syurga dan keredhaan Allah. 


Itulah dia 7 maratib amal yang sangat penting untuk kita semua. Apa yang dapat saya simpulkan di sini adalah tarbiyah (didikan) itu sendiri. Tarbiyah bukan segala-galanya, tapi segalanya bermula dengan tarbyah. Dengan tarbiyah manusia itu mampu untuk berubah .Dengan tarbiyah manusia itu mampu untuk mentarbiyah. Dengan tarbiyah manusia itu mampu untuk ditarbiyahkan, dengan tarbiyah juga manusia itu mampu untuk menimbulkan rasa yang mendorong  untuk melakukan sesuatu kebaikan. 

Akhir kata, untuk diri sendiri dan semua, ayuh semak kembali tarbiyah dzatiyyah (self tarbiyah) dalam diri kita. Bersama-sama kita bermuhasabah dan bermujahadah di university tarbiyah ini yang memerlukan pengorbanan dan kesabaran yang tinggi

Berkata Ibrahim bin Abi Ablah:

"Kita pulang dari jihad yang kecil (menghadapi musuh lahir) untuk menuju jihad yang besar (menghadapi musuh batin)"

 akhir kata : bermujahadah itu pahit kerana yakinlah syurga itu manis :)


Apabila seseorang dikehendaki ALLAH untuk menjadi baik, ALLAH akan memberi rezeki kepadanya berupa sahabat yang baik. Jika ia lupa, maka sahabat itu akan mengingatkan, dan jika ia ingat, maka sahabat itu akan menolongnya





Kehidupan ini adalah suatu perjuangan, 
yang tidak mungkin berpeluang walau sesaat untuk berpangku tangan 
kerana 'semaian' yang sempurna 
mampu membuahkan 'hasil' yang lumayan  :)


 Hanya kanak-kanak sahaja yang cuba menepis tangan kita yang membantunya, sedang dia masih bertatih. Tepuk dada tanya Iman :)







Nota 1: Habis satu paper hari ni.Alhamdulillah. Esok menyusul lagi satu, kemudian Khamis minggu depan pula. Insya-ALLAH. Doakan saya ;)
 

Nota 2: Selamat menonton Tomato 2.0 bagi yang belum menonntonnya.  Tomato 2.0, buat pertama kalinya saya menyentuh mengenai maratib amal, walaupun sering "diulang siar" dalam usrah :)



Wallahua'lam






Sunday, October 14, 2012

Agama adalah segala-galanya

salam 'alaik







Apakah ubat paling mujarab untuk segala permasalahan kita? Berkongsi adalah yang terbaik. Tetapi berkongsi dengan manusia tidak sama dengan kita berkongsi yakni mengadu pada ALLAH. Maka, ubat yang paling mujarab untuk kita adalah kembali kepada agama ALLAH iaitu agama Islam, agama fitrah.

Maka benarlah ungkapan "Islam is the way of life"

Apa sahaja yang berkaitan dengan kehidupan kita di dunia, sudah dijelaskan dalam Al-quran. Daripada yang ringan mahupun yang berat. Daripada bangun tidur sampai lah ke tandas sekalipun, semuanya sudah dijelaskan. Tinggal sahaja si umat untuk mempercayainya dan melakukan apa yang diperintahkan dan meninggal apa yang dilarang. Allahu Akbar!

 Malah, dalam memilih bakal isteri pun Rasulullah SAW sendiri yang bersabda yang bermaksud, 

"dinikahi wanita itu dengan 4 perkara. Kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama nescaya kamu akan selamat." 
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis yang sangat famous untuk diperkatakan.

Pilihlah yang beragama, nescaya kamu akan beruntung. Kenapa beruntung? Kerana kecantikan, keturunan dan harta tidak menjamin kebahagiaan kalau hal-hal agamanya tiada. Begitu juga untuk para lelaki. Dengan agama, dia mampu untuk jadi ketua keluarga yang hebat! Insha-ALLAH :)


Firman ALLAH dalam surah Al-Ma'idah ayat 3:

"Pada hari ini Aku sempurnakan agamamu untukmu, Aku cukupkan nikmat-Ku kepadamu dan Aku redha Islam sebagai agamamu."


Maka, apa sahaja yang berlaku, kembalilah kepada ALLAH, kembalilah kepada agama Islam yang didalamnya terkandung segala penyelesaian untuk segala permasalahan kita. Berlapang dada dan serahlah segalanya pada DIA, disamping memperbaiki diri kita ke arah kebaikan. ALLAH tidak akan mengubah nasib kita melainkan diri kita sendiri yang mengubahnya.

Dan berdoa. "berdoalah, nescaya akan Kuperkenankan."
Ya Muqollibal Qulub, Thabbitqulubana 'Ala Deenik! Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, balikkan hati kami ke atas agama. 




Rumah yang cantik dan tersergam indah bergantung kepada tiangnya yang kuat dan kukuh. Begitu juga individu muslim itu. Keluarga yang sakinah, mawaddah dan rahmah juga bergantung kepada tapaknya yang kuat dan kukuh iaitu individu muslim yang berjaya.

Inilah tiga lapangan: individu, rumahtangga dan masyarakat yakni bidang kerja yang sangat penting diusahakan sekarang.

Oleh itu, apa sahaja, kembalilah kepada Islam, yang sentiasa terbaik untuk kita :)


"Sesiapa yang beramal soleh lelaki dan perempuan, sedang ia beriman, kami akan menghidupkan kehidupan yang terbaik. Dan sesungguhnya kami akan membalas mereka dengan memberi pahala yang berlipat ganda dari apa yang mereka kerjakan."
[An-Nahl:97]






Nota 1 : Kata saya, ke'hensem'an itu tidak menjamin kebahagiaan kalau 'dia' tak ikut ajaran agama, especially bab solat. Anda bagaimana?

Nota 2 : Ternyata procedure perkahwinan itu sangat susah. Tapi mungkin tidak susah untuk sesiapa yang sudah  bersedia :)














Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH