Tuesday, March 12, 2013

Nikmat

Salam 'alaik






Alhamdulillah, masih lagi diberi nikmat iman, islam, dan ihsan. Subhanallah, maha suci ALLAH, Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH, Allahu Akbar, ALLAH maha besar.

Kalau diberi peluang malah kalau berkesempatan untuk menghitung nikmat ALLAH, nesaya tidak terhitung dek jari, tidak tertulis dek pena, tidak termuat dek lembaran.

Seminggu dua yang lepas saya dan Ma berulang alik ke hospital melawat pak cik (abang kepada Ma). Pak cik saya yang lebih mesra dipanggil Ayah Lan (atau ayah) menghidap tonsil. Dari segi medical nya saya kurang pasti nak sebut apa. Disebabkan tak dapat bernafas, doktor 'tebuk' di bahagian leher untuk memudahkan pernafasan. Sehingga ke hari ini beliau masih tidak boleh bersuara dan hanya minum susu melalui salur di hidung.

Masuk sahaja ke wad ENT, saya melihat sekeliling pesakit lain. Majority nya terlantar. Pesakit di hadapan katil pak cik yang saya tengok namanya Rosnani berumur dalam lingkungan 30 tahun juga menghidap tonsil. Kata nurse, dia baru sahaja selesai menjalani pembedahan dan baru boleh senyum dan bercakap. Kalau sebelum ni diam saja. Dan kata nurse juga, orang sakit tonsil paling seronok kerana dapat makan ais krim malah digalakkan untuk meminum/makan sesuatu yang sejuk.

Nikmat sihat yang jarang kita appreciate kan? Sehinggakan saya terdiam tanpa dapat memberi jawapan mahupun komen tatkala kakak ipar bersuara " walau sakit sikit pun ALLAH dah tarik nikmat kan?"

Ye, tak akan pernah salah dengan statement itu. ALLAH!

Kadang-kadang kita sebagai manusia lupa akan nikmat ALLAH sehinggalah kita ditarik nikmat itu. Kata orang sudah terlanjur baru terngadah.

Ingat kan lagu Raihan ingat lima perkara sebelum lima perkara yang juga sepotong hadis. Sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, hidup sebelum mati. 


"Dan ingatlah ketika tuhanmu memaklumkan, sesungguhnya jika kamu bersyukur akan AKU tambah nikmat kepadamu, tetapi jika kamu ingkar maka pasti azab-KU sangat berat.
 Dan Musa berkata: “Jika kamu dan orang-orang yang ada di muka bumi semuanya mengingkari (ni’mat Allah) maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji”."
[Surah Ibrahim;7 dan 8]

Saya teringat satu hadis yang berbunyi "antara nikmat yang sering dilupakan manusia adalah nikmat sihat dan nikmat masa lapang".


Mari bersama-sama kita muhasabah diri untuk menjadi hamba yang bersyukur malah jauh sekali untuk menjadi hamba yang ingkar. Na'uzubillah.
Apa sahaja di dunia ini sudah terbukti bukan milik kita yang mutlak, melainkan hanya milik DIA yang sah. Kerana tanpa DIA, nikmat itu tidak bermakna untuk kita sebagai seorang hamba yang serba dhaif ini.

Terima kasih YA ALLAH atas segala nikmat-MU yang tidak terkira banyaknya untuk setiap hamba-MU. Jadikanlah kami hamba yang sentiasa bersyukur kepada-MU dan jauhilah kami daripada menjadi hamba yang ingkar dan tidak bersyukur dengan nikmat-MU.


 "Maka ingatlah kepada KU, nescaya AKU ingat kepada mu. 
Bersyukurlah kepada KU, dan jangan kamu ingkar kepada KU"
[Surah Al-Baqarah; 152]



Waamma bini'mati Rabbika Fahaddith; dan kepada nikmat tuhanmu hendaklah kamu nyatakan kesyukuran










Nota 1: Alhamdulillah akhIrnya dapat jugak baucer buku walaupun hari tu admin kata anda dah dikira grad. Mana ada grad, kami habis hari tu pun bulan 1 tahun 2013, diulang 2013 ;")

Nota 2: Tahniah untuk Kak Nadiah atas kelahiran cahaya mata yang ke-3. Hmm, from Nebraska lagi nampaknya. Datang bertiga pulang berlima ye kak, Insha-ALLAH :")
Syakir is officially a little brother to his baby girl. 
Harapannya boleh lah jumpa Kak Nadiah dan anak-anak balik Malaysia nanti ye kak, Insha-ALLAH :)








No comments:

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

Cheeky Quotes

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH