Friday, March 29, 2013

Medan Dihatiku (Part 2)

Salam 'alaik







Hari ke-dua kami di Medan, kami bergerak ke Danau Toba yang mengambil masa lebih kurang 6 jam dari Bandar medan. Nah, kali ini tourist guide nya ialah Sahril yang dipilih oleh Pak Ibrahim untuk membawa kami. Pertama kali jumpa si Sahril ni, saya bingung mahu panggil apa, sebabnya umur dia baru 25 tahun. Hehehe. 

Pertama kali dia mendengar saya memanggil bapak, terus dia kata “bapak” dengan muka terkejut. Hahaha. Lepas tu terus je panggil mas Joko. Hahaha. Panggil abang melampau sangat pulak. Dan Sahril ni jugak macam Pak Ibrahim, suka melawak dan kami pula tak kisah malah layan lagi dia berborak. Jadi dia pon okey je, tak rasa malu. 

Memang Si Sahril ni auta je banyak. Pada mulanya tak mengaku sudah beristeri, Baru semalam mengaku sudah berkahwin. Hihihi. Sudah menjadi adat kut, pemandu tidak boleh makan dengan guest. Pelik kan. Tapi kami paksa jugak dia makan dengan kami sebagai kepala keluarga. Hehehe. Dia pon happy je saya tengok. 

Kami singgah makan tengah hari sebelum ke Parapat. Sampai di Parapat pun dah dekat pukul 3. Rehat-rehat dulu lepas melalui jalan yang panjang dan berliku-liku. Indonesia tidak ada highway macam di Malaysia. Jadi perjalanan ke satu tempat akan memakan masa. Jalannya hanya melalui jalan kampong





Sebelum singgah makan siang, kami singgah di kedai yang jual makanan-makanan ringan. Macam-macam ada. Ting-ting, tang-tang, teng-teng, tung-tung dan laini-lain. Hehehe. Macam kacang je.



Orang Indonesia ni pelik sangat dan selamba kalau kita tengok, padahal mereka sudah biasa. Semasa kami melalui jalan kelapa sawit, tetiba ada satu lori berhenti di tengah-tengah jalan. Saya  ingatkan lori ni rosak. Rupa-rupanya driver dia dok minum air dan bersantai tepi pokok kelapa sawit. Selok suka. Hahaha. Alangkah lucunya negeri ini. Kih2.

Yang paling kelakar masa traffic light. Masing-masing nak bergerak. Jadi tak tau siapa berhenti siapa bergerak. Lepas tu mula lah hon bertalu-talu. Kadang-kadang si Sahril ni langgar jugak lampu isyarat. Tapi kami kadang-kadang usik dia, jangan langgar peraturan bla bla. Dia hanya ya bukkkk sambil senyum. Hehehe.




























Danau Toba memang cantik. Subhanallah. Mula-mula Nampak,terus speechless. Memang cantik. Terbentang luas macam laut. Tengok kat depan mata pulak tu. Memang betul, Medan tidak mengecewakan kami :")

Kebetulan kami pula dapat bilik di hadapan tasik. Lagi awesome. Malam tu kami menginap di Danau Toba International Cottage Parapat. 

Danau Toba merupakan Tasik terbesar di Indonesia dan Asia Tenggara. Di tengah-tengah tasik ni, ada Pulau Simosir. Majority penduduk di Danau Toba ini adalah orang Batak yang menganut agama Kristian. Jadi, pasal makan-makan sangat penting. Hanya sesetangah kedai je yang boleh di makan. 

Malam tu kami makan malam di salah satu rumah makan Muslim. Makanan macam yang kita masak je. boleh diterima la. Dulu ingat datang Medan tak selera makan, tapi rupa-rupanya sedap. Hehehe.
suasana malam di Danau toba sangat sejuk. Lepas makan malam, Sahrul hantar kami balik ke bilik.














Tapi sebelum tu kami borak-borak dulu sambil minum nescafe panas. Wah, masuk. Hehehe. Nak suruh dia compare mana lagi sedap yang Malaysia ke yang Indonesia punya. Katanya sama, tapi Milo beza. Yang di Malaysia lagi enak. Welllllll!

Macam-macam yang diborakkan, sampai lah diceritakan jugak zaman sekolah menengah atasnya yang terkenal sebagai otai. Hehehe. Nakal sungguh. 

“Makanya saya jadik supir buk”. Merendah diri.







"Dan DIA mengendalikan apa yang DIA ciptakan untukmu di bumi ini dengan berbagai jenis dan macam warnanya. Sungguh, pada yang demikian, 
terdapat tanda kebesaran ALLAH bagi kaum yang mengambil pelajaran."
 [An-Nahl:13]

                








NOta 1: Merindui keindahan dan kecantikan Danau Toba :")

No comments:

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

Cheeky Quotes

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH