Thursday, September 5, 2013

Travelog Korea; A Moment to Remember (Part 4)

Assalamu'alaikum







Sambungan seterusnya. Lama dah tinggal. Lupa dah. Hee :D

1 Julai 2013;

Shopping day. Hehehe. Itulah yang ditunggu-tunggu. Mula-mula pergi kedai kain cari korean silk dekat Dongdaemun. Semua kedai situ jual silk. 1st time tengok tak lah cantik mana kain dia. Biasa-biasa je. Tapi sebab 100% silk tu yang famous. Sepasang KRW36000 dalam RM100. Saya beli 3 pasang. Satu untuk ma. 2 lagi kiriman daripada Kak Ti dan Kak Ain. Untuk saya sendiri saya beli korean cotton KRW24000.





 



 

 Bersama uncle yang jual silk. 




Lepas tu kami ke Myeong Dong yang memang penuh dengan kedai kecantikan. Imagin di Jalan TAR tapi jual barangan kecantikan. Itulah Myeong Dong, segala barangan kecantikan ada. Tapi saya cuma beli barang kiriman je. Patutlah orang Korea jaga kecantikan sangat ye. Rupanya mereka ada " lubuk" jual barangan kosmetik. Hehehe.










 Tengoklah gambar siapa tu. Mesti pelakon ke, penyanyi ke. Hehehe.






Pastu kami pakai hanbok, pakaian tradisional Korea. Free je tapi untuk 10 minit sahaja. Sempat la amik gambar pakai hanbok. Kemudian, jalan ke Namdaemun beli brooch dan sourvenir lain. Memang banyak pilihan la brooch. Rambang mata. Macam-macam jenis dan warna. Beli banyak so mak cik tu kasi free satu. Hehehe. Beli keychain, fridge magnet dan cutlery. Boleh la kurang sikit akak tu bagi. Jimat. Hehehe. Beli t-shirt 12 helai, nak amik. Hee :D

















Me with hanbok :D









Habis shopping terus balik SKKU. Berat kot bawak barang. Hehehe.Oh lupa. Hari tu saya makan kebab je 4000 won. Beli kat kedai Pakistan. Datang Korea makan kebab je oi. Hahaha. Nak buat macam mana, kita tak dapat nak makan makanan Korea. Kih2. Tapi bukan jakun tau. Hahaha. Cuma picky eater :P


2 Julai 2013:



Esoknya, pergi Namdaemun balik. Kak Ain nak gelang pulak. Lama pulak dok situ. Beli brooch lagi. Hehehe. Pastu kami lunch kat Myeong Dong di Ashley Restaurant. Makan buffet KRW12900 per head. Boleh duduk dalam tu 2 jam. So makan lah apa yang boleh dimakan. Hehehe. Dekat kol 4 kami keluar dan terus ke Cheongye Stream. Nak ke menara siput. Tapi masa sampai tu angin kuat sangat.














Oh ya sekarang Korea tengah jangma hujan musim panas. So pagi tadi hujan lebat jugak. Sampai kat menara siput nak jalan tak boleh kena tolak dengan angin. Nak jatuh rasa. Allahu akbar. Pastu kami balik la. Nampak mcm nak hujan lebat. Hari tu tak ke mana pon sebenarnya. Ye lah, keluar pon dah pukul berapa. Dekat Namdaemun tu pon lama jugak.












..to be continued....












No comments:

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH