Selamat hari raya untuk semua. Masih belum terlambat kan? :)
n3 raya tak sempat nak buat plus malas. N3 Korea pon tak bersambung-sambung. Heee.
11 0gos hari tu kawan satu batch masa SMS Pasir Puteh kahwin. Alhamdulillah saya sempat pergi dan sempat jumpa kawan-kawan. Dah macam reunion pulak.
Kalau diikutkan kami sekeluarga akan ke Teregganu pada hari tersebut untuk menghadiri perkahwinan anak sepupu saya. Tapi saya kuat untuk ke walimah Hidayah. Boleh jumpa kawan-kawan. Kalau ke Terengganu saya tidak akan pernah selesa.
Sebahagian 5terz yang datang pada waktu tu. Masa tu ramai yang tengah bercuti.
Ni lah pengantinnya.
Tahniah Hidayah dan Hafiz. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.
Saya pernah satu dorm dengan Berd masa form 4. Dia jadi ketua dorm masa tu. Sama dengan kami masa tu Izyan dan Syasya. Masa form 5 kami bersebelahan kelas dan dorm. Kalau Berd nak pergi toilet pon kadang-kadang dia singgah dorm saya berborak-borak dulu. Hehehe. Rindu masa kat asrama dulu.
Sekarang Berd tengah further Master kat Jepun. Semoga dipermudahkan urusan. Insha-ALLAH.
24 Ogos baru ni, satu lagi walimah yang saya hadiri. Alhamdulillah dapat jumpa kawan-kawan yang satu batch masa kat uni. Classmate la kiranya. Walimah 'Aqilah dan Ikrimah di Gombak. Saya sempat ke upacara akad nikah di masjid berhampiran.
Sebahagian kami yang hadir. Hujung sebelah kanan yang bertudung hijau tu Kak Sufi.
Dulu kami sama kelas, tapi Kak Sufi tukar kos IRK di UIA Gombak.
Si kecil yang saya dukung tu Marwan, anak Kak Sufi.
Majlis diadakan di dewan International Islamic School
Sempat jumpa Kak Syima kejap je. Dia rushing nak g kenduri tempat lain pulak. Jumpa lagi!
Ni lah dia pengantin perempuan. Sebenarnya saya dah pernah satu kelas dengan Aqilah masa di PJ. Masa kat Kuantan dari awal pengajian sampai habis memang satu kelas. Ke sana ke mari bersama.
Pengantin dan pasangan akan melanjutkan pengajian ke UK bulan depan.
Tahniah, semoga dipermudahkan urusan di sana.
Dalam masjid, after akad nikah
Marwan Majdi, seindah namanya secantik tuannya. Pertama kali saya jumpa Marwan sejak dia lahir. Marwan dah setahun lebih. Mudah mesra, walaupun pada mulanya, dia malu. Hehehe.
Tapi lepas tu boleh dukung, salam siap cium lagi. Rupanya Marwan ni suka bergurau.
Seronok dengar dia gelak.
Semoga anakanda Marwan Majdi sentiasa dibawah rahmat ALLAH
dan membesar menjadi anak yang soleh.
Nota: All the best diucapkan kepada kedua-dua pasangan pengantin yang akan meneruskan pengajian ke Jepun dan UK. Semoga dipermudahkan urusan. Dan harapnya ada "made in Japan" dan "made in UK" sebelum back for good :")
1 comment:
yeahhh.kila update !
seronok jumpe wlupun kejap.
* nmpak berseri2 gmbo ngn pengantin, awak bile lagi ? huaaahua
Post a Comment