Tuesday, July 16, 2013

Travelog Korea; A Moment To Remember (Part 1)

Assalamu'alaikum







Alhamdulillah, berakhir sudah trip saya ke Korea pada 26 Jun-7 Julai 2013 yang lalu. I booked the ticket 6 months ago, December 2012. Terketar-ketar tangan nak booking tiket. Bukan sebab apa, sebab keluar duit hampir RM1000 nak book tiket. Hehehe. Lepas tu boleh pulak tersalah taip email, so that my itinerary tak dapat-dapat. Apa lagi, esoknya terus call Air Asia, RM 1.90 per minit. Masa tu kredit tak cukup. Cakap sepatah dua dah mati. Kalut cari kredit. Tapi ALLAH tolong. Air-Asia returns call. Oh, sangat terharu. Okey, settle down semua. Alhamdulillah, lega.

Tiket dah settle. Dekat-dekat nak pergi, risau pulak nak jalan sorang-sorang. Ye lah, kalau KL-Klate, Kuantan-Klate dah biasa, malam ke siang ke. Tapi ni nak keluar dari Malaysia. Dah mula fikir nanti duduk sebelah siapa dalam flight. Kakak dok perli “I hope that you tak sampai ke Uganda.” Ah, saya stress la jugak. Tapi apa nak takut dah memang naik flight yang betul, takkan nak landing kat Uganda kot. Hahaha. Ni kapal terbang bukan kereta api.

26 Jun  flight jam 8 pagi. Meaning that saya boleh start check in jam 5 pagi. Alhamdulillah, Abe Je hantar ke LCCT pagi tu. Keluar rumah pukul 4.30 pagi. Sampai LCCT saya terus ke baggage counter sebab dah online checked in. Malam sebelum tu seriously tak lena tidur. Asyik dok negative thinking macamana kalau terlepas flight. Huhu.

Lepas check in, saya terus ke international departure, solat dan jamah roti sikit sementara nak tunggu makan dalam flight nanti. 7.15 pagi, gate dah buka. Mula gerak ke kapal. Fuh, first time naik Air Asia X. Memang besar dan luas. 9 seats  per line. Selesa lah untuk 6 jam perjalanan. Saya punya seat kat bahagian window, tapi saya kat tengah. Diapit oleh Malaysian and Korean uncles. Tapi mereka tak bercakap pon. Okey la. Hehehe.

Atas flight kena isi arrival card dan dekat airport kena isi declaration form. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Takut sebenarnya takut mereka tak faham apa yang dikatakan. Ye lah, orang Korea tak cakap orang putih sangat.Tapi masa dalam perjalanan flight crew guna English and Korean language.


 Makanan dalam flight. Nasi putih dan ayam kurma :")


Sampai Incheon International Airport jam 3.20 petang. 6 hours 20 mins journey. Lama kot. Tak tahu nak buat apa dalam flight tu.  First time naik flight sorang-sorang merentas benua ke Korea. Turun flight ikut je signboard dan orang. Hehehe. Nak ke immigration kena naik train. Settle kat immigration (cop jari telunjuk kiri dan kanan, amik gambar), cek number utk luggage. Amik luggage dekat point 10 dan keluar ikut gate C. Jumpa Kak Long. And i felt "wah sampai jugak Korea". Alhamdulillah. Hehehe.

Safely landed in Korea not Uganda, my sister :”)


 
 Incheon International Airport


Waktu di Korea tambah 1 jam waktu Malaysia. Dah tukar siap2 dekat telefon. Masuk Asar, solat kat nursery airport. Itu lah Korea. Nak cari surau masak la. Amik wuduk pun dalam toilet.
Saya bermalam di bilik Kak Long, SungKyunKwan University, Suwon.  Balik SKKU naik subway dari airport, dari line 5 ke line 1. Kena tukar train la maksudnya. Tengok schedule subway pun saya dah pening. Semua sekali ada 9 line. Train boleh dikatakan laju kalau nak compare di  Malaysia. Kih2.


 Nah. Nak tengok pun tak larat.


Sampai SKKU dalam pukul 7 lebih. Lepas Isyak keluar makan. Hmm fikir jugak boleh ke makan. Kak Long bawak g kedai makan, makan nasi goncang dan bihun sup ala Korea. Nasi goncang ni nasi , ikan bilis, kimchi dan telur diletakkan dalam bekas yang panas. Sebelum makan kena goncang biar rasanya sekata. Serius tekak tak boleh terima nasi Korea yang ala-ala pulut melekit gitu. Kimchi pulak boleh la makan sikit-sikit. Makan terpaksa. Last-last Kak Long tolong perabih. Err, sebenarnya saya dah bawak bekal Maggi. Hahaha.


Dalam bekas besi tu ada nasi goncang. sebelah kiri kimchi dan yang kanan tu macam buah jeruk. Semuanya biasaa-biasa je. Heh!


Pakai gloves dan goncang. Hehehe. Bekas tu panas sebenarnya.



 Bihun sup ala Korea. Tak sedap pon. Hahaha.





Sekarang ni summer di Korea. Masa landing pilot kata suhu dalam 25 celc. Panas sama kat Malaysia jugak cumanya waktu siang panjang. Subuh masuk pukul 3.13 pagi dan maghrib masuk pukul 8 malam. Kol 5 pagi dah cerah dah. Tapi saya after subuh memang bantai tido la macm kat Malaysia la. Hehehe. Kalau malam sejuk. Tak tau la kalau datang masa winter macam mana.



Oh ya kedai makan di Korea ni kecik-kecik je. Meja makan pon dalam 2 atau 3 buah je. Kecik kiut macam orang dia jugak la. Hehehe. First time dengar orang Korea cakap secara live, wahhhh clueless. Padahal memang tak paham pon. Kitaorang pun main cakap je kuat-kuat diaorang bukan paham pun. Hehe. Diaorang bila jumpa bongkokkan sikit badan tanda hormat la. Orang Korea ni ramai guna public transport tak kira la pengurus ke, pekerja ke, memang macam tu. Mungkin senang kot bagi mereka. Lagipun public transport sini memang terbaik la. Cepat dan cekap. Saya memang impressed. Kalau  kt KL gitu kan bagus tu.



 Me @ Incheon International Airport, Korea.









Setakat itu sahaja untuk siri ini. Nantikan siri seterusnya :")
Keep waiting!

1 comment:

pembaca setia said...

yeaahhh..menunggu next entry plak~

*feeling2 kat korea dh ni,haha

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

Cheeky Quotes

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH