Thursday, July 18, 2013

Travelog Korea; A Moment To Remember (Part 2)

........................................


26 Jun 2013:

Sampai Korea.



27 Jun 2013:

Kak Long ada jaulah dengan junior dia, yang baru sampai Korea bulan 2 hari tu. So, saya ikut sekali. Kenal-kenal orang walaupun tak bercakap mana sebenarnya. Banyak senyap je.
Kami ke Gapyeong, kawasan sungai kecik yang jauh ke dalam. Tenang dan cantik.

Dari SKKU naik subway dan tukar subway, sampai ke Gapyeog Station. Oh ya, kami jalan-jalan naik subway dan jalan kaki saja. So, saya guna T-Money untuk naik subway. Macam kad touch and go la. Sehari saya topup dalam 10000 won (RM30) tak habis pon sebenarnya.


Sebelum bertolak, kami beli lunch dulu. Saya tengok je dah tak lalu. Huhu. Tapi beli jugak. 


Dari Gapyeong station kami naik bus yang disediakan untuk ke pension house. Tapi sebelum tu bus
berhenti di sebuah mini market untuk tukar bus. Dan nak dijadikan cerita untuk naik bus yang lagi satu, penumpang kena membeli at least satu barang di kedai tersebut. Ah, ada plak macam tu. So, kami masuk lah beli apa yang boleh beli.

Pastu naik bus ke pension house. Mereka sesama mereka memang seronok la. Terkeluar sekali sekala Korean language. Good for them

Makan tengahari. Seriously, saya memang tak boleh makan.Telan nasi rasa macam telan pasir. Lekat dekat kerongkong. Cepat minum air masak. So sad!
Dengan 1700won nasi tadi, buang begitu sahaja. I'm sorry.

Petang tu kami ke sungai kecik. Kalau winter sungai tu akan kering. Orang Korea kalau cuti pasti akan berlibur, minum-minum dan mabuk. Masa kami ke Gapyeong ramai la mereka ke sana bersama kawan-kawan.








Pension House


 Adik-adik. Beruntung mereka :")













Tido satu malam di sana. Esoknya diaorang balik ke Seoul, saya dan Kak Long mengorak langkah ke Nami Island.
Nice to meet you adik-adik. Selamat menuntut ilmu di Bumi Sonata. Tahun ni mereka tak balik. Puasa dan raya di Korea.


28 Jun 2013: Nami Island dan Petite France

Dari Gapyeong kami naik taxi ke Nami Island. Hmm, cakap pasal public transportation, di Korea memang awesome. Malaysia tak boleh lawan lagi.Korea Railroad (KORAIL) memang terbaik. cepat dan cekap. Ikut masa. Punctuality. Mungkin sebab tu kot orang Korea suka guna public transport. Senang dan cepat.

Lagi pon saya tengok diaorang ni dalam keadaan berkejar sentiasa. Takde jalan-jalan sambil makan angin kata orang. Semua rushing. Berlari-lari anak ibaratnya.

Naik feri ke Nami Island, dekat je.


Berjalanlah kat dalam tu sampai berpeluh-peluh. Nami island terkenal dgn cerita winter sonata. Tapi saya tak pernah tengok pon. Ada la tempat diaorg first kiss dan mcm-macam lagi kat dalam tu. Nak sewa basikal pon boleh. Boleh naik train atau sewa kereta kecik untuk pusing nami island. Kitaorang jalan kaki je sambil-sambil amik gambar. Nak gambar berdua kenalah minta orang lain amikkan. Hehehe. Ramai jugak mengunjung kat Nami island.

 Akhirnya sampai jugak ke Nami island. Walau bukan masa winter. Hehehe. 









































After solar zohor, kami gerak ke Petite France. Dekat je dengan Nami Island. Naik bus pelancong ke PF. Nak dijadikan cerita dalam bus ada pemandu dan jurucakap. Tapi mereka tak cakap omputih. Cakap Korea der. Mana la cek paham. Saya dengar je la. Sedap pulak. Hahaha.

PF ni takde apa pon. Just nak rasa macam kat Europe. Eheh!


















 Tempat penggambaran Running Man sebenarnya. Masa kami pergi tu pun KBS tengah shooting :")


 Oh my prince. Please marry me. Erk!
Satu PF kami cari prince ni. Last sekali jumpa jugak. :D




Masa kami nak balik tu hujan. Kalau summer akan ada jangma (hujan musim panas). Lebat la jugak. Nak kena balik awal sebab malam tu Kak Long ada usrah. Alhamdulillah, kami sampai dekat 8.30 malam dah.

Hari tu makan nasi goreng kat pension house je. Sebelum ke PF, makan biskut dan susu pisang. Perghh, susu pisang sedappppppppp. Kat Malaysia tak jumpa lagi setakat ni.

Sebenarnya saya makan roti dan biskut je 10 hari kat sana. 2 3 kali je dapat makan nasi. Selebihnya saya pasrah :")
Sebab tu sampai LCCT saya terus cari nasi. Kena RM9 hambik!













To be continued................

No comments:

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

Cheeky Quotes

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH