Wednesday, November 28, 2012

Jom sama-sama jadi macam Ukasyah :)

Assalamu'alaikum wbt




Sudah di penghujung November. Menghampiri Disember. Lebih kurang 3 minggu lagi kuliyyah berlangsung sebelum final examination 4th year. Begitu pantas masa berlalu, dan sedikit pun tidak mungkin kembali walau sesaat. ALLAH !

Siapa kenal Ukasyah? Mestilah kenal setelah menelusuri Seerah kan? :")



Ukasyah ialah sahabat yang masuk syurga tanpa dihisab. Subhanallah! Hebatnya Ukasyah. 

Terdapat satu hadis sahih di mana Rasulullah saw menjelaskan tentang segolongan umatnya yang akan masuk ke syurga tanpa hisab. Ukasyah lah orang pertama yang meminta Rasulullah mendoakan dirinya agar dimasukkan  dalam golongan tersebut. Lalu Rasulullah saw mendoakan untuknya. Sungguh bertuah sahabat ini. Hadis tersebut diriwayatkan dari Abu Hurairah dia berkata  "Aku mendengar Rasulullah saw bersabda :

 'Di antara umatku nanti terdapat 70,000 orang akan masuk Surga tanpa hisab. Wajah mereka bersinar sebagaimana bulan purnama'." 

Rasulullah bersabda, 'Ya Allah masukkanlah Ukasyah ke dalam rombongan itu!' 


Kemudian seorang sahabat dari golongan Ansar berkata, 'Ya Rasulullah, doakan pula aku agar termasuk ke dalam rombongan itu.' Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, 'Ukasyah telah mendahuluimu'." ( Imam al-Bukhari dan Muslim)





Itulah Ukasyah bin Mihshan al-Asadi. Orang yang pertama meminta Rasulullah untuk mendoakannya. Orang pertama yang tampil di hadapan baginda tanpa rasa takut. Orang yang pertama meminta didoakan untuknya nikmat syurga. Subhanallah! Allahu Akbar!



Ingin sekali aku menjadi seperti Ukasyah,
Tampil dengan berani bukan untuk bermegah,
Menghadap kekasih ALLAH,
Muhammad Ya Rasulullah!




 
 Jom sama-sama menjadi macam Ukasyah, yang berani! :")

Ukasyah, secantik namamu, seindah pekertimu, ingin sekali aku menjadi sepertimu!





Ukasyah!







p/s: Nak cop nama Ukasyah boleh? :P




Wednesday, November 21, 2012

November 2012

Salam 'Alaik




Lama sudah tidak menulis. Hmm, minggu ni minggu busy setelah seminggu duduk tak buat apa. :(
Bila tiba banyak kerja, terus masa jadi tak cukup. Ini lah manusia. Waktu lapang disia-siakan. Sabda Rasulullah SAW 
"Terdapat 2 daripada nikmat ALLAH yang dilupakan ramai orang yakni nikmat kesihatan dan nikmat waktu lapang."

Sekejap je masa berlalu. Sudah hampir ke penghujung November. Kemudian December. Kemudian 2013. Final exam. Dan berakhir. In Shaa ALLAH :)



Untuk kesayangan saya yang menyambut ulang tahun pada bulan November :)




10.11.12 ; the best date ever :")
Kak Long

17.11.12
Syuhadah. Syuhadah Natasha. Natasha adalah nama yang arwah we yang suggest kan dulu :")

18.11.12
Zarif aka Bobby. Nama diberi Wan Zarif Fakri Haqeef. Nak penuh kotak surat beranak kata ayah dia. Hehe ><

20.11.12
Kak Ti aka Mama Maisarah :D

21.11.12; cantik jugak tarikh ni
Kak Rah


~Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Semoga sentiasa dibawah rahmat dah redha ALLAH. Semoga sentiasa diberkati oleh ALLAH. Semoga tabah menghadapi ujian dan dugaan ALLAH. Sayang kamu, kamu, kamu, kamu dan kamu hanya kerana ALLAH :) ~


Hmm, bila lama tak jumpa rindu mula bertamu. Itulah hakikat kasih sayang :)

In Shaa ALLAH bulan 12 kami ada family gathering. Boleh jumpa semua orang :)




***************

Sudah seminggu melangkah ke tahun baru. Alhamdulillah. Semoga terus thabat untuk ke arah kebaikan. Gunakan sebaik-baik masa yang ada untuk membuat kebaikan. Masa yang sudah berlalu tidak mungkin akan kembali. Dan kita jugak tidak akan dikembalikan ke dunia hanya untuk menggantikan kehidupan dunia kita yang lampau. ALLAH!

"ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri yang mengubahnya"
[Ar-Ra'd;11]



Jangan lupa bait-bait doa kita untuk saudara-saudara kita di Gaza. Sesungguhnya ujian mereka begitu berat sekali. Hanya orang-orang yang terpilih diberi peluang untuk syahid di jalan ALLAH. Dan sesungguhnya mereka itulah golongan-golongan yang dipilih ALLAH. Subhanallah!




Bumi Gaza berdarah kembali,
Muharram 1434H telah menjadi saksi,
Rakyatnya terbunuh disana-sini,  
Hasil kekejaman zionis telah terbukti,
Tanpa belas dan kasihan tertanam dihati!


Namun usah bimbang, usah ragu,
ALLAH  sentiasa ada bersamamu,
Syurga-NYA sudah tersedia untukmu!




Bukan niatku untuk kaku membisu,
Bukan juga untuk tidak membantu,
Tetapi aku bimbang dan ragu,
Apakah diri ini bisa membantu?
Namun usah gundah saudaraku,
Bait-bait doaku untukmu,
Tidak pernah padam saban waktu,
Semoga ALLAH memberi ganjaran  untukmu,
Saudaraku!










Sunday, November 11, 2012

Secara rambangnya........

Assalamu'alaikum wbt




11.11.12, 26 Zulhijjah 14433H. Beberapa hari sahaja lagi kita bakal melangkah ke tahun baru Hijrah. Sekejap je masa berlalu. Pejam celik pejam celik masuk pulak 2013 :")

Semalam tarikhnya cantikkan? 10.11.12. Nak  buat tarikh walimah memang dah 'wassalam'. Semalam jugak senior saya sekolah dulu kahwin. Pandai mereka pilih tarikh. Senang suami isteri nak ingat, senang anak-anak nak ingat nanti. Semalam jugak si dia yang jauh ulang tahun. Hmm, dah 22. Mungkin sudah boleh mengorak langkah ke arah 'yang itu'. Dan saya yakin semalam ada bayi yang baru dilahirkan. Tahniah. Barakallah :")

Khamis yang lepas saya habis mid term exam. tetapi bukanlah sebagai "tiket" untuk saya berseronok dan bersukaria bagai degan sedikit masa yang ada ini. Banyak lagi yang perlu disiapkan sebelum final exam nanti. semoga dipermudahkan. Insha-ALLAH :)

Jumaat, 2 hari lepas, berlangsung opening ceremony sempena Career Week, salah satu program yang tak pernah miss diadakan. Sesuai untuk sesiapa yang bakal nak grad tu. Saya kira pada kali ini agak 'take note' sedikit mengenai Career Week ini. Hehehe. Kalau yang dulu-dulu punya saya biasa-biasa sahaja. Dan sem ni jugak dah bersara daripada 'menjoin' apa jua program sebagai committee. Hanya menjadi peserta sahaja. ;D

Opening ceremony pada malam itu disertai dengan talk oleh Ustaz Pahrol. Ustaz kesukaan saya jugak. hehe. Membaca tulisan beliau dan mendengar beliau bercakap, seolah-olah sudah tahu, beliau seorang yang begitu puitis sekali. Kata-kata  puitis  yang menjadi dekat untuk si pendengar. Kalau boleh saya nak dengar je setiap masa.



"PROFESION UNTUK AKHIRAT; PENGHAYATAN KERJA SEBAGAI IBADAH"


Begitu tepat sekali tajuk yang dipilih.  Profesion yang baik. Bagaimana tu? Masihkah kita ingat kisah Nabi Musa dan anak Nabi Syuib, Shafura? Boleh rujuk Surah Al-Qasas ayat 23 hingga 28. Itulah contoh mukmin profesional. Yakni mukmin yang Al-Qowi  (integrity) dan juga Al-Amin (competence).Competence itu merangkumi effective, efficient and etiquette.


"Sesungguhnya orang yang paling baik untuk kau berikan kerja adalah orang yang kuat lagi amanah"
[Al-Qasas:26]

Ustaz juga ada sentuh mengenai high touch (Habluminallah) dan juga high tech (Habluminannas). Imagine paksi X dan Y yang dilukis empat quadrant. Paksi X (horizontal) merujuk kepada pekerjaan manakala paksi Y (vertical) merujuk kepada kelakuan. Kedua-duanya low, high and positive, negative respectively. Jadi, dimanakah dia quadrant of excellence yang mana merangkumi pekerjaan yang baik berserta kelakuan yang baik? Mesti lah quadrant yang ke-empat kan?

Seterusnya kecemerlangan yang bersepadu iaitu seimbang antara dunia dan akhirat. Dunia adalah jangka panjang yang pendek. Ada dua perkara yang penting  untuk dunia iaitu kesenangan dan kemudahan hidup (halaalan thoyyiba) dan ketenangan dan kebahagiaan (qolbun saliim). Manakala untuk akhirat adalah redha ALLAH dan syurga. Keyakinan pada hari akhirat adalah yang paling penting di dunia, kerana keyakinan itu yang mendorong kita tuntuk membuat kebaikan. Kerana itulah untuk cemerlang di akhirat kita mesti cemerlang di dunia. Itulah yang dikatakan dunia sebagai indicator kepada hari akhirat.

Kata ustaz; "dunia ini tempat menyemai, akhirat nanti tempat menuai". Semailah dengan sebaik mungkin untuk dapat hasil yang terbaik kelak. "Pay now, play later". Bayar sekarang bermain kemudian. Bersusah-susah di dunia, dan berpuaslah di sana.

Misi hidup. Kalau ditanya apa misi dan visi hidup kamu. Hmm, susah nak jawab. Susah untuk di'trenslate'kan dalam perkataan.

"Tidak ALLAH ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah keadan-NYA"
[Az-Zariyaat:56]

 Ustaz menerangkan pembahagian ibadah yakni ibadah asas (Ta'abbudi-rukun iman, rukun islam), ibadah sunat (Taqarrubi-cinta dan kasih sayang) dan juga ibadah umum iaitu profession. Syarat ibadah umum merangkumi; niat yang betul, aktiviti yang sah di sisi syarak, perlaksanaan yang baik, dibuat dengan terbaik, tidak meninggalkan ibadah asas dan natijah yang baik. 

NIAT YANG BAIK; niat kerana ALLAH. Tahu VS sedar. Tahu menimbulkan pengetahuan manakala sedar (berkaitan hati) menimbulkan kemahuan. Sebagai contoh;bekerja untuk mencari rezeki iaitu rezeki yang halal. Rezeki yang halal itu dituntut oleh ALLAH. Jadi, apa sahaja yang kita laksanakan ingat ALLAH adalah tujuan kita. "begin with the end in mind".

Ustaz juga menjelaskan tujuan hdup (ibadah) VS keperluan hidup (fizikal dan material). Jangan memburu keperluan hidup tanpa tujuan hidup dan jangan memburu tujuan hidup tanpa keperluan hidup. Kedua-duanya mesti balance. Dengan keperluan hidup kita mendapat kesenangan (kerja, duit, rumah, kereta, dll) manakala dengan tujuan hidup kita mendapat ketenangan (qolbun saliim). Kebenaran dan ketenangan itu hanyalah milik ALLAH yang mutlak. Banyak analogi yang uztaz keluarkan sampai pening pulak. Hehehe. Dengan keperluan hidup kita bina 'home', dengan tujuan hidup kita bina 'house'. Keperluan hidup itu umpama galah dan tujuan hidup itu umpama buah. Tujuan kita nak makan buah bukan galah. Galah itu perlu untuk ambil buah :)

Bawa keperluan hidup untuk tujuan hidup. "We make a living by what we get, we make a life by what we give. Hukum kasih sayang. Apabila kita memberi kasih sayang, kita akan dapat kasih sayang. What you give, you get back. Bekerja untuk memberi. Kenapa masakan ibu adalah masakan yang terbaik? Kerana seorang ibu bekerja untuk memberi. Subhanallah! Gunakan idiom ini dengan sebaiknya; "killing two birds with one stone". Bekerja untuk dunia dan akhirat.

"ALLAH menyukai seseorang itu apaBila dia melakukan kerja dengan itqan (bersungguh-sungguh)".

"Beribadahlah kamu seolah-olah kamu akan mati esok, dan bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup selamanya".

Satu soalan yang ditanya audience, yang saya rasa begitu dekat dengan situasi seorang pelajar. Kita dah berusaha tapi tak dapat apa yang kita nak, orang lain usaha ala kadar tapi dapat lebih baik daripada kita. Itulah lebih kurang maksud soalan yang ditanya. Konsep tawakkal. Effort dan effect. Effort adalah usaha kita, kerja kita yang dilakukan untuk mecapai apa sahaja hasrat kita. Effect adalah hak ALLAH. Dia yang berhak untuk memberi apa sahaja untuk hamba-hamba-NYA dan DIA tahu apa yang terbaik untuk mereka. Kalau ALLAH tak bagi sepErti apa yang kita harapkan, yakinlah DIA ada sesuatu yang 'surprise' untuk kita nanti. Yakinlah, berlapang dada, DIA sentiasa memberi yang terbaik untuk kita :D

Talk yang ringkas dan padat deNgan input-input yang berguna.Kalau boleh nak suruh ustaz sambung je lagi. Hehehe. Semoga bermanfaat, terutamanya untuk diri sendiri yang sudah hampir ke penghujung pengajian. Sudah hampir masa untuk bersua muka dengan masyarakat di luar sana.



Semalam 10.11.12 saya  menghadiri "CAREER PREPARATION WORKSHOP" bersama Puan Maryyani. See, kan saya dah kata saya gunakan sebaik-bainya Career Week kali ini. Hehehe :D

Beliau memberi pendedahan kepada kami bagaimana preparation sebelum interview, dan cara yang betul untuk menulis resume. Last session diadakan mock interview, iaitu role play la lebih kurang.
Walaupun hanya satu hari, banyak input yang saya dapat untuk persediaan kelak.

Bagaimana pemakaian untuk menghadiri interview, contoh soalan yang sering ditanya, teknik menjawab soalan interviewer dengan betul dan sebagainya. Saya rasa dah boleh start tulis resume ni. Hehehe. Dah boleh start buka Jobstreet dan sebagainya lah. Ouch, sedikit cuak di situ. Rasa macam belum ready untuk berada di luar sana. Sekarang ni masih lagi berada di 'zon selamat dan selesa'. Nak pergi usrah, takde komitmen lain. Nak pergi ke program lain pun tak ada pengahalang lagi. Bila dah kerja esok tak tau la macam mana. Itu yang buat saya risau.

Umpama kata kakanda saya Gee, takut nak balik Malaysia, bila dengar macam-macam kes jenayah. Kat sana (Jepun) naik basikal malam-malam its a norm dan tak akan ada sesiapa yang kacau. Insha-ALLAH.
Kalau di Malaysia anda lakukan begitu, sahlah dikatakan kurang siuman atau dengan cara senang nak cari pasal la tu. Berbeza bukan.



 Are you ready to start an amazing career?
oh, i dont know how to say. am i ready for it .......?


Miss Mary. kelakar sungguh dia. hope to see you again :)


Weekend yang begitu bermanfaat sekali. Alhamdulillah. 


 ini untuk malam ini. jom!

kain batik kain pelikat,
saya cantik awak smart,
kita sama-sama terpikat,
kalau berjodoh semoga hingga ke akhir hayat :)





Nota: Selamat menyambut MAAL HIJRAH 1434H. Hari Khamis ni Insha-ALLAH. Jangan lupa doa  akhir tahun dan awal tahun. Semoga segala amalan dan perbuatan kita pada tahun ini diberkati dan diterima oleh-NYA. Semoga juga pada tahun baru yang bakal tiba ini, kita berusaha juga untuk menjadi insan yang baru dari setiap sudut.  "Nasib sesuatu kaum itu tidak berubah melainkan mereka sendiri yang mengubahnya."

Semoga hari ini lebih baik daripada semalam, dan semoga hari esok bertambah baik daripada hari ini dan semalam. Maafkan segalah salah silap. Taqaballahu minna waminkum taqabbal ya karim. Semoga ALLAH redha. Ameen. Insha-ALLAH :')





Friday, November 9, 2012

Perjalanan Sebuah Kehidupan

salam 'alaik



Alhamdulillah, Thummalhamdulillah.
Berakhir sudah mid term examination tadi. Habis la busy fasa pertama yakni persediaan untuk mid term exam. Tapi sebenarnya tak akan habis perkataan 'busy' itu. Kerana sudah ternanti assignment, presentation dan seterusnya final examination yang tak sampai pun dua bulan lagi. Begitu pantas masa berlalu sepantas pusingan roda di highway. hee !


Itulah sebenarnya realiti sebagai seorang manusia. Siapa sahaja kita tidak terlepas daripada masa sibuk dan lapangnya. Mungkin juga tiada masa untuk melepaskan lelah walau hanya sebentar. Seperti kehidupan di dunia ini yang diibaratkan sebagai pengembara yang berehat sekejap dibawah bayangan pokok dan meneruskan semula perjalanan.


“Dan sungguh Kami ciptakan manusia dari tanah. Kemudian Kami menjadikan air mani yanga disimpan di dalam Rahim. Kemudian air mani itu Kami jadikan sesuatu yang melekat, lalu sesuatu yang melekat itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkuskan dengan daging. Kemudian, Kami menjadikan makhluk yang berbentuk lain. Mahasuci allah, pencipta yang paling baik.
Kemudian selepas itu kamu pasti mati."
[Surah Al-Mukminun;12-15]


Hakikat kejadian manusia, yang ALLAH ciptakan dengan sebaik-baik kejadian untuk mentadbir Bumi ALLAH dengan sebaiknya.

" Dan kemudian selepas itu kamu PASTI mati."

Kerana dunia ini hanya pinjaman ALLAH untuk kita. Hanya tempat sementara sebelum diri dipanggil untuk menetap disana untuk selama-lamanya.

Dunia itu ibarat tempat menanam. Tanaman yang sempurna dan terbaik mampu menghasilkan pulangan yang lumayan. Kalau dijual pun pasti untung.
Itulah, berniaga dengan ALLAH tidak rugi walaupun satu sen.


"You still got a lot of life ahead of you, man. Don't waste it doing the wrong things. And what's worse is ended up doing wrong thing"
[Petikan Contengan Jalanan; Hlovate]

Teringat dekat Chad; The man who decided to change on 12th hour dies on the 11th hour.



Saya tinggalkan anda dengan lirik lagu di bawah. Semoga terhibur :)



Rimbun Keampunan (HIJJAZ)


Ku mengintai ketenangan di antara kekalutan
Kerana keinginan tidak pernah kesampaian
Ku kutip sisa-sisa dari segala keruntuhan
Bangkit semula meneruskan baki perjalanan


Ku menghimpun kekuatan ku memohon ketabahan
Meredah gelombang hidup dan dugaan mencabar
Ku anggap kegagalan bukan suatu kekalahan
Tapi suatu kejayaan yang masih tertunda

Ku meminta diberikan sejenak kesempatan
Untuk ku ulangi kembali langkah pertama
Keperitan yang ku rasa mengajar erti kesabaran
Menyedarkan ku insan memerlukan Mu Oh Tuhan

Di rimbun keampunan ku mencari keredhaan
Melerai segala kusut dan kecamuk dihati
Ku cari kejernihan di segenap ruang maya
Masih ku sedar ku sedang diperhatikan Mu Oh Tuhan






Nota 1: Salji Malaysia di luar sana. Subhanallah!
"Allahumma Soyyiban Nafi'a"

Nota 2: Menghampiri ke 10.11.12. :D



Sunday, November 4, 2012

Hey, esok adalah SPM

salam 'alaik




5th November 2012; the special date will come again for the SPM candidates. I did my part 5 years ago. Time passes so fast. It has been 5 years since i left my school with a lot of experiences there :)
It was started by Bahasa Melayu and ended with Chemistry. Hehehe :D

And tomorrow, 2012 candidates will be your turn, especially my nephew Iman and niece Farah. Put a lot of your efforts on it. May ALLAH ease you! Insha-ALLAH.




 one of the 'small' tests before the real test later on



in the name of ALLAH, make the best choice :)




"Work hard and then turn to HIM"
[Ali-Imran;159]





Begin with Bismillah ended with Alhamdulillah, i hereby wish you all the best in your examinations!


Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

Cheeky Quotes

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH