Tuesday, August 25, 2009

Ramadhan 1430h tanpa ayahanda tercinta….

Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali…..

Al Fatihah buat ayahanda tercinta Allahyarham Hj Wan Omar Wan Ab Rahman yang telah kembali ke rahmatullah pada 21 Ogos 2009 bersamaan 1 Ramadhan 1430h pada pukul 10.31 malam…selepas solat terawikh….first time dalam hidup kematian orang yang sangat2 hampir dengan diri ini…dan juga first time tak dapt berpuasa bersama2 we(ayah)….dah tak ada orang yang selalu beli cendol buat buka puase…..(we suke makan cendol mase buka)…..dah tak ada orang yang pergi bazaar ramadhan tiap2 hari….dah tak ada orang yang Tanya kami nak makan ape waktu buka ni…..dah tak ada orang yang boleh kami ajak kemana2….dah tak ada lagi orang yang nak marah anak2 dan cucu2….dan dah tak ada lagi segala2nya…..semua tu dah menjadi satu kenangan yang tak akan dilupa sampai bila2…



Detik kematian…

Tertulis kematian
Pada suratankehidupan
Namun hanya allah yang tahu
Bilakah ajal bakal bertamu

Detiknya menghampiri
Tanpa petanda yang menanti
Bila tiba saatnya nanti
Tak siapa dapat melarikan diri

Itu hakikat dan kepastian
Hadirnya tidak pernah kita alukan
Tua dan muda,miskin dan kaya
Semua insan pasti melaluinya

Sakit dirasa tidak terkata
Tika dipisahkan jiwa dari jasadnya
Hanya amaln bisa redakan
Bebanan derita diambang kematian

Denyutan nadi akhirnya terhenti
Bersama nafas yang tak terhela lagi
kerana jiwa meninggalkan pergi
pulang kembali untuk mengadap Ilahi

dari Allah kita dating
kepadaNya kita pasti pulang
detiknya pasti tiba???
Adakah kita bersedia???



semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yang soleh...Insya-Allah...berkat 1 Ramadhan 1430h....hanya doa anak2 yang soleh sebagai bekalan....mudah mudahan..amin...
Ya Allah...kau tabahkan hatiku dalam melalui dan menerima dugaanMu ini.....semoga diriku tabah dan sabar sepertimana ibuku.....belajar sungguh2 kila....

Friday, August 21, 2009

Kuantan campus….

Enlighten the ummah with faith and knowledge…..

Alhamdulillah,dah lebih sebulan kat iium Kuantan Campus to pursue my degree….Insyaallah….nak coret la sikit macam mana life kat kuantan ni...on 7th july 2009 I registered in IIUM Kuantan Campus….starting my life as a undergraduate student….dulu kat matrik…sekarang da masuk uni dah….syukur…panjang umur dan sihat tubuh badan…Al-Fatihah buat sahabat yang kembali ke rahmatullah beberapa hari sebelum register kt IIUM Kuantan Campus….kat kuantan pon,jumpa kawan2 kat pj dulu….yang direct intake tak ramai sangat…

7th-9th July Ta’aruf Programme was progressed….a lot of briefing was conducted…..sampai boring dah…huhu….tapi kalau tak bagitau mesti tak tau kan…itulah lumrah student baru masuk…habis je Ta’ruf Programme,busy untuk register kos dan subjek…everything must do on our own….

first week kat kuantan,settle semua benda yang UIA nak…amik gamba untuk smart card,test for Tilawah and Fundamental …..Alhamdulillah,Tilawah test saya exempted,tapi Fundamental tak lepas….kena masuk clas…tapi best gak,boleh blaja yang kita tak tau…..

Second week in Kuantan,classes were started….i’m taking Computational and Theoretical Ccience(CTS) and studying 6 subjects for this sem….fuh..banyak tu….kena work hard la…CTS students semua sekali 79 orang…kos kami tak ada direct intake….muka2 same je masa kat pj dl…tapi seronok….belajar semua satu kelas….kalau nak duduk depan kena datang awal la…satu je yang tak suka,Kuliyyah Sciences sangat jauh…kalau jalan kaki almost 20 minutes to go there…..nasib baik bus provided…kalau ta,tak tau la camane…

Blaja kat uni susah ye…subject Number Theory by Dr.Pah sangat susah….huhu…proving all the times…kalau time Calculus pulak,we have to present the topics…..our lecturer pProf Dr Torla said,students will remember forever what they have talked rather than listening to the lecturer….betol kan???clas Dr Jesni pon best gak…beliau sempoi je…hihi…suka round2 kat meja tgk homework buat ke tak….subjek yang kurang minat tapi I’m trying to love it,Managenent Studies by Bro.Yusuf……required subject for Sciences students…jadual pon tak la pack sangat….Friday tak ada clas…bestnya…

4 tahun kt kuantan campus..lama tu…..insyaallah,I’ll try my best to hire good education and gain a lot of knowledge during my that time….masa belajar ni lah seronok kan….nanti bila dah kerja tak ada cuti dah…..so,make usefull of the time to do a lot of activities that satisfy ourselves and that can be a moment to remember forever….InsyaAllah….

Thursday, August 20, 2009

ahlan wasahlan ya ramadhan mubarak

salam semua...insyaallah pada hari sabtu 22 ogos 2009 bersamaan 1 ramadhan 1430h ni kita dah nak mula puasa....di sini ada article mengenai bulan ramadhan...so,let's have a look...

Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela..

Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita?


Sabda Rasulullah saw.:

"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."


Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam.

Nabi Muhammad saw pernah bersabda:

"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"

Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri sendiri.



Sabda Rasulullah saw:

"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."

wallahu a'lam......


selamat berpuasa diucapkan kepada keluarga tercinta..sahabat2 handai di mana sahaja anda berada..juga tak lupa buat miss Wan Nadzipah Maharah..enjoy ur ramadhan in Korea...jangan sedeh2 kak long...enjoy your life...

semoga Ramadhan kali ini lebih membuat kita untuk terus bermuhasabah diri...InsyaAllah...gunakan sepenuh masa yang ada untuk memperbanyakkan ibadah kita di bulan Ramadhan mubarak ini...

Juga semoga allah memberi kesihatan yang baik untuk ayahku yang masih lagi di hospital...hari sabtu ni mungkin tak mampu untuk beliau berpuasa...dan hari2 yang mendatang tak dapat lagi dipastikan...kalau tengok keadaan sekarang memang tak mampu untuk bangun dan beribadah....semoga cepat sembuh dan sihat tubuh badan...insyaallah...sunyi surau...tak ada imam and bilal...

Tuesday, August 18, 2009

ma'as salamah ya sya'ban

Ibadah di Bulan Sya‘ban, Menyambut Kedatangan Ramadhan


Sekarang kita berada di pengakhiran bulan Sya‘ban.semoga sisa2akhir bulan ini sempat lagi untuk kita bermuhasabah diri..insyaallah.. Bulan Sya‘ban mempunyai keistimewaan tersendiri di dalam Islam, samalah juga dengan bulan-bulan yang lain yang juga mempunyai kelebihan, sehingga menyebabkan kehadirannya sentiasa ditunggu-tunggu oleh mereka yang suka beribadat sebagai salah satu jalan untuk mencari dan mendapat keredaan Allah SWT.

Bulan Sya‘ban adalah antara bulan yang paling dicintai oleh Rasulullah SAW. Baginda SAW akan lebih banyak berpuasa di bulan ini. Baginda paling banyak berpuasa sunat pada bulan Sya‘ban

Perkara yang dilakukan oleh Rasulullah SAW patut dicontohi kerana selain memperbanyakkan amal kebajikan di bulan ini , ia juga merupakan latihan rohani ke arah mempersiapkan diri menyambut kedatangan bulan Ramadhan

Amalan-Amalan Sunat Pada Bulan Sya‘ban
Keistimewaan bulan ini ialah seluruh amalan manusia diangkat untuk dihadapkan kepada Allah SWT, sewajarnyalah sepanjang bulan ini diisikan dengan amal ibadah dan kebajikan. Antara amalan yang digalakkan pada bulan Sya‘ban adalah:

1. Memperbanyak puasa sunat.

Nabi SAW lebih gemar berpuasa sunat dalam bulan Sya‘ban berbanding dengan bulan-bulan yang lain.

2. Bertaubat dan Beristiqhfar

Bertaubat dan beristigfar boleh mensucikan jiwa dari dosa, kerana sebagai manusia kita sudah pasti tidak akan terlepas dari melakukan dosa. Walau bagaimanapun sebenar-benar taubat itu ialah taubat nasuha.

Taubat nasuha akan berjaya dilakukan apabila kita menepati syarat-syaratnya, contohnya jika dosa itu antara manusia dengan Tuhan:

1. Dia hendaklah meninggalkan dosa atau maksiat itu.

2. Dia hendaklah benar-benar menyesali dan merasa sedih dengan perbuatan maksiatnya itu.

3. Dia berjanji dan berazam untuk tidak akan mengulangi dan melakukannya.



Manakala jika dosa itu berkaitan dengan hak orang lain, hendaklah memohon maaf daripada orang berkenaan.

3. Memperbanyak zikir dan berdoa

Zikir ialah ucapan yang dilakukan dengan lidah atau mengingati Allah dengan hati, dengan ucapan atau ingatan yang membesar dan mengagungkan Allah.

Ini bersesuaian dengan janji Allah SWT bahawa orang-orang yang beriman itu tenang hati mereka dengan zikrullah. Ini kerana berzikir (mengingati Allah) itu mententeramkan hati manusia.

Antara keistimewaan amalan zikir itu pula ialah:

i. Zikir boleh dilaksanakan bila-bila masa. Ia juga boleh dilaksanakan dalam keadaan duduk, berdiri dan baring.



ii. Boleh dilaksanakan walaupun dalam keadaan berhadas sama ada hadas kecil mahu pun hadas besar.

Begitu juga dengan ibadat doa. Doa boleh dilakukan tanpa mengira tempat dan masa. Doa ialah memohon sesuatu hajat atau perlindungan daripada Allah SWT dengan cara merendahkan diri kepada-Nya.



Selain daripada itu banyak lagi amal kebajikan yang boleh dilaksanakan di bulan Sya‘ban ini sebagai persiapan menyambut kedatangan Ramadhan seperti memperbanyakkan selawat atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, bersembahyang sunat terutama di waktu malam, banyak bersedekah dan sebagainya. Maka rebutlah peluang dan kelebihan yang ada di bulan Sya‘ban ini untuk mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kita. Rasulullah SAW pernah ditanya, mengapa Baginda melebihkan berpuasa sunat di bulan Sya‘ban berbanding bulan-bulan yang lain? Baginda bersabda yang bermaksud:



“Bulan itu (Sya‘ban) yang berada di antara Rejab dan Ramadhan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia adalah bulan yang diangkat padanya amal ibadah kepada Tuhan Seru Sekalian Alam, maka aku suka supaya amal ibadah ku di angkat ketika aku berpuasa”.(HR an-Nasaie)

Friday, August 7, 2009

umar abdul aziz

hari ni nak share ape yang saya baca mengenai kisah para sahabat..insyaallah...

Kedudukan beliau:
Salah seorang Tabiin yang terhormat. Beliau digelarkan dengan gelaran Khulafa' Ar-Rasyidin yang kelima kerana beliau memerintah sama sebagaimana pemerintahan Khulafa' Ar-Rasyidin.
Beliau memegang teraju pemerintahan selepas Sulaiman bin Abdul Malik. Muhammad bin Ali bin Al-Husin rahimahullah berkata tentang beliau: "Kamu telah sedia maklum bahawa setiap kaum mempunyai seorang tokoh yang menonjol dan tokoh yang menonjol dari kalangan Bani Umaiyyah ialah Umar bin Abdul Aziz, beliau akan dibangkitkan di hari kiamat kelak seolah-olah beliau satu umat yang berasingan."


Kehidupan beliau menuntut ilmu:

Umar bin Abdul Aziz menuntut ilmu sejak beliau masih kecil, beliau sentiasa berada di dalam majlis ilmu bersama-sama dengan orang-orang yang pakar di dalam bidang fekah dan juga ulama-ulama. Di dalam usia beliau, beliau pernah memegang teraju pemerintahan di Madinah beberapa ketika.

Pelantikan beliau sebagai Khalifah:

Beliau dilantik menjadi Khalifah selepas kematian Sulaiman bin Abdul Malik tetapi beliau tidak suka kepada pelantikan tersebut. Lalu beliau memerintahkan supaya memanggil orang ramai untuk mendirikan sembahyang. Selepas itu orang ramai mula berpusu-pusu pergi ke masjid. Apabila mereka semua telah berkumpul, beliau bangun menyampaikan ucapan. beliau mengucapkan puji-pujian kepada Allah dan berselawat kepada Nabi s.a.w kemudian beliau berkata: "Wahai sekalian umat manusia! Aku telah diuji untuk memegang tugas ini tanpa meminta pandangan daripada aku terlebih dahulu dan bukan juga permintaan daripada aku serta tidak dibincangkan bersama dengan umat Islam. Sekarang aku membatalkan baiah yang kamu berikan kepada aku dan pilihlah seorang Khalifah yang kamu reda. Tiba-tiba orang ramai serentak berkata: Kami telah memilih kamu wahai Amirul Mukminin dan kami juga reda kepada kamu. Oleh yang demikian perintahlah kami dengan kebaikan dan keberkatan. Lalu beliau berpesan kepada orang ramai supaya bertakwa, zuhud kepada kekayaan dunia dan mendorong mereka supaya cintakan akhirat kemudian beliau berkata pula kepada mereka: "Wahai sekalian umat manusia! Sesiapa yang taat kepada Allah, dia wajib ditaati dan sesiapa yang tidak taat kepada Allah, dia tidak wajib ditaati oleh sesiapapun. Wahai sekalian umat manusia! Taatlah kamu kepada aku selagi aku taat kepada Allah di dalam memimpin kamu dan sekiranya aku tidak taat kepada Allah, janganlah sesiapa mentaati aku". Setelah itu beliau turun dari mimbar.

Peristiwa yang berlaku di antara beliau dengan anak beliau semasa memegang teraju pemerintahan:
Umar pulang ke rumah kemudian beliau masuk ke tempat tidurnya. Sebelum sempat beliau membaringkan badan, tiba-tiba anaknya Abdul Malik masuk berjumpa dengan beliau. Pada masa tersebut anak beliau berumur 17, kemudian anak beliau berkata: "Apakah yang kamu ingin lakukan wahai Amirul Mukminin?" Lalu Umar menjawab: "Anakku! Aku ingin menghilangkan kepenatan seketika kerana aku terasa terlalu letih." Selepas itu Abdul Malik berkata: "Kamu ingin menghilangkan kepenatan sebelum kamu mengembalikan barang-barang yang diambil secara zalim kepada pemilik asalnya, wahai Amirul Mukminin?" Lantas Umar menjawab: "Anakku! Kelmarin aku telah berjaga malam untuk menyelesaikan permasalahan yang berkaitan dengan bapa saudara kamu, Sulaiman, nanti apabila tiba waktu Zuhur, aku akan mendirikan sembahyang bersama-sama dengan orang ramai dan Insya Allah aku akan mengembalikan barang-barang yang diambil secara zalim kepada pemilik asalnya." Seterusnya Abdul Malik berkata lagi: "Siapakah yang dapat menjamin bahawa kamu akan terus hidup sehingga ke waktu Zuhur, wahai Amirul Mukminin?!" Mendengar kata-kata tersebut Umar terus bangkit lalu beliau cium dan peluk anaknya kemudian beliau berkata: "Segala puji bagi Allah yang telah melahirkan seorang anak dari tulang salbi aku yang boleh membantu aku di dalam perkara agama aku." Setelah itu beliau memerintahkan supaya memanggil orang ramai dengan berkata: "Sesiapa yang barang-barang mereka pernah diambil secara zalim, sila laporkan." Kemudian Umar mengembalikan barang-barang yang diambil secara zalim kepada pemilik asalnya"

Keadilan beliau:
Umar rahimahullah pernah menghimpunkan sekumpulan ahli fekah dan ulama kemudian beliau berkata kepada mereka: "Aku menghimpunkan kamu semua untuk bertanya pendapat tentang perkara yang berkaitan dengan barangan yang diambil secara zalim yang masih berada bersama-sama dengan keluarga aku?" Lalu mereka menjawab: "Wahai Amirul Mukminin! Perkara tersebut berlaku bukan pada masa pemerintahan kamu dan dosa kezaliman tersebut ditanggung oleh orang yang mencerobohnya." Walau bagaimanapun Umar tidak puas hati dengan jawapan tersebut sebaliknya beliau menerima pendapat daripada kumpulan yang lain termasuk anak beliau sendiri Abdul Malik yang berkata kepada beliau: "Aku berpendapat bahawa ia hendaklah dikembalikan kepada pemilik asalnya selagi kamu mengetahuinya. Sekiranya kamu tidak mengembalikannya, kamu akan menanggung dosa bersama-sama dengan orang yang mengambilnya secara zalim." Umar berpuas hati mendengar pendapat tersebut lalu beliau mengembalikan semula barangan yang diambil secara zalim kepada pemilik asalnya.

Kematian beliau:
Pemerintahan beliau hanya berjalan selama beberapa ketika iaitu tidak melebihi dua tahun setengah sahaja. Kemudian beliau meninggal dunia dan kembali kepada Tuhannya dalam keadaan berlaku adil kepada rakyatnya dengan menjalankan pemerintahan sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah s.w.t.

Jangan Terlewat

Daripada Abu Hurairah (r) Rasulullah s.a.w bersabda:
" Bersegeralah mengerjakan amal salih. Sesungguhnya akan berlaku fitnah seperti kelumpuk-kelumpuk malam yang gelap gelita. Seseorang itu akan beirnan di waktu pagi sedangkan ia kufur di waktu petang. Dan kufur di petang hari berirman di pagi hari. Dia sanggup menjual agamanya dengan rnata benda dunia". (Muslim)


Pengertian:

Dalam hadis ini Rasulullah (s.a.w.) berpesan kepada umatnya supaya bersegera dengan amalan yang baik sebelum berlaku fitnah. Di waktu itu seorang tidak akan selamat lagi. Dia kelihatan mukmin di pagi hari tetapi kufur di petang hari, demikianlah sebaliknya.

Mereka akan menukar agamanya dengan harta-benda yang sedikit. Kesimpulan Keimanan seseorang akan tergugat bila berhadapan dengan ujian dan fitnah, sehingga ada orang yang sanggup memperalatkan agama untuk kepentingan dirinya. 0leh itu beramallah segera sebelum tiba mala petaka tersebut

renung-renungkanlah dan selamat beramal....:-)

aspek adab

Pembahagian bencana lisan

1. Berkata yang tidak perlu
2. Mengambil tahu tepi kain orang
3. Melibatkan diri dalam kebatilan
4. Berbantah-bantahan & bertengkaran
5. Pertelingkahan
6. Meniru percakapan yang indah-indah
7. Berkata kotor , memaki &lidah yang cabul
8. Melaknat
9. Bernyanyi & bersyair
10. Bersenda gurauan
11. Menghina atau mengejek
12. Membocorkan rahsia
13. Janji bohong
14. Berdusta dalam tuturkata dan bersumpah
15. Mengumpat orang (ghibah)
16. Mengadu-domba
17. Percakapan dua muka
18. Memuji
19. Menjaga diri dari kesalahan-kesalahan yang merbahaya
20. Pertanyaan yang pelik


BUDI PEKERTI BAIK


1. Kebijaksanaan (hikmah) : suatu keadaan dalam diri yang mana menerusinya ia dapat membezakan yang benar dari yang salah dalam semua hal –ehwal ikhtiriah (perbuatan pilihan diri sendiri)

2. keberanian (syaja’ah) : di mana keadaan marah yang sedang meluap –luap dapat dituntun oleh akal untuk terus memajukan keberanian ataupun menehannya dari berlaku

3. keadilan (adl) : suatu keadaan dalam jiwa yang dapat atasi sifat marah dan kemahuan syahwat , lalu bimbingnya ke arah kebijaksaan .

4. kebersihan jiwa (iffah) : menahan kemahuan syahwat dengan mendidiknya supaya tunduk kepada petunjuk akal dan syara”

so,mind of our manner especially when we are facing other people..

Tazkirah diri

ﻭﻤﻦ ﻳﻌﻤﻞ ﺴﻮﺀﺍ ﺃﻮﻳﻅﻟﻢ ﻧﻓﺳﻪ ﺛﻢ ﻴﺳﺗﻐﻓﺭﺍﻟﻠﻪ ﻳﺠﺩ ﺍﻠﻟﻪ ﻏﻓﻭﺭﺍ ﺭﺤﻳﻣ
(Surah An-Nisaa’ : 110)

“Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia memohon ampun kepada ALLAH, niscaya ia mendapati ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”


MU’AHADAH:
Menguatkan perjanjian dengan ALLAH SWT.

MURAQABAH:
Merasakan ALLAH SWT sentiasa melihat walau dalam keadaan bagaimanapun.

MUHASABAH:
Menghitung diri.

MUAQABAH:
Mengambil tindakan ke atas diri kerana kecuaiannya.

MUJAHADAH:
Melawan kehendak diri dan nafsu


“Barangsiapa belajar tetapi ilmunya tidak dapat meningkatkan imannya,maka sia-sialah hidupnya kerana ilmu itu kepunyaan ALLAH SWT.”

“Wahai manusia,usahlah mencanang kesusahan yang telah ALLAH SWT berikan padamu kerana tindakanmu itu hanya menunjukkan betapa engkau tidak redho dengan ujian tersebut. Jika kamu beriman………”

“Jangan berdoa seolah-olah ALLAH SWT KEDEKUT.”

semoga dapt memberi peringatan kepada kita semua...InsyaAllah...

IMAN, ISLAM, TAUHID & MAKRIFAT

Asslamualaikum.
Saudara dan saudari yang dirahmati ALLAH
mari lah kita bersama sama merenung sejenak
apa kah kita ini seorang Islam yang benar benar
taqwa kepada Allah sbw dan benar kah kita ini
terdiri dari kalangan yang menjunjung titah perintah
nabi Muhammad saw...................

Pakaian setiap hamba Allah itu ada lah
Iman Islam tauhid dan Maarifat .....terdapat banyak
ayat di dalam Alquran menerangkan perkara ini
dari itu saya rasa ada lah lebih baik jukalau saudara
saudari mencari nya sendiri..............

Di dalam diri kita ada seketul daging yang mana kalau
ia nya dapat di penuh kan dengan empat perkara diatas
sudah tentu lah akan hidup akhlak Islam itu dzahir dan bathin
Sebalik nya kalau kita asyik sibuk memerhatikan kesilapan
orang lain ada kah masa untuk kita memulihkan
daging tersebut dari perasaan geram, marah dan sebagai nya.

Kalau lah kita ini seorang yang benar benar beriman
sudah tentu kita kita akan dapat satu anugrah dari
Allah ia itu ketenangan jiwa, tidak kah kita teringin
untuk mendapatkan anugrah tersebut??????..

Apabila sudah menjadi seorang yang benar beriman
baru lah boleh menjadi seorang Islam yang bersedia
untuk mentauhidkan Allah dengan menyempurnakan
tugas sebagai seorang hamba dari awal hingga sampai
kersudahan nya..... Orang ini biasa nya akan lebih
menghukum diri nya sendiri dari menghukum orang
lain

Apabila lengkap dan mesra empat perkara didalam seketul daging tersebut
melipah lah cahaya....................itu lah yang dinamakan maarifat
waullah hu alam.

Mari lah kita perhatikan di dalam diri kita
apa kah kita ini seorang Islam yang mencitai
Allah ........Bila kah kita akan menjadi
seorang yang benar benar mencintai Allah
esok ,lusa atau bila.................

Saudara saudari yang dirahmati Allah
mari lah kita bersama sama mencari nur illahi
supaya kita dapat merasakan hebat nya cinta sebenar itu.........

YA ALLAH KAU YANG KU MAKSUDKAN KEREDZAAN MU YANG KU CARI

praise be to Allah that we have been blessed by Aim with the gift of Iman and Islam for good...Insya-Allah

I’M NOT JUST A KID…..

Salam ukhuwah kepada semua….


Syukran….praise be to allah that gives me the opportunity to gain knowledge (al-‘ilm) and became an undergraduate student….
After spm,dapat offer ke centre for F oundatin Studies (THE GARDEN OF KNOWLEDGE AND VIRTUE.),CFSIIUM PJ……its actually a matriculation centre under IIUM itself…Seronok dapat g uia….dari dulu lagi nak g uia….xtau la kenapa…hihi….abang dulu pun blaja uia gak,tapi kejap je,dia cakap xbest….then keluar….hehe…(sori a ja….kantoi kan anda….haha…)…best la kat uia…uia pon ok ape…tak kisah la tak boleh blaja jauh2 pon…yang penting,we have the desire to gain knowledge….dua tahun kat CENFOS memang best….xtau nak cakap camane….blaja kat uni ni lain sket dr mase sekolah kan….we are freely to do anything….no preparation class….everything is on our desire..hehe…but,mind yourself la…..dapat kos physical science….actually it based on mathematics studies…it differs from the other course because we have to learn 4 levels of mathematics…wow…interesting…I like it…that’s why I ‘ve chosen it as a first choice…hihi….biology is not my cup of tea……is better for me to calculate rather than memorize something…physics and chemistry pun kna belajar gak….selain dari tu,kena amik islamic studies like Understanding Islam and Aasic Themes of Quran….and also Arabic language….

1st year kt CFS seronok gak…dapat ramai kawan…..weekend pegi je umah akak2 and abang2….sume menetap kt kl…hehe…clas pon tak sibuk sangat…..Cuma mase ada test je la busy sket….belajar pon up sket masa dari form 5 dulu….lagi details…we had the basic already….kt secondary school dulu suka sangat chemistry,tapi masuk uia give up da…….chem susah…physics is better….i love it….

Alhamdulillah,tamat sudah 2 tahun kt CFS IIUM PJ…..result pon boleh tahan…hehe…tapi ramai yang dapat tinggi…maknanya kena study lebih lagi la tu….Allah nak tunjukkan pada hambaNya bahawa semua benda yang kita nak tak semestinya dapat…Allah tu maha penyayang pada hambaNya…..Insya Allah,semua doa kita akn dimakbulkanNya….kalau bukan sekarang,mungkin yang akan datang….yang pastinya Allah sentiasa memudahkan urusan setiap hambaNya…..syukur Alhamdulillah….

Dalam Al-Quran Allah ada menyebut:

Dan Tuhanmu berfirman,berdoalah kepadaku,nescaya akan kuperkenankan doamu.sesungguhnya orang2 yang menyombong diri dari menyembahku akan masuk neraka jahannan dalam keadaan hina.(Surah Lukman:60)

Thursday, August 6, 2009

terima kasih ibu ayah...

buat renungan pembaca2 sekalian...Insya Allah...

Lahirku di dunia,
Ku disambut penuh syukur...
Bisikan azan di telinga,
Iqamah kalimah nan luhur...

Lahir ku ke dunia,
Ku diajar mengenal ALLAH,
Ku diajar sebut nama Nya,
Juga Nabi Rasul mulia...

Salam sayang ayah dan ibu,
Mendidikku tak pernah jemu,
Halalkanlah mankan minum ku,
Maafkanlah salah silapku,
Tanpa maaf dan juga restu,
Hidupku jadi tak menentu...

Tiada yang lebih bernilai,
Dari pengorbananmu yang suci itu,
Tak berdaya aku membalasnaya,
Moga kujadi anak yang bertaqwa...

Pada Mu ALLAH aku berdoa,
Pada Mu jua aku meminta,
Rahmati ibu,
Ayah tercinta,
Ampunilah dosa2 mereka,
Panjang umur murahkan rezeki sejahtera,
Dalam ketaatan,
Moga berbahgia di dunia di akhirat,
Beroleh syurga...


sahabat-sahabat sekalian...
betapa besarnye pengorbanan ibu bapa kita...xtau nak balas cmane ye...even hantar parents pergi haji beratus2 kali pun tak memadai...YA ALLAH....betapa peritnya seorang ibu menjaga kandungannya selama 9 bulan 10 hari..bukan itu sahaja,bila lahirnya seorang hamba Allah itu,ibu bapalah yang paling gembira....di tatang bagai minyak yang penuh...berjaga siang malam kalau kite sakit....dan ibu bapa itu lah yang memenuhi segala kehendak anak-anaknya.....

dalam Hadis Rasulullah SAW:
"Anak-anak ibarat kain putih...ibu bapa lah yang mencorakkannya sama ada menjadi Yahudi,Nasrani atau Majusi..."

Alhamdulilla,kita semua dilahirkan dalam fitrah Islam...terima kasih ya allah kerana aku dilahirkan dalam keislaman...
satu sahaja yang saya ingin ingatkan kepada sahabat2 sekalian juga buat diri ini...
redha Allah terletak pada redha ibu bapa kita....
so,jagalah hubungan kita dengan ibu bapa...
Insya Allah kita mendapat berkat dari Nya...

dalam Hadis yang lain..
"Sesiapa yang mempunyai anak perempuan,tidak dihinakan dan tidak mengutamakan anak lelaki daripada anak perempuan,nescaya dia di masukkan ke dalam syurga.."(Hadis Riwayat Abu Daud & Hakim)

Ya Allah...begitu tinggi penghargaan buat seorang wanita...lebih2 lagi seorang ibu...tapi,kenapa Khalifah Umar Al-Khattab sanggup membunuh anak perempuannya hidup2 tanpa perasaan belas kasihan...


buat we(ayah) dan ma:
terima kasih atas sega pengorbanan yang telah diberikan sepanjang 20 tahun ini...semoga we dan ma dipanjangkan umur dan mendapat kesihatan yang baik supaya dapat terus beribadah kepada nya...Insya Allah...doakan kejayaan anakmu ini...

Tuesday, August 4, 2009

the beautiful of Alquran

when we want to talk to Allah, we read Al- Quran

This is a beautiful story. An old man lived on a farm in the mountains of eastern Kentucky with his young grandson. Each morning Grandpa was up early sitting at the kitchen table reading his Qur'an. His grandson wanted to be just like him and tried to imitate him in every way he could.

One day the grandson asked, "Grandpa! I try to read the Qur'an just like you but I don't understand it, and what I do understand I forget as soon as I close the book. What good does reading the Qur'an do?"

The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and replied, "Take this coal basket down to the river and bring me back a basket of water." The boy did as he was told, but all the water leaked out before he got back to the house.

The grandfather laughed and said, "You'll have to move a little faster next time." and sent him back to the river with the basket to try again. This time the boy ran faster, but again the basket was empty before he returned home. Out of breath, he told his grandfather that it was impossible to carry water in a basket, and he went to get a bucket instead.

The old man said, "I don't want a bucket of water; I want a basket of water. You're just not trying hard enough." and he went out the door to watch the boy try again. At this point, the boy knew it was impossible, but he wanted to show his grandfather that even if he ran as fast as he could, the water would leak out before he got back to the house.

The boy again dipped the basket into river and ran hard, but when he reached his grandfather the basket was again empty. Out of breath, he said, "See Grandpa, it's useless!"
"So you think it is useless?" The old man said, "Look at the basket."

The boy looked at the basket and for the first time realized that the basket was different. It had been transformed from a dirty old coal basket and was now clean, inside and out.

"Son, that's what happens when you read the Qur'an. You might not understand or remember everything, but when you read it, you will be changed, inside and out. That is the work of Allah in our lives."

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH