Tuesday, November 29, 2011

keinsafan diri

salam 'alaik


Disaat yang sepi ini
Ku duduk seorang diri
Memohon keampunan dari ilahi

Bak lautan bergelombang
Siang malam pagi juga petang
Mengharapkan ketenangan
Dari tuhan yang esa

Betapa rimbunnya dosaku
Semua terlakar dilembah usiaku
Salah dan silap dimasa yang lalu
Kini ku sesali

Ku tidak layak kesyurgamu
Namun tak sanggup ke nerakamu
Kutunduk sujud merendah diri
Kembali padamu

Ku tetap setia
Padamu oh tuhanku
Akan ku patuhi segala
Suruhanmu

Akan ku jauhi
Segala laranganmu
Itulah tanda cinta
Cinta ilahi




salam maal hijrah 1433H buat semua. masih belum terlambat saya kira. semoga tahun ni bakal memberi seribu makna untuk kita bermuhasabah, dan seterusnya menambah amal ibadah kepada-Nya. imbas kembali apa yang dah kita lakukn selama kita hidup di saat ini.

sebanyak mana catatan kebaikan kita kepada DIA. adakah kita buat segala suruhan yang disuruh?adakah kita tinggal segala yang dilarang?adakah kita berusaha ke arah yang lebih baik, atau masih di takuk lama? tepuk dada tanya iman.

ye nak jadi baik memang susah. saya akui 180%. tapi kalau ada kemahuan ke arah itu insya-ALLAH, ALLAH tolong kita. benar hidayah dan taufiq itu milik DIA yang mutlak. hanya ALLAH yang berhak untuk mengurniakan kepada sesiapa sahaja.

jom sama2 bermuhasabah, sama2 ke arah kebaikan.
saya teringat kata2 ini "kalau nak yang soleh, kena solehahkan dirimu, insya-Allah, ALLAH hadirkan yang soleh bagimu."
ALLAH,ALLAH,ALLAH, ASTAGHFIRULLAH!

sesolehah mana kita(kaum hawa) setakat ni untuk di padankan dengan seorang Adam yang soleh.

peringatan untuk diri sendiri juga.

let's us take the guidance from ALLAH and RASULULLAH at all times, we can make the world we make it through the night.


new day means to have a new goal and new inspiration.
new day means to leave the bad deeds,
new day means to increase our ibadah towards HIM,
new day means to remember dead,
new day means to become a better person,
new day means to improve our behavior,
new day means just to be yourselves,
to become the better person, the best khalifah, the best human kind.
INSHA-ALLAH!


new day means to realize that ALLAH is always be with us
no matter where and when,
new day means to become a grateful person,
a person remember ALLAH at all time,
happy and sad,
HE never leave us alone.
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar!


YA ALLAH,
please forgive the bad deeds that we've done.







nota 1 : kembara Johor-Negeri 9 dan selesai. Alhamdulillah^_*`





Wednesday, November 23, 2011

love november = LOVEmber

salam 'alaik



Ada orang tu kata bulan November ni bulan penuh dengan love. Sebab tu boleh jadi Lovember. Ye ke? mungkin betul sebab bulan November bulan cuti sekolah, so, kenduri kahwin banyak dilangsungkan. Tak pon, untuk tahun ni, tarikhnya yang cantik 11.11.11 atau 20.11.2011. maka jadi la ia bulan yang penuh dengan cinta. semua pakat dok cop tarikh tu. Hehehe.

Tapi saya rasa bulan APRIL bulan cinta jugak , boleh jadi Aprilove. Hahaha. :P

Tak ada kaitan pun sebenarnya, hanya suka2. Sebenarnya setiap bulan tu adalah bulan cinta. Cinta kepada siapa? Bukan boyfriend, bukan girlfriend, tapi cinta kepada DIA yang tidak putus2 memberi rezeki untuk kita semua.

Sempurna habluminallah, maka sempurnalah habluminannas, dan seterusnya menjadi insan yang itqan pada setiap masa, bukan bulan Lovember je.

Okey, tanpa membuang masa, saya sebenarnya men”create” n3 ini adalah untuk ditujukan kepada gorgeous November tahun ni.^^

Dan sebelum tu saya mintak maaf banyak kepada orang yang saya tujukan n3 ni, lupa nak wish birthday. ALLAH, lupa, langsung tak ingat. Bukan sengaja dilupakan. Maaf2.

Memang weekend lepas saya busy. Lepas exam Jumaat malam yang rasa nak hantuk kepala kat dinding lepas exam tu,banyak lagi benda yang nak kena setel rupanya. Sabtu pagi saya jadi committee untuk seminar, malam tu ada opening ceremony campus dakwah project CAMPRO 2011, Ahad semalam ade inter-batch game sampai petang. Dan malam tu, sodakollahula’zhim. Tumbang juga akhirnya. Fuh ,nikmat, heaven, thumbs up!



&&&&&&&&&&&

cakap pasal inter-batch, batch kami CTS 091 menjuarai keseluruhan, dapat piala pusingan, walaupun team netball tak banyak membantu. team netball hanya sampai quarter sahaja. huhuhu. hampir seharian di bawah sinaran matahari di sport complex UIA Kuantan. baru buka semester ni. so, apa2 hal pasal sport kena g sport complex. swimming skill pun baru ditubuhkan semester ni. setakat hari ni saya masih tak ke swimming pool tersebut. tapi hajat nak belajar swimming tu ada. ngee!

netball match adalah diluar sport complex. maka muka2 semua habis "dikenakan" sunburn. hehehe. tapi bagi saya yang dah memang tak putih tak gelap ni relaks je. hahaha. mana nak nampak merah2 ni. :D

************



Semalam 20 dan 21hb 11 2011. Hari lahir 2 kakak (Kak Ti dan Kak) saya. Dan saya lupa untuk wish. Huhuhu.


Selamat hari lahir ummu Maisarah dan Kak Rah . Semoga kalian dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Juga sentiasa di bawah rahmat dan redha ALLAH sepanjang masa dan ketika. Dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus beribadah kepada-NYA. Dikurniakan kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi musibah2 yang melanda. Tak lupa juga moga dikurniakan jodoh yang soleh :)

"You made my childhood special. And although the times have gone, the sweet memories shall never fade. May you have a great life ahead. Wish you a very happy and warm birthday. Love you my sweet sisters."



Tak lupa juga untuk 2 anak saudara saya yang juga tarikh lahir bulan ni, Zarif dan Syuhada. Semoga kalian menjadi anak yang soleh dan solehah bukan sahaja untuk ummiayahmu , abahmamamu. Tetapi untuk seluruh ummat di dunia ini. Insya-ALLAH. Jaga solat, insya-Allah hidup kalian tenang dan tenteram. Doaku sentiasa untuk kalian. ^_^

"I wish you a happy and joyful life ahead. May all your dreams come true. Happy birthday."


Untuk kalian berempat, I don’t say this often, but I love all of you. Mmmuahhhh!



Tak lupa juga untuk si dia yang jauh di mata dekat dihati yang juga berhari lahir di bulan November, 10.11 hari tu . ^^

"You are my support, my strength, my friend and my guide. Thanks for everything. May God bless you with all his love, luck and care. Happy Birthday and enjoy. missing you." x0x0

Dengar khabarnya nak balik, time bila yang tu saya tak tau. Tak sempat untuk bertanya.hoping to spend time with you again. ganti "kembara cinta ke brunei". ^_*




akhir kalam, jom sama2 menadah tangan dan mengucap syukur atas segala nikmat ALLAH yang tidak terhigga untuk kita semua. ALHAMDULILLAH, ALLAHU AKBAR!

"dan ingatlah ketika tuhanmu memaklumkan "sesungguhnya jika kamu bersyukur akan aku menambah nikmat kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari nikmatku, pasti azabku sangat berat."

(surah Ibrahim:7)




nota 1 : kenapa saya rasa akhir2 ni macam nak jadi pasif je. kenapa sejak akhir2 ni malas nak buat itu buat ini. kurang bermuhasabh diri. Astaghfirullah. mintak kata2 semangat sikit ;-)

lawan syaitan, jangan bagi dia kuasai diri.

macam kata kak naqibah saya semalam "syaitan ni jahat, benci!"



nota 2: nak jadi orang baik ni susahkan.

"jangan hiraukan orang lain, yang penting apa niat kita dengan ALLAH." ----Sham Kamikaze, tatkala disoal "bagaimana abg sham hadapi perubahan ni, kalau org kata hipokrit.?" gitu la soalannya lebih kurang.

"hidup dengan penilaian orang ni susah. apa yang penting , kita dah buat yang terbaik dan bukan menyalahi peraturan ALLAH."






Monday, November 21, 2011

cerita mereka ^^



Salam ‘alaik



Cuti saya Berjaya dihabiskan dengan cemerlangnya. Hehehe. Cemerlang yang macam mana biarlah ia menjadi sejarah. Hahaha.

Okey, back to the story, cuti raya haji hari tu jumpa semua orang kecuali abang di sungai buluh. Yang lain semua balik, kerana kami adakan kenduri tahlil raya ke-2. Kerjasama daripada semua diperlukan di situ.

Dan si kecil semakin membesar. Yang baru nak dapat mulut (nak belajar bercakap) dah dapat tangkap maksudnya walaupun setelah ditranslatekan oleh ibu atau ayah masing2. Tahniah semua. ^^

Dan yang dah besar dengan hal masing2. Dah boleh harap untuk tolong tengokkkan sepupu2 mereka yang masih kecil. Kalau yang lelaki tingginya mengalahkan saya ;( Dan yang perempuan boleh dibuat kawan. Hee ^^

Dan balik kali ni “Kluang Boy” menjadi hero untuk sepupunya. Begitu juga “Hero Jalan Kebun” yang kadang2 tewas dengan “Hero Damansara Damai.” “Hero Damansara Damai” bangkit setelah sering ditewaskan semasa cuti yang lalu. Bagaimana pula “Heroin Bukit Subang” dan “Heroin Taman Seri Bayu”? Nantikan seketika. Eceh, macam pengulas sukan pulak.Hehehe.


Ridhwan stay rileks macam dulu. Ke sana ke mari tak kisah sorang2. Kalau dia jatuh dia bangun, kalau sakit, menangis, tapi kejap je la. Duduk kejap, then sambung balik. Hehehe. Sebelum nak balik tu, dia ditinggalkan ummi ayahnya. Maka, bila tengah kemas2 nak nak angkat beg masuk dalam kereta, Ridhwan cepat2 ikut ayah dia masuk kereta. Sampai sudah tak keluar. Takut kena tinggal lagi.^^


Harith dah boleh bilang 1-10. Walaupun pelat. Hehehe.

Satu jadi atu, ua, ga dan seterusnya. Dan yang paling seronok bila dia sebut “kita satu Negara”. Maka terbuktilah dia sangat menyukai lagu “Kita Satu Malaysia” siap lambai2 tangan lagi. Hehehe. Dan memanggil semua orang dengan “Mimi”. Oh ya, mimi adalah anak kepada pengasuhnya. ^^


Naim stay selamba macam dulu. Ni lah Kluang boy yang saya maksudkan. Dia kacau Aziz sampai Aziz menangis. Hebat bukan? Naim bercakap versi kartun. Kalau dengar memang tergelak, sebab bunyi macam ayat skema. Sebagai contoh

“hei, tunggu saya.”

“ibu, saya lapar."

ni sapa? "cekila"



misi Imani mencari mama. pantang tak ada depan mata mesti dia menangis. see, the mother and child bond. masa tu saya tengah solat, dan kakak ipar (mama Imani) masa tu kat dapur. bila tahu mama dia tak ada, Imani terus menangis dan meluru ke arah saya yang tengah solat. hehehe. dia dok jenguk2,

nasib baik Sukila tak terberhenti solat. ^^

ada nampak macam seorang ibu ke saya? :)


Maisarah macam biasa. dia suka tengok kartun Upin dan Ipin. sampai gelarkan diri dia "Yah Upin". hehehe. sebab nama panjang Maisarah sebut nama dia pun yah je. msa tengok siri Upin ke Ipin yang patah kaki, dia pun sibuk buat jalan terhinjut-hinjut sebab sakit kaki.

okey, stay cute sayang!


ini perbualan saya dengan Aziz, masa tu tengah dukung Harith yang dok leka tengok kereta lalu lalang. dan masa tu kat tangan dia ada bulldozer mainan. biasa la boys kan.


Aziz : Aziz ade benda ni. (sambil tunjuk bulldozer), abah beli.

saya:pastu mananya?

Aziz: kat rumah, tapi takde dah. Ismail (abang dia) wat rosak.

saya:lepas tu?abah tak marah ke?

Aziz: marah. abah marah dia. merajuk.

saya: berapa hari.

Aziz:4 hari


merajuk 4 hari hehehe. sebut kat mulut je tu. mana mungkin dia tahu apa itu merajuk. Aziz ni 4 tahun. dia cakap tak pelat, so seronoklah "berbual" dengan dia.


anakanda Bukit Subang ni makin cun la. hehehe. mula membahasakan dirinya sebagai kakak. sebabnya? hehehe.

hello.... it's me Yaya in the house ;)

baby mana? "baby dalam perut mama la."



kids and cartoon. yes, they love cartoon so much.

suatu hari saya kata kat ma, unsubscribe la channel kartun. dan mak saya jawab. mesti la cucunya menjadi priority pada masa soalan itu diajukan. hehehe. biarlah,kalau tukar, nanti diaorang balik nak tengok apa. hee. yes, mummy, agreed!

mereka tengok kartun sungguh2. siap sembunyikan remote lagi tak bagi orang tukar channel. ish2. bila nampak saya pegang, trus menjerit "jangan la tukar". eh, tak tukar la, nak tengok info je. tapi bila saya saja tekan nak tukar, terus "ala". saje je nak test. hehehe.

tapi bila bab tengok berita mereka mengalah, sebab ayah2 mereka nak tengok. hee!




nota 1 : tak sabar menunggu orang baru. ^^


nota 2: selasa hari tu kakak saya accident. saat2 dapat mesej daripada abang. ALLAH, rasa nak rebah kat kaunter pembayaran tu. masa tu keluar beli barang. Alhamdulillah, sekarang dah keluar wad, cuti berehat saja.

get well soon my dear. semoga ALLAH mengurniakan kamu kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi musibah ini.


nota 3: oh ya, kalau rasa 1st degree pon tak habis lagi, jangan dok tunjuk "hidung tinggi" depan saya. menyampah! jalan sampai tak nampak orang apa kes. hello, saya pun masuk u jugak la. oh lupa, saya uia je.

rasa nak baling dengan high heel je masa tu. huh!


nota 4: "i'm rock, i'm ok." sharing bersama Sham kamikaze semalam ;)

subhanallah! dengar dia cakap rasa tenang dan menusuk kalbu. mulut tanpa kaku mengeluarkan ayat al-quran dan hadis. hebat.

benarkan, hidayah itu milik ALLAH. dalam sekelip mata sahaja DIA mengubah "mat rock" menjadi alim. Alhamdulillah.

"dulu saya kawan dengan geng2 rock, sekarang kawan saya ustaz2. Alhamdulillah." (Sham Kamikaze)


nota 5: rumate saya nak kahwin minggu depan. saya?;P. insya-ALLAH, akan tiba walaupun tak tahu bila. ^^

hari tu jumpa, mak mertua adik ipar kakak saya. bukan mak mertua saya ye. dia kata " ni ke yang aku tengok hari tu, yang nak amik jadi menantu. lain pulak muka, tak cam."eheh. tergelak je dengar.kwang2.....:P



(^_*)


selingan


i got new name. huhuhu. sampai hati :(


Tuesday, November 8, 2011

mati itu pasti

salam 'alaik




Salam Aidiladha untuk semua.
hari ni rumah kembali sunyi. semua dah balik ke tempat masing2 selepas beberapa hari kat rumah sempena Raya Haji dan majlis tahlil raya ke-2.

pagi hari raya Aidiladha, 2 insan (ibu kepada jiran satu kampung dan bapa saudara kepada ma-datuk saudara saya) telah menemui ajalnya, menemui penciptanya di pagi hari raya Aidiladha. tanpa sesaat pun ALLAH menunda kematian mereka. tertulis di lauh mahfuz bahawasanya akan diambil nyawa mereka dinihari hari raya Aidiladha dan semasa berlangsungnya solat sunat hari raya Aidiladha.




saya sempat menziarahi si mati bersama ahli keluarga. Alhamdulillah sempat sedekah baca Yaasin untuk tok ngah ( datuk sedara). teringat kembali detik2 saya kehilangan arwah ayah tercinta. Baca Yaasin sambil air mata mengalir tanpa henti. begitu juga yang saya rasa masa tu. memandang wajah yang sudah tidak bernyawa. terasa panas di birai mata.


innalillahi wainna ilaihi rojiu'uun.
dari ALLAH kita datang dan kepada-NYA jua kita kembali.


tiada apalah yang menjadi kepunyaan kita di dunia yang sementara ini melainkan di sana. tiada apalah yang patut dibanggakan pangkat dan kepandaian sekalipun, kerana bukan itu yang menjadi " assessment" daripada ALLAH. tiada apalah yang hendak dibanggakan dengan harta dan anak2 kerana bukan itu yang menjamin kesempurnaannya ibadah kita.

tiada apa yang patut untuk kita banggakan dalam dunia yang fana ini.


jika engkau mencintai bunga sedarlah kau bunga itu akan layu,
jika engakau cintakan manusia sedarlah kau manusia itu akan pergi,
jika engkau cintakan harta, harta itu nanti akan kau tinggalkan,
jika engkau cinta ILAHI, hanya DIA yang akan kekal abadi.
CINTAILAH ILAHI!


kullu nafsin zaa iqotul maut."
setiap yang bernyawa akan menghadapi kematian."




" Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan) maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka tundakan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka dahulukan."
(al-Araf:34)



semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang2 beriman.








nota 1 : update anak sedare di lain n3. ^^

nota 2 : salam perkenalan untuk Ummu Safiyyah dan Shakir. thanks 4 the e-mail. salam Aidiladha untuk Ummu Safiyyah dan Shakir.

nota 3 : assignment tak siapa lagi. c++ tak sentuh lagi. gara2 ramai orang di rumah, saya jadi malas nak buka buku. YA ALLAH, tolong saya untuk siapkan semua kerja saya, sebelum saya melangkah ke exam hall 1 or 2. amin!

nota 4 : merindui semua orang T____T

Friday, November 4, 2011

Exam ku exam mu jua

Salam ‘alaik


Baru berpeluang nak menulis n3 baru. Minggu yang sibuk, dengan assignment segala bagai dan examinations. And Alhamdulillah, it was done for part one. Meaning to say that I have 2 more exams after the mid break. So, cutiku bukan cutimu. Hahaha. Kerana cutiku adalah milikku untuk menyiapkan segala bagai tugasan yang dititipkan untukku. Hehehe.

Okey, talking about exams, it was annoyed. Kenapa? Saya pun tak tahu. Contoh dalam kelas boleh difahami tetapi masuk exam soalan jadi unexpected. Oh lecturer ku sayang, may I have your inspiring comments about the question given. Because I faced a bit challenging on how to answer that kind of questions. Hohoho.

Saya menyedari yang semester ni yang kalau boleh air mata ni laju je nak keluar. ALLAH, banyaknya dugaan. Belum masuk final year lagi. Dan saya persoalkan how people pursue their masters, PhD? Allah, hebat! Dan yang paling dekat adalah lecturer2 saya, mereka semua lepasan overseas. Mereka ni tengok soalan maths tu kira macam gigit kacang je. Hehehe.

Programming. Ye saya adalah seorang insan yang tidak meyukai programming. Kalau boleh kira guna kalkulator saya lagi sanggup tapi jangan melibatkan programming. Habis kalau macam tu nak kira apa.setakat iteration sampai 4 boleh la. Kalau sampai 20, 30, mana mau cari? Nak tak nak programming is the best way to solve the question that needs complicated solution. Buat, I hate programming. T___T

contoh sekarang adalah c++ tu. haduih, tensen. tak suka c++. macam mana nak exam nanti tak tau la. anybody can explain c++ very well untuk saya? hehehe.

suatu hari saya membawa dell berdarah ke computer lab untuk c++. bawak laptop padahal sebelum ni tak pernah bawak. masa buat latihan, c++ saya tidak boleh "run and compile" yang mana maksudnya saya punya coding salah. hee! dan lecturer kesayangan kata "merah ni mesti banyak salah."

cumel je kata2 tu. hahahaha. sikit pon tak kisah sebab saya memang tak paham benda alah c++ ni. huhuhu.


Komen saya untuk exam yang pertama.

Exam saya yang pertama adalah Computational Mathematics. 6 soalan untk dijawab dalam masa 1 ½ hours. Owh, jika dilihat macam cukup masa. Tapi sebenarnya tak cukup. Comp maths ni kalau nak tulis jwapan kena tulis semua nombor kat calculator tu. Kalau 10 digit pon 10 digit la. Kalau 10 digit kuasa 3 sekalipun. Pembezaan dan pengamiran sekalipun. Eheh, kedngaran begitu cumel “pengamiran dan pembezaan.”

Ye, saya sempat menjawab semua soalan, dengan tangan laju2 menekan kalkulator. Tapi yang sedihnya tak sempat nak semak balik. Dan yang paling mneyedihkan saya sempat detect salah saya dalam differentiation, tapi masa tu dah habis masa. ALLAH, tak tau nak cakap macam mana. Redha je.


Cakap pasal exam kat dunia ni memang tak akan habis. Markah exam yang ada naik turunnya. Usaha yang ada banyak sikitnya. gred yang ada tinggi rendahnya. Tapi bagaimana “exam” kat sana kelak?

Kita nak exam sekarang.

“We’ll have our mid-term exam before the break. Can you suggest the date?”

“Ok, our mid-term exam will be on ……the question will cover until today’s lecture.”

Dan saya pernah lalui ini. “We’ll have open book exam for our midterm exam.”

Dan ini “our mid-term exam today will be postponed to next week.”

Cuba kita bayangkan exam kat sana kelak. Kita tak tahu bila kita akan ditanya. Kita tak tahu bila kita akan disoal. Kita tak tahu soalan apakah yang bakal ditanya. Semuanya jauh beza dengan exam di dunia yang sedang kita lalui sekarang. yang kalau dilihat semua dah ada depan mata.

Dan sebenarnya setiap hari kita dalam keadaan exam. exam yang macam mana tu? exam melawan hawa nafsu. lulus ke gagal? tepuk dada tanya iman. :)

itu saja untuk kali ni. luahan orang yang tak dapat jawab exam sangat la ibaratnya T____T

exam ku exam mu jua tu gempak je. hehehe. tapi markahku bukan markahmu. ^^



nota 1 : mid term exam kali ni tak tau mana yang boleh score. usaha dah usaha. sekarang tawakkal pada ALLAH. DIA yang tahu apa yang terbaik untuk saya.

nota 2 : takutnya nak exam c++ T___T

nota 3 : Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua. sama2 kita imbas kembali pengorbanan Nabi Ismail dan Nabi Ibrahim.

"orang yang berjaya adalah orang yang sanggup berkorban apa sahaja untuk mencapai redha ALLAH."

"Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!' Ia menjawab: 'Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu: Insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.'"
(As-Shaffat: 102)


sejauh mana pengorbanan kita setakat ini?



doakan kejayaan saya ^^



Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

Cheeky Quotes

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH