Monday, October 26, 2009

rindu seorang anak..~

Assalamualaikum wbt….tak tau kenape rase nak post n3 ni….mungkin ade satu perasaan yang orang lain tak boleh nak tafsir….dan juga mungkin satu luahan….dalam gembira suka suki riang ria pon bohong la kalau saya kate sikit pun tak teringat langsung kat arwah ayah….tapi tak kan lah nak bagitau orang lain selalu kan…..mungkin orang lain tak tahu…kalau dok sensorang tu, fikiran pun mula la teringat dan tak sangka2 boleh jadi sedey….

Masih teringat lagi saat2 kahadiran Ramadahan hari tu….mase tu memang niat tak nak balik that week because nak balik cuti merdeka nanti…tambah2 lagi ade kelas hari sabtu dan exam hari ahad….hari jumaat 20 ogos,pagi tu saya ade clas ganti KOS1110 dan kena submit assignment UNGS 2030k before 5pm…. after habis class saye mesej Kak Ayu:

Laa:we gano (cnme)ari ni???
Kak ayu:ok….tapi tak bangun la….
Laa:owh..xpa la gtu gak…

Then,saye stay kat KOS nak siapkan assignment ngan group member yang lain…nak siapkan cpt2..nak stadi utk exam plak…Alhamdulillah siap gak assignment tu…sampai bilik dekat2 asar dah…mandi2 dan basuh baju…dan…dapat mesej dari kak ayu:

Kak ayu:runsing eh tgk we…..semua drop….
Laa:knape….tak faham…
Kak ayu:makin teruk..panggil pon tak bangun…doc tgh request nak wat masuk icu balik….

Mase tu memang tak jadi saye nak stdi…terus senyp kat meja stadi…tak tau nak wat camane…then saye bagitau la….”Laa exam ahad ni nak balik cmne”….then Kak Ayu kata…”try tanya Abg Jaa cmne”…pastu saye tanya Abg Jaa…die kate nanti tanya Abg Man dulu…Abg Man kate exam dulu…kalau ade ape2 baru balik…."ok la kalau gitu"…..so,saye pon meneruskan misi stadi walaupon hati tak tenang mase tu….dekat maghrib Kak Rah kol saye dia tanya balik tak…saye kata tak kut coz nak exam…orang lain sume planning nak balik esok sempena cti skolah,tapi planning dah ditukar…minta percepatkan atas keadaan we yang semakin kritikal…

Tapi malangnye ICU tak boleh masuk coz mase tu penuh ngan kes h1n1…so,request high depency unit(HDW)…dan…..Kak Ni plak kol saye suh packing barang dia nak fetch jap lg….tadi kol cakap kalu ade paper baru kite balik…saye pon packing la ape2 yang patut….then dapat plak mesej dari Kak Ayu..”Laa,balik eh…siap2 barang..Kak Ni amik”…saye reply….”ok2…Kak Ni bgtau dah….dia otw”…..saye pon mesej kawan2 yang satu kelas esok suh bgtau bro Yusuf….dekat2 10.20pm Kak Ni sampai…..singgah kat guard post nak isi maklumat diri….dan saye naik keta….Kak Ni baru lepas jawab kol dari Abg Jaa….”Laa,we takde da”…Saye pon...”haa”….tamatlah riwayat hidup seorang hamba Allah dimase umur 69 tahun…tanpa dipaksa…air mata ni tak henti2 mengalir sampai teresak2…malam tu kami balik terus….saye pon pakai seluar track n long sleeve je…

Teringat mase saye cuti semiggu sebab wabak h1n1…..tiap2 hari ulang alik dari hospital ke rumah….dah jadi biasa…mase tu arwah baru pindah ke wad panglima….dukacita nak bagitau certain nurse kat sane a bit hampeh la….sedey plak rase….kalau kami tahu buat semua,tak payah minta tlg anda2 semua la, nurse…so,pada kawan2 yang bakal bergelar nurse nanti wat keje baik2 ye….jgn sampai orang lain sakit hati…kita dah pilih keje tu,kena buat yang terbaiklah….ikhlas….

Dari Kuantan ke Kelantan,tak henti2 menangis…tak rase nak tdo pon…mesej semua kawn2 minta sedekahkan Al-Fatihah…dan rumet lame saye,Tkah dan sahabat mse skolah dulu,Gee kol minta saye sabar bayk2…time kasih sume….

Sampai kat rumah jam 6.45 pg…..1st day Ramadhan…kami orang jauh yg pertama sampai…masuk rumah..dah rase sebak dan hiba melihat sekujur tubuh yang dah tak bernyawa…salam ngan ma…peluk2 dan menangis teresak2…tak pernah saye tgk ma menangis sampai tahap tu…..pastu naik ats mandi2 dan tukar baju……bila tgk brang2 yang bawak balik dari hospital ,sedihnye……

Pagi tu semua abang2 dan kakak2 sampai dari segenap negeri nak lihat arwah buat kali terakhir....Alhamdulillah semua urusan pengebumian selesai selepas zohor...A big thank you to all my relatives and also my neighbours...may Allah bless all of you...Al-Fatihah buat arwah ayahanda....pemergianmu ditangisi...we miss all the time with you....

Saturday, October 24, 2009

NILAIAN CANTIK PADA ZAHIR DAN BATIN

Assalamualaikum buat pembaca sekalian....Haa,kali ni saye nak kongsi pasal cantik pada zahir dan batin...cantik tak semestinya luaran sahaja...Islam juga tidak pernah melarang umatnya untuk bercantik-cantik, tetapi janganlah melampaui batas dan melanggar syariat. Contohnya ketika berpakaian,pakailah apa-apa sahaja yang berkenan pada hati masing2,tetapi janganlah sampai mendedahkan aurat.Pakaian yang menutup aurat adalah perintah Allah yang tidak dapat disembunyikan lagi. Janganlah kerana terlalu mengikut trend terkini untuk kelihatan cantik sehingga tenggelam harga diri sebagai seorang muslim.

Apalah gunanya cantik di hati manusia tetapi kemurkaan pula di sisi Allah kan? Untuk cantik di sisi Allah ia memerlukan suatu keimanan yang kukuh terpahat di hati seseorang. Namun secara zahirnya, kitalah yang menjadi cantik di sisi Allah dalam mengekal kecantikan dan menjadi ibadah bila berpakaian.Bukan puasa, solat dan zakat sahaja merupakan ibadah, tetapi berpakaian cantik menepati syariat sebagaimana yang dikehendaki Allah, merupakan ibadah. Konsep ibadah sangat luas dan bercantik-cantik juga termasuk ibadah selagi tidak melanggar apa-apa yang telah digariskan oleh Allah.

KECANTIKAN DAN KEBERSIHAN HATI

Apabila sudah mengekalkan kecantikan dalam berpakaian, semoga ia menjadi ibadah kita kepada Allah. Namun begitu, ada perkara lain pula yang perlu diambil kira dan perlu diberikan perhatian yang serius iaitu kecantikan dalaman seperti kebersihan hati. Ada orang berpendapat apalah gunanya berwajah cantik tapi hatinya penuh kesumat. Biarlah wajah buruk, asalkan memiliki budi pekerti yang baik dan alangkah bagusnya memiliki kedua-duanya sekali iaitu cantik wajah dan cantik juga budi pekertinya. Seseorang yang memiliki kebersihan hati, tandanya ia telah memiliki kecantikan yang abadi dalam dirinya, walaupun wajahnya tidak cantik. Tapi orang sekarang banyak lihat luaran daripada dalaman kan?apalah gunanya luaran itu kalau kita tak tahu ape isi dalamnya...

Lihatlah sahabat Rasulullah yang bernama Bilal bin Rabah, walaupun wajahnya hitam berkilat, namun di sisi Allah ia tetap dipandang cantik dan tinggi. Ini kerana hati yang ada padanya penuh dengan nilai-nilai ketakwaan. Begitulah pentingnya nilaian hati seseorang pada pandangan Allah. Mengapa Allah menitikberatkan soal hati? Jawapannya kerana hati merupakan raja dalam diri seseorang. Apabila hati cantik, akan baiklah seluruh anggota badan. Kebaikan hati dapat dilihat dengan seseorang tidak suka untuk melakukan kejahatan walaupun pada dirinya sendiri. Apatah lagi untuk melakukan kejahatan pada orang lain. Justeru, lahirlah kecantikan akhlak yang dapat menawan manusia lainnya.
Apabila hati bersih dari sifat dengki-mendengki, iri hati, sombong, dan sebagainya, ini akan mengurangkan tekanan hidup bermasyarakat. Malahan melahirkan hidup berkasih sayang antara satu sama lain. Jika kecantikan hatilah yang diperjuangkan oleh para remaja sekarang, akan berjayalah generasi-generasi yang akan datang. Terpahat di minda untuk mengejar kecantikan bukan sahaja pada zahirnya tetapi fokus utamanya kepada kecantikan dalaman iaitu hati. Jika itu yang dikejar, insyaAllah kita akan selamat pada dunia dan akan mendapat berkat di akhirat kelak....Wallahu a'alamu Bissowab...Illalliqa'...Wassalam...

CTS first year Eid Gathering 2009....~

syukur...dapat gak kami wat eid gathering even syawal is already finished....time ni baru boleh bernafas sket...tak busy sangat...cume ade la beberape assingment yang kena hantar...dan juga beberape tutorial yang nak kena discuss....now,we are going to struggle for our final exam which will be held on 5th to 18th november....malam tu enjoy la sket2.....makan2 dan layan game....



majlis dimulakan dengan solat isya' dan diikuti solat hajat diimamkan oleh akhi akmal...



ucapan dari batch leader kami akhi amirul...



makan..makan...macam2 ade...nasi minyak,roti jala,lontong...



ade gak gamba ngan zakiah....kawan satu sekolah dl...sampai loni..satu clas mase f5...dkat pj dan juga kat iium kuantan ni....



haa..ni la die queen n king of da raye CTS 1st yr 2009...miss zutiqah yang cun and mr shahizam yang wacky cheeky brother.....bersame batch leader kami amirul and nadia..



kami...sisters of CTS 1st year students....



setakat itu sahaja jamuan kami mlm tu.....thanks a lot to all commity members that arranged the gathering...may Allah bless all of you...good luck to all of you brothers and sisters.....all da best and turn to Him...hope our ukhuwwah will never last because of Allah...InsyaAllah...Ukhuwah Fillahi Abadan Abada....Illalliqa'...











Thursday, October 22, 2009

Cecah dahi di sejadah....

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah 'auratmu sebelum 'auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih

Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?

Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat
Bawalah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara

Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan

Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan

Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan

Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patok itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat

Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat
Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia

Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna Harta, tahta dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia

Wallahu A'lamu Bissowab....Ilalliqa'

Tuesday, October 20, 2009

TAWAKKAL SI ANAK KECIL

Abu Faidh Thauban atau yang terkenal dengan nama panggilan Zunnun Al-Mishri adalah seorang ahli Tasawwuf yang besar dari negera Mesir.

Diceritakan bahawa pada suatu hari Zunnun Al-Mishri pergi ke laut untuk menjala ikan untuk menyara hidupnya dengan disertai oleh anak perempuannya yang masih kecil.

Zunnun menebarkan jaringnya, tidak berapa lama kemudian jaring itupun ditariknya. Dia beruntung kerana dapat menangkap seekor ikan. Anak perempuanya yang ikut turun ke laut, menyaksikan bahawa mulut ikan itu bergerak-gerak seperti orang berzikir. Apabila Zunnun menghulurkan tangannya untuk mengambil ikan yang sudah dijangka menjadi rezekinya itu, tiba-tiba anaknya
menghalangnya. Dengan pantas anaknya mengambil ikan yang masih hidup itu dan mencampakkannya ke laut semula. Maka bebaslah ikan itu di alamnya.

Zunnun tidak dapat menghalang perbuatan anaknya itu dan hanya melihat dengan penuh kehairanan.

"Mengapa kau membuang rezeki yang sudah kita perolehi?" Tanya Zunnun kepada anaknya.

Anaknya menjawab: "Saya tidak rela makan makhluk yang berzikir kepada Allah".

Zunnun hairan terhadap jawapan anaknya itu kerana setiap ikan yang baru ditangkap sudah tentu bibirnya bergerak-gerak.

"Apa yang hendak kia buat?" tanya Zunun lagi.

Anaknya menjawab: "Kita bertawakal kepada Allah semoga Dia memberi kita rezeki benda yang tidak berzikir kepada Allah.

Kedua-duanya pun balik tidak meneruskan kerjanya sebagai penangkap ikan dan mencari kerja lain sambil bertawakal kepada Allah. Setelah bekerja sampai petang, keduanya belum juga mendapatkan sesuatu rezeki untuk dimakan sedangkan perutnya sudah mulai lapar.

Apabila waktu Isya' sudah masuk, tiba-tiba Allah menurunkan hidangan dari langit yang terdiri daripada berbagai jenis makanan, maka makanlah keduanya dari rezeki itu. Keadaan seperti ini berlaku setiap malam dan berlangsung lebih
kurang dua belas tahun.

Zunnun menyangka bahawa kurnia dari Allah yang sangat istimewa ini adalah disebabkan dirinya yang sangat rajin beribadah, solat, berpuasa dan berdoa kepada Allah.

Apabila keaadaan ini sudah berlangsung lebih kurang 12 tahun, anak perempuannya yang ikut kelaut sudah meninggal. Ternyata hidangan dari langit tidak turun lagi berikutan kematian anaknya itu. Kini Zunnun menyedari bahawa kurnia Allah yang turun pada keluarganya berupa makanan dari langit itu bukan disebabkan kerana dirinya yang rajin beribadah dan berdoa, tetapi disebabkan kerana ketinggian tawakal anak perempuannya yang sudah meninggal.

~Tawakkal Tu A'lallah....setiap benda yang kta buat seharusnya bertawakkal kepada Allah....mungkin ada benda yang kita buat tak mendapat keberkatanNya....~

Short holidays in Sabah……

Salam ukhuwah buat semua…dah lame tak post new entry ni…just came back from Sabah actually…. pegi jalan2…..first time kami pergi berjalan jauh lepas arwah we (ayah) tak ade….Wah agak best pegi jalan2 kat Sabah ni….rase cam tak nak balik je hari tu….pergi pon ade sebab gak….kalau tak kerana konvo k ayu confirm tak sampai Sabah….tapi Alhamdulillah dapat gak rase holiday kat sabah even pegi 3 hari je….paling seronok first time naik ‘belon’….hehe…

Day one….

Dari LCCT ke KK lebih kurang 2 jam setengah….pegi ngan Air Asia je…lain tak mampu…at least merase gak naik kapal terbang biar la kejap pon….tak best pon actually….boring je…kalau lama lagi tak tau la….kat KK kami sewa van….senang sket nak bejalan2…dan stay 3 hari 2 malam kt Faridah’s Bed n Breakfast in Likas…..ala2 omputih la homestay ni coz every morning breakfast are provided….just tdo n breakfast je la….yang lain sendiri punye tanggung…sampai kat KK Airport jam 12.30 tgh hari dan terus ke homestay….petang tu baru keluar ke Jesselton Point….jeti nak ke pulau….then,kami pergi ke Tanjung Aru beach nak tangok sunset….Subhanallah sempurna nya ciptaan Allah….dapat la tengok sunset yang real punye….memang cantik….dan sempat juga kami ke Sutera Harbor….tempat kapal2 mewah milik Sultan Brunei if not mistaken….malam tu after makan2 n solat, pergi ke pasar Filipine…macam2 barang ada especially mutiara Sabah….dari sekecil2 mutiara sampai lah kebesar2 mutiara….memang banyak….memang famous la…murah pon murah…macam2 jenis mutiara ada…sampai tak tau nak pilih yang mane…rase cam nak beli je semua tu…ma pon tak lupe beli untuk anak2 dan menantu2 nya…..saya pon dapat bahagian gak..pilih punye pilih tapi ma la yang bayar…



kami di sutera harbor.....~



dekat tanjung aru.....cantik kan...??



sho kat tanjung aru...tarian ape tak tau...



ni la dia...pasar filipine.....

Day two….

Pagi tu pergi kak ayu pnye konvo kat UMS….nasb baik dia kena sesi pagi..boleh pg bejalan petang tu….before siap konvo kami melawat2 Tamu Gadang UMS (pesta konvo)…bahasa pasar orang Sabah…beli bunga dan macam2 lagi….after kluar dewan canselor,amik gambar la..ape lagi kan..gambar kenangan konvo UMS….sukenye dah dapat degree….saye pny turn lagi 4 tahun…Insyaallah…congrate sis…tapi lagi suka kalau arwah dapat tengok….then after lunch kat UMS,kami ke Kundasang…ni la tempat yang memang nak pegi sangat2…..dari KK ke Kundasang dalm 2jam…jalan nak ke sane pon ala2 nak gi Cameron Highland la…before tu singgah dulu kat Tamparuli Suspension Bridge nak amik gamba punye pasal….then,kami pergi Kinabalu Park…..tapi kat kaki gunung je la….tak sempat sampai puncak….cuaca sejuk dan kabus pon tebal….siap2 bergambar ,kami bertolak balik ke Likas…



tamparuli suspension bridge.....



blogger girl and her mother...eheh....



kami....di kaki gunung kinabali...kinabalu park...


Day three….

Hari ni hari last kat sabah…tak sempat pegi berjalan ke mane2 pon coz flight balik kl kol 12.30 tgh hari….nak check in lagi…..pagi UMS dan amik gamba je la ngan jubah konvo before kena hantar…..then,terus ke KK Airport….balik makin banyak beg nampaknye…..ngan kotak2 lagi….memang shopping sungguh la….dan selamat smpai ke LCCT jam 3.30…..



last day in sabah...


Syukur…..lepas sudah jalan2 di Sabah 3 hari…tak tau pulak bila boleh sampai sane…InsyaAllah…ade mase dan panjang umur sampai lagi…..pergi untuk ape tak tau la tu…..mane tau dapat jodoh ngan orang sane kan????heheh….what a sweet holidays 2009…..thanks a lot to ma,a jaa, k ain and k rah.....

Friday, October 16, 2009

Congratulation to My Kakak..~

Tamu Gadang Universiti Malaysia Sabah 2009....

Praise be to Allah that we have be blessed by Him with good health and capability….Alhamdulillah….please let me to post this entry in English even full of grammar mistakes….congratulation to my sister due to her convocation in UMS recently….thus, we went to Sabah to celebrate it…..last person got the degree before mine….4 years after this….Insha’Allah…but, maybe my beloved niece and nephew (kakak anis and fadzli) are going to face their convocation first before their Mak Su… both of them are struggling for their 'diploma'….its ok….I’ll attend your convocation ….Hopefully….

I thought it’s the best day in her life after 3 years …..Faced a lot of difficulties and rivalry between her friends to achieve her own goals….and now everything is over…..its okay having a degree in local university….its almost same with overseas universities themselves….just different in place and surrounding…..the most vital one is we have the desire to study and gain a lot of knowledge….”jangan kate degree kat Malaysia ni cikai”….strong no.…not all overseas students get their flying color’s result….



depan dewan camselor UMS...



with mummy...sorang tak ade....:-(



conratulation to you.....



last day in UMS....

So, congrates kak ayu….hope you will always success in future….don’t look back….let bygones be bygones……degree is done…..convocation is over….everything is over...syukran..



kakakku....

A bit envy when some of my friends and relatives especially someone who much closer with me, who are studying abroad right now …jauh beza kan….tapi tak apa….rezeki masing2… Allah is the only one who knows our destiny……so, who are we to deny it….praise be to Allah to all His ni'mah that have been given to us…….good luck to all my cousins, Kak Ila in Japan, Kak Long Alia in Egypt and not too forget to Abang Long Firdaus who is going to Germany….Insha’Allah....

~from Harun Yahya's book "Lets Learn About Islam"-all the things that happen to man wheter is it good or bad is already known by him...the word "takdir" is a bounty for man...so,man should not regret to all the experiences that happened to him
or worries to all the things that not good for him...Allah gives us a good word for those who is very patient with all the difficulties...~

Wallahua'alamu Bissowab....

Saturday, October 10, 2009

Untitled...~

I open my eyes
I try to see but I’m blinded by the white light
I can’t remember how
I can’t remember why
I’m lying here tonight

And I can’t stand the pain
And I can’t make it go away
No I can’t stand the pain

How could this happen to me
I made my mistakes
I’ve got no where to run
The night goes on
As I’m fading away
I’m sick of this life
I just wanna scream
How could this happen to me

Everybody’s screaming
I try to make a sound but no one hears me
I’m slipping off the edge
I’m hanging by a thread
I wanna start this over again

So I try to hold onto a time when nothing mattered
And I can’t explain what happened
And I can’t erase the things that I’ve done
No I can’t

How could this happen to me
I made my mistakes
I’ve got no where to run
The night goes on
As I’m fading away
I’m sick of this life
I just wanna scream
How could this happen to me

I made my mistakes
I’ve got no where to run
The night goes on
As I’m fading away
I’m sick of this life
I just wanna scream
How could this happen to me

anything happens is because of the will of allah....

finally,it's over...

alhamdulillah,abis gak exam ku...syukur sangat2...tapi cuak plak nak tunggu result..maybe lambat sket coz lecturer tgh busy sekarang ni....last ngan analytic geometry tadi,lega je rase...cam dah terbang kat langit dah...then online...saat2 yang paling ditungu-tunggu...bape hari dah tak on9..lepas gian la ni...tak pe la...exam dah habis kan..????kena enjoy gak...last wednesday i've finished my calculus exam...

cte pasal exam ni,ag tadi agak susah la...tu bagi saye..mungkin ada yang kate ag tadi senang...dr jesni pny soalan memang high class la...takut plak...dalam class rase cam ok je,tapi mase exam....tak tau la tu..then,mase calculus ari tu pon,ade bleh jawab ade tak berape boleh jawab...calculus ari tu open book exam....nasib baik gak la...hebat kan prof torla..i like it..hehe.....penat bawak buku yang ala2 kamus tu p class...and then the result will coming soon...takutnye...

actually,these are the last paper for my mid term exam...lambat sket...the rest already finished before eid...result pon dah dapat...so far so good...alhamdulillah...cume,nanti final memang kena buat tahap giga la...i hope so...nak maintain pointer ni susah kan...kalau terer tak pe gak...i'll try my best to achieve it...orang lain boleh buat,tak kan diri sendiri tak boleh kan???

minggu ni agak busy....tambah2 lagi prepare tok exam....lega rse da habis...tapi,next week,assingment dah beratur dah...tunggu nak buat and submit je...tutorial pon berlambak2 dapat,tapi tak terbuat...insyaallah akan buat...dengan kuiznye lagi next week....moga2 dipermudahkan olehNya...

harap2 dapat la result yang memberangsangkan...InsyaAllah...usaha tangga kejayaan...dah buat yang terbaik....hanyan allah yang menentukan...work hard and then turn to Him...

Sunday, October 4, 2009

MENGAPA WANITA MUDAH MENANGIS?

Suatu ketika, ada seorang anak laki-laki yang bertanya pada ibunya.

"Ibu, mengapa Ibu menangis?". Ibunya menjawab, "Sebab aku wanita". "Aku tak mengerti" kata si anak lagi. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kamu memang tak akan pernah mengerti...."

Kemudian anak itu bertanya pada ayahnya. "Ayah, mengapa Ibu menangis?, Ibu menangis tanpa sebab yang jelas". sang ayah menjawab, "Semua wanita memang sering menangis tanpa alasan". Hanya itu jawaban yang bisa diberikan ayahnya.

Sampai kemudian si anak itu tumbuh menjadi remaja, ia tetap bertanya-tanya, mengapa wanita menangis. Hingga pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa wanita mudah sekali menangis?"

Dalam mimpinya ia merasa seolah Tuhan menjawab, "Saat Kuciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan dan mengeluarkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali ia menerima cerca dari anaknya itu. Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

Kepada wanita, Kuberikan kesabaran untuk merawat keluarganya walau letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah.

Kuberikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam kondisi dan situasi apapun. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada bayi-bayi yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didekap dengan lembut olehnya.

Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.

Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyadarkan bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai istrinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

Dan akhirnya Kuberikan ia air mata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus Kuberikan kepada wanita, agar dapat digunakan kapan pun ia inginkan. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya air mata ini adalah air mata kehidupan".

istimewakan seorang wanita tu????Alhamdulillah dilahirkan sebagai seorang muslimah....sehinggakan dalam sebuah hadis ada disebutkan "sesiapa yang mempunyai anak perempuan,tidak dihinakan dan tidak mengutamakan anak lelaki daripada anak perempuan,nescaya dia dimasukkan ke dalam syurga"...(Hadis dan Riwayat Abu Daud dan Hakim)

Saturday, October 3, 2009

Kem Remaja Unggul 2009....

Assalamualaikum wbt...Alhamdulillah bersyukur kita kehadarat Ilahi di panjangkan umur dan sihat tubuh badan...syukur....Alhamdulillah juga kerana saya diberi peluang oleh Allah dengan meninggalkan sebentar urusan dunia untuk mengikuti Islamic Camp sebagai santapan rohani.....

semalam dan hari ni,2 dan 3 Oktober saya berpeluang mengikuti Kem Remaja Unggul anjuran Pertubuhan Pergerakan Ibnu Sina Malaysia(papisma) yang diadakan di Sekolah Agama Rakyat Balok,Pahang...program tersebut bermula dengan solat maghrib berjemaah pada petang 2hb....tapi malam tu saya dan teman2 tiba lewat disebabkan masalah transport...akak yang kena amik kami tu sampai lewat...

selepas sedikit briefing dari commity program,kami solat isyak berjemaah sebelum memulakan sesi tazkirah pertama yang disampaikan oleh Ustaz Abd Rahman....pada sesi taZkirah pertama tu,ustaz Abd Rahman mengupas tajuk yang begitu penting buat kita semua iaitu akidah...maksud akidah berdasarkan kamus dewan yang ustaz explain ialah kepercayaan atau keyakinan berteras kepada Tuhan...selain itu,ustaz Abd Rahman berbicara mengenai bahagian akidah iaitu Rububiyyah,Uluhiyyah dan Asma' Wa Sifat...ustaz juga ada sebut "orang yang tak beriman dengan konsep akidah ialah orang yang sesat"...MasyaAllah..begitu besar konsep akidah tu buat kita semua...dan tambah beliau mengenai konsep Syahadah dalam kehidupan kita hari ini,yakni arahan daripada Allah seperti puasa,solat,dll...dan pesanan ustaz sebelum mengakhiri tazkirah supaya kami membaca quran selepas solat subuh dan maghrib...

then,kami ada LDK bersama akak2 senior...as ussual la,ta'afur dulu before start discussion...walaupun ada yang dah pernah tengok muke,tapi nama tak tau,kos ape pon tak tau...itu lah pentingnya ta'aruf pada kita...kak min dan kak shu suruh kami habiskan sebiji epal makan gilir2...lepas tu,mereka tanya apa yang boleh relate epal yang kami makan tadi dengan konsep akidah...salah satu jawapannya ialah camana epal tu wujud kalau tiada penciptanya....kerana hanya Allah yang berkuasa memberi sesuatu mengikut kehendakNya...

hari yang kedua,qiamullail diadakan pada jam 4.30 pagi 3hb....dan diteruskan dengan solat subuh bejemaah berseta bacaan Al-Mathurat..then tazkirah subuh disampaikan oleh brother fikri bekenaan dengan konsep hidayah...dalam satu hadis Rasulullah SAW "barangsiapa yang mendapat hidayah dari Allah,maka Allah akan permudahkannya untuk masuk islam..."bro Fikri juga ada menyebut pasal tanda2 oang yang mendapat hidayh iaitu sentiasa cenderung kpd akhirat,menahan dr daripada dunia yang byk menipu dan sentiasa buat persediaan untuk mati..adakah kita tegolong dari salah satu tanda tersebut..InsyaAllah...

sesi tazkirah kedua disampaikan oleh ustazah Siti Noraeshah,pensyarah KIPSAS yang mengupas tajuk konsep ibadah dalam islam.....ibadah lah yang menentukan tahap kita dengan Allah...tambah beliau lagi,setiap perbuatan yang disertai dengan niat dikira ibadah...wah,Islam tu mudah kan...dengan niat kerana Allah,kita dah dapat pahala..mudah-mudahan..dan kalau kita yakin dengan kuasa Allah,InsyaAllah, Allah akan sentiasa melindungi dan membantu kita...

dan sesi tazkirah yang teakhir untuk program ni disampaikan oleh ustaz Mohd Tarmizi,ustsz dari SMK Irshad Kuantan, mengenai akhlak islamiyah...serba sedikit ustaz cerita mengenai akhlak dari awal sampai akhir memandangkan masa mencemburui kami semua..kata ustaz,akhlak ni tajuk yang penting,that's why ia dibawah tajuk akidah..disebutkan juga Rasulullah sebagai penyempurnaan akhlak sepetimana yang disebutkan dalam hadis nabi,"sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak."sebab tu,bila cite pasal akhlak,kita rujuk pada akhlak nabi yang tiada celanya..

then,kami berkumpul lagi dalam kumpulan..kali ni,kena minum 2 gelas air teh...sekali tengok warna cam same,tapi bila minum...satu rasa pahit dan satu lagi manis...kenapa ye...??disini nak kaitkan dengan konsep akidah dan ibadah yang dah kita tau secara basic la katakan...nak jelaskan sepintas lalu,bila kita minum air yang manis,tendency nak minum lagi tu tinggi kan??begitu jugalah denga ibadah,bila kita yakin yang Allah tu wujud,kita akan sentiasa rasa nak beribadah kepadanya secara istiqamah...lepas tu,kami kena minum air sirap plak...merah cam best je..rupa2 nye masin yang teramat... ape yang boleh kita kaitkan dengan konsep akhlak...maksudnya,kita tak boleh menilai akhlak seseorang itu dari sifat luarannya...like an englis quote "dont jugde a book by its cover"..sebagaimana kita tgk air sirap td,nampak merah menawan,rupa2 nya masin pulak..dan berakhirlah sesi ldk kami..

majlis penutup di handle oleh brother Omar Naim kos Optometry yang buat sharing moment ngan kami semua..apa yang kami dapat sepanjang 24jam dalam program ni....dan juga dibincangkan perkara yang boleh dipertingkatkan lagi pada masa akan datang..pogram tamat jam 12.30 tgh hari..moga segala yang saya dapat dari program tersebut dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian..InsyaAllah...

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

Cheeky Quotes

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH