Assalamualaikum buat pembaca sekalian....Haa,kali ni saye nak kongsi pasal cantik pada zahir dan batin...cantik tak semestinya luaran sahaja...Islam juga tidak pernah melarang umatnya untuk bercantik-cantik, tetapi janganlah melampaui batas dan melanggar syariat. Contohnya ketika berpakaian,pakailah apa-apa sahaja yang berkenan pada hati masing2,tetapi janganlah sampai mendedahkan aurat.Pakaian yang menutup aurat adalah perintah Allah yang tidak dapat disembunyikan lagi. Janganlah kerana terlalu mengikut trend terkini untuk kelihatan cantik sehingga tenggelam harga diri sebagai seorang muslim.
Apalah gunanya cantik di hati manusia tetapi kemurkaan pula di sisi Allah kan? Untuk cantik di sisi Allah ia memerlukan suatu keimanan yang kukuh terpahat di hati seseorang. Namun secara zahirnya, kitalah yang menjadi cantik di sisi Allah dalam mengekal kecantikan dan menjadi ibadah bila berpakaian.Bukan puasa, solat dan zakat sahaja merupakan ibadah, tetapi berpakaian cantik menepati syariat sebagaimana yang dikehendaki Allah, merupakan ibadah. Konsep ibadah sangat luas dan bercantik-cantik juga termasuk ibadah selagi tidak melanggar apa-apa yang telah digariskan oleh Allah.
KECANTIKAN DAN KEBERSIHAN HATI
Apabila sudah mengekalkan kecantikan dalam berpakaian, semoga ia menjadi ibadah kita kepada Allah. Namun begitu, ada perkara lain pula yang perlu diambil kira dan perlu diberikan perhatian yang serius iaitu kecantikan dalaman seperti kebersihan hati. Ada orang berpendapat apalah gunanya berwajah cantik tapi hatinya penuh kesumat. Biarlah wajah buruk, asalkan memiliki budi pekerti yang baik dan alangkah bagusnya memiliki kedua-duanya sekali iaitu cantik wajah dan cantik juga budi pekertinya. Seseorang yang memiliki kebersihan hati, tandanya ia telah memiliki kecantikan yang abadi dalam dirinya, walaupun wajahnya tidak cantik. Tapi orang sekarang banyak lihat luaran daripada dalaman kan?apalah gunanya luaran itu kalau kita tak tahu ape isi dalamnya...
Lihatlah sahabat Rasulullah yang bernama Bilal bin Rabah, walaupun wajahnya hitam berkilat, namun di sisi Allah ia tetap dipandang cantik dan tinggi. Ini kerana hati yang ada padanya penuh dengan nilai-nilai ketakwaan. Begitulah pentingnya nilaian hati seseorang pada pandangan Allah. Mengapa Allah menitikberatkan soal hati? Jawapannya kerana hati merupakan raja dalam diri seseorang. Apabila hati cantik, akan baiklah seluruh anggota badan. Kebaikan hati dapat dilihat dengan seseorang tidak suka untuk melakukan kejahatan walaupun pada dirinya sendiri. Apatah lagi untuk melakukan kejahatan pada orang lain. Justeru, lahirlah kecantikan akhlak yang dapat menawan manusia lainnya.
Apabila hati bersih dari sifat dengki-mendengki, iri hati, sombong, dan sebagainya, ini akan mengurangkan tekanan hidup bermasyarakat. Malahan melahirkan hidup berkasih sayang antara satu sama lain. Jika kecantikan hatilah yang diperjuangkan oleh para remaja sekarang, akan berjayalah generasi-generasi yang akan datang. Terpahat di minda untuk mengejar kecantikan bukan sahaja pada zahirnya tetapi fokus utamanya kepada kecantikan dalaman iaitu hati. Jika itu yang dikejar, insyaAllah kita akan selamat pada dunia dan akan mendapat berkat di akhirat kelak....Wallahu a'alamu Bissowab...Illalliqa'...Wassalam...
.... Dunia ini satu persinggahan. Setiap yang ada akan diambil kembali apabila tiba waktunya ....
Saturday, October 24, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blogger templates
About this blog
"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....
peringatan...~
sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH
sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH
sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH
sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH
No comments:
Post a Comment