Saturday, October 3, 2009

Kem Remaja Unggul 2009....

Assalamualaikum wbt...Alhamdulillah bersyukur kita kehadarat Ilahi di panjangkan umur dan sihat tubuh badan...syukur....Alhamdulillah juga kerana saya diberi peluang oleh Allah dengan meninggalkan sebentar urusan dunia untuk mengikuti Islamic Camp sebagai santapan rohani.....

semalam dan hari ni,2 dan 3 Oktober saya berpeluang mengikuti Kem Remaja Unggul anjuran Pertubuhan Pergerakan Ibnu Sina Malaysia(papisma) yang diadakan di Sekolah Agama Rakyat Balok,Pahang...program tersebut bermula dengan solat maghrib berjemaah pada petang 2hb....tapi malam tu saya dan teman2 tiba lewat disebabkan masalah transport...akak yang kena amik kami tu sampai lewat...

selepas sedikit briefing dari commity program,kami solat isyak berjemaah sebelum memulakan sesi tazkirah pertama yang disampaikan oleh Ustaz Abd Rahman....pada sesi taZkirah pertama tu,ustaz Abd Rahman mengupas tajuk yang begitu penting buat kita semua iaitu akidah...maksud akidah berdasarkan kamus dewan yang ustaz explain ialah kepercayaan atau keyakinan berteras kepada Tuhan...selain itu,ustaz Abd Rahman berbicara mengenai bahagian akidah iaitu Rububiyyah,Uluhiyyah dan Asma' Wa Sifat...ustaz juga ada sebut "orang yang tak beriman dengan konsep akidah ialah orang yang sesat"...MasyaAllah..begitu besar konsep akidah tu buat kita semua...dan tambah beliau mengenai konsep Syahadah dalam kehidupan kita hari ini,yakni arahan daripada Allah seperti puasa,solat,dll...dan pesanan ustaz sebelum mengakhiri tazkirah supaya kami membaca quran selepas solat subuh dan maghrib...

then,kami ada LDK bersama akak2 senior...as ussual la,ta'afur dulu before start discussion...walaupun ada yang dah pernah tengok muke,tapi nama tak tau,kos ape pon tak tau...itu lah pentingnya ta'aruf pada kita...kak min dan kak shu suruh kami habiskan sebiji epal makan gilir2...lepas tu,mereka tanya apa yang boleh relate epal yang kami makan tadi dengan konsep akidah...salah satu jawapannya ialah camana epal tu wujud kalau tiada penciptanya....kerana hanya Allah yang berkuasa memberi sesuatu mengikut kehendakNya...

hari yang kedua,qiamullail diadakan pada jam 4.30 pagi 3hb....dan diteruskan dengan solat subuh bejemaah berseta bacaan Al-Mathurat..then tazkirah subuh disampaikan oleh brother fikri bekenaan dengan konsep hidayah...dalam satu hadis Rasulullah SAW "barangsiapa yang mendapat hidayah dari Allah,maka Allah akan permudahkannya untuk masuk islam..."bro Fikri juga ada menyebut pasal tanda2 oang yang mendapat hidayh iaitu sentiasa cenderung kpd akhirat,menahan dr daripada dunia yang byk menipu dan sentiasa buat persediaan untuk mati..adakah kita tegolong dari salah satu tanda tersebut..InsyaAllah...

sesi tazkirah kedua disampaikan oleh ustazah Siti Noraeshah,pensyarah KIPSAS yang mengupas tajuk konsep ibadah dalam islam.....ibadah lah yang menentukan tahap kita dengan Allah...tambah beliau lagi,setiap perbuatan yang disertai dengan niat dikira ibadah...wah,Islam tu mudah kan...dengan niat kerana Allah,kita dah dapat pahala..mudah-mudahan..dan kalau kita yakin dengan kuasa Allah,InsyaAllah, Allah akan sentiasa melindungi dan membantu kita...

dan sesi tazkirah yang teakhir untuk program ni disampaikan oleh ustaz Mohd Tarmizi,ustsz dari SMK Irshad Kuantan, mengenai akhlak islamiyah...serba sedikit ustaz cerita mengenai akhlak dari awal sampai akhir memandangkan masa mencemburui kami semua..kata ustaz,akhlak ni tajuk yang penting,that's why ia dibawah tajuk akidah..disebutkan juga Rasulullah sebagai penyempurnaan akhlak sepetimana yang disebutkan dalam hadis nabi,"sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak."sebab tu,bila cite pasal akhlak,kita rujuk pada akhlak nabi yang tiada celanya..

then,kami berkumpul lagi dalam kumpulan..kali ni,kena minum 2 gelas air teh...sekali tengok warna cam same,tapi bila minum...satu rasa pahit dan satu lagi manis...kenapa ye...??disini nak kaitkan dengan konsep akidah dan ibadah yang dah kita tau secara basic la katakan...nak jelaskan sepintas lalu,bila kita minum air yang manis,tendency nak minum lagi tu tinggi kan??begitu jugalah denga ibadah,bila kita yakin yang Allah tu wujud,kita akan sentiasa rasa nak beribadah kepadanya secara istiqamah...lepas tu,kami kena minum air sirap plak...merah cam best je..rupa2 nye masin yang teramat... ape yang boleh kita kaitkan dengan konsep akhlak...maksudnya,kita tak boleh menilai akhlak seseorang itu dari sifat luarannya...like an englis quote "dont jugde a book by its cover"..sebagaimana kita tgk air sirap td,nampak merah menawan,rupa2 nya masin pulak..dan berakhirlah sesi ldk kami..

majlis penutup di handle oleh brother Omar Naim kos Optometry yang buat sharing moment ngan kami semua..apa yang kami dapat sepanjang 24jam dalam program ni....dan juga dibincangkan perkara yang boleh dipertingkatkan lagi pada masa akan datang..pogram tamat jam 12.30 tgh hari..moga segala yang saya dapat dari program tersebut dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian..InsyaAllah...

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH