Wednesday, January 30, 2013

Officially end; 3 years 6 months

Assalamu'alaikum wbt









Alhamdulillah, Alhamdulillah, Thumaalhamdulillah.
Tak terkira gembiranya hati. Semalam result untuk sem lepas (final semester) dah keluar. Alhamdulillah, more than expected. Boleh sambung cuti dengan amannya. Kalau sebelum ni macam-macam yang saya fikir, sampai boleh mimpi lagi. Huhu. Dan Alhamdulillah everything is okay. 

Dengan keluarnya result semalam, maka saya dengan lafaz Bismillah saya mengumumkan penghabisan degree saya. Alhamdulillah. Unofficially la. Nak official tunggu grad bulan 10 nanti. Insha-ALLAH:”)

Hampir 6 tahun saya di UIA. 2 tahun di PJ dan tiga tahun setengah di Kuantan. Ramai orang cakap lamanya saya belajar, tak habis-habis. Orang lain dah buat masters hampir nak habis. Tapi saya degree baru habis. Apa pun saya tak kisah. Memang tak dinafikan belajar kat UIA lama. Foundation saja dah dua tahun. Degree pulak at least 4 tahun.  Banyak yang nak kena cover sepanjang belajar kat sana. Insha-ALLAH akan berbaloi masa jumpa orang luar nanti:”)

Hampir 4 tahun saya di Kuantan. Tak kisah lah orang cakap dekat je, sekangkang kera je. Tak kisah lah walau ada lagi orang yang tak pernah tahu kewujudan UIA Kuantan. Tapi saya kisah sebabnya hampir 4 tahun saya di sana. Suka dan duka, masam pahit manis semua ada. Kalau dicampur semua buat air mata ini luruh.

Hampir 4 tahun saya di sana, saya kenal sahabat-sahabat bermacam-macam, walau mungkin mereka tak kenal saya. Sebabnya saya jarang bercakap melainkan dengan  orang yang betul-betul rapat. Hampir 4 tahun saya di sana, ALLAH pertemukan saya dengan Kak Fizah, Kak Aini dan Ain, murabbi yang osem yang berjaya menarik saya untuk bergembira dalam bulatan. Alhamdulillah.
 
Hampir 4 tahun saya di sana, ALLAH juga mempertemukan saya dengan roommate yang saya kira sangat beruntungnya saya sebab satu bilik dengan An dan Kak Hawa. Hampir 2 tahun kami satu bilik. Tak lupa juga sahabat-sahabat saya yang saya mulai rapat masa 2nd sem 1st year. ALLAH, terima kasih kerana pertemukan dengan mereka. 






Kalau nak diceritakan semua, mungkin tak akan habis. Biarlah ianya menjadi kenangan untuk diabadikan dan diingati kelak :”)




 
 Peneman diwaktu suka dan duka.
Jazakummullahu khairan kathira. Semoga ALLAH melindungi kalian di mana sahaja berada.
Panjang umur kita jumpa lagi. Insha-ALLAH :")


Sahabatku, Walaupun hanya sebentar kita bersua, Walaupun hanya seketika kita berjumpa, Walaupun hanya sekejap kita bersama, Memori itu, Ukhuwah itu, Kata-kata semangatmu itu, Tetap teguh dihatiku, Sebagai peneman di kala hati merindui, Sebagai penegur di kala hati sedang sakit, Sebagai penguat di kala jasad sedang lesu.

Sahabatku,
Semoga kita terus kekal dalam ukhuwah ini,
Semoga ALLAH teguhkan hati ini,
Semoga ALLAH perkuatkan diri ini,
Semoga ALLAH meredhai diri ini,
Semoga engkau dan aku tetap di sini,
Dalam dakapan ukhuwah ini,
Untuk menyusul menuju ke syurga abadi.



 
 Apa-apa pun saya  merindui waktu itu, yang tak mungkin akan berulang kembali. Cukuplah kenangan itu sebagai ganti andai diri ini merindui waktu itu.





Nota 1 : Jutaan terima kasih saya ucapkan untuk semua lecturer yang mengajar saya. Untuk result sem lepas, nak je rasa peluk Prof Nasir, Mdam Nik, Madam Mona dan Bro. Zaihan. Hampir 3 sem belajar ngan Bro. Zaihan sampai dia pun ingat nama saya. Semoga doa sir untuk saya makbul :")

Nota 2: Jutaan terima kasih juga untuk keluarga saya, terutamanya bonda tercinta yang tanpa jemu mahukan terbaik untuk si anak. Juga kepada kakak-kakak saya yang kadang-kadang fed up bila saya keluarkan 'aura' sulking atau  'tantrum'. Terima kasih atas doa kalian :")

Nota 3: Untuk sahabat-sahabat saya. Thank you for everything. Tak mampu untuk dilistkan disini. 

Nota 4: Untuk si dia yang bertanyakan soalan yang sampai nak tembus hati saya malam tu, sorry from the bottom of my heart. Semoga ALLAH pertemukan yang terbaik untuk kamu. 

Nota 5: Mungkin saya boleh buat n3 10 things that you missed a lot :D


Nota Penting:
Namun perjuangan saya masih jauh.Gembira dah habis walaupun hanya degree, tapi masih banyak yang saya perlu lalui pada masa akan datang. Semoga ALLAH mempermudahkan segala urusan. Ameen. Insha-ALLAH!





 

Tuesday, January 15, 2013

Sekitar CTS Pre-Grad Photo-shoot

Salam 'Alaik







12th January 2013
5.00 pm
CTS Square, IIUM Sport Complex, IIUMK Mosque, OCD































Some of the photos. Kalau semua memang banyak la :")


Some of the information about CTS

Computational and Theoretical Science (CTS) or Bachelor in Mathematical Sciences. Consist of Concentration and minor subjects, core course, and also university course with 134 credit hours for 8 semesters (4 years). 
The concentrations consist of Statistics, Pure Mathematics, Optics and Financial Mathematics while minor consists of education, Business administration and ICT.










Nota 1 :
Hampir 6 tahun kami bersama (2 tahun di UIA PJ dan masuk tahun ke-4 di Kuantan). Nak dekat-dekat grad ni baru tahu hati budi masing-masing. Oh ya? Dan memang ada yang tak pernah bercakap antara satu sama lain dari awal sampai ke habis. Salah seorangnya adalah tuan hamba :")

Nota 2 :
Melihat gambar-gambar ini saya tersenyum sendirian. Oh indahnya saat-saat tersebut :)

Nota 3 : 
Menangis itu perkara biasa. ALLAH sendiri mengatakan DIA yang menjadikan seseorang itu menangis dan tertawa. Nak balik KL hari tu, roommate saya hantar sampai ke depan bus. Macam biasa salam dan peluk. Mata sudah berpasir. Tapi saya hanya menangis di dalam bus T___T





 Sesungguhnya setiap pertemuan ada perpisahan. Setiap yang datang akan pergi apabila tiba waktunya. Setiap yang keseorangan akan berteman bila tiba ketikanya. Kerana sudah ALLAH perjelaskan jodoh pertemuan hanya di tangan DIA.

Bertemu tidak jemu berpisah tidak gelisah. 
Ukhuwah Fillah Abadan Abada :")





Saturday, January 12, 2013

Bulatan Kita untuk DIA

Assalamu'alaikum wbt





Kaki melangkah dengan bersemangat. Salam diberi tangan dihulur. Lutut dirapatkan menandakan liqa' bakal bermula. Alhamdulillah :")


Alhamdulillah, ALLAH menggagahkan hati dan jasad untuk berusrah pada hari ini. Semoga apa yang dilakukan ini mendapat redha ALLAH.

Al-quran dibuka dan dibaca berserta Tadabbur Al-Quran.
Pemahaman kita yang berbeza tetapi kita tetap melagukan ayat-ayat cinta-NYA yang sama, menuju ke satu destinasi yang sama.






Sirah Rasulullah dan sahabat-sahabat diimbas kembali.
Impian kita tetap sama. Ingin menjadi seperti mereka serikandi-serikandi Islam terdahulu. Agar ada sedikit sifat mereka dalam diri.

Akhbar islami
Peka dan cakna isu semasa. Kita bukan keseorangan, kerana kita ada saudara untuk dipedulikan

Hadis

Mutabaah amal
Kita punyai impian untuk sampai ke tangga teratas yakni ustaziatul alam. Kita punyai cita-cita untuk cemerlang di tangga pertama sebagai individu muslim. Keinginan dan cita-cita itulah yang melengkapkan mutabaah amal kita. Dengan satu tujuan iaitu melangkah ke tangga seterusnya dengan bergaya dan berani :")


"ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu 
melainkan mereka sendiri yang mengubahnya"
[Ar-Ra'd:11]
 "Tarbiyah bukan segala-galanya tetapi segalanya bermula dengan tarbiyah"
 [Mustafa Masyhur]



Sesungguhnya setiap pertemuan ada perpisahan. Setiap yang datang akan pergi apabila tiba waktu. Setiap yang keseorangan akan berteman bila tiba ketikanya. Kerana sudah ALLAH perjelaskan jodoh pertemuan hanya di tangan DIA. Tiada siapa yang berhak untuk menafikan itu.



Akhawatku,
Walaupun hanya sebentar kita bersua,
Walaupun hanya seketika kita berjumpa,
Walaupun hanya sekejap kita bersama,
Memori itu,
Ukhuwah itu,
Kata-kata semangatmu itu,
Tetap teguh dihatiku,
Sebagai peneman di kala hati merindui,
Sebagai penegur di kala hati sedang sakit,
Sebagai penguat di kala jasad sedang lesu.

Akhawatku,
Jalan tarbiyah kita masih jauh untuk dipandu,
Jalan tarbiyah kita masih panjang dan berliku-liku,
Jalan tarbiyah kita masih banyak mehnah menunggu.

Akhawatku,
Semoga kita terus thabat di gerabak ini,
Semoga ALLAH teguhkan hati ini,
Semoga ALLAH perkuatkan diri ini,
Semoga ALLAH meredhai diri ini,
Semoga engkau dan aku tetap di sini,
Di gerabak tarbiyah ini,
Untuk menyusul menuju ke syurga abadi.





Ukhuwah Fillah Abadan Abada.
Jazakumullahu Khoiral Jaza'.
Mohon maaf atas kesalahan sepanjang kita liqa' bersama.
Semoga ALLAH pertemukan kita suatu hari nanti. Insha-ALLAH :")


P/S: Walimah antunna semua nanti jangan lupa jemput ya :") 




"Aku pastikan kemaafan diucapkan diakhir pertemuan kerana mungkin itu adalah pertemuan terakhir bagiku"





Tuesday, January 1, 2013

2013; Untuk saya dan anda

Assalamu'alaikum wbt







Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk bernafas dan memasuki tahun baru Masihi 2013. Berlalu sudah 2012 yang memberi beribu (infinity saya kira) kenangan suka dan duka dalam hidup kita semua. Mudah sahaja sifirnya. Buang yang keruh ambil yang jernih. Move forward. Jangan pernah menoleh ke belakang lagi. Tapi kalau nak flashback boleh la. Lepas tu senyum sorang-sorang. Hehehe :")

2013; dah 24? Owh, bertambah satu angka unofficially. Apa harapannya ye? :P

2012; terlalu banyak untuk saya kongsikan. Tak tertulis mungkin. Biarlah ia tetap bersemadi di hati dan sanubari.



2012; kenangan itu memang manis :)


Bertambah ahli keluarga dengan kedatangan insan-insan baru. 2012 Meriah dengan kedatangan 2 little nephew dan sorang little niece (Yusuf, Haqeemi dan Dhiya) berserta new brother in-law. Welcome to this family.

 Family day bulan 6 hari tu. saya tengah final exam masa tu, tetap pergi memeriahkan walaupun tak penuh. T___T

Owh ya, awal tahun 2012 yang lalu, saya sempat meluangkan masa bersama Kak Long yang balik bercuti. Hmm, sempatlah kami melawat ikan-ikan di Aquaria KLCC :")

Bergembira bersama keluarga, itu yang terbaik. Sentiasa diingatan :")
[Ini lah 'pakej' saya;Ma, kakak-kakak dan abang-abang, ipar duai berserta satu 'batalion' anak saudara (yang saya harapkan dapat diterima oleh 'bakal' orang baru nanti) ]

Dapat lesen L setelah kali ke-2 test JPJ. Hehehe. 

Menghadiri perkahwinan sahabat-sahabat. 4 orang sahabat saya kahwin 2012. 2 daripadanya bakal ibu. Insha-ALLAH. Rasa nak melompat bila dapat tahu. Gembira untuk mereka. Semoga sentiasa sihat :")

"Dating" bersama sahabat baik, kenal masa sekolah dulu, deskmate masa form 3. Bermalam di rumah dan sempat kami berjalan-jalan ke KB. Juga beliau tak lupa ole-ole dari Japan untuk saya. TQ Gee. Rindu nak jumpa awok lagi :")

Practical di HUSM. Kenangan pahit dan manis.

Kenangan bersama sahabat-sahabat yang osem di abad ini [n3 khas untuk mereka nanti]. TQ so much!

Apa lagi ye. Banyak sangat ni. Mungkin tu je kot. The rest is history :")



2013; welcome to my life. please be nice for me 

Hari pertama 1.1.13; busy study untuk second paper this Thursday. Tapi buka laptop jugak. Hailah!

Ramai sahabat-sahabat bakal mendirikan masjid tahun ni. my schoolmate merangkap classmate (SCIPP-UIA 2002-2013) bakal kahwin. Barakallah Za.Tak lupa juga naqibah saya yang osem itu. Hmm, kena pegi pillow talk ni before beliau kahwin :")

Tahun terakhir sebagai undergraduate student. Insha-ALLAH. Semoga ALLAH memudahkan segala urusan untuk menghadapi dunia luar yang super duper hebat.

Mahu isi cuti dengan perkara faedah sebaik mungkin.

Nak habiskan buku-buku yang tak sempat dibaca 2012. Mesti habiskan!

Sampaikan saya ke Jeju Island. Insha-ALLAH :")

Untuk diri sendiri yang perlukan lebih mujahadah, kekuatan dan kesabaran. Mahu lebih alert mengenai mutaba'ah amal. Jangan pandang sebelah mata sahaja. Kalau balik rumah terus jadi 'raksasa gorgon'. Malu lah T___T

Perubahan itu bukan sahaja di tahun baru, tetapi setiap masa dan setiap hari.Siapa lagi yang kita boleh harapkan untuk merubah diri sendiri melainkan diir sendiri.





Semoga tahun ini lebih baik dan bertambah baik daripada sebelumnya. Perbetul dan perbaharui niat berserta azam yang teguh untuk mencapai apa yang dihajati. Tidak lupa juga memohon doa kepada DIA supaya diberikan kekuatan untuk melaksanakan apa sahaja urusan kebaikan dan diringan untuk meninggalkan apa sahaja keburukan. Insha-ALLAH :")


"Watazawwadu Fainna Khoirazzadittaqwa-Berbekallah, sebaik-baik bekal adalah taqwa"
[Al-Baqarah:197]












Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

Cheeky Quotes

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH