Tuesday, January 1, 2013

2013; Untuk saya dan anda

Assalamu'alaikum wbt







Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk bernafas dan memasuki tahun baru Masihi 2013. Berlalu sudah 2012 yang memberi beribu (infinity saya kira) kenangan suka dan duka dalam hidup kita semua. Mudah sahaja sifirnya. Buang yang keruh ambil yang jernih. Move forward. Jangan pernah menoleh ke belakang lagi. Tapi kalau nak flashback boleh la. Lepas tu senyum sorang-sorang. Hehehe :")

2013; dah 24? Owh, bertambah satu angka unofficially. Apa harapannya ye? :P

2012; terlalu banyak untuk saya kongsikan. Tak tertulis mungkin. Biarlah ia tetap bersemadi di hati dan sanubari.



2012; kenangan itu memang manis :)


Bertambah ahli keluarga dengan kedatangan insan-insan baru. 2012 Meriah dengan kedatangan 2 little nephew dan sorang little niece (Yusuf, Haqeemi dan Dhiya) berserta new brother in-law. Welcome to this family.

 Family day bulan 6 hari tu. saya tengah final exam masa tu, tetap pergi memeriahkan walaupun tak penuh. T___T

Owh ya, awal tahun 2012 yang lalu, saya sempat meluangkan masa bersama Kak Long yang balik bercuti. Hmm, sempatlah kami melawat ikan-ikan di Aquaria KLCC :")

Bergembira bersama keluarga, itu yang terbaik. Sentiasa diingatan :")
[Ini lah 'pakej' saya;Ma, kakak-kakak dan abang-abang, ipar duai berserta satu 'batalion' anak saudara (yang saya harapkan dapat diterima oleh 'bakal' orang baru nanti) ]

Dapat lesen L setelah kali ke-2 test JPJ. Hehehe. 

Menghadiri perkahwinan sahabat-sahabat. 4 orang sahabat saya kahwin 2012. 2 daripadanya bakal ibu. Insha-ALLAH. Rasa nak melompat bila dapat tahu. Gembira untuk mereka. Semoga sentiasa sihat :")

"Dating" bersama sahabat baik, kenal masa sekolah dulu, deskmate masa form 3. Bermalam di rumah dan sempat kami berjalan-jalan ke KB. Juga beliau tak lupa ole-ole dari Japan untuk saya. TQ Gee. Rindu nak jumpa awok lagi :")

Practical di HUSM. Kenangan pahit dan manis.

Kenangan bersama sahabat-sahabat yang osem di abad ini [n3 khas untuk mereka nanti]. TQ so much!

Apa lagi ye. Banyak sangat ni. Mungkin tu je kot. The rest is history :")



2013; welcome to my life. please be nice for me 

Hari pertama 1.1.13; busy study untuk second paper this Thursday. Tapi buka laptop jugak. Hailah!

Ramai sahabat-sahabat bakal mendirikan masjid tahun ni. my schoolmate merangkap classmate (SCIPP-UIA 2002-2013) bakal kahwin. Barakallah Za.Tak lupa juga naqibah saya yang osem itu. Hmm, kena pegi pillow talk ni before beliau kahwin :")

Tahun terakhir sebagai undergraduate student. Insha-ALLAH. Semoga ALLAH memudahkan segala urusan untuk menghadapi dunia luar yang super duper hebat.

Mahu isi cuti dengan perkara faedah sebaik mungkin.

Nak habiskan buku-buku yang tak sempat dibaca 2012. Mesti habiskan!

Sampaikan saya ke Jeju Island. Insha-ALLAH :")

Untuk diri sendiri yang perlukan lebih mujahadah, kekuatan dan kesabaran. Mahu lebih alert mengenai mutaba'ah amal. Jangan pandang sebelah mata sahaja. Kalau balik rumah terus jadi 'raksasa gorgon'. Malu lah T___T

Perubahan itu bukan sahaja di tahun baru, tetapi setiap masa dan setiap hari.Siapa lagi yang kita boleh harapkan untuk merubah diri sendiri melainkan diir sendiri.





Semoga tahun ini lebih baik dan bertambah baik daripada sebelumnya. Perbetul dan perbaharui niat berserta azam yang teguh untuk mencapai apa yang dihajati. Tidak lupa juga memohon doa kepada DIA supaya diberikan kekuatan untuk melaksanakan apa sahaja urusan kebaikan dan diringan untuk meninggalkan apa sahaja keburukan. Insha-ALLAH :")


"Watazawwadu Fainna Khoirazzadittaqwa-Berbekallah, sebaik-baik bekal adalah taqwa"
[Al-Baqarah:197]












No comments:

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

Cheeky Quotes

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH