Sunday, December 30, 2012

Sweet December 2012

Assalamu'alaikum wbt





Alhamdulillah, paper pertama final examination dah selamat 'berlepas'. Ada sedikit lagi masa untuk next paper 'tahun depan'. Hehehe. :)

December 2012; banyak yang nak diskongsikan. Suka dan duka. Ewah!

Sabtu terakhir December 2012.

December; ramai jugak anak buah yang ulang tahun. Semalam 29.12.12, Azzahra ulang tahun yang pertama.

 Azzahra; mahal sungguh senyuman dia. penat nak agah!


25.12.12 yang lepas, Abang Qeemi aka Abang Harith ulang tahun yang ke-3. Sempat kami celebrate beramai-ramai. Cikda masak spaghetti, Mok Cek goreng bihun, Cumi buat puding roti, Papa dia buat air. Saya 'amik kontrak' susun-susun je :P





18.12.12 hari tu hari kelahiran insan baru yang baru diberi nama oleh Papanya. Wan Muhammad Haqeemi nama diberi. Alkisah nama Haqeemi ni. Papanya nak yang bermula dengan huruf "H". Kami ibu-ibu saudaranya mencadangkan bermacam-macam nama yang bermula dengan huruf "H". Tapi the daddy still wants Haqeemi for his second child. okey. Comel jugak Haqeemi pun. Kan Qeemi ?





Dah luluskan nak pegang ank kecil? Eheh!


16.12.12 pulak, Kakak my first niece ever ulang tahun yang ke-21. Dah besar  rupanya anak sedara sulung saya.

4.12.12; ulang tahun Mirah yang ke-19.


Di bawah ini gambar sebahagian anak-anak sedara kesayangan saya dan kami semua :")



Imani. Masa kat KL hari tu, Imani nak je ke mana orang nak dukung dia, especially saya la. Sampaikan masa nak balik tu, dia nangis tak nak balik sebabnya nak duduk dengan Sukila. Owh, Imani :")


 
Sebahagian anak sedara 'teruna'



Yusuf, Ridhwan dengan Ummi dia :")


 
Sebahagian anak saudara perempuan. Dua-dua orang ni melampau tinggi. Ikut bapak le :")


Harith dan Maisarah. Kat tiang tu Husaini. Kt rumah abang di Sungai Buluh



 Sebahagian family saya. masa kenduri 22.12.12 hari tu. Semua ada. Seronok!
Tema sebenarnya putih hitam, tapi my eldest brother camana boleh terbawak baju melayu merah. Ayah Long paling menyerlah. Kata si anak buah :")



Dilema generasi apa ye. Semua tab bagai. Dia pulak lagi pandai dari kita :P



That's the kenduri that i meant before :")


Alhamdulillah, selesai. Majlis tunang saya dan pasangan. Hahahah :P


They are growing faster. How fast time flies. How i missed the oldest time with all of you. Peluk, cium, dukung, mandikan, pakaikan baju etc. May ALLAH bless all of you. My Du'a always be with you. Semoga membesar jadi anak soleh dan solehah untuk keluarga, bangsa dan negara. Saaayang kamu semua Fillah :")

Semoga ALLAH pertemukan kita semua di syurga-NYA kelak. Insha-ALLAH :")

Rasa macam semalam baru dok dokong, peluk cium, sekarang dah boleh buat kawan :")



I love you,
you love me,
We are happy family,
Forever and ever,
Infinity,
Until Jannah 
Insha-ALLAH :") 


"Katakanlah, Aku tidak meminta kepadamu sesuatu imbalan pun atas seruanku kecuali kasih sayang dalam kekeluargaan"
[Asy-Syura:23]



 

Nota 1 : Selamat masuk darjah 1 Amir. Belajar rajin-rajin ye :")

Nota  2: Doakan saya menempuh final exam minggu ni dan miggu depan. Semoga dipermudahkan :")











No comments:

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

Cheeky Quotes

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH