Sunday, December 9, 2012

IKOD '12; Kenangan Sebelum Grad :")

Salam 'Alaik





Alhamdulillah, baru tadi berakhir IIUM Kuantan Open Day (IKOD) 2012. Acara yang saya kira paling grand yang pernah saya hadiri :")
At least before saya grad.

Alhamdulillah, cuaca elok sepanjang IKOD (bermula Khamis malam). Cuma pagi tadi hujan renyai-renyai. Menandakan 'kesedihan' IKOD bakal berakhir.

Begini sebenarnya. Setiap tahun open day diadakan di UIA Kuantan. Kalau di UIA Gombak sudah sebati dengan Convocation Festival (Convest) yang saban tahun diadakan bagi meraikan pelajar-pelajar yang grad. Pelajar di UIA Gombak dan Kuantan. Jadi, di UIA Kuantan,kami mengadakan Open day. Walaupun tak semeriah Convest :")





Namun, Open Day kali ni paling meriah. Ada I-Baz, exhibition, Book fair, Chocolate fair dan aktiviti-aktiviti lain. Opening Ceremony IKOD '12 diserikan lagi dengan kehadiran Saudara Mat Luthfi, Vlogger yang famous dalam kalangan remaja. Erk, ye ke? Agak la famous. Sayang sekali saya tak sempat untuk ke opening ceremony.

Chocolate fair, sikit je tak macam dekat Gombak hari tu. Tapi okey la dari tak ada langsung kan? Hehehe. Sempat juga saya consult dengan students dietetic di booth mereka. Hmm, I was suggested
to consume more fat
. Kenapakah? Rasa dah terlebih fat dah ni T___T
"Akak makan nasi, kemudian makan roti pulak."
Hmm, itulah makanan ruji saya. Roti!Kalau tak makan nasi saya hanya makan roti :")

Open day tahun ni juga sahabat saya yang juga mengendalikan jualan tudung online membuka gerai jualan tudung-tudung. Maka, kami pun turun padang, tolong jaga gerai. Sambil-sambil 'cuci mata' di IKOD, yang tak sempat saya lakukan semasa Convest baru-baru ini.










International food festival, bersempena Ummatic Week :")
Tapi saya makan sikit je. Anak tekak kurang untuk menerima. Hehehe. Memang perut purely Malay la katakan. Eheh!
Macam mana orang makan sushi yek?


 Cik Tipah bertudung cantik. Comel dia. Hehehe :")
Ini dia. Gerai Hijabaheera. Untuk anda semua, boleh la tekan butang like di page Hijabaheera, atau boleh buat tempahan tudung secara online.
 Insha-ALLAH berpuas hati. Saya pelanggan tetap Hijabaheera :")


 Fruits Festival. 
Bayar RM5 anda boleh makan sebanyak mana durian, rambutan dan manggis yang anda suka.
Memang heaven! Tapi saya makan 3 ulas je durian. Yang lain bantai manggis. Oh, sedap sekali!



Yummy! Alhamdulilah :")


 Inilah dia durian crepe yang pakat dok cerita semenjak dua menjak neh. Hmm, for me, saya tak boleh makan. Hehehe. Tak boleh nak terima oleh si anak tekak :(



Sebelum tutup gerai :")


Semalam closing ceremony Ummatic Week diikuti dengan persembahan Shoutul Harakah, yang tidak asing lagi di bumi Malaysia. Subhanallah! Bersemangat sekali mereka. Teruskan perujuangan kalian. :")



IKOD 2012, yang paling menarik kalau nak compare dengan IKOD 2010, mahupun I-FEST 2011 yang agak kurang memuaskan. Nasib ada Ustaz Ridha je :")
Walaubagaimanapun, tahniah untuk semua Committee members yang bertungkus-lumus menjayakan IKOD 2012. Thumbs up saya berikan. Five stars. Untuk tahun-tahun mendatang, semoga lagi baik. Insha-ALLAH :")



" Setiap hela nafas adalah isyarat untuk rindu, cinta dan kasih. Izinkan hela nafas itu menjadi nikmat untuk aku bersyukur"
[Jalaluddin Al-Rumi]


~The best moment  made off~




Nota 1: Berakhir sudah IKOD 2012. Esok kelas bermula kembali. Berbaki 2 minggu untuk lecture. Tak lupa juga presentation proposal. Semoga ALLAH permudahkan. Insha-ALLAH :")

Nota 2 :Hati dah jadi tak sabar untuk berjumpa semua orang. Insha-ALLAH, semoga semuanya dibawah perlindungan ALLAH :")

 Nota 3 : koleksi Cecelia Ahern, Julia Quinn sudah ada. Sedang berkira-kira mahu membuat koleksi buku-buku Salim A Fillah yang bisa menerbangkan saya ke awan. :")















1 comment:

Hijabaheera said...

Ku dengar namaku diseruuuu..hu hu huuu ;)

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH