Friday, August 26, 2011

cikgu-cikgu yang kelakar~

salam 'alaik



akhirnya,ter"jalan" jugak hasrat nak buat lesen. hehehe. ngilu telinga bila dengar. jadik co-pilot buleh la.^^

amali 8 jam dah habis, penilaian dua jam pun dah habis, masalahnye nak test jpj 11hb 9. 10 hb 9 nak balik kuantan balik dah. ish2. gawat ni. lama2 konfem tak ingat pulak. hahaha. apa boleh buat, jpj sibuk ngan ops sikap ke berape ye?

jam pertama jumpa cikgu, nampak garang sangat, tapi rupa-rupanya ada dalam hati ada taman. hehehe. masuk2 je dalam keta, terus cakap cikgu nak panggil gapo ni? cikgu panggil La deh. hahaha. rasa macam dok ngan family je.
"naik nga cikgu takut sokmo(selalu). bekeng (garang) ke cikgu?"
"ade la sikit2, hehehe. cikgu saya skoloh dulu tak bekeng sangat."
aik, ape kaitan. hehehe.

masuk jam kedua, cikgu selamba habis. dari tempat naik sampai ke selising kami dpk gelak2. hahaha. macam2 cerita ade. mempromosikann kedai lalat tempat kelahirannya. katanya orang kedai lalat hebat. terus saya balas orang selising lagi ganas. hahaha.
"calon2 ni hebat2, ade sekali tu dia kecek (cakap) orang putih ngan cikgu, pahtu cikgu nak jwab gano (macam mana)."
"we(wan) try ganah (suruh bawak laju) sikit."

jam ketiga cikgu ni kelakar habis. bila dapat tahu saya belajar kat UIA, terus dia tanya nak cikgu panggil ustazah ke? hehehe. saya bukan ustazah, harap maklum. ^^
tanya pulak soalan cepu emas, ade boyfriend ke tak lagi. aiseh, ni jawapan paling mahal yang boleh saya katakan. hahaha.
terus dia kata, nak buat menantu pun anak2 kecik lagi.
aik, situ pulak. hahaha.

jam selbihnya cikgu yang sama. cerita pun amcam nak sama je. hahaha.

cikgu penilaian semalam pun sempi jugak. beliau panggil saya Ni. singkatan bagi Hasni. ayu bangat. hahaha. masuk2 terus tanya anak ade berapa dah. hah?
cEh, maturednye saya. hahaha. cikgu kata, mana tahu orang sekarang kecik pun ade anak dah. maaf, saya masih belajar. harap maklum. hehehe. eh, alasan tak logik ^^.

beliau bercerita macam2. sampai dia kata kahwin ngan orang sebelah rumah takde feel nak balik kampung. hehehe.
"hak tu sedak, cikgu, tak payoh baloh (bergaduh) nak balik rumah sapa." hehehe.
"nati kalau nak cari tak payah cari sekampung la deh."
aih, bagi pesanan nampak. hehehe.

ni satu lagi cerita. pasal pak cik tukang bawak kereta yang kerjanya amik dan hantar calon. hehehe. dia seorang yang pasif saya kira. hahaha. tempat dekat pun rasa jauh bila naik keta ngan dia. keh2.
mogok punya pasal, saya sanggup jalan kaki dalam 4oo meter, dekat je sebab malas nak tunggu dia. hahaha.
kita punya lama tunggu, dia boleh buat donno je sambil borak2 ngan staff lain. sapa tak bengang.
sorri la pakcik. muda lagi sebenarnya. hahaha.;p

sempoi habis cikgu2 sini. seronok. hahaha. nampak saja garang, tapi rupa-rupanya dalam hAti ada taman. kelakar habis la. hehehe. i like!



Okeh, itu je nak cerita. cikgu2 ku yang kelakar. hahaha.





_____ the end _____



Thursday, August 25, 2011

salam lebaran



salam a'laik




gembirakah kita dengan kedatangan Syawal? tapi bagaimana denga Ramadan kita? adakah bakal kita bertemu lagi pada tahun hadapan. andai ini Ramadan terakhir untuk kita, Ya Allah layakkan kita untuk meraikan hari kemenangan.

semoga Ramadan kita kali ini berlalu dengan penuh kepuasan dan kenikmatan. dan semoga Allah memanjangkan umur kita untuk bersua pada Ramadan akan datang. Insya-Allah.

jadi, saya di sini dengan penuh rasa rendah diri dan kerdil menyusun sepuluh jari untuk memohon ampun dan maaf atas segala kesalahan saya sepanjang perkenalan kita. semoga lebaran kali ini mampu menyuburkan keharmonian untuk kita semua dengan hari kemenangan ini.



"tidaklah bertemu orang Islam itu, lalu berjabat tangan, melainkan diampunkan dosa bagi keduanya sebelum keduanya berpisah."
(Riwayat Abu Daud)






p/s : selamat hari raya untuk awak di perantauan sana. dengar khabar, raya dalam lecture hall (^_*).
semoga lebih bermakna. jangan sedih2. jadikan ia sebagai hari kemenangan kita.
gambar, nanti kak ila upload ye. hehehe. Insya-Allah.




~SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN ~



wassalam

Sunday, August 21, 2011

21 ogos 2011 M

assalamu'laikum wbt



Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, kita sudah 21 hari berpuasa. Sudah pun memasuki 10 malam terakhir, di mana terdapat malam lailatulqadar, malam yang lebih baik darIpada seribu bulan, yakni 83.3333 tahun. Satu jangka masa yang lama bukan?Belum tentu ibadah kita selama itu malah belum tentu hayat kita selama itu.Allahuakbar.

21 ogos 2011 terimbas kembali kenangan saya kehilangan ayah tercinta untuk selama-lamanya.2 tahun calendar hijrah dan hari ini genap dua tahun calendar saya telah kehilangan arwah. masih terbayang wad panglima yang menjadi saksi perginya seorang hamba Allah menemui penciptanya. seakan-akan terbayang wajah2 yang banyak membantu.

Innalillahiwainnailaihiroji’un.Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali.Kematian yang menjadi kemestian untuk setiap yang hidup, tidak mampu untuk seseorang itu menunda atau melambatkan kematiannya melainkan sudah termaktub di dalam luh mahfuz.

Detik ini tidak akan mungkin untuk saya lupakan sehingga akhir hayat.



Malam satu Ramadan menjadi saksi,

Pemergian seorang hamba menemui penciptanya,

Jatuh jua air mata saat mengetahui,

Peristiwa yang tidak akan mungkin dilupa.


Wad Panglima peneman setia,

Detik terakhir sebelum kematian,

Doctor dan paramedic jenuh berusaha,

Namun hanya Allah yang maha menentukan.


Hospital Raja Perempuan Zainab lokasi utama,

Berulang alik tidak kira ketika,

Tiga minggu masa menjadi pelawat setia,

menemani ayahanda setiap masa.


Sudah dua tahun detik itu berlalu,

Bagaikan semalam baru berlaku,

Hari yang berlalu dipenuhi rasa rindu,

Rindu untuk terus bersamamu ayahku.





AL-FATIHAH!






wassalam

Wednesday, August 17, 2011

kuih paling cun : tepung bunga ^^

salam 'alaik



Alhamdulillah, hari ni dah masuk 17 Ramadan, hari yang mana al-quran diturunkan seperti mana firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 185 "bulan Ramadan adalah bulan yang didalamnya diturunkan al-quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza."

dan tak lupa juga hari ni tarikh berlakunya perang badar yang berlaku pada 17 Ramadan tahun ke-2 hijrah.

Alhamdulillah, tahun ni saya diberi peluang untuk berpuasa kat rumah, tanpa memikirkan pasal assignment, mahupun kuiz, mahupun nak pergi kelas pukul berapa hari ni. hehehe. dan berpuasa di rumah it adalah heaven. ^^

berterawikh di masjid. Subhanallah, dengar suara pak imam buat hati jadi tenang. sedap sungguh. tak tipu. sampai suatu hari tu saya tanya dengan ma, hak mana satu tok imam, sedapnye suara. hehehe. maka mak saya pun tunjuk lah dari kejauhan.

menu berbuka. saya adalah salah satu golongan yang "berpuasa nasi" ketika berbuka. nasi hanya menjadi juadah sahur sahaja. hehehe. jadi berusahalah mak saya buat kuih untuk menu berbuka, sebab saya tak makan nasi. hohoho. itu nikmatnya berbuka kat rumah.

"tepung bunga" adalah kuih kegemaran arwah ayah saya. masa beliau masih ada, hari2 ma buat tepung bunga untuk berbuka. dan pemberitahuan, ayah saya juga merupakan golongan "berpuasa nasi" juga masa berbuka. beliau hanya makan cendol sebagai menu utama. sekarang kuih bunga buat kalau time nak makan je.

dan semalam ma buat tepung bunga. hehehe. setakat ni cendol baru beli sekali. tapi saya dengar khabarnya, abang2 nun jauh di sana rindu nak makan cendol dan tepung bunga. jadi cepat-cepatlah berpulang ke rumah untuk berbuka puasa bersama. hehehe. i miss that moment.








ini lah dia tepung bunga. hahaha, saya tak tahu orang lain panggil apa. tapi rumah kami panggil tepung bunga. sedap! yummy. hehehe. maaf, gambar tak clear. yang kat atas tu tabur gula.^^


p/s: "sejambak bunga cinta" awak saya balas dengan "sepiring tepung bunga cinta." hehehe. nanti balik tahun depan kak ila buat. kuih ni "cun" masa bulan pose jah. ngee!





babai(^_*)

tautan ukhuwah itu

salam 'alaik



semalam 16 Ramadan 1432H, saya berpeluang mengikuti majlis ilmu ibu-ibu (kecuali saya) di masjid. hehehe. sepatutnya semalam kami nak tadarus al-quran, tapi tak sempat. kami hanya bersolat sunat dhuha dan solat sunat hajat berjemaah bersama ustazah yang selalu bagi kuliah mingguan untuk ibu-ibu di masjid.

seronok jugak dengar para ibu-ibu berborak. saya gelak sorang-sorang. hahaha. jahat! macam-macam cerita ada, sementara nak tunggu ustazah datang.

lepas solat tu, ada sedikit perkongsian dengan ustazah (sebenarnya mereka tak panggil ustazah pun). peringatan dan perkongsian Ramadan. dah lebih separuh hari kita berpuasa.


"bulan puasa ni kena banyak istighfar, jangan dok cakap benda2 tak elok. kita puasa. puasa ni menahan, bukan sahaja makan dan minum, kena jaga mulut, jaga lidah dan jaga seluruh anggota badan daripada melakukan sesuatu yeng mendatangkan kemurkaan Allah.

setiap perkataan baik yang kita ucapkan Allah akan memberi ganjaran seperti kita menanam seribu pohon di syurga. kalau hari biasa, kita tanam satu pohon, tapi bulan Ramadan ni allah ganjarkan menjadi 1000 pohon. subahanallah.

kalau rasa nak marah tu, cepat istighfar, zikir, daripada kita dok cakap benda tak elok. ikut la anak cucu kita nak cakap apa. kalau mengantuk tu jangan berterawih. kita nak mencari keredhaan Allah, kalau solat dalam keadaan mengantuk macam nak khusyuk. terawih ni bererti rehat, kalau rasa mengantuk, berhenti dulu, baru sambung. solat terawih ni boleh kita tunaikan sepanjang malam sebelum masuk subuh. boleh kalau nak sambung kat rumah.

banyakkan berdoa dalam bulan puasa ni. 4 golongan yang tidak diterima doanya oleh Allah. orang yang syirik kepada Allah, derhaka kepada ibubapa, bergaduh dengans audara sendiri melebihi tiga dan orang yang minum arak. yang kita takut ni golongan ke-3, bergaduh lebih pada tiga hari. jadi, sama-sama lah kita bermaaf-maafan sesama kita.

jadi, setakat tu sahaja untuk perkongsian hari ni. sebelum tu, kita sama-sama bersalam sebelum balik. ikut sunnah Rasulullah bersalam deh. masa bersalam tu, tengok anak mata orang yang kita bersalam dan senyum, lepas tu pegang bahu, peluk dan cium pipi jangan cium hidung. wassalamua'laikum wbt."


kami buat bulatan dan bersalam. cumel kan. bersalam dengan ibu-ibu sekalian kecuali saya la (masih single tapi tak availble). ek? ye, sekarang ni "available" untuk Allah dan ibubapa. kan?
hehehe.


"mak Ngah halalkan semua, ye Syakila."
"maaf banyak2".

terharu saya mendengar kalimah tu daripada seorang tok guru la kita kata. Mak Ngah Yah adalah tok guru mengaji saya. beliau peluk saya dan berdoa. akhirnya menitis jugak air mata yang ditahan. terima kAsih atas segala ilmunya. semoga Allah sentiasa memberkati.

subhanallah, beruntung kepada sesiapa yang mengikuti majlis ilmu. setiap langkah kaki ke masjid dikira malaikat dengan niat kerana Allah. siapa yang tak nak pahala, siapa yang tak nak kebaikan. Alhamdulillah, ada pengisian rohani untuk ibu-ibu. semoga diteruskan sampai ke bila-bila. ada peluang saya jugak nak join. Insya-Allah. rugi tak pergi, masa bila lagi nak jumpa jiran2 sekampung.


setakat itu sahaja. hari ni dah masuk 17 Ramadan, hari di mana al-quran diturunkan dan juga peristiwa Perang Badar berlaku. sama-sama kita ambil ikitbar daripada perang badar yang menguji keimanan dan kekauatan manusia.






wassalam.

Monday, August 15, 2011

Jangan dibiarkan nafsu ammarah menguasai diri

salam a'laik



Tengah-tengah beratur, tiba-tiba datang seseorang masuk queue di hadapan kita.Allah, punyalah nak marah.Semua orang nak cepat, bukan dia sorang je.

Tengah syok bergaduh, tiba-tiba mause dibaling sampai pecah.Memang marah betul hari tu.Nasib tak tampar je.

Tengok, dengan mudah syaitan menghasut diri untuk gagal mengawal nafsu marah walaupun hal yang kecil.Astaghfirullah.Bohong kalau kita kata tak pernah rasa marah seumur hidup, daripada mimic muka pun kita tahu seseorang itu sedang bergelut dengan api kemarahan.Syaitan bersuka ria bila kita marah, sebabnya mereka Berjaya menghasut kita dengan nafsu ammarah ke dalam diri kita.

Jadi, sifat pemarah ni baik ke? kalau marah dengan situasi yang betul dan dapat dikawal dengan baik, tanpa sebarang pertumpahan darah, saya kira itu cukup bagus. Marah yang terlampau mendorong kita untuk bertindak di luar batasan, atau dengan kata lain mudah untuk mengeluarkan kata-kata yang tidak elok didengar dan mungkin juga boleh mencederakan orang lain.

Bila tengok anak sedare ni bergaduh, fuh, gerun.Kau tarik aku, aku tarik kau.Dengan mulut sekali bersuara.Marah sangat.Sampai yang ada kat tangan pun boleh dibaling.Maka terkorban lahtetikus dell berdarah itu.Apa boleh buat, saya sendiri memang rasa nak baling balik dekat orang yang membaling itu. Geram. kalau gaduh mesti nak baling barang. huh!

Kalau kita imbas kembali sejarah Rasulullah SAW yang mengajak umat manusia mendekatkan diri kepada Allah di Thaif, baginda kena baling batu sampai berdarah-darah. Rasulullah SAW mengamuk dan marah sakan ke? tidak, baginda sikit pun tak marah. Kalau kita, anda semua boleh bayangkan.Perempuan tua yahudi yang meletakkan duri di laluan untuk Rasulullah ke masjid, sampailah perempuan tua itu jatuh sakit, tetapi Rasulullah tak berdendam, bahkan baginda pergi melawat wanita tua tersebut.

Subahanallah, akhlak junjungan besar Rasulullah SAW tiada tandingannya.Di sepanjang perjuangan baginda menyebarkan agama Allah, ada sahaja manusia yang tidak berpuas hati dengan niat yang jahat terhadap baginda.Namun baginda langsung tidak menunjukkan sifat marah apatah lagi untuk berdendam.Mampukah kita untuk meneladani akhlak nabi Allah Muhammad SAW?

marah tak membawa kita ke mana pun, malah diri sendiri yang rugi.Syaitan gelak sakan tengok kita marah, menampakkan usaha mereka telah Berjaya.Sekiranya kita marah kerana peribadi kita disakiti, maka hendaklah kita tahan kemarahan tersebut, yang mana ia merupakan sifat terpuji yang sepatutnya dimiliki oleh orang yang mengaku beriman.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan muslim, daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: ”bukanlah yang gagah perkasa itu seorang yang mampu merebahkan orang lain, tetapi sebenarnya orang yang gagah perkasa itu ialah orang yang mampu mengawal diri ketika marah.” Jom sama-sama jadi gagah perkasa (^_*)


Redakan marahmu :

  • Segera mengingati Allah

Masa tengah-tengah marahtu, cepat-cepatlah kita ingat Allah. Istighfar banyak-banyak.Jangan kita tewas dengan godaan syaitonirrojim.

Dalam sebuah hadis riwayat Al-Tirmizi dan Ibn Majah, daripada Mu’az bin Anas r.a, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : ”sesiapa yang menahan marah padahal ia boleh melepaskannya, maka dia akan dipanggil allah pada hari kiamat bersama para pemimpin makhluk sehingga dipilihkan untuknya bidadari mana yang akan dikahwinkan dengannya mengikut kehendaknya.”


  • Memohon perlindungan kepada Allah

Kita hendaklah meMohon perlindungan allah daripada sifat marah kerana marah itu berasal daripada syaitan. Allah berfirman dalam surah Fussilat ayat 36 yang bermaksud “dan jika syaitan mengganggumu dengan sesuatu gangguan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya dia maha mendengar lagi maha mengetahui.”

Ucapkanlah a’uzubillahi minassyaitonirrojim (aku berlindung kepada allah daripada godaan syaitan yang direjam). Mudah-mudahan kemarahan kita akan reda.


  • Berwudhuk

Marah itu berpunca daripada syaitan dan syaitan pula diciptakan daripada api. Api lawannya air. Jangan ditambah api dengan api, tetapi lawanlah api dengan air supaya sejuk dant enang. Jadi, apabila kita tengah bengang nak marah tu, eloklah berwuduk, biar sejuk sikit.


  • Memilih untuk berdiam diri

Diam itu lebih baik daripada kita marah dengan mengeluarkan kata-kata yang sensitive di hati pendengar yang boleh mengeruhkan lagi keadaan.Sabda rasulullah SAW yang bermaksud“ jika seseorang di antara kamu marah, maka hendaklah dia diam.”

Diam bukan bererti kita bodoh, tetapi diam merupakan sebahagian daripada iman.


Jadi sahabat-sahabat sekalian, tidak ada manusia dalam dunia ni tanpa sifat marah. Mesti ada walau sedikit.Mesti ada yang menunjukkan “muka ketat” walaupun lidah tidak berkata-kata.Akan ada yang menarik muncung seribu walaupun mulut terkunci untuk bersuara.

Jangan kita jadikan marah sebati dalam diri kita.Kawallah kemarahan selagi boleh, nescaya tenang hatimu dan lapang fikiranmu.Mari bersama-sama jadi orang yang gagah perkasa bukan untuk angkat berat tetapi untuk mengawal kemarahzn kita. ^^

jangan biarkan api kemarahan kita terus menjadi bara.


wallahu a'lam


wassalam


Wednesday, August 3, 2011

30 hari memburu cinta

assalamu'alaikum wbt



Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, kita sudah memasuki bulan yang penuh rahmat, penuh maghfirah, penuh barakah yang mana bulan yang lebih baik daripada seribu bulan. Bulan yang mana dijanjikan gandaan pahala sebanyak tujuh puluh kali ganda.Subhanallah.Bulan yang mana diwajibkan keatas setiap orang beriman untuk berpuasa sebagai mana umat yang terdahulu supaya kita bertaqwa seperti yang difirmankan oleh Allah dalam surah al-baqarah ayat 183.

Rasululah SAW juga ada berkata apabila tibanya bulan Ramadan, pintu syurga akan terbuka seluas-luasnya, pintu neraka akan tertutup serapat-rapatnya dan syaitan-syaitan akan dibelenggu. Syaitan yang “diberikan cuti” oleh Allah untuk tidak melemahkan nafsu anak-anak adam semasa berpuasa, tetapi sebenarnya mereka sudah pun melemahkan nafsu kita sebelas bulan selebihnya bagi orang-orang yang lalai.Jadi bulan Ramadan bulan yang hanya sekali syaitan diikat, harus kita persiapkan untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah sebagai persediaan untuk menghadapi bulan-bulan lain.

30 hari memburu cinta?memburu cinta Allah di bulan yang penuh barakah ini. Sebetulnya kita bukan sahaja memburu cinta Allah pada bulan Ramadan sahaja, tetapi pahala yang dijanjikan pada bulan ini membuatkan kita berusaha untuk memburu cinta Allah.Berpuasa, menjaga hawa nafsu, tadarus al-quran, solat-solat sunat, bangun tahajjud, dan tidak lupa memburu cinta Allah pada sepuluh malam terakhir, malam yang tidak ada pada sebelas bulan lain, malam yang lebih baik dari seribu bulan.Seperti yang termaktub dalam surah Al-Qadr ayat 1-5.

Sesungguhnya kami telah menurunkan al-quran ini pada malam lailatulqadar. Dan apa jalannya engkau mengetahui apa dia kebesaran malam lailatulqadar itu? Malam yang lebih baik daripada seribu bulan.Pada malam itu, turun malaikat jibril dengan izin tuhan mereka, kerana membawa segala perkara yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikutnya.Sejahteralah malam yang berkat itu hingga terbit fajar.

30 hari memburu cinta Allah?Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud“ Ramadan itu awalnya rahmat, pertengahannya maghfirah (keampunan) dan akhirnya pembebasan daripada api neraka.” Jika kita tahu begitulah peningkatan dan perubahan yang disediakan oleh Allah, pasti 10 hari pertama bulan Ramadan dilakukan dengan sebaiknya, ditingkatkan lagi pada 10 Ramadan yang kedua apatah lagi 10 Ramadan terakhir. Tawaran yang tidak patut kita ragu-ragukan.

30 hari memburu cinta?Bagaimana puasa kita?Tahap mana puasa kita. Adakah peringkat pertama (sekadar menahan lapar dan dahaga), kedua (menahan lapar dan dahaga, juga tidak melakukan perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa ) atau ketiga (puasa golongan ulama’ solihin dan muqarrabiin- berpuasa bukan kerana pahala tetapi kerana ingin mendekatkan diri kepada Allah )?

Ayuh sahabat-sahabat sekalian, kita bersama-sama memburu cinta Allah di bulan baik penuh barakah ini.Bulan yang tidak Allah jadikan untuk disia-siakan, tetapi bulan tarbiyah untuk manusia beroleh taqwa,bukan hanya sekadar berlapar dan dahaga.

Andai ini Ramadan terakhir untuk kita,kerana belum tentu kita akan hidup lagi pada Ramadan akan datang, adakah sanggup untuk kita berpuasa tanpa mendapat taqwa?layakkah kita untuk berhariraya? Layakkah kita untuk meraikan kemenangan berpuasa di bulan Ramadan?

Jangan kita sia-siakan 30 hari yang penuh barakah ini, kejarlah cinta Allah yang tidak merugikan sesiapa sahaja, bahkan mampu melahirkan cinta sesama manusia. Sempurna hablumminallah, maka akan tercetuslah hablumminannas yang seterusnya melahirkan insan yang itqan (cemerlang dalam profesion). Insya-allah.

Jadikan 30 hari memburu cinta ini sebagai persediaan untuk kita menghadapi 335 hari yang selebihnya , bukan hanya pada bulan Ramadan sahaja.



selamat memburu cinta ilahi. selamat berpuasa.^^




wassalam

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

Cheeky Quotes

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH