Monday, August 15, 2011

Jangan dibiarkan nafsu ammarah menguasai diri

salam a'laik



Tengah-tengah beratur, tiba-tiba datang seseorang masuk queue di hadapan kita.Allah, punyalah nak marah.Semua orang nak cepat, bukan dia sorang je.

Tengah syok bergaduh, tiba-tiba mause dibaling sampai pecah.Memang marah betul hari tu.Nasib tak tampar je.

Tengok, dengan mudah syaitan menghasut diri untuk gagal mengawal nafsu marah walaupun hal yang kecil.Astaghfirullah.Bohong kalau kita kata tak pernah rasa marah seumur hidup, daripada mimic muka pun kita tahu seseorang itu sedang bergelut dengan api kemarahan.Syaitan bersuka ria bila kita marah, sebabnya mereka Berjaya menghasut kita dengan nafsu ammarah ke dalam diri kita.

Jadi, sifat pemarah ni baik ke? kalau marah dengan situasi yang betul dan dapat dikawal dengan baik, tanpa sebarang pertumpahan darah, saya kira itu cukup bagus. Marah yang terlampau mendorong kita untuk bertindak di luar batasan, atau dengan kata lain mudah untuk mengeluarkan kata-kata yang tidak elok didengar dan mungkin juga boleh mencederakan orang lain.

Bila tengok anak sedare ni bergaduh, fuh, gerun.Kau tarik aku, aku tarik kau.Dengan mulut sekali bersuara.Marah sangat.Sampai yang ada kat tangan pun boleh dibaling.Maka terkorban lahtetikus dell berdarah itu.Apa boleh buat, saya sendiri memang rasa nak baling balik dekat orang yang membaling itu. Geram. kalau gaduh mesti nak baling barang. huh!

Kalau kita imbas kembali sejarah Rasulullah SAW yang mengajak umat manusia mendekatkan diri kepada Allah di Thaif, baginda kena baling batu sampai berdarah-darah. Rasulullah SAW mengamuk dan marah sakan ke? tidak, baginda sikit pun tak marah. Kalau kita, anda semua boleh bayangkan.Perempuan tua yahudi yang meletakkan duri di laluan untuk Rasulullah ke masjid, sampailah perempuan tua itu jatuh sakit, tetapi Rasulullah tak berdendam, bahkan baginda pergi melawat wanita tua tersebut.

Subahanallah, akhlak junjungan besar Rasulullah SAW tiada tandingannya.Di sepanjang perjuangan baginda menyebarkan agama Allah, ada sahaja manusia yang tidak berpuas hati dengan niat yang jahat terhadap baginda.Namun baginda langsung tidak menunjukkan sifat marah apatah lagi untuk berdendam.Mampukah kita untuk meneladani akhlak nabi Allah Muhammad SAW?

marah tak membawa kita ke mana pun, malah diri sendiri yang rugi.Syaitan gelak sakan tengok kita marah, menampakkan usaha mereka telah Berjaya.Sekiranya kita marah kerana peribadi kita disakiti, maka hendaklah kita tahan kemarahan tersebut, yang mana ia merupakan sifat terpuji yang sepatutnya dimiliki oleh orang yang mengaku beriman.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan muslim, daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: ”bukanlah yang gagah perkasa itu seorang yang mampu merebahkan orang lain, tetapi sebenarnya orang yang gagah perkasa itu ialah orang yang mampu mengawal diri ketika marah.” Jom sama-sama jadi gagah perkasa (^_*)


Redakan marahmu :

  • Segera mengingati Allah

Masa tengah-tengah marahtu, cepat-cepatlah kita ingat Allah. Istighfar banyak-banyak.Jangan kita tewas dengan godaan syaitonirrojim.

Dalam sebuah hadis riwayat Al-Tirmizi dan Ibn Majah, daripada Mu’az bin Anas r.a, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : ”sesiapa yang menahan marah padahal ia boleh melepaskannya, maka dia akan dipanggil allah pada hari kiamat bersama para pemimpin makhluk sehingga dipilihkan untuknya bidadari mana yang akan dikahwinkan dengannya mengikut kehendaknya.”


  • Memohon perlindungan kepada Allah

Kita hendaklah meMohon perlindungan allah daripada sifat marah kerana marah itu berasal daripada syaitan. Allah berfirman dalam surah Fussilat ayat 36 yang bermaksud “dan jika syaitan mengganggumu dengan sesuatu gangguan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya dia maha mendengar lagi maha mengetahui.”

Ucapkanlah a’uzubillahi minassyaitonirrojim (aku berlindung kepada allah daripada godaan syaitan yang direjam). Mudah-mudahan kemarahan kita akan reda.


  • Berwudhuk

Marah itu berpunca daripada syaitan dan syaitan pula diciptakan daripada api. Api lawannya air. Jangan ditambah api dengan api, tetapi lawanlah api dengan air supaya sejuk dant enang. Jadi, apabila kita tengah bengang nak marah tu, eloklah berwuduk, biar sejuk sikit.


  • Memilih untuk berdiam diri

Diam itu lebih baik daripada kita marah dengan mengeluarkan kata-kata yang sensitive di hati pendengar yang boleh mengeruhkan lagi keadaan.Sabda rasulullah SAW yang bermaksud“ jika seseorang di antara kamu marah, maka hendaklah dia diam.”

Diam bukan bererti kita bodoh, tetapi diam merupakan sebahagian daripada iman.


Jadi sahabat-sahabat sekalian, tidak ada manusia dalam dunia ni tanpa sifat marah. Mesti ada walau sedikit.Mesti ada yang menunjukkan “muka ketat” walaupun lidah tidak berkata-kata.Akan ada yang menarik muncung seribu walaupun mulut terkunci untuk bersuara.

Jangan kita jadikan marah sebati dalam diri kita.Kawallah kemarahan selagi boleh, nescaya tenang hatimu dan lapang fikiranmu.Mari bersama-sama jadi orang yang gagah perkasa bukan untuk angkat berat tetapi untuk mengawal kemarahzn kita. ^^

jangan biarkan api kemarahan kita terus menjadi bara.


wallahu a'lam


wassalam


No comments:

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH