Tuesday, April 26, 2011

love itu cinta

salam a'laik...



sebut cinta, mesti orang ingat pasal
couple2 ni. tapi kita lupa cinta Allah. kita lupa cinta Rasulullah. kita lupa cinta saudara2 kita. kita lupa cinta alam ciptaan Allah.

bagaimana nak meraih cinta manusia kalau tiada cinta kepada Allah?
bagaimana nak sayang manusia kalau gagal cinta Allah?

Allah menghadirkan kita satu perasaan untuk mencintai dan dicintai. fitrah manusia untuk mencintai dan dicintai. tidak dapat dinafikan lagi. cuba kita bayangkan kita
tanpa cinta seorang insan yang bernama manusia. cuba kita bayangkan juga kita tanpa cinta Allah. Na'uzubillah.

cinta kepada Allah, Insya-Allah, Allah hadirkan cinta kita untuk mencintai seseorang.

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (kerananya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal." - [ Al-Anfal, 8:2]

ya, kita cintai manusia, kita cintai kerjaya, kita cintai harta benda, kita cintai segala-galanya, TETAPI, di mana cinta Allah buat kita?

"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternakdan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga)." - [Al-Imran, 3:14]

ayuh sahabat2 sekalian, kita muhasabah diri kita.
di mana cinta Allah dalam diri kita? cintakah kita kepada Allah melebihi segala-galanya?

siapa cinta kita yang paling utama?

Kebahagian dan ketenangan sebenar hanya akan hadir bila kita mendekati Allah.



Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam bersabda: “Di antara doa Nabi Daud ’alihis-salaam ialah: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu perbuatan yang dapat mengantarku kepada cintaMu. Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin.” Dan bila Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam mengingat Nabi Daud ’alihis-salaam beliau menggelarinya sebaik-baik manusia dalam beribadah kepada Allah.” (HR Tirmidzi 3412)


Cintailah Ilahi

Rasa cinta

Adalah satu anugerah tuhan pada hambaNya

Dan kerananya manusia sanggup apa saja

Asalkan dia memiliki apa yang dicita


Kerna cinta

Sanggup berkorban apa saja, harta dan nyawa

Setiap detik hanya memikirkan tentang si dia yang tercinta

Ingin bersama sepanjang masa


Tetapi pastikah cintamu dihargai

Mungkinkah si dia kan tetap setia

Setelah kau serah jiwa dan ragamu

Mungkinkah kau pastikan tidakkan dihancurkan


Jika kau mencintai bunga

Sedarlah engkau bunga itu akan layu

Jika kau cintakan manusia

Sedarlah suatu hari dia akan pergi

Jika kau mencintai harta

Harta itu nanti kau akan tinggalkan

Jika kau mencintai Ilahi

Hanya Dia yang akan kekal abadi


Cintailah Ilahi




cintakan Allah, cinta sebenarnya, kitakan tenang diwaktu susah.
kembalilah kepada tuhan, DIA kan tetap menanti,
kehadiran hamba-NYA yang sebenar pasrah,
CINTA KASIH SAYANGNYA TIDAK BERTEPI.



wallahua'lam
wassalam.

Sunday, April 24, 2011

the gorgeous april (^-*)

salam 'alaik...





yeay, gorgeous April datang kembali. hehehe. ini dia gorgeous April of wan's family, (^-*)




Wan Abdul Aziz, 18th April.



Wan Khairul Husaini, 8th April



tak lupa juga
Wan Hasni Syakila, 16th April
Wan Hasni Ayu, 27th April



And the winner is.......

mesti la mak2 sedare dia. hahahaha.


selamat hari lahir buat kalian semua. semoga sentiasa dalam rahmat dan redha allah.
buat si kecil, semoga menjadi mujahid yang soleh lagi muslih untuk keluarga.
buat kakakku, semoga panjang umur dan murah rezeki, dikurniakan jodoh yang soleh. Amin! Insya-Allah. hehehe.
selamat bertambah amal semua.
last but not least, uhibbukum fillah abadan abadan.



ya Allah, kau kurniakanlah rasa cinta dan kasihku buat saudara-saudaraku yang tercinta. sesungguhnya aku menyayangi mereka kerana-MU wahai tuhan yang menjadikan aku dan saudara2ku.




wassalam

Friday, April 22, 2011

tanam orang....

salam a'laik....



di sebuah masjid, di sebuah kampung yang tenang dan damai, beruntunglah hamba-hamba Allah yang diberi peluang untuk menghadiri majlis ilmu. Alhamdulillah.

ustaz memberi tazkirah dengan tenang. masing2 tekun mendengar.



perkara2 yang melengkapkan iman:

mengucap dua kalimah shahadah
solat
puasa
hijrah
jihad fi sabilillah
haji dan umrah

.
.
.

bersambung.


tiba-tiba, "tanam apa cepat boleh makan?"
"tanam orang la. habis kebumi malam tu paling tak bihun goreng."

hahaha. gelak saya sorang2. pandai ustaz melawak. i like. hehehe.

maka benarlah, tanam orang cepat boleh makan.
tanam pisang mau 2 3 bulan nak tunggu hasil. (^_*)




wassalam....

Tuesday, April 19, 2011

kenapa ambil mathematics?

salam a'laik....


ikuti perbualan ringkas saya bersama Ayah Su. oh ya, Ayah Su adalah suami kepada Mak Su, iaitu adik bongsu arwah we (ayah) :

Ayah Su : amik ape kat sana?
saya : Matematik.
Ayah Su: alang2 masuk uia, kenapa tak amik bahagian agama terus?
saya : hehehe (tak tau nak jwab apa). saya minat subjek maths ni Ayah Su. bab2 menghafal ni kurang sket. hohoho. (tapi dalam hati je la)
Ayah Su : sekarang ni pyh nak keje, kena sambung sampai phd la, baru senang.
saya : em, betul. (yang ni pun letih. hahaha) dalam hati jugak.
cakap betul2 maunya kena ketuk. hehehe.

kenapa saya amik Mathematics ye. can anybody tell me? hehehe. yes, i'll tell you, why i'm fell in love with maths.

masa sekolah, saya alah dengan Add Maths. maths yang satu lagi "kacang je". hahaha.
1st paper for Add Maths during form 4, saya fail. hehehe. apa lah. Add Maths pun fail. ngee!
dan trus bangkit, tak semestinya fail permulaan, akan fail selama-lamanya.
dan Alhamdulillah, result maintain and i got A for both.

angan2 saya nak amik Dentsitry, kat mana? eh, of course la kat UIA. hehehe. tapi result Bio saya memunahkan harapan. i got b. huhuhu.

terus masuk UIA dengan kos Physical Science dan sekarang 2nd year Student of Computational and Theoretical Science, IIUM kuantan campus.
belajar maths seronok. ye, sangat. lagi best dari subjek membaca.
ye, saya alah dengan subjek membaca.

buat mathematics, rilek je, sambil2 dengar lagu. best!
exercise jejari dengan menekan kalkulator. hehehe. seronok kot. hahaha.

"By learning electric and electronic you can become a mathematician",Prof. Kim Cheol Hwan (lecturer of SKKU)
betul ke. it might be yes and it might be no.
tapi bagi saya, not a real mathematician. maths students learn more detail.

"learning mathematics is fun. you can feel the beautiful of maths", Sister Hanim, Master Student, UIA Kuantan.

setakat ni saya tak nampak sepenuhnya di mana cantiknya maths tu. hehehe. but, i can feel some of them.

"budak maths ni dia je yang tau. orang lain tak tau", En Wan Zaidi. ye, my big brother. dengan dia lah saya belajar Advanced Calculus.

"Ape yang budak2 math fikir orang lain tak terfikir",Dr Jesni (lecturer of IIUM Kuantan)

"semua benda dalam dunia ni memerlukan nombor", Prof Dr Torla.

"the earlier mathematicians is great. they produced a lot of formulas, that will be used by everybody", Dr Ibrahim Shogar.

"mathematics students and engineering students are differ. (tengok cara intergration dengan limit infinity", Dr Pah Chin Hee.

by learning mathematics, i know everything about numbers. from definition to proving.

saya masih mencari kecantikan matematik itu. Insya-Allah.


~love numbers,enjoy counting,conquer maths..~

wallahua'lam

wassalam.

Sunday, April 17, 2011

22 and one day~

salam a'laik...


Alhamdulillah hari ni genaplah 22 tahun ..

sebagai seorang anak….

Sebagai seorang sahabat…

Dan juga sebagai seorang hamba Allah…

Umur dah meningkat….

Tapi amalan makin bertambah ke????

MasyaAllah….


Cukup ke amalan yang dilakukan selama ni…

Cukup ke denganTambahan amalan2 sunat…

Istiqamah ke dalam beribadah kepada Allah…

Banyak ke ingat Allah selama hidup ni..

Takutnya bila muhasabah balik….


Semoga pertambahan umur ni sejajar dengan sakhsiahnya…

Semoga umur hari ini lebih baik dari umur yang semalam…

Semoga amalan hari ini lebih bertambah berbanding amalan semalam..

Semoga hari ini lebih bermuhasabah dari hari semalam…

Semoga akhlak kari ini lebih baik dari akhlak semalam…

Dan semoga hari ini adalah lebih baik dari hari semalam dalam setiap perkara..

InsyaAllah…




Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah,
Allah telah memanjangkan usiaku,
untuk terus mengabdikan diri kepada-Mu

terima kasih semua atas ucapan dan doanya,
terutama buat keluarga besarku, sahabat-sehabat,
semoga sentiasa dalam rahmat dan redha Allah,
jazakumullahu khoiran kathira.

thanks alot to Kak and Kak Long for the special n3.

Ya Allah,
bukakanlah pendengaran hatiku
untuk mengingati-Mu,
kurniakan bagiku ketaatan kepda-Mu
dan ketaatan kepada rasul-Mu
serta beramal dengan kitab-Mu.



P/S: n3 untuk Gorgeous April untuk akan datang. hehehe. (^-*)





Illalliqo'

masihku ingat (13) :rindu

salam a'laik




biar luput dari pandangan,
tidak luput di dalam ingatan,
1 tahun, 7 bulan,3 minggu dan 6 hari aku kehilangan,
Al -Fatihah buatmu tanda ingatan,
semoga kau ditempatkan dalam kalangan orang2 beriman.





wassalam

Friday, April 15, 2011

hurey2 bersama Husaini..

salam a'laik...



Alhamdulillah, sudah berada di rumah. hehehe. i like. dok mengadap tv je keje nye. huhuhu.

balik hari tu terus ke rumah abang kat Pasir Puteh. tolong tengok2kan anak2 buah. hehehe.
ye, 2 hari bersama si kecil, Husaini yang banyak kerenahnya. hahaha.
hidup dia berlari-lari, melompat-lompat, tak pernah nampak dia jalan elok2.
ni lah namanya happy go lucky kid. grow up kiddo. hehehe.


Cakapnya banyak, mengalahkan orang besar, tapi habuk pun tak paham. hahaha
memula nampak saya, terus berlari-lari. bajet malu la. dan tak lupa, bajet cute. hehehe. tapi betullah, memang cute pun.

nampak je handset, terus

"epon2, amik amba".
hehehe. cute tak.

nak amik gambak sapa?
"amik amba adik la"

tunjuk lori dia yang patah.
"atoh, angah uat"

kakak mana?
"kakak oloh"(kakak sekolah)


"oggi" (oggi tu lori). hehehe.

banyak lagi la. sampai lupa. hohoho.

oh ya, berada kat rumah ni nikmat ye. tambah2 lepas exam. hulamak! best (infinity) hehehe.

dan tak lupa, rindu kawan2 jugak. jumpa tak jumpa buka sem baru ni la. Insya-Allah.


sekadar peringatan:

jika kamu mencintai Allah,ikutilah aku, nescaya Allah mencintai kamu dan mengampuni dosa-dosamu(3:31)




wallahua'lam


wassalam

Saturday, April 9, 2011

end of semester

salam a'laik.....


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.
the examination was over. I've done my part. may Allah bless my effort. Ameen!

last day bersama FE's family, hati rasa tak sabar nak "berpisah". hehehe. pulang saja dari dewan exam, rasa macam nak terjun katil ganti tidur. hahaha. tapi tidak lah sedemikian. banyak lagi yang nak kena settle.

oh, nikmatnya habis exam. tidak kah begitu??? hehehe. i like (infinity).


and....................

the long vacation is begin. hehehe. like again (triple infinity)

sedar tak sedar, dah habis tahun 2. hehehe. seronok!

sebut pasal cuti, apa yang planning nak buat. meh kita terjah!

  • nak baca buku Cecelia Ahern. sebenarnya dah jatuh hati dengan Julia Quinn's book.
  • nak marathon Diva Universal
  • amik lesen. eheh. bape kali dan terbengkalai. harap2 jadi la yang ni. huhuhu.
  • yang paling penting, tak lupa buat rutin harian yang buat kat sini. jangan bila dah sampai rumah lupa segala-galanya.



okeh, sedikit update lepas haBis exam. hehehe.
selamat bercuti kawan2. jumpa bulan 9 plak. Insya-Allah panjang umur. dalam masa 5 bulan ni, anything can happen. tahun kita tak leh Ifthor sama2 kat padang la. T____T



------- NAK LAPTOP------
- kalaulah saya tau siapa yang amik saya punya laptop nak je haku humban ke laut biar dimakan ikan paus. hahaha. tak payah hidup kat dunia kalau diri tu menyusahkan orang lain. kalau dah menyusahkan diri sendiri dengan benda2 terkutuk tu, memang menyusahkan orang lain. MEMANG!-





wassalam

Wednesday, April 6, 2011

art talent contest~

assalamua'laikum wbt.....



ISLAM ITU INDAH

Islam,

Kedatanganmu membawa sejuta perubahan,

Kedatanganmu memberi seribu pengertian,

Kedatanganmu mengundang ketenangan hati seorang insan,

Kedatanganmu mengajar erti sebuah kehidupan,

Kedatanganmu membakar semangat sebuah perjuangan.


Islam,

Agama Allah yang sangat terpuji,

Darjatmu yang tinggi tidak dapat ditandingi,

Kedudukanmu yang unggul tidak dapat disaingi,

Kebenaran ajaranmu tidak mampu diragui,

Kemudahanmu tidak dapat dibayangi.


Islam,

Ajaranmu menyeluruh tanpa mengenal usia,

Ajaranmu membentuk akhlak manusia,

Ajaranmu merapatkan umah sedunia,

Ajaranmu mengajar manusia mengenal penciptanya,

Ajaranmu mendidik manusia mencintai Rasulnya,

Ajaranmu menyuruh manusia menyayangi saudaranya.


Islam,

Agama yang membawa kebenaran,

Agama yang menyediakan segala kemudahan,

Agama yang berlandaskan hadis dan Al-Quran,

Agama yang tidak memerlukan paksaan,

Agama yang tidak menyekat kebebasan,

Agama yang dipenuhi dengan keindahan.

Bangkitlah wahai umat Islam,

Ikhlaskan hatimu untuk Islam,

Hiasi dirimu dengan ajaran Islam,

Jauhi dirimu daripada ajaran yang menjatuhkan Islam,

Teruskan perjuanganmu untuk mempertahankan Islam,

Jangan sesekali dirimu memperlekehkan Islam,

Berbanggalah dirimu sebagai umat islam,

Kerana umat yang cemerlang itu adalah umat Islam.



p/s:

art talent contest yang saya masuk hari tu. hehehe. ni under Mahallah Maimunah. Alhamdulillah, dapat la tergolong dalam 5 yang terpilih. (^-*)

tahniah untuk diri sendiri. hehehe.




Illalliqak :))

Tuesday, April 5, 2011

the power of Surah Al-Insyirah

salam a'laik....



oh, the first n3 for April.huhuhu. Alhamdulillah, dah masuk April. i like April very much. Hehehe. oh ya, FE's family masih lagi dalam rangka lawatan. I've spent 3 days with them. Alhamdulillah, I'd done my part. May Allah gives reward. 3 more days left with FE's family. Mungkin akan merindui mereka. Hahaha.

Sebut surah Al-Insyirah, saya akui FE's family banyak menyedarkan diri ini. terbukti Allah memang mendengar setiap kata-kata hambanya tak kira dimana sahaja kita berada. Allah sentiasa mendengar doa kita bila-bila masa sahaja.

tak dapat dinafikan Surah Al-Insyirah ni memang memberi motivasi. bilamasa tengah study,tiba-tiba jiwa kacau, Insya-Allah Surah Al-Insyirah membantu. bukan nak bermegah, tapi Alhamdulillah dapat merasai the power of surah Al-Insyirah.

hari pertama exam, jawab soalan yang bermarkah 10, soalan proving, tapi saya kira-kira masih tak dapat nak proof. Alhamdulillah, Allah nampakkan apa yang saya tak nampak. rupa-rupanya nilai sudut salah. masa tu tengah final checking. ya Allah, aku bersyukur padamu. soalan proving yang memudahkan anda untk dapat markah.



surah Al-Insyirah. (1-8)
  1. Tidakkah Kami(Allah) telah melapangkan dadamu (ya Muhammad). (Kini hilangkan daripadamu kerisauan, sehingga kau tenang, rela karena yakin terhadap janji Allah dan perotongan-Nya).
  2. Dan telah Kami ringankan daripadamu beban-beban yang berat.
  3. Yang memberati tanggunganmu. (Yang berupa tugas menyampaikan risalah wahyu yang diturunkan oleh Tuhanmu, meskipun kau mendapat tantangan dari kaummu).
  4. Dan Kami naikkan (tinggikan) sebutan (nama) mu. (sehingga sebutan namamu selalu disebut di samping nama Allah dalam dua kalimat syahada).
  5. Maka sesungguhnya disamping kesukaran adan kemudahan.
  6. Sesungguhnya disamping kesukaran adan kemudahan.
  7. Maka apabila engkau telah selesai (daripada suatu amal soleh) maka ersusah payahlah (berusaha melakukan amal soleh yang lain pula).
  8. Dan kepada Tuhanmu, berharaplah.

Faiza Azamta Fatawakkal 'Alallah.

bila baca surah ni memang tenang. seolah-olah menggerakkan kita lebih bermotivasi. kalau baca buku motivasi boleh memberi semangat, kenapa tidak surah Al-Insyirah. fikir-fikirkan.

doakan saya untuk 3 kertas yang terakhir.



wallahua'lam


wassalam

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

Cheeky Quotes

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH