Saturday, May 21, 2011

Berhenti mengeluh

assalamu'alaikum wbt



“alah, tak dapat A la”

“hujan lagi. Bila nak kering baju”

“asyik aku je dapat rendah”

“dapat result tinggi dah, tapi boleh matrik je. Orang nak UPU”

“alahai kenapa aku tak lepas interview tu”

Kita manusia. Manusia yang Allah ciptakan dengan sebaik-baik ciptaan, tapi bukan bererti kita sempurna dalam setiap perkara. Allah kurniakan kita akal fikiran bukan bererti kita tak ada cacat celanya. Tiada manusia yang sempurna. Kita bukan malaikat.

Tiada manusia yang terlepas dari mengeluh. Sikit2 mengeluh.

Kita dicipta bukan untuk buruk sangka dengan Allah. Tapi kita dicipta untuk beribadah kepada Allah. “Tidak aku ciptakan manusia dan jin melainkan untuk beribadah kepada-KU”.

Kita mengeluh ni macam kita tak bersyukur kan sahabat-sahabat? Seperti kita tak redha apa yang terjadi. Seperti kita berputus asa dengan Allah. Seperti kita tak menghargai setiap apa yang kita dapat.

Tapi yang sebenarnya apa yang terjadi tu yang terbaik buat kita. Allah dan merancang segala-galanya buat kita.DIA perancang yang terbaik. DIA tahu apa yang terbaik buat kita, tapi kenapa kita lebih2 nak meneluh tak puas hati.

Allah dah sebut dalam surah Al-Baqarah ayat 216 ‘boleh jadi kamu membenci sesuatu ,padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu ;Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.’ Segala benda yang terjadi tu tarbiah dan didikan daripada Allah untuk kita jadi lebih baik, untuk dijadikan sempadan dan pengajaran.


Kita tak dapat cemerlang seperti yang kita nak. Ada hikmah disebalik yang terjadi. Mungkin kalau kita cemerlang kita lupa diri. Mungkin kalau kita cemerlang kita jadi takabbur ; na’uzubillah. Dan Allah tak nak semua tu berlaku ke atas diri kita. DIA nak kita muhasabah diri balik, apa yang lemah diperbaiki, apa yang kurang dipertingkatkan. Usaha dan tawakkal yang lagi double triple kalau boleh. BUKAN mengeluh, putus asa tak tentu pasal. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. Pegang yang ni.


Jadi untuk semua dan untuk diri sendiri yang kadang2 tak boleh nak handle sabar ni, jangan sesekali mengeluh.

JANGAN mengeluh tapi UCAPLAH Subhanallah, glory be to Allah. Allah maha besar. Alhamdulillah, praise be to Allah. Segala puji bagi Allah. Allah akbar, Allah is great. Allah maha besar. Astaghfirullah azhim, tiada siapa yang mengampunkan dosa, melainkan engkau.

“setiap kesusahan ada kesenangan”

Dua kali Allah ulang dalam surah Al-Insyirah.

“Allah tak akan membebankan hamba-hamba-NYA dengan sesuatu yang tak dapat dipikul oleh mereka.”

Stop...

..Halt...

.. BERHENTI…

.. Mengeluh!

Basahkan lidah dengan Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar.

“dengan mengingati Allah hatikan menjadi tenang.”

Hapuskan ah, alah, kenapalah dan segala “lah” yang bakal terlintas dibibir.

Hadapi segala yang terjadi dengan tenang dan sabar.

Jadi orang yang bersyukur. Bukan orang yang kufur.

Sentiasa bermuhasabah diri.

~ setiap hari sebelum memulakan hari baru, kita niat dan sentiasa berdoa demi kebaikan sepanjang hari pada hari tersebut, bermula pada langkah pertama.~



wallahua'lam

wassalam

4 comments:

Nadzipah said...

agree with u sis..

tu la..manusia ni kadang2 tak pernah nak bersyukur dengan apa yang dia ada, apa yang dia dapat...tahunya nak mengeluh je..nak menyalahkan takdir je...huhu...

sedangkan apa yang ALLAH bagi tu dah lebih kalau nak bandingkan dengan yang kita minta..huhu

SubhanALLAH,Alhamdulillah, ALLAHu Akbar!Astaghfirullah hal 'azim....

Thanks for da nice sharing^^

p/s:rindu la nak chat sma...huhu

hasnisyakila said...

betul22...benda kecik pun kadg2 nak mengeluh...

ma sokmo oyak, kalo tak dapt result tu, bukan sebab kita tak pandai tapi Allah tak bagi lagi..
mungkin akan datang Allah bagi...

glory be to Allah, praise be to Allah, Allah is great!


i miss it too T_____T
insya-Allah boleh, i got my "miss reddy" already,
Alhamdulillah..
nanti kita buleh chat, nak webcam pun buleh(^_*)

mis u dear (^_*)

Nadzipah said...

betul2...

boleh bayang mmacam mak cik nah dengan lemah lembutnya oyak gitu ko kak ila^^

"miss readdy"? omg! buleh la chat..buleh jah nak webcam pun..hihi...

really2 miss u..mmuahhhhhh*^_^*

hasnisyakila said...

buleh2...insya-Allah.....
really miss that time..huhuhu....



dah baca contengan jalanan???
oho..Subhanallah.best! superb!

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

Cheeky Quotes

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH