Showing posts with label mari bermuhasabah. Show all posts
Showing posts with label mari bermuhasabah. Show all posts

Friday, September 27, 2013

Ganjaran dan hikmah itu ada tanpa kita sedar

Assalamu'alaikum




n3 Korea masih tak bersambung. Biarlah. Biarlah di situ.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Thummalhamdulillah. 29 Ogos yang lalu, saya menghadiri satu interview (pertama kali dapat dan pergi) di Bangi. Dah pernah dapat interview lain, tapi tak pergi. Maka, berbekalkan sedikit persediaan (setelah mendapat e-mail), saya ke Bangi untuk interview.

Sebelum masuk interview, ada test dulu. Biasalah, kilang Jepun, mesti lah ikut cara Jepun walaupun dekat Malaysia. Selesai test, saya masuk untuk interview.

I met Kak Anis, Kai Lin and my current boss (for this week only) Mr. Toh. Next week, Sayama san will be my new boss.

Dan hari ini, genap 3 minggu saya bergelar pekerja. Hilang sudah gelaran mahasiswa dalam diri unofficial (convocation tak lagi). Bergelar seorang pekerja di Sony. Ye, hari tu saya interview di Sony. As a position? Hmm, berkenaan dengan data, berdepan dengan PC. 3 minggu ni seriously, i could say that, saya banyak dok depan PC. Geral-gerak tetikus (baca: mouse) untuk melihat statement line by line. 

That's why Kai Lin asked me during the interview, what will you do after a long hours in front of the pc? Itulah lebih kurang. Huh, terus saya goreng. Hahah :)

And , she is my colleague now. 

Bekerja. Ya, tidak seindah seperti zaman belajar. Mehnahnya ada di mana-mana, walau siapa kita pun. Pelajar dengan mehnah test, quiz segala bagai. Dan seorang pekerja dengan mehnahnya, bersama rakan sekerja lain, bersama orang atasan.

Ranjau dan duri itu yang membuatkan kita untuk lebih berhati-hati kerana duri itu bisa dikala ia menyentuh diri. Dan ujian itu juga mampu membuat kita untuk jadi lebih kuat.Tiada kehidupan tanpa secalit pun kesusahan. Tiada kehidupan tanpa sedikit ujian.

Walau apa jua yang terjadi, yakinlah ganjaran dan hikmah itu ada tanpa kita sedari.

Ganjaran kita di akhirat sana ALLAH janjikan syurga untuk hamba-NYA yang beramal soleh. Ganjaran yang menaikkan motivasi untuk kita kecapi indahnya bayangan syurga yang pasti itu. Air susu tanpa henti mengalir, buah yang tanpa henti berbuah. Sebut saja nak makan apa, terus ada. Subhanallah!

Pertama kali memegang duit hasil usaha sendiri, saya begitu teruja. Ya sangat teruja. Indah. Terasa penat lelah berlalu begitu sahaja. Alhamdulillah. Rezeki ALLAH.
Yang ada di mana-mana, dengan bantuan manusia sekalipun. Dia dipilih oleh ALLAH untuk bantu kita.

Apa sahaja yang berlaku, beringatlah, setiap yang berlaku akan ada hikmahnya. Lambat atau cepat, dalam sedar atau tanpa kita sedar. Ada ganjaran untuk setiap hamba yang dijanjikan. Kehidupan kita bukan sebuah khayalan yang mudah, tetapi ia menuntut satu kesungguhan. Yang dengan itulah manusia mendapat apa yang dia inginkan. Orang yang berusaha itu akan mendapat ganjarannya. Yakinlah!

Usaha dan tawakkal membuatkan hati kita tenang. Apa sahaja keputusannya, itu urusan ALLAH. Yang maha tahu apa yang terbaik untuk kita.

Jangan resah, jangan gelisah, sebanyak mana dugaan yang dilalui, yakinlah ganjaran dan hikmah itu ada tanpa kita sedar.






Saturday, July 27, 2013

Ramadan 1434H

Assalamu'laikum wbt






Alhamdulillah, Alhamdulillah, Thummalhamdulillah.
ALLAH masih lagi beri kita peluang untuk bertemu Ramadan tahun ni.
Hari ni dah masuk 18 Ramadan.
Sebentar sahja masa berlalu.
Tapi bagaimana dengan status ibadah saya dan anda semua.
Takut sangat!
Takut kita berpuasa ni hanya sekadar mendapat lapar dan dahaga.
Tak mendapat pahala di sisi ALLAH.
Wana'uzubillah.

Takut juga.
Andaikata ini Ramadan terakhir.
Belum tentu bakal bertemu Ramadan yang mendatang.
Astghfirullah!


Hadis nabi ada menyebut.
Setiap amalan anak Adam adalah untuk dirinya sendiri.
Kecuali PUASA.
Puasa untuk diri-Ku.
Aku langsung membalasnya.


Wa awwaluhu rahmah.
Permulaan Ramadan dengan Rahmat ALLAH.
Tapi berjayakah kita meraih rahmat ALLAH.


Wa ausatuhu Maghfirah.
Pertengahannya Ramadan dengan keampunan.
Terampunkah dosa-dosa kita.
Tidak terkira ibarat pepasir di lautan.
Tingginya ibarat tinggi sebuah gunung.


Wakhiruhu itqan minannar.
Dan pengakhirannya pembebasan daripada api neraka.
Layakkah kita untuk ke syurga ALLAH?
YA ALLAH.

Masukkan kami ke syurga-MU.
Jauhkan kami dari neraka-MU.


Ramadan bulan tarbiyah.
30 hari ALLAH jadikan diantara 365 hari dalam setahun.
30 hari masa yang lama.
Melatih kita untuk memperbaiki diri.
Apa yang dilakukan dalam 30 hari.
Bakal dilaksanakan juga dalam 335 hari berbaki itu.
Insha-ALLAH.


Secebis masa yang ada ini.
Mari bersama bermuhasabah.
Ramadan bakal ke penghujung.
Berjayakah kita menggapai "ijazah Taqwa" di akhirnya?
Sebagaimana firman ALLAH.
.....supaya kamu mendapat Taqwa (2:183)
T__T










Masihkan ada Ramadan untuk kita?
Ya Muqollibal Qulub.
Thabbit Qulubana 'Ala Deenik!












Tuesday, June 25, 2013

Perhatikan dan fikirkan

Assalamu'alaikum wbt






Alhamdulillah, diberi nikmat Islam iman dan ihsan.Tidak sampai 15 hari lagi kita bakal bertemu Ramadan Al-Mubarak. Bagaimana persiapan kita untuk menghadapi bulan yang istimewa itu. Semoga kita disampaikan ke bulan Ramadan. Insha-ALLAH.

Hidup kita sememangnya sentiasa memerhati dan diperhatikan. Alhamdulillah dengan anugerah pancaindera daripada ALLAH.

Alam ini menjadi dalil atau bukti bahawasanya wujud si penciptanya iaitu ALLAH. Subhanallah! Mampu ke kita nak menghamparkan bumi, menegakkan bukit bakau, menegakkan gunung ganang, mengalirkan air, menongkat bumi dengan keluasan langit. Mustahil. Tapi tidak mustahil bagi ALLAH!


"Bukankah ALLAH yang menciptakan langit dan bumi dan menurunkan air dari langit untukmu, lalu kami tumbuhkan dengan air itu dengan kebun-kebun yang berpemandangan indah. Kamu tdak mampu untuk menumbuhkan pohon-pohonnya. Apakah di samping ALLAH ada tuhan yang lain. Sebenarnya mereka adalah orang yang menyimpang dari kebenaran."[An-Naml: 60]


Kita sendiri menjadi dalil bahawasanya wujud pencipta iaitu ALLAH. Bagaimana mungkin seseorang itu lahir hanya berasaskan theory Darwin. Tak mungkinlah!

"Kami telah menciptakan manusia dengan sebaik-baiknya." [At-Tiin:4]

Dalam Surah Al-Mukminuun pun ALLAH dah jelaskan tenyang kejadian manusia. Semasa kita di dalam kandungan, siapa yang memberi kita rezeki kalau bukan ALLAH. 
Tangan digerakkan, kaki diangkat, mata berkelip, bibir menuturkan kata-kata,semuanya itu kuasa ALLAH. Allahu Akbar!


"Maka, hendaklah manusia itu memerhatikan makanannya." ['Abasa:24]
Pernah tak kita fikir kenapa bentuk dan rasa sesuatu makanan tu macam yang kita rasa. Lain makanan, lain rasanya. Awesome kan?


Dan saya kira banyak lagi yang kita perhatikan. Dan cuba untuk fikirkan disebalik apa yang kita perhatikan. Hebat mana pun manusia itu, jangan lupa ada lagi yang maha hebat disebalik itu. Besar mana pun masalah yang kita hadapi, yakinlah ALLAH maha Besar. Sempurna mana pun seseorang itu, ketahuilah tiada yang sempurna melainkan ALLAH. Tidak akan pernah ada ruang bagi kita untuk melawan segala kekuasaan ALLAH. Tidak ada kemungkinan bagi kita untuk menyaingi sifat-sifat ALLAH. 

Semoga kita sentiasa menjadi pemerhati dan berfikir atas apa yang ALLAH jadikan. Tidak ALLAH jadikan sesuatu hanya sia-sia. Kita yang seharusnya bijak bertafakkur dan bertadabbur. Tidak gugur walau sehelai daun melainkan dengan kuasa ALLAH. Tidak terlambat dan terawal walau sesaat ajal seseorang melainkan dalam pengetahuan ALLAH.

Mari bersama bermuhasabah dan memperbaiki diri. Selamat mengimarahkan Ramadan yang bakal tiba. Insha-ALLAH.








Nota 1: sama-sama kita doakan keselamatan umat islam di Syria, Palestin dan seluruh dunia. Tidak lupa juga untuk bumi Malaysia khususnya negeri-negeri yang dilanda jerebu. Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Bersabarlah dalam menghadapinya disamping berusaha untuk mendekatkan diri kepada-NYA. 

Nota 2: Bakal berkelana ke Bumi Sonata selama beberapa hari. Semoga ALLAH mempermudahkan.  



Sunday, March 31, 2013

Medan Di hatiku (Part 4)

Salam 'Alaik







Malam terakhir kami di Medan, sekali lagi bermalam di Madani Hotel. Malam tu keluar makan malam terakhir berama Sahrul. Dia bawa makan mee Acheh.


Breakfast terakhir di Kota Medan












Bang boss, mintak bill nya


Order Milo. Memang betul tak sedap. Patutlah Sahril kata Milo Malaysia lagi sedap
Sokong mas!

Minumnya teh mandi yakni teh manis dingin. Oh ya, di Indonesia banyak guna singkatan. Saya ingatkan untuk perbualan, rupa-rupanya digunakan secara komersial. Hehehe. Sebagai contoh:-


Jablai-Jarang dibelai
Simatupang-Siang malam tunggu panggilan
Dugem- Dunia gemerlap
Sumat-Sumatera Utara
Sumut-Semua urusan menggunakan uang tunai
Rumkit-Rumah sakit
Gaptek-Gagal pakai teknologi
Cagab-Calon gabenor


Kelakar bukan. Hehehe.


Hari terakhir di Medan, kami makan siang di Garuda Restaurant. Makan siang terakhir bersama mas Joko. Minta dia makan bersama. Kata pelayan “Nggak bisa, nanti susah orang lalu”

“Boleh kan?” Permintaan sendiri oleh Sahril

Maka, pelayan pun bagi. Akhirnya dia baca juga doa untuk makan siang terakhir kalinya di Kota Medan. 








Nah, kali ini, Ma sendukkan lauk untuk Mas Joko. 
Ah ah ah, saya jeles :P


 "Nanti tengok gambar dekat FB. Kamu ada FB?"
"Nggak buk, saya ini gaptek."

Heheheh



Kemudian, solat zohor di Masjid Raya.

“Kasutnya minta dijaga buk, Rp 1000 satu pasang. Nanti hilang.”

Haa, sampai macam tu sekali. 








Berkunjung ke Istana Maimun. Amik gambar kemudian ke Sogo Medan. Hehehe. Nak ke pasar ikan dah tak sempat. Katanya Sahril, macet (Jem).
Ya udah la mas













Petang tu sebelum ke airport, kami makan bakso Amat bersama mas Joko. Memang sedap. Hehehe. Lepas tu beliau hantar ke airport. Kalau perasan, masa dia amik kami di Sogo, sampailah ke airport dia dah tak banyak cakap. Senyap je. Huhuhu.









 Bakso sama teh mandi






Datang 1 troli pulang 2 troli. Hee~





**************************
 
Jujur saya katakan ada sedikir terkilan masa nak meninggalkan Kota Medan. Dulu 5 hari dirasakan lama, tapi tak sebenarnya.  Dapat tourist guide yang boleh masuk dengan kami, yang boleh dibuat bicara.

Pak Ibrahim mengirimkan Bika Ambon Rika untuk kami bawa balik ke Malaysia. Beliau tak sempat jumpa sebab busy. Terkilan jugak tak sempat jumpa Pak Ibrahim. Saya baru je plan nak bergambar dengan dia berdua. Hehehe. Hari tu dia kata dia akan hantar kami ke airport tapi tak jadi :(

Untung ada mas Sahril, walau dia kelihatan begitu sedih sekali :")







Kota Medan meninggalkan seribu satu kenangan untuk saya, yang tak mampu untuk digambarkan. Alhamdulillah, ALLAH sampaikan kami semua ke salah satu kota di Indonesia yang penuh dengan ibrahnya saat melihat penduduk di sana.

Sampai ke saat ini saya teringat-ingat apa yang kami lakukan semasa di sana. Tak lupa juga terngiang-ngiang lawak Pak Ibrahim dengan mas Joko.

Jutaan terima kasih untuk Pak Ibrahim dan teristimewanya untuk Sahril aka Mas Joko yang tanpa lelah memandu (langsung tak ngantuk), dan tanpa 'boring' melayan kami dan bergelak ketawa bersama. Kami suka cara anda.

Semoga kalian berdua dilimpahi rahmat dan kebahagiaan hidup. Insha-ALLAH :")

Kalau ada sumur di ladang,
bolehkan hamba menumpang mandi,
kalau ada rezeki dan umur yang panjang,
boleh kita ke Medan, jumpa Pak Ibrahim dan Mas Joko lagi :")



Danau Toba meinggalkan kenangan yang paling indah untuk saya. Subhanallah!








FROM MEDAN WITH LOVE,
23-27 MARCH 2013.


Saturday, March 30, 2013

Medan dihatiku (Part 3)

Salam 'Alaik








Hari ke-3, dari Parapat, kami naik bot untuk ke Pulau Samosir lebih kurang 45 minit. Sepanjang perjalanan sambil tengok keindahan Danau Toba, memang mengasyikkan. Cantik sangat. 

Jumpa dengan pekerja kerajaan dari Jakarta melawat kawasan katanya. Bila diberitahu kami dari Malaysia specific nya dari Kelantan. 

“Oh, yang Manohara itu ya?”

Wah, rupanya Kelantan famous di Indonesia. Hehehe. Manohara dan anak sultan Kelantan menjadi sebutan.

Pulau Samosir adalah sebuah pulau volcanic di tengah Danau Toba. Sebuah pulau dalam pulau dengan ketinggian 1.000 meter di atas permukaan laut menjadikan pulau ini menjadi sebuah pulau yang menarik perhatian para pengunjung.




























 


Kemudian, kami dibawa ke melawat ke kawasan bersejarah (objek wisata budaya) Sigale-gale di Kampung Tomok.  Di Pulau Samosir terdapat banyak kesan sejarah. Suatu ketika dahulu, patung ini menari dengan sendirinya, tapi sekarang ada orang yang menggerakkannya. 











Kami kemudian dibawa ke makam raja Batak, Raja Sidabutar.   Menurut sejarahnya, beliau merupakan orang pertama yang menginjakkan kaki di Pulau Samosir. Kami mendengar penjelasan pajnag lebar tentang sejarah Raja Sidabutar. 












Bunga, snapped by mas Joko


Jalan lagi ke Muzium Orang Batak. Takde apa-apa pon. Just tengok-tengok je. Kemudian, jalan-jalan di deretan kedai-kedai yang menjual kraftangan.













Begini suasananya

“Mari buk, masuk, murah”. Bersahut-sahutan antara satu sama lain.




Kami pulak, Tanya Sahril, kedai ini boleh atau tak sebab dia dah tahu kan mana mahal mana murah. Ada sampai ikut belakang lagi. Memang scary la. Nasib la kami ada “si otai” di hadapan.
 Hahaha :”)

Kata kakak saya, masa nak naik bot, ada seorang yang tunjuk-tunjuk dekat kami. Terus kawan dia tunjuk ke arah Sahril yang mengepalai kami, terus tak jadi dia nak buat apa ntah.  Nak jual barang rasanya. Tengok la siapa jadi kepala kami. Hehehe. 
                                                                                                                                                                                                        
Usai solat jamak zohor dan asar, kami bertolak ke Berastagi yang mengambil masa lebih kurang 5 jam untuk sampai dari Parapat. Jalan dia, fuh, takut dan mendebarkan. Berastagi ni macam Cameron Highland, kawan sejuk dan tanaman sayur-sayuran.

Kata Mas Joko, tagi bermaksud tiada, maka Berastagi maksudnya tiada beras. Saya pun kurang pasti. Malam tu kami menginap di Green Garden Hotel.  Sepanjang perjalanan ke Berastagi, 2 tenpat yang kami singgah, Simarjarunjung tempat berehat dan air terjun Sipiso-Piso. Cantik sangat air terjun, macam Niagara Fall. hehehe. Ada tangga untuk ke bawah, kalau turun untuk naik balik mengambil masa selama 2 jam. Kami hanya ambil gambar je. Buat kenangan.
















 Green Garden Hotel, Berastagi. Sejuk sangat









Hari ke-4, dari Berastagi pulang semula ke Medan mengambil masa 2 jam.  Sampai di Medan, saya minta mas Joko bawakan ke Toko buku Wali Songo sebab nak cari buku Salim A Fillah. Tapi, takde. Kecewa bangat. Ingatkan dia tak masuk, rupa-rupamya dia masuk jugak dok ekor je kami semua. Memang bagus. Hehehe.

 "Nak buku ni?"

"Nggak buk, saya tak suka baca buku."


 Wali ke-10 nya saya bukk.
Dengan muka perasan sambil tangan dibawa ke dada :)





Kemudian, makan siang dan soping. Nah, kali ni mas Joko hanya nunggu di kereta. Hehehe. 








Memang pemusnah gambar yang tegar

















Nota 1 : Walaupun dengan hampir RM350 boleh Rp 1 juta di Indonesia, apalah sangat sebabnya sehelai baju pun dah Rp 40 000 ke RP 60 000. Masuk toilet Rp 2000. Mahalnya. Hahaha :P

Kalau la 1 juta Ringgit Malaysia, nak beli apa ye?

"Orang Malaysia ke Indonesia untung bukk, uangnya murah."

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH