Tuesday, June 25, 2013

Perhatikan dan fikirkan

Assalamu'alaikum wbt






Alhamdulillah, diberi nikmat Islam iman dan ihsan.Tidak sampai 15 hari lagi kita bakal bertemu Ramadan Al-Mubarak. Bagaimana persiapan kita untuk menghadapi bulan yang istimewa itu. Semoga kita disampaikan ke bulan Ramadan. Insha-ALLAH.

Hidup kita sememangnya sentiasa memerhati dan diperhatikan. Alhamdulillah dengan anugerah pancaindera daripada ALLAH.

Alam ini menjadi dalil atau bukti bahawasanya wujud si penciptanya iaitu ALLAH. Subhanallah! Mampu ke kita nak menghamparkan bumi, menegakkan bukit bakau, menegakkan gunung ganang, mengalirkan air, menongkat bumi dengan keluasan langit. Mustahil. Tapi tidak mustahil bagi ALLAH!


"Bukankah ALLAH yang menciptakan langit dan bumi dan menurunkan air dari langit untukmu, lalu kami tumbuhkan dengan air itu dengan kebun-kebun yang berpemandangan indah. Kamu tdak mampu untuk menumbuhkan pohon-pohonnya. Apakah di samping ALLAH ada tuhan yang lain. Sebenarnya mereka adalah orang yang menyimpang dari kebenaran."[An-Naml: 60]


Kita sendiri menjadi dalil bahawasanya wujud pencipta iaitu ALLAH. Bagaimana mungkin seseorang itu lahir hanya berasaskan theory Darwin. Tak mungkinlah!

"Kami telah menciptakan manusia dengan sebaik-baiknya." [At-Tiin:4]

Dalam Surah Al-Mukminuun pun ALLAH dah jelaskan tenyang kejadian manusia. Semasa kita di dalam kandungan, siapa yang memberi kita rezeki kalau bukan ALLAH. 
Tangan digerakkan, kaki diangkat, mata berkelip, bibir menuturkan kata-kata,semuanya itu kuasa ALLAH. Allahu Akbar!


"Maka, hendaklah manusia itu memerhatikan makanannya." ['Abasa:24]
Pernah tak kita fikir kenapa bentuk dan rasa sesuatu makanan tu macam yang kita rasa. Lain makanan, lain rasanya. Awesome kan?


Dan saya kira banyak lagi yang kita perhatikan. Dan cuba untuk fikirkan disebalik apa yang kita perhatikan. Hebat mana pun manusia itu, jangan lupa ada lagi yang maha hebat disebalik itu. Besar mana pun masalah yang kita hadapi, yakinlah ALLAH maha Besar. Sempurna mana pun seseorang itu, ketahuilah tiada yang sempurna melainkan ALLAH. Tidak akan pernah ada ruang bagi kita untuk melawan segala kekuasaan ALLAH. Tidak ada kemungkinan bagi kita untuk menyaingi sifat-sifat ALLAH. 

Semoga kita sentiasa menjadi pemerhati dan berfikir atas apa yang ALLAH jadikan. Tidak ALLAH jadikan sesuatu hanya sia-sia. Kita yang seharusnya bijak bertafakkur dan bertadabbur. Tidak gugur walau sehelai daun melainkan dengan kuasa ALLAH. Tidak terlambat dan terawal walau sesaat ajal seseorang melainkan dalam pengetahuan ALLAH.

Mari bersama bermuhasabah dan memperbaiki diri. Selamat mengimarahkan Ramadan yang bakal tiba. Insha-ALLAH.








Nota 1: sama-sama kita doakan keselamatan umat islam di Syria, Palestin dan seluruh dunia. Tidak lupa juga untuk bumi Malaysia khususnya negeri-negeri yang dilanda jerebu. Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Bersabarlah dalam menghadapinya disamping berusaha untuk mendekatkan diri kepada-NYA. 

Nota 2: Bakal berkelana ke Bumi Sonata selama beberapa hari. Semoga ALLAH mempermudahkan.  



No comments:

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

Cheeky Quotes

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH