Saturday, August 25, 2012

cerita raya setelah seminggu :)

 assalamu'alaikum wbt



alhamdulillah, berpeluang untuk bersama-sama abang-abang dan kakak-kakak hari raya tahun ni. semua balik kecuali 3 orang yang turn mereka ke rumah mertua. nampak gaya kena cari satu kampung neh :P


tiada yang menarik, namun sudah begitu menarik di mata saya. hehehe. tahun ni temanya red warrior, merah :)






 Dhiya's first raya
































yaya dan zahra. zahra's 1st raya also :)


raya ke-2 seperti biasa ke Pasir Puteh dan Jerteh :)






  macam suami isteri je..hehehe:)



raya ke-3 saya tidak bersama mereka ke kota bharu. saya ke walimah sahabat juga di kota bharu. hehehe

barakallahulakuma :)






nota 1 : rumah kembali sunyi setelah seminggu bersuka ria beramai-ramai. tahun ni paling meriah saya kira.
Alhamdulillah, one big family:)
kak cik dah banyak cakap balik kali ni. suka tengok Imani main angry bird. maksu dia tak lepas-lepas.
apa yang paling saya gembira dan bangga berserta terharu:
bila tanya si kecik ini siapa (sambil tunjuk kat diri sendiri), mereka berjaya menjawab "SUKILA".
syabas semua. ingat sokmo-sokmo deh :)


nota 2: esok sambung lagi seminggu LI. terasa macam malas dah nak pergi. apakan daya:(

nota 3: cuti hanya lagi 2 minggu sebelum saya bergelar super senior. hehehe :D

nota 4: awak tu balik raya tahun ni tak jumpa saya pun.huhu:(

Wednesday, August 15, 2012

lawatan terhormat daripada "daddy' from Kuantan :P

salam 'alaik



ALhamdulillah, masih lagi dalam fasa terakhir Ramadan. Beberapa hari sahaja lagi Mr.R bakal meninggalkan kita. Bagaimana, sedih, gembira? Tepuk dada tanya iman.

pagi tadi mendapat lawatan terhormat daripada lecturer dari Kuantan, "turun padang" nak tengok student dia :) nak tahu apa yang kami dok buat sepanjang 2 bulan lebih kat sini. hehehe. 


saya sebenarnya tak pernah kenal siapa yang nak datang visit. sebab tak pernah belajar dengan beliau.  sekejap je Dr datang. borak-borak dengan supervisor sambil-sambil “mengadu” pasal kitaorang. :D
lepas tu borak-borak dengan kami, dan bertolak pulang. Simple je. kalau tak datang pun ok je. heee~











nota 1: hari ni hari terakhir saya sebelum cuti beraya. disebabkan SV cuti lama, maka kami anak buahnya pun cuti lama juga. so, kena extend practical untuk ganti cuti raya :)

nota 2: tengah berusaha menyiapkan discussion,conclusion and etc. semoga dipermudahkan :)

nota 3: bakal merindui madrasah Ramadan. semoga dipertemukan lagi. insya-ALLAH. Allahumma Ballighna Ramadhan

nota 4: dikesempatan ini, Eid Mubarak untuk semua. semoga hari kemenangan ini menjadi titik permulaan untuk meneruskan lagi perjuangan-perjuangan sepanjang bersama Mr.R. Insha-ALLAH :)

nota 5: untuk semuanya, selamat bercuti, pandu berhati-hati, :)




“Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku. Dan masuklah ke dalam suyurga-Ku.”[ Surah Al-Fajr:27-30]

Tuesday, August 7, 2012

Barakallahu Lakuma ^^

salam alaik




Setakat hari ini sudah lima jemputan walimah diterima. Atau mungkin ada yang tak start lagi jemputannya. ALLAH, ramai sekali sahabat nak mendirikan masjid cuti kali. Masuk sem depan berseri-seri lah mereka semua. Ada pembakar semangat baru untuk study. Siapa lagi kalau bukan “putera agama” pilihan hati. Hehehe. 

Lima sahabat ini adalah 4 daripada classmate saya sekarang dan seorang lagi kawan masa kat SMSPP dulu (yang ke-2 selepas Iluni). Atau ada mungkin yang saya tak tau.

Kak Mastura dan Adham Hilmi (raya ke-3)
Hazirah dan Amir Faris (raya ke-4)
Nadia dan Akram (25 Ogos 2012)
Madihah dan pasangan (26 Ogos 2012)
Erna dan Nazir (2 September 2012)

Seorang sahaja di Kelantan, 4 lagi semuanya luar daripada Kelantan. Nak g lagu mana ni?

Insya-ALLAH, panjang umur murah rezeki, punyai kelapangan sampailah saya untuk memenuhi jemputan di atas.

Mabruk alaikuma. Semoga kekal hingga ke akhir hayat. Dikurniakan mujahid/ah yang soleh dan solehah.  Selamat menjalani hidup sebagai zauj dan zaujah. Selamat meneruskan percintaan hingga ke syurga. Amin. Insya-ALLAH.







p/s: nak tunggu jemputan siapa pulak ni :P
tahun depan, jangan lupa ke rumah saya :D






Saturday, August 4, 2012

untitled

salam 'alaik



Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulilah. melepasi fasa kedua Ramadhan. bagaimana setakat ini. moga-moga mendapat ijazah ketaqwaan yang diidam-idamkan. Insya-ALLAH :)

mula-mula ank ucapkan mabruk untuk Imam Muda musim ke-3. untuk IM Jabar atas 'kemenangan' sebagai IM musim ke-3. saya ingatkan IM Hafiz yang dapat. :D
semoga terus bersemangat untuk menyampaikan dakwah.

 puasa di rumah sangat heaven, walaupun hanya kami berdua (ma dan saya). yang heaven dapat berterawikh di masjid, mendengar bacaan imam "kegemaran" saya. hahaha. :P
menjadi pemerhati di masjid. oh, benarlah cakap ustaz
"tak ramai orang muda g masjid. (tak ramai yang dapat ganti golongan yang berumur)"

bazar Ramadan. tak dinafikan Malaysia kaya dengan 'bazar Ramadan' di bulan puasa. setiap hari ke USM, boleh kira berapa banyak bazar di sepanjang perjalanan. pengunjungnya toksah bagitau la. ramai sekali. harganya,ibarat si penjual tu "boleh ke Mekah balik hari". hahaha:P


ID TRAINING saya. saat2 respondents hampir mencukupi dan data di 'analyze'kan, resultnya cukup mengecewakan. hampir sahaja saya menangis. kerana untuk meneruskan report dengan result sebegitu tidak mungkin. maka cadangan supervisor saya "hasni, kamu tukar tajuk dan objective. dan buat descriptive analysis."

tajuk asal yang diberikan tak mungkin untuk saya buat dalam masa 2 bulan. kerana tugasan itu untuk student masters. saya mengaku saya tak mampu lagi untuk itu pada masa sekarang. level itu terlalu tinggi untuk saya yang degree "masih merangkak".

pernah juga saya ditanya SV.
"nak buat masters kat sini?"
aduh, susah jugak soalan. hehehe.
"hajatnya nak buat.tapi bukan kat sini"

terus terang saya katakan.






itu sahaja.
selamat meneruskan perjuangan untuk menggenggam ijazah ketaqwaan. insya-ALLAH. :)


dear you, "hold your horses"
HE will always be with you
all the times :)






Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

Cheeky Quotes

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH