Friday, May 20, 2011

Nur Kasih The Movie : Pada pandangan saya......

salam a'laik...



Nur Kasih The Movie (NKTM) dah keluar semalam. Oleh itu saya menjadi peminat yang tegar sudah keluar menonton NKTM semalam. Hehehe.

..... sebuah filem yang begitu menyentuh hati. Start dari awal memang dah sedih. Nasib tak leleh dalam panggung tu. Hahaha.

Mula2 start dah tunjuk Aidil yang baru sebulan kematian isteri tercinta. Bapa tunggal dua anak, Maryam dan Ilyas. Maryam (Mia Sara) sangat cumel. Pandai dia berlakon. Lepas tu berbalik pulak pada Adam dan Nur Amina. Kalau sapa ikuti Nur Kasih kat tv , banyak rintangan dan halangan Nur dan Adam kan? Dan ianya masih lagi bersambung ke NKTM.

Sedih, cukup menyentuh hati. Macam mana Adam tak nak kehilangan Nur, begitu juga Nur yang tak nak kehilangan Adam. Sampai berhari2 Nur cari Adam hilang masa kat Jordan. Lepas tu Adam sanggup cari cincin yang jatuh kat padang pasir tu. Mimpi Adam yang Nur ditembak seakan2 petanda mereka berdua bakal berpisah.

Siapa sangka kuasa Allah kepada hamba-hamba-Nya tak kira tua dan muda. Adam sakit jantung. Aduh, sangat sedih. Part yang paling touching masa mak Adam melawat dia kat hospital. Watak Mat juga menarik perhatian. Seorang remaja yang berusaha untuk lebih mendekati Allah. Dan Mat juga yang derma jantung untuk Adam saat2 adam yang hampir nazak.

Watak Aidil yang banyak berkorban untuk adik sendiri. Siapa yang sanggup buat gitu kan? Sentiasa disamping Nur dan Adam walau apa jua keadaan.

Satu part yang takde sedih, masa Adam kembali sihat, dapat tengok anak dia Saif. Satu family yang bahagia. Nur dan Adam tetap bersama sehingga Adam menemui penciptanya.

NKTM sebuah filem yang sangat menarik. Saya bagi 5/5 walaupun start dari awal sampai akhir memang sedih. Hehehe. Oh saya suka Nur Kasih, tak tau nak cakap macam mana. Nur and Adam is sweet.

Untuk lebih lanjut silalah menonton NKTM di cinema2 yang berdekatan. Hehehe. Saya di sini menggunakan cara yang paling sopan untuk menggalakkan anda menonton NKTM. Tak rugi, malah berbaloi. satu panggung penuh. tapi semalm takde pulak dengar sok sek sok sek orang menangis. hahaha. cover la tu. nasib baik gelap, orang tak nampak.
Suka Adam dan Nur. ^_^

Syabas buat krew2 pembikinan filem NKTM. Syabas juga buat Aidil, Nur dan Adam. Anda mampu buat penonton sebak. (^_*)

SELAMAT MENONTON.
Nak langgan kat ASTRO FIRST pun boleh. Hehehe.







tq...

No comments:

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

Cheeky Quotes

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH