Monday, August 1, 2011

masihku ingat (15): pemergian

salam 'alaik




Sehari sebelum kedatangan Ramadhan, saya masih di kuliyyah menyelesaikan tugasan UNGS yang sepatutnya dihantar pada petang itu.Masih dalam ingatan, hari Jumaat yang penuh barakah, saya bersama-sama ahli kumpulan yang lain menyiapkan tugasan di KOS. Alhamdulillah, tugasan kami Berjaya dihantar pada petang itu.

Seusai menguruskan diri, saya terus menghantar mesej untuk bertanyakan kondisi ayah yang semakin tenat sejak kebelakangan ini.Jawapan yang diterima daripada kak ayu cukup membuatkan hati menjadi runsing.

“la, balik deh malam ni.”

“sabtu ni exam. Ingat next week baru nak balik.”

Setelah berbincang dengan abang-abang, mereka menahan saya untuk pulang sehingga exam selesai, kecuali kalau berlaku sesuatu yang tidak diduga.Wamakaruwamakallah wallahu khoirul makirin.Kita merancang Allah juga merancang, dan sebaaik2 perancang adalah Allah.

Panggilan telefon ternyata membuat hati berdegup kencang.Keadaan ayah yang semakin tenat terpaksa dipindahkan ke ICU.Mesej yang diterima untuk menjemputsaya pulang cukup melegakan.Dan kami bertolak balik malam tersebut, malam 1 ramadhan 1430H.Ketenangan malam itu tak mampu untuk menenangkan hati kami tatkala mendapat panggilan yang mengkhabarkan pemergian ayah untuk selama-lamanya pada jam 10.31 malam. Saya masih lagi di main entrance UIA berurusandengan security.Sekembalinya saya ke kereta, innalillahiwainnailahirajiu’n.daripada Allah kita datang kepada Dia kita kembali.

6.30 pagi 1 ramadhan, kami singgah solat di masjid padang pa’ amat.Hati bagaikan tak mahu menjejakkan kaki kerumah.Tidak sanggup rasanya memandang wajah2 yang saya sayangi berendam air mata, dan yang paling tak sanggup, melihat sekujur tubuh yang sudah tidak bernyawa.

Tiba di rumah saya disambut kakak ipar sebelum dipeluk bonda tercinta.Masya-Allah, kali pertama melihat ma menangis teresak-esak.Saya duduk perlahan2 dan memandang sayu sekujur jasad yang sudah pergi menemui penciptanya.Air mata tumpahlagi apabila bersua mata dengan abang yang baru sahaja turun dari tingkat atas.Begitu juga semasa menyambut abang2 dan kakak2 yang baru tiba.

Kucupan terakhir adalah segala-galanya.Wajah yang tidak bernyawa itudipandang sayu sambil mengucup lembut di pipidan dahi.Subhanallah, sejuk.Seorang demi seorang memberi kucupan terakhir, kucupan yang meninggalkan seribu satu pengalaman.Pengalaman yang sangat bernilai untuk seorang isteri, anak2, cucu2 dan saudara-mara.Pergilah seorang hambanya di hari pemegang ramadhan meninggalkansegala-galanya di dunia, melainkan amal ibadat selama hayatnya.



***********


Dan hari ini 1 ramadhan menemui kita lagi.Alhamdulillah, kita dipanjangkan umur untuk merasai malam pertama ramadhan tahun ni.Dalam keghairahan untuk menyambut Ramadan,terdetik di hati kecil saya kesedihan apabila terkenangkan peristiwa 1 ramadhan 2 tahun yang lalu yang mampu menitiskan kembali air mata yang sudah hampir kering.

Kenangan yang tidak mampu untuk dilupakan walau berpuluh2 tahun lamanya.Jika Allah menetapkan,bukan kuasa kita untuk menafikan. Ingat, mati itu pasti, tidak kira usia, pangkat dan darjat.


Al-Fatihah untuk arwah ayahanda tercinta. semoga ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman.



selamat berpuasa juga untuk semua. semoga Allah menerima amal ibdah kita. amin!


wassalam

No comments:

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

Cheeky Quotes

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH