Sunday, September 27, 2009

lebaran 2009 tanpa ayahanda....

Assalamualaikum semua…salam lebaran buat seluruh umat Islam di seluruh dunia…Alhamdulillah kita di panjangkan umur lagi dapat beraya pada 1 Syawal 1430h…mohon maaf sebab dah lama tak update blog ni…sibuk..tambah2 kagi tengah cuti…kat rumah tak ada internet…tahun ni first time kami beraya tanpa we(ayah) yang kembali ke rahmatullah pada awal Ramadhan….rasa macam satu kehilangan yang besar pada 1 Syawal hari tu…teringat-ingat kenangan berhari raya bersama arwah tahun lalu…kami makan-makan dulu before pergi solat Aidilfitri…salah satu makanan kegemaran arwah nasi dagang…kalau ikut ma,dia tak nak buat nasi dagang hari tu,tapi disebabkan anak-anak dan cucu-cucu nak makan,terpaksalah buat walaupun hati terkenangkan arwah suami tercinta…

Kalau tahun sebelum ni,anak2 sedara suka sangat nak salam ngan tok wan diaorang…dapat duit raya satu sorang,…jadilah…kami anak2 pun dapat juga..even yang dah jadi mak dan bapak budak pun…arwah memang awal2 lagi sedia nak bagi duit raya kat cucu2nya…cucu2 ramai tu..tapi semua dapat bahagian masing2…fair and square…no discrimination…satu yang saya bangga ngan arwah we,beliau tak lokek ngan anak cucu…ngan orang lain pun same je,especially kalau ngan budak2…bukan nak riak,bukan nak berbangga,tapi tak semua orang boleh buat bagi duit raya kat semua budak2 yang datang umah,tak kira kenal atau tak(masa raya)…berdasarkan pengalaman sendiri…bukan nak ditujukan kepada sesiapa…wallahu a’lam bissowab…

Kakak2 dan abang2 pun bukan semua boleh balik beraya ngan ma hari tu….ada yang kena beraya di rumah mentua masing2…tak pe lah,kami2 yang masih single lagi ni masih setia lagi beraya kat kampong…lepas breakfast di pagi raye, kami ke masjid untuk solat aidilfitri….bila dengar je takbir raya, sekali lagi air mata saya tumpah tanpa dapat ditahan-tahan..sebak sangat2…macam orang beraya kat overseas je tak dapat balik tanah melayu….tapi yang ni lain punya kes, tak dapat lagi beraya bersama arwah we sampai bila2….

Then,kami pergi melawat kubur arwah we….sedekahkan yasin buat arwah…and, sadness came again ….sambil2 baca Yaasin air mata ni tak henti2 mengalir….i cant express my feeling at that time…sampai tak terkeluar suara masa tengah baca yasin tu…sebak, sedih,sayu…semua ada….malu pulak bila orang tengok…biasalah,baru2 lagi…memang la sensitive…sambil2 tu,kami lawat juga kubur arwah mak2 sedare (kakak2 we)…sebelum ni ,mase raye, tak pernah ke kubur…tapi, tahun ni dan tahun2 yang mendatang,akan jadi satu mepastian buat kami semua…insyaallah…
Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 beriman….semoga juga,kami semua tabah menghadapi dugaan yang maha esa….semua kenangan beraya bersama arwah tak akansaya lupa sampai bila2….dan tak lupa juga,semoga hubungan kami adik beradik akan terus kukuhdan berkekalan even arwah we dah tak ada…..full of love among us.....we miss all the time with you dad...thanks for everything....love and miss you all da time...



lebaran 2009 tanpa we(ayah)...miss u always...

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

Cheeky Quotes

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH