Wednesday, September 16, 2009

A Daughter's Words....

Assalamualaikum sahabat2 sekalian..harap semuanya ceria…dah nak masuk Syawal katakan….sedar tak sedar,kita dah pun nak mengakhiri Ramadhan 1430h…hari ni genap 26 hari kita berpuasa tahun ni…Alhamdulillah panjang umur dan sihat tubuh badan..dan genaplah juga 26 hari arwah we(ayah) kembali ke rahmatullah….Al-Fatihah buat allahyarham..

Makin nak dekat raya ni,makin terasa kehilangan arwah….kalau masa kat u tak rasa sangat,mungkin busy dengan benda lain..bila dah balik rumah,tempat yang menjadi kenangan bersama arwah,terasa sangat2 kehilangannya…bila tengok bilik rasa macam arwah ada lagi je…setakat ni pun saya masih tak berani nak masuk bilik arwah dulu..hari ni bila buka laptop tengok gambar dengan arwah masa raya terakhir beliau tahun lepas,air mata saya tanpa segan silu mengalir keluar….sedih sangat2..tak dapat bayangkan macam mana suasana raya tahun ni….

Syukur kepada Allah,sempat juga saya menghabiskan masa bersama arwah selama 20 tahun,biarpun saya tidak berada di sisinya semasa saat2 sakaratulmaut bertamu…banyak kenangan yang akan sentiasa menjadi kenangan sampai bila2…hubungan saya dengan arwah dulu pun bukan lah rapat sangat,mungkin arwah sedikit garang..kalau ada yang tak kena dengan kami mesti dia marah…saya pun kadang2 menangis bila kena marah….dalam keadaan garang pun ada masanya arwah sporting…bila saya bagitau je nak beli laptop terus dia keluarkan duit….

Cucu2 pun kadang2 takut ngan arwah Tok Wan diaorang…tapi kalau ada yang selamba macam Amir dan Ismail,dia orang kamcing ngan arwah….Bila tanya diaorang tok wan mana,diaorang cakap tok wan dah pergi....pergi mana tak tau..mungkin yang masih kecil tak faham ape yang sedang berlaku..tiap kali dapat cucu baru,biasanya arwah akan baca selawat dan lain2 buat cucu2nya…tapi tak sempat untuk Ridhuan yang lahir seminggu sebelum kematian arwah…masa tu arwah sakit….arwah we ada lagi sorang adik bongsu kesayangan yang kami panggil mak su…walaupun jarang jumpa,tapi hubungan adik beradik agak rapat…masa dapat tau arwah sakit,mak su pun join kita orang turut mengalirkan air mata melihat keadaan abangnya…

Last sekali saya jumpa arwah we masa dia masih sihat dan ceria masa dia hantar saya semasa hari pendaftaran di UIA Kuantan…bila masa nak balik,arwah yang sedih sampai berair matanya…arwah juga ada bagitau kakak yang tinggal di Kuantan semasa nak hantar balik kat terminal yang dia tak datang dah sini(Kuantan)..rupa2nya tu satu tanda yang dia rasa nak pergi buat selama2nya..

Bila balik masa arwah masuk wad,tengok keadaan arwah buat saya jadi sedih…bayangkan selama 3 minggu beliau di hospital,boleh dibilang berapa patah perkataan yang kami bicarakan…keadaan arwah yang agak kritikal membuatkannya sukar untuk bercakap…baring sepanjang masa tanpa sedikit pun kudrat untuk bangkit…sedihnya hanya Tuhan yang tahu…sepanjang arwah di hospital,ramai sanak saudara yang datang melawat….arwah we ramai kenalan dan sanak saudara,sampai ma sendiri pun tak kenal…sehinggakan pak guard naik atas sebab nak minta kami semua meninggalkan pesakit kerana waktu melawat dah tamat…

Pernah sekali saya bermimpi yang arwah kembali sihat seperti sedia kala (mimpi masa arwah sakit) , dia peluk dan cium kami semua…tetapi, hakikatnya, kami semua yang mencium arwah buat kali terakhir…sejuk dan tenang wajah arwah masa tu….ada juga arwah bagitahu,sempat ke tidak dia puasa tahun ni….bila tengok kereta bawah garaj tu,secara automatik teingat kat arwah…tu belum tengok lagi baju2 arwah yang tersusun rapi dalam almari…rasanya semua berlaku dalam sekelip mata je…arwah sakit dan meninggal…

Alhamdulillah,masa hari pengebumian,kami adik beradik sempat melihat wajah arwah buat kali terakhir..begitu juga cucu2 arwah…baca quran dan sedekahkan Yaasin…selepas solat zohor,arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampong Berangan berdekatan dengan kubur arwah kakaknya…Al Fatihah buat allahyarham Haji Wan Omar Wan Ab Rahman…
Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang soleh….dan semoga diterima amalan arwah semasa hidupnya…

Kenangan bersama arwah we tak akan saya lupakan sampai bila2…kita semua yang masih hidup di dunia ini teruskanlah kehidupan….grow stronger…ajal dan maut di tangan tuhan..bukan batasan kita untuk mengetahui bila ajal kita…verily unto God that we belong and verily unto God shall we return.

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH