Untuk amalan dan renungan kita semua.....
Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis
* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud: " Sesiapa pulang ke
rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan
matanya.
* Sabda baginda lagi; " Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada
pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah
memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."
* Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara
Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.
* Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat
pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta
hasutan syaitan.
* Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar
daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri
daripada memasuki rumah.
* Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan
ketika dalam perjalanannya.
* Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah, boleh
menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
* Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda
menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah
mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan
batin.
* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat
tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang
Fardhu,ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.
* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak
menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barangsiapa
membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas
rumahnya,rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitanya.
* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu,
Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2
orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.
* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka
Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon
keampunan dan mendoakan baginya.
* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza
wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti
orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
* Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan
nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya
dari Abdullah bin 'Amr r.a. , Rasullullah s.a.w. bersabda,
" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."
Wallahu A'lam Bissowab...