Tamat Sudah mid term fasa pertama....
Alhamdulillah,mid term fasa pertma dah berakhir pagi tadi....Number Theory dan UNGS...keseluruhan okey...ad juga yang tak dapat jawab...biasalah lumrah jawab exam...mudah-mudahan mendapat markah yang memberangsangkan..InsyaAllah..esok dah start cuti mid sem sekali dengan cuti raya...tapi lepas raya ada lagi 2 paper mid term...tu yang saya kata merdeka sementara...so,cuti 2 minggu ni tak boleh main2 la...kena study untuk coming paper plak...
tapi boleh ke cuti lama-lama dan study kat rumah...satu dalam seribu manusia yang dapat buat study sambil cuti..melalui pengalaman tinggal di asrama 5 tahun,bila cuti je,study dan tido seimbang...study lebih sikit dari tidur...bila dah buka sekolah baru sibuk nak buat homework dan seangkatan dengann...
buat peringatan untuk semua dan juga untuk diri yang daif ini,sentiasa bersedia dalam pelajaran walaupun esok tak ada exam....bahagi masa dengan sebaik-baiknya...diri ini pun pernah juga study last minute,tapi keputusannya agak mengecewakan...dan belajarlah dari kesilapan dulu...sentiasa bermuhasabah diri kita...InsyaAllah...
"Kejayaan tidak berlaku secara magis. Ia juga tidak berlaku secara spontan. Ia dicapai kerana formula yang digunakan ialah formula Allah Yang Maha Mengetahui. Formula ini mementingkan perubahan dalaman. Ia mementingkan iman serta kebersihan hati. Dengan kedua-dua ini segala bisikan yang menyesatkan akan dapat ditangkis dan segala kealpaan akan dapat dikawal. Dalam surah An-Nahl ayat 99-100 Allah berfirman, 'Sesungguhnya syaitan tidak ada kekuasaan ke atas orang-orang yang beriman serta bertawakal kepada Tuhannya. Sesungguhnya kekuasaan syaitan hanyalah ke atas mereka yang mengambilnya menjadi pemimpin dan mereka yang mempersekutukannya dengan Allah.'
Bittaufiq Wannajah.....