Semasa Khalifah Ali r.a. memerintah maka terjadilah suatu
peristiwa yang tidak pernah terjadi sebelumnya.Seorang lelaki
telah berkahwin dengan seorang wanita khunsa ( memiliki dua alat
jantina ).Si suami juga menghadiahkan seorang jariah kepada
isterinya.Setelah beberapa lama maka isterinya yang khunsa itu
melahirkan anak.Selepas itu tiada berapa lama timbul pula nafsu
berahi wanita khunsa ini terhadap jariahnya.Akhirnya jariah
inipun melahirkan anak juga.
Masyarakat menjadi gempar dan peristiwa ini terus tersebar hingga
sampai kepada pengetahuan Khalifah Ali. Khalifah terus
menghantar seorang pakar untuk mengesahkannya.Ternyata wanita
khunsa ini mengalami haid seperti perempuan serta keluar mani
dari dua alat kelaminnya.
Dia boleh dijimak oleh suaminya serta dapat pula menjimak
jariahnya.Untuk menentukan jantina sebenar wanita khunsa ini
Khalifah Ali tidak ketandusan akal.Beliau menghantar pakar untuk
menghitung tulang rusuk wanita ini.
Hasilnya ternyata tulang rusuk sebelah kiri kurang satu
dari kanannya.Khalifah Ali menetapkan bahawa wanita khunsa ini
adalah lelaki. Alasannya kerana ALLAH menciptakan Adam yang
tinggal keseorangan di dalam syurga , ALLAH lalu mengambil satu
tulang rusuk sebelah kiri Adam dan diciptakan Hawa daripadanya.
Oleh sebab itu tulang rusuk sebelah Adam telah kurang
satu. Khalifah Ali lalu memisahkan perkahwinan wanita khunsa
ini dengan suaminya kerana ianya dianggap tidak sah.
mujahid fisabillah
wassalam