Bismillah...
Au Zubillah Himinasyaitan Nirrajim tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang telah dikutuk
oleh Allah
Bacalah ayat ini sebelum anda lakukan apa sahaja kerana dengan bacaan
ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita
dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari. Sebelum anda masuk
rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas
(iaitu ayat: Qulhuwallahu Ahad. Allahussamad. Lam Yalid wWalam Yu-Lad.
Walam Yakul Lahu Kufuwan Ahad.) sebanyak 3 kali.
Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah.
Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah
berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat
kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan
membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam,
seorang yang jarang bersolat akan sukar tersebut. Tetapi bagi mereka
yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat
akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya :
Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa
dua-tiga minit? tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab.
Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk
mengkhatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali
mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali
bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu
apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas
tiga kali.
Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa
Saiyidina Ali betul. Ini kerana Rasulullah SAW pernah berkata bahawa
membaca surah Al-Ikhlas ganjarannya sama dengan membaca 10 jus
kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak
tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus
Al-Quran.
Wallahu a'lam bissowab...