Saturday, September 12, 2009

Kasih MAMA

Nurse, boleh saya tengok bayi saya?" ibu muda yang baru
bersalin
itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang
jururawat.

Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih
merah itu.
Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut
yang menutup
wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi
tersebut berada
dipangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar
tingkap. Tidak
sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang
terperanjat melihat
bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.

Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih
berganti
sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor
bagaimanapun
mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang
cukup
mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu...

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada
cuping telinga
itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis
memberitahu
bagaimana dia diejek rakan-rakan. "Mereka kata saya
cacat," katanya
kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai
kata sangat.
Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang
dengan menyandang
pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping
telinga, si
anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus
memujuk Ayah kanak-
kanak itu bertemu doktor. "Saya yakin dapat melakukannya
jika ada
penderma," kata pakar bedah. Bermulalah suatu
pencarian bagi mencari
penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu...

"Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini.
Ibu dan ayah telah
mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya
dirahsiakan," kata
si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si
anak muncul sebagai
manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah
cemerlang dan rasa
rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup
seronok,
bagaimanapun
dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat
20-an, si anak
menjawat
jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

"Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu
siapakah penderma
telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si
anak berkali-kali.
"Tak mungkin," balas si ayah. "Perjanjian antara ayah
dengan penderma
itu
masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba." "Bila?"
tanya si anak.

"Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil
ibunya
mengangguk-angguk.
Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun
lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak
berdiri di sisi keranda
ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya
yang kaku.

Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat
kedua-dua cuping
telinga
ibunya tiada.

"Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si
ayah berbisik ke
telinga anaknya. "Tetapi tiada siapa pernah mengatakan
ibumu cacat, dia
tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling
cantik yang
pernah
ayah temui. Tak percaya... tanyalah pada sesiapa pun
kenalannya."


Ps :
Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal
tetapi di hati. Cinta
sejati bukan pada apa yang dilakukan dan
dihebah-hebahkan tetapi
pengorbanan tanpa diketahui.

Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium
tangannya, sentiasa
minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya,
bukannya dengan
bermasam
muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah SYURGA DI
BAWAH TELAPAK
KAKI
IBU, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi
hayatnya ada,
curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya, 'love u
mom'

'HAYATILAH KRISTAL KITA'

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH