Monday, March 4, 2013

Naqibah :")

Assalamu'alaikum wbt








Naqibah-naqibah saya sudah bergelar isteri tahun ni. Alhamdulillah. Barakallahu lakuma untuk Ain dan suami, Kak Aini dan suami.

Hmm, anak-anak buah dia bila lagi :”)


Dan Alhamdulillah, saya sempat menghadiri kedua-dua hari bahagia mereka. 

Walimah Ain di Shah Alam 13 Januari hari tu. Dah lama kan? Baru nak update kat blog. Hehehe. 






2 Mac yang lepas, sempat ke majlis akad nikah Kak Aini di Machang. Pergi bersama akhawat dari Kuantan. Seusai majlis kami ke Tok Bali. Kata Ainul nak rasa Maggi Ketam. Sempatlah kami merasa Maggi Ketam sebelum balik ke rumah saya. Malam tu mereka bermalam di rumah saya :”)
dan keesokkannya mereka bertolak pulang ke Kuantan.







Nanti datang lagi ye. Insha-ALLAH, tunggu walimah saya kata mereka. Aduh, kena sebijik. 
Hehehe :D
Sampai masa kena datang  tau :P




Selesai kedua-dua nya. Alhamdulillah.
Selamat menjalani kehidupan berdua, sebelum bertiga dan seterusnya :”)
Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.





 Perkahwinan itu sunnah Rasulullah SAW. Sabda baginda, sesiapa yang tidak mengikut sunnahku, dia bukan dari ummatku.







Nota 1: Seronok tengok orang kahwin. Rasa mcm nak kahwin jugak :D
Sabar ye. Baiki diri dulu. Pesanan penaja :")

Nota 2: Sedang giat mencari pekerjaan. Susah jugak ye. Sepatutnya saya amik Medic dulu. Hihi :P
Apply je semua dan jangan lupa tawakkal kepada ALLAH. DIA maha tahu apa yang terbaik :")
Plan saya, kalau susah-susah, apply untuk sambung belajar saja. Insha-ALLAH.

Nota 3: Dekat sebulan lebih saya bercuti, ke'boring'an sudah melanda :(

Nota 4: Sama-sama kita berdoa untuk keselamatan di Sabah. Semoga ALLAH melindungi saudara-saudara kita di sana. Insha-ALLAH.





No comments:

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

Cheeky Quotes

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH