Sunday, October 14, 2012

Agama adalah segala-galanya

salam 'alaik







Apakah ubat paling mujarab untuk segala permasalahan kita? Berkongsi adalah yang terbaik. Tetapi berkongsi dengan manusia tidak sama dengan kita berkongsi yakni mengadu pada ALLAH. Maka, ubat yang paling mujarab untuk kita adalah kembali kepada agama ALLAH iaitu agama Islam, agama fitrah.

Maka benarlah ungkapan "Islam is the way of life"

Apa sahaja yang berkaitan dengan kehidupan kita di dunia, sudah dijelaskan dalam Al-quran. Daripada yang ringan mahupun yang berat. Daripada bangun tidur sampai lah ke tandas sekalipun, semuanya sudah dijelaskan. Tinggal sahaja si umat untuk mempercayainya dan melakukan apa yang diperintahkan dan meninggal apa yang dilarang. Allahu Akbar!

 Malah, dalam memilih bakal isteri pun Rasulullah SAW sendiri yang bersabda yang bermaksud, 

"dinikahi wanita itu dengan 4 perkara. Kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama nescaya kamu akan selamat." 
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis yang sangat famous untuk diperkatakan.

Pilihlah yang beragama, nescaya kamu akan beruntung. Kenapa beruntung? Kerana kecantikan, keturunan dan harta tidak menjamin kebahagiaan kalau hal-hal agamanya tiada. Begitu juga untuk para lelaki. Dengan agama, dia mampu untuk jadi ketua keluarga yang hebat! Insha-ALLAH :)


Firman ALLAH dalam surah Al-Ma'idah ayat 3:

"Pada hari ini Aku sempurnakan agamamu untukmu, Aku cukupkan nikmat-Ku kepadamu dan Aku redha Islam sebagai agamamu."


Maka, apa sahaja yang berlaku, kembalilah kepada ALLAH, kembalilah kepada agama Islam yang didalamnya terkandung segala penyelesaian untuk segala permasalahan kita. Berlapang dada dan serahlah segalanya pada DIA, disamping memperbaiki diri kita ke arah kebaikan. ALLAH tidak akan mengubah nasib kita melainkan diri kita sendiri yang mengubahnya.

Dan berdoa. "berdoalah, nescaya akan Kuperkenankan."
Ya Muqollibal Qulub, Thabbitqulubana 'Ala Deenik! Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, balikkan hati kami ke atas agama. 




Rumah yang cantik dan tersergam indah bergantung kepada tiangnya yang kuat dan kukuh. Begitu juga individu muslim itu. Keluarga yang sakinah, mawaddah dan rahmah juga bergantung kepada tapaknya yang kuat dan kukuh iaitu individu muslim yang berjaya.

Inilah tiga lapangan: individu, rumahtangga dan masyarakat yakni bidang kerja yang sangat penting diusahakan sekarang.

Oleh itu, apa sahaja, kembalilah kepada Islam, yang sentiasa terbaik untuk kita :)


"Sesiapa yang beramal soleh lelaki dan perempuan, sedang ia beriman, kami akan menghidupkan kehidupan yang terbaik. Dan sesungguhnya kami akan membalas mereka dengan memberi pahala yang berlipat ganda dari apa yang mereka kerjakan."
[An-Nahl:97]






Nota 1 : Kata saya, ke'hensem'an itu tidak menjamin kebahagiaan kalau 'dia' tak ikut ajaran agama, especially bab solat. Anda bagaimana?

Nota 2 : Ternyata procedure perkahwinan itu sangat susah. Tapi mungkin tidak susah untuk sesiapa yang sudah  bersedia :)














No comments:

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

Cheeky Quotes

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH