Friday, October 12, 2012

Di saat diri disapa tarbiyah



Di saat diri disapa tarbiyah



Di saat diri disapa tarbiyah
Hati tenang tiada gelisah
Bersama-sama mengorak langkah
Yang bertekadkan niat untuk berubah
Bukan kerana terpaksa mahupun disuruh
Tetapi atas kehendak ruhiyah
Yakni berubah hanya kerana ALLAH

Di saat diri disapa tarbiyah
Kaki melangkah gagah menghayun langkah
Menemui akhawatifillah
Hati ini hanya rindu, sungguh
Rindu untuk mendengar kata-kata hikmah
Yang menjadi ubat untuk muhasabah
Kerana kuyakin pahitnya bermujahadah
Tidak pernah membuatku lelah
 Dengan kemanisan syurga yang dijanjikan ALLAH

Di saat diri disapa tarbiyah
Aku bertekad untuk berubah
Saban malam lidah tidak pernah letih
Memohon petunjuk ALLAH
Supaya hati ini cekal dan kukuh
Untuk menerima dan menelusuri jalan dakwah
Yang terbukti masih panjang dan jauh
Untukku terus bermujahadah
Demi cintaku kepada dakwah dan tarbiyah

Di saat diri disapa tarbiyah
Aku mengorak langkah untuk berubah
Kerana nasib seseorang itu tidak berubah
Melainkan dirinya sendiri yang mengubah
Kerana jika menolong agama ALLAH
Dia akan menolong dan membuat kedudukanmu kukuh
Ya Muqollibal Qulub, Thabbit Qulubana 'Ala deenik!

1 comment:

along said...

tarbiyyah bukan segala2nya, tapi segala2nya bermula dengan tarbiyyah..^^

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

Cheeky Quotes

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH