Tuesday, September 4, 2012

Gagal dijejaki di KLIA 2010, akhirnya…..


Assalamu’alaikum wbt




Alhamdulillah, LI sudah tamat, tapi report masih belum submit.


Tahun 2002, saya mendaftarkan diri di SMSPP, tingkatan 1. Masa tu 1 Balqis.Salah satu kelas yang mengambil Arabic Language. Tingkatan 2 Fatimah, pertama kali saya satu kelas dengan sahabat ni, Fauziah namanya taya nama “glamour” Gee :)
 
Naik 3 Aisyah, saya masih lagi satu kelas dengan Gee, my desk mate. Naik form 4, kami dah tak sekelas, tapi kat hostel kami rapat je, pegi makan bersama-sama. 2006, kami satu kelas kembali. 5 Hajar, bersama guru kelas yang sempoi, Cikgu Nadzeri :) 

Kali terakhir jumpa di Graduation Day SMSPP, 2007. Lepas tu tak jumpa langsung. Tahun 2010, sebelum Gee fly ke Jepun, saya dengan bersemangt sekali ke KL dari Kuantan, dan awal-awal lagi “booking” Abe Ja untuk ke KLIA. Tapi malangnya rezeki untuk kami bertemu bukan di situ. Saya pulang dengan hampa. 

Then, contact hanya di FB. sampailah 1 September, 2 hari lepas, tengok-tengok Gee dah ada kat luar rumah. How excited I am. hehehe. sempat bermalam di rumah selama 2 malam sahaja. sempat jugak bawak pergi ke Bazar Tok Guru dan date di KB Mall. 


seharian ber"dating" di KB ^^
Thank you so much:)
 
 

 kami dengan Cikgu Nora :)
sama tema la dengan cikgu. heee~


Dan kami sempat ke sekolah. ALLAH, rindu sangat kat cikgu-cikgu. Walaupun kena jawab seratus kali ini batch mana. Saya tak kisah. Jumpa Cikgu Aziz di pejabat, masih tak berubah. Senyuman yang sama. Alhamdulillah, nama saya masih diingat. Hehehe. 

Kemudian, melangkah ke bilik guru, juga soalan yang sama diajukan. “batch mana, siapa, yang ni ingat muka tapi tak tahu nama.”
sekali lagi, saya tidak kisah!

melangkah ke bilik guru lelaki, borak-borak dengan Cikgu Nadzeri. Masih sempoi macam dulu bErsama si kembarnya. Sekarang sudah ke assembly. heee~.



 sekolahku yang dirindui. 
sentiasa di hati :)
 dah lain sekarang..
pokok-pokok pun dah banyak. tak macam dulu 






Lepas, tu Cikgu Hu Lai Mi ajak minum air kat kantin. Kami ikut je cikgu dari belakang. Bila junior lalu, cikgu kata “gewe lama cikgu.” Hehehe. Sama macam dulu. Suka mengusik pelajar-pelajar.
kat kantin jumpa ramai lagi. sambil-sambil minum, borak-borak dengan cikgu. “Abah” saya, Cikgu Mat Sulaiman dengan selamba membahasakan dirinya “pak cik" :)
 
 soalan famous daripada cikgu-cikgu yang saya kira tiada dalam skema jawapan. "dah ada calon belum?" "dah bertunang ke?" 
dan disambung cikgu-cikgu lain "cikgu 3 lagi kosong" dengan nada bergurau. hehehe. takpo cikgu, sampai masa, saya bawak kad jemputan g sekolah. hehehe. :)
 
sebelum balik, kami jumpa lagi cikgu-cikgu yang tak sempat jumpa tadi. kemudian, ke rumah Cikgu Nora, solat dan cikgu hantar ke Pasir Puteh. tapi sebelum tu, cikgu belanja makan dulu, dan bagi something untuk kami berdua. Terima kasih cikgu.

saya tunggu Gee naik bus. Alhamdulillah, sempat bagi jugak. lama dah saya beli. Sorry Gee.




 thank you for coming. Jazakillahu khoiran kathira :)
semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. 
till we meet again. Insha-ALLAH ^^
bertemu berpisah kerana ALLAH :)
lots of love <3 i="i"> 


nota 1: counting days to left home :(
counting days to become a super senior :P

nota 2: welcome to all new students. :)




No comments:

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

Cheeky Quotes

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH