assalamualaikum wbt....
Cuba kita bayangkan antara 2 gelas air teh yang berbeza…satu yang sangat2 pahit dan satu lagi sedap dan kaw2 punye….hehhee…yang mana satu kita nak minum?dan yang mana satu bila dah minum rasa nak lagi dan nak lagi…
Kenapa nak kaitkan dengan air teh plak..mesti lah nak yang sedap tu…kalau yang pahit tu rasa cam nak baling gelas je…begitu juga lah status ibadah kita terhadap Allah…
kalau kita beribadah dengan seikhllas hati dan yakin Allah pasti akan memberi ganjaran,sudah tentu kemanisan nak beribadah tu ada…rasa nak terus beristiqamah dan seronok dalam beribadah kepada Allah…macam kita minum air teh tadi la..kalau yang sedap tu sekali minum mesti nak lagi…..
sama la dengan akhlak kita seharian..berakhlak mulia dalam kehidupan mendorong kita untuk terus berbuat baik dan menjauhi maksiat…benda baik mesti lah nak terus buat kan…
dari konteks seorang pelajar pulak,bila dah faham sesuatu subjek, kita mesti lah rsa nak terus buat latihan dan mahir dalam subjek tersebut..akan terus berusaha bersungguh2 sehingga benar2 mahir dalam subjek tersebut….begitu juga dengan seorang pekerja, jika seOrang majikan amat berpuas hati dengan kerja anak buahnya,sudah tentu si anak buah ni sangat suka dan akan terus buat yang terbaik…
berbalik plak jika kita minum air teh yang pahit tadi…ape rase???ada rasa nak tambah lagi tak??rasa nak buang air tu ada lah…begitu juga kalau kita rasa beribadah kepada Allah ni suatu yang tak ada faedahnya,memang konfem la kita tak buat terus apa yang Allah suruh…malah makin mendekati maksiat kerana tak ada satu perasaan seronok dalam melakukan ibadah…hanya ada rasa satu paksaan dalam beribadah…
kalau dari sudut belajar plak,cuba bayangkan kita tak minat subjek tu…rasa tak nak amik subjek tu,tak nak belajar dan tak nak memahami subjek tu…tak pon,kita belajar tapi tak faham…dah tentu akan rasa give up dan tak nak go on dah…
di sini boleh lah kita kaitkan dengan sifat beristiqamah…iaitu sentiasa berada dalam landasan yang benar…istiqamah dalam melakukan kebaikan memang penting terutamanya beristiqamah dalam melakukan ibadah kepada Allah…dengan minum segelas air teh yang sedap kita akan rasa nak beristiqamah nak minum lagi..
fikir-fikirkanlah…apa yang baik kita teruskan dan apa yang tidak baik kita tinggalkan…carilah sesuatu yang terbaik yang tidak bertentangan dengan islam dan mendatangkan faedah buat diri kita....jadi nak minum air teh yang pahit ke yang kaw2 punya..????
saya nak milo….^-^
wassalam…
.... Dunia ini satu persinggahan. Setiap yang ada akan diambil kembali apabila tiba waktunya ....
Wednesday, March 31, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blogger templates
About this blog
"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....
peringatan...~
sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH
sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH
sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH
sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH
No comments:
Post a Comment