Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..
kisah ni dipetik dari majalah SOLUSI edisi 16…sebuah kisah yang banyak memberi pengajaran kepada kita semua…lets have a look…do enjoy yourselves…
Seorang ibu muda yang baru ingin menjejakkan kaki ke alam yang baru bertanya.”Adakah perjalanan ini jauh?”
Kedengaran suara yang menjawab.”Ya,dan ia satu perjalanan yang berliku,tetapi hujung perjalanan inilah yang paling bermakna berbanding permulaannya.”
Ibu muda tersebut memulakan perjalanannya.Kasih sayang terhadap anak yang masih kecil tidak berbelah bahagi.Bermain bersama2,memetik buah disepanjang perjalanan,memandikan anaknya apabila melalui air terjun dan sebagainya.Ibu muda tersebut berasa sangat bahagia.Dia menangis sambil berkata “tiada yang lebih indah dan membahagiakan selain ini.”
Apabila menjelang malam,hujan dan rebut melanda.Lorong yang mereka lalui gelap.Ank2 menangis dan ketakutan.Si ibu membalut anaknya dengan gebar dan memeluk.Si anak memberitahu ibu.”Ibu,kami tidak takut lagi sebab ibu ada bersama kami.”
Menjelang pagi,si ibu bangkit dari lena.Tiada lagi rebut semalam.Di hadapan mereka ada sebuah bukit dan mereka mendaki hingga ke puncaknya.Si ibu dan anak kepenatan.Tetapi ibu berpesan .“Bersabar ya sikit sayang,nanti kita akn sampai ke puncak.”Anak2 tidak berputus asa dan terus mendaki.Apabila tiba di puncak,anak berkata. “Kami takkan sampai ke sini tanpa ibu.”
Si ibu berbaring memandang kerlipan bintang sambil berkata .“Hari ni lebih bermakna berbanding semalam dan aku rasa amat bahagia.Anak2ku telah beljar untuk bersabar ketika berdepan dengan kesusahan.Semalam aku telah berikan mereka keberanian dan hari ini aku telah beri mereka kekuatan.”
Hari berikutnya awan gelap menyulubungi alam semesta.Anak2 teraba2 dalam kegelapan dan terjelepuk jatuh ke tanah.Si ibu berkata.”Anak2ku,jadilah seorang yang berani.Allah akan sentiasa bersama kita.”
Anak2 mula sedar dan kembali tenang.Kata2 itu menjadikan mereka terpandu dalam kegelapan.Pada waktu malam,si ibu bermonolog sendirian.”Hari ini adalah hari yang terbaik dalam hidupku.Aku telah tunjukkan mereka jalan yang benar.”
Hari berganti hari,minggu berganti minggu,si ibu semakin tua dan lemah.Anak2 pula semakin besar dan menjadi insan yang mampu berdiri di atas kaki sendiri.
Kini tibalah masa seorang ibu kembali ke dunia yang abadi.dia berkata. “Aku telah sampai ke hujung pengembaraanku.Kini aku sedar penghujung perjalanan ini lebih bermakna bagiku berbanding permulaannya.Kini anak2ku telah kuat.Tidak selemah dulu diwaktu mereka masih setahun jagung.Mereka mampu berhadapan dengan dugaan hidup dan terbimbing ke jalan yang lurus.Kini aku boleh pergi dengan tenang kerana doa2 mereka akan menemaniku.
begitu besar pengorbanan seorang ibu untuk anak2 tercinta...terima kasih ibu...
semoga bermanfaat...IInsyaALLAH...
illalliqak...
.... Dunia ini satu persinggahan. Setiap yang ada akan diambil kembali apabila tiba waktunya ....
Sunday, March 28, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blogger templates
About this blog
"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....
peringatan...~
sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH
sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH
sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH
sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH
No comments:
Post a Comment