Thursday, September 15, 2011

bersyukurlah dengan apa yang ada

assalamu'alaikum wbt



Alhamdulillah, Alhamdulillah, all praises to Allah, all praises to Allah.


Manusia tak pernah rasa cukup dengan apa yang dia ada. Kadang-kadang manusia ni tak tak pernah rasa bersyukur dengan apa yang dia dapat. Kadang-kadang juga manusia itu malu apabila hidupnya tidak pernah sesempurna orang lain. Kadang-kadang juga manusia itu bermegah dengan kehidupan mewahnya. Tetapi pernahkah kita fikir, siapakah yang menganugerahkan kita apa yang kita rasa selama ini.

Penciptaan manusia itu adalah unik. Daripada setitis air mani, Allah jadikan sesuatu yang melekat, kemudian menjadi segumpal daging, daripada segumpal daging, Allah jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu dibungkus dengan daging. Kemudian, Allah menjadikan makhluk yang berbentuk lain, seperti yang terkandung dalam surah Al-Mukminuun ayat 12-14.

Tetapi kenapa yang lemah terus berasa lemah dan yang kuat terus bermegah dengan kekuatan yang ada. Dan lumrah manusia juga mengingati Allah hanya apabila ditimpa musibah atau kecelakaan, apabila waktu senang mereka dengan sekelip mata melupai Allah. Astagfirullah. Na’uzbillah.

Maka benarlah kata cerdik pandai, kalau kita berkasut maka pandanglah mereka yang berselipar, kalau kita berselipar maka pandanglah mereka yang berkaki ayam. Perbandingan melebihi batasan atau kemampuan kita menimbulkan satu persaan negative dalam diri kita. Maka timbullah perasaan hasad dengki hanya bersebab kelebihan orang lain lagi hebat berbanding kita, dan kalau boleh tak nak benda baik terjadi dekat seseorang itu. Bermegahlah seseorang itu dengan kelebihan mereka yang lebih berbanding orang lain.

Cuba kita jadi open minded yang mana perbandingan itu bukan hanya dari segi kelebihan bahkan dari segi kekurangan. Seperti yang disebut tadi, kita berkasut pandanglah orang berselipar dan seterusnya pandang mereka yang berkaki ayam. Jika dibandingkan kita lah yang lebih untung daripada mereka yang berselipar dan berkaki ayam kerana kita berkasut.

Bandinglah dengan seseorang yang kurang daripada kita, secara automatic kita rasa “beruntungnya aku. At least aku ada ini ada itu daripada mereka yang takde langsung.” Dalam sekelip mata sahaja kita jadi bersyukur dengan apa yang kita ada. Subhanallah. Allah masih memberi kelebihan untuk kita berbanding golongan yang tiada.


Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 152 “maka ingatlah kepada ku, aku akan ingat kepadamu. bersyukurlah kepada ku dan jangan kamu ingkar terhadapku.”

Yakinlah Allah tidak akan membebankan kita apa yang kita tidak mampu. Sesuatu yang Allah kurniakan kepada kita dibawah kemampuan kita. Sesusah mana pun akan ada jalan keluarnya. Allah itu maha yakin bahawasanya kita mampu melalui setiap apa yang telah direncanakan. Kekurangan kita menjadikan kita lebih bersyukur dengan apa yang telah Allah kurniakan. Kekurangan kita mampu menjadikan kita salah seorang golongan yang sabar dan redha dengan ketentuan ilahi.

Ingat, innallah ma’ssobirin. Allah sentiasa disamping orang bersabar.

Allah juga berfirman dalam surah Ali ‘Imran ayat 139 “ dan janganlah kamu berasa lemah, dan janganlah pula bersedih hati, sebab kamu paling tinggi darjatnya jika kamu orang beriman.”


“ dan janganlah kamu iri hati terhadap kurnia yang telah dilebihkan Allah kepada sebahagian kamu atas sebahagian yang lain. Kerana bagi laki-laki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan bagi perempuan pun ada bahagian yang mereka usahakan. Mohonlah kepada Allah sebahagian kurnianya. Sungguh, Allah maha mengetahui segala-galanya. (surah An-Nisa’ :32)



semoga kita menjadi hamba yang sentiasa bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan Allah. jangan pernah bersedih dengan apa yang kita ada. jangan mudah membuat perbandingan, tetapi berbandinglah dalam hal ibadah. yakinlah sesuatu dalam diri kita adalah yang terbaik untuk diri sendiri.


wallahua'lam


No comments:

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH